Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 12 September 2010

Suami prihatin atau isteri ambil kesempatan ?

 

Suami yang rajin memasak .. mengemas rumah malah segala urusan rumahtannga si suami yang uruskan .. si isteri pula bagaimana ?

Ada yang kata , mungkin si suami sudah diguna guna .. atau sudah diguna pakai ? Atau pon si suami ikut telunjuk isterinya .. Bayangkan segala urusan dapur , si isteri tak nak amik tau .. alasannya , tak tau nak memasak ? hurm..

Apakah alasan Nabi Muhammad s.a.w melakukan perkara sedemikian rupa , maka si isteri patut lepaskan tanggungjawabnya itu ? Jika begitu , berpeganglah pada lelaki boleh nikah 4 .. haknya jika berkemampuan ..

Atau sebenarnya si isteri mengambil kesempatan di atas segala kebaikkan si suami itu .. Ingat .. kesabaran lelaki juga ada hadnya .. Jangan sampai satu hari nanti , anda dimadukan ! Lelaki pendiam bukan bereti penakut .. Lelaki yang nakal bukannya bererti dia gatal ..

Jadikan pengajaran .. bukan sekadar berita ..

 

Al-Fatihah buat mereka berempat .. Takziah juga buat keluarga mereka ..

 

Berita tragis ini benar benar membuka mata kita semua . Siapa sangka manusia yang bergelar Datuk yang mempunyai pendidikan tinggi serta manusia yang bergelar doktor tergamak melakukan perkara diluar fikiran waras manusia yang normal .. Adakah kerana $$ ?? Tidak cukupkah dengan harta yang ada sehinggakan sanggup membunuh untuk semata mata menambahkan lagi harta kekayaan ? Sungguh tamak lagi haloba manusia ini ..

Disebalik kejadian ini , aku harap kita semua termasuk aku lebih berhati hati berurusan  dgn pihak tertentu apabila melibatkan duit tak kira jumlah yang besar mahupun kecil . Ini kerana jika syaitan sudah membisik ditelinga mangsanya , maka sudah tidak kenal antara dosa dan pahala ..

Begitulah manusia ... sudahlah berjaya dan kaya maka ingin ditambahkan lagi hartanya .. Lihatlah Kassim baba .. Jika mahu dikaut segala kekayaan , abis satu gua di angkutnya .. Bak kata pepatah , orang tamak selalu rugi .. Dalam kes ini penjenayah sudah kelabu mata dek wang ringgit maka sanggup buat apa asalkan hajatnya tercapai .. Tapi sampai bila kan ? Sepandai pandai tupai melompat ..

Itulah topik perbualan aku dengan wife sewaktu pulang dari KB MALL tadi ... Sedang elok aku memandu , tiba-tiba sebuah kereta di depan aku berhenti ke tepi jalan berhampiran Wakaf Che Yeh .. Nyaris !

Tapi aku cool jer .. sebab dah boleh jangkakan perbuatan kurang ajar kereta tersebut .. Wife bertanya mengapa aku tidak bunyikan hon ??

Aku tanya padanya , adakah perlu aku berbuat demikian ? Dia kata perlu atas alasan perbuatannya itu .. Kemudian aku bukak satu cerita pada dia ..

Semalam , dalam duk melepak dengan adik ipar wife aku tu , kitorang bercerita macam macam topik .. termasuklah kisah pergaduhan diatas kes kereta ..

Tak tau atas punca apa , kes itu berlarutan sehinggalah mangsa dicurah asid oleh musuhnya itu .. Malah rakan mangsa yang berada dalam kereta tu turut menjadi mangsa .. Bayangkan asid yang kena pada wajah .. melunturkan abis wajahnya .. Manakala rakannya itu sempat mengelak lalu terkena pada bahagian tepi badan dan mukanya .. Segalanya kerana kereta !

Adakah berbaloi bergaduh kerana kereta? Yap.. kereta mmg harta kita .. tapi jika mampu mendatangkan bala ,kalau boleh elak maka elakkan.. Kita tak tau sapa musuh kita di depan mahupun di belakang kita .. Kita sangkakan dunia ini aman .. tapi hakikatnya ??

Aidilfitri 2010 : Raya 3 - Ke rumah Joegrimjow , KB MALL

P9120780

Hehe.. aku tak rancang pun nak ke rumah dia ..tapi aku ternampak undangan dia di FACEBOOK , maka aku dengan tak malunya nak ke rumah dia .. Bukan jauh pun .. dekat sangat.. satu kerugian la kalau aku tak g mengeratkan tali silatuhrahhim.. kan kan ?

Kali pertama aku bertemu Joe sewaktu di Putrajaya dulu .. masa nak buat gathering GB yang pertama ..

Alhamdulillah .. Layanan ahli keluarganya , mmg baik sekali .. makanan ? Menarik sekali tapi sayang aku tak mo makan banyak sangat sebab aku semakin boroi.. haha.. pasni nak kerja keras ..

Joe, terima kasih daun keladi yer ..

Kemudian aku terus ke KB MALL ..Tujuan utama ke sini adalah untuk mencari kek harijadi untuk Ammar .. Nak sambut malam ni .. Harijadi dia yang pertama.. besar dah dia kan.. hehe...

Pastu mungkin nak ke rumah kawan wife aku .. hurm.. nampaknya akan ada yang balik ke KL nanti... hehe.. ada gak yang akan menangis malam ni .. huhu.. tak puas nak bermanja ngan cucu ..

Terry Jones sakit otak rupanya ..

 

BERLIN - Anak perempuan kepada paderi kontroversi Amerika Syarikat (AS), Terry Jones (gambar kecil) iaitu Emma mendakwa bapanya itu sudah hilang siuman selepas disingkirkan oleh kumpulan gerejanya sendiri di Jerman.

Keadaan tersebut menyebabkan bapanya yang berusia 58 tahun itu terpaksa berhijrah ke Florida dan mewujudkan kumpulan ajaran pelampau Kristian, Dove World Outreach Center di Gainessville yang berfahaman keras anti-Islam.

"Saya fikir dia sudah jadi orang gila malah diberitahu, pengikut gereja itu menjalani proses pembersihan minda keterlaluan dan diancam kononnya akan dihukum tuhan," katanya kepada akhbar talian popular Jerman, Spiegel.

Emma mendakwa pernah beberapa kali mengirim e-mel kepada bapanya bagi menggesa dibatalkan rancangan pembakaran kitab suci al-Quran semalam sebagai memperingati peristiwa 11 September 2001, namun ia tidak dipedulikan.

Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama dalam satu sidang akhbar di White House, Washington kelmarin sempena ulang tahun kesembilan serangan terburuk itu memberi amaran, tindakan Jones sudah pun menjejaskan imej AS di seluruh dunia.

"Sebagai Presiden AS, saya akan melakukan yang terbaik dan mengingatkan rakyat AS yang percaya kepada tuhan walaupun berbeza nama, musuh AS sebenarnya bukanlah Islam, tetapi al-Qaeda dan rangkaian pengganasnya," tegas Obama. - Agensi

sumber : KOSMO

Lukisan gergasi

 

DI TENGAH permukaan Tasik Baikal yang mengeras ketika musim sejuk dan angin dingin membeku bertiup dari Siberia, seorang seniman, Jim Denevan, dibantu pasukannya melakar kerja seni di atas permukaan seluas 20 kilometer persegi.

Jim-Denevan-Art-Siberia-Lake-Baikal-3-570x784

Tasik Baikal mengandungi sehingga 20 peratus daripada air tawar dunia dan terletak di kawasan terpencil Siberia. Diupah oleh firma pakaian mewah Anthropologie, lakaran itu dihasilkan sebagai satu daripada siri The Anthropologie yang digunakan sebagai promosi untuk produk mereka.

Denevan, 49, menghabiskan masa 15 hari di atas permukaan tasik itu untuk menyiapkan karya seni berkenaan.Menggunakan ais hitam di bawah lapisan salji sebagai kanvas, Denevan dan pasukannya terpaksa berkampung di bawah khemah dalam kedinginan bagi menyiapkan tugasan itu.


Lakaran itu pula dihasilkan menggunakan jentera pemecah salji serta penyodok yang membentuk bulatan pelbagai saiz — paling kecil mempunyai ukur lilit 45.7 sentimeter.

Menurut Denevan, dia menggunakan rumusan matematik pakar bidang itu dari Itali, Fibonacci, untuk menghasilkan lebih 1,000 bulatan berasingan.

jim-delevan 

Untuk permulaan, kata Denevan, dia ‘melukis’ lakaran kasar lukisan itu menggunakan basikal dan kayu sebelum ia diperkemaskan anggota kumpulannya.


“Ini adalah lukisan terbesar di dunia dan memadam rekod saya sebelum ini,” katanya.Menurut seniman yang menetap di California itu, lukisan terbesar sebelum itu yang pernah dihasilkan dibuat di atas padang pasir Nevada, meliputi kawasan seluas 14.5 kilometer persegi.


Katanya, lukisan di atas Tasik Baikal itu kira-kira 10 peratus lebih besar berbanding rekod sebelumnya. “Bagaimanapun, ia dicipta dengan bentuk berbeza selepas mengambil kira keadaan tebing tasik,” katanya.

siberia-ice
Menurut Denevan, bulatan di bahagian kanan mempunyai dimensi sama seperti di Nevada tetapi ia tidaklah dalam bentuk bulat sepenuhnya kerana keadaan geografi tasik itu.


Mengunjungi Khuzhir di Pulau Olkhon yang terletak di tengah Tasik Baikal, Denevan akhirnya berjaya mencipta lukisan itu mengikut keinginannya.


“Awalnya kami mahu ke Ross Ice Shelf di Antartika, tetapi selepas melakukan sedikit penyelidikan, kami sedar bentuk muka bumi di tasik ini mempunyai persamaan dengan permukaan padang pasir yang pernah kami gunakan,” katanya.


Jelas Denevan, biasanya kawasan itu mengalami tekanan rendah berpanjangan, menyebabkan salji tidak turun walaupun suhu berada pada paras lima hingga 10 darjah di bawah takat beku.


“Maknanya, kami boleh menghasilkan lakaran tanpa banyak gangguan daripada salji,” katanya.Bagaimanapun, sesuai dengan sifatnya yang besar, usaha Denevan tidak selancar seperti dirancangnya.


Jelasnya, dia bermula dengan berbasikal sambil memegang kayu mengelilingi tasik berkenaan.“Ia membolehkan saya melakar garis kasar menggunakan tayar dan kayu. Hanya selepas hari kelima, tiba-tiba salji turun dengan lebat dan menutup semua lakaran itu.


“Kami terpaksa bekerja keras mencari kesan yang ada bagi memastikan ia tidak tersilap,” katanya.Akhirnya, selepas bertarung dengan cuaca sejuk mencucuk tulang angin Siberia itu, Denevan dan kumpulannya bertungkus-lumus menyiapkan lukisan itu di antara lapisan salji setebal 1.4 meter.

 ice-circles
Menurut Denevan, pada hari kesembilan pula mereka berdepan ribut, menyebabkan sebahagian daripada lapisan atas salji ditiup semula menutup garisan dibuat.


Sesetengahnya, kata Denevan, selebar 2.4 meter. “Ia amat mengecewakan,” katanya.Selepas bekerja siang malam, lukisan itu akhirnya disempurnakan pada hari ke-15, pada Mac lalu.


“Ini adalah lukisan hebat dan indah walaupun hanya bertahan selama sebulan sebelum ia luput,” katanya.

lake-baikal-l23f02-06

Keindahan Tasik Baikal , Siberia ..

 

 

artikal : Hmetro

Perancang utama pembunuhan Sosilawati ditahan

 

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.


Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.


Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.
Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa. - BHARIAN

Lanjutan dari kes berkenaan , Sosilawati dan 3 yang lain ditemui mati dibunuh dan dibakar . Rujuk - Berita

Hurm .... dah jadi ala ala filem Hollywood penjenayah di Malaysia ini ..Takziah buat keluarga mangsa.. Al-fatihah. Semoga hukuman yang setimpal diberikan kepada yang terlibat !

Sosilawati dibunuh dan dibakar

1

KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.


Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.


Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.


‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.


Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.


“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.


“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.


Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.


Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.


Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.


Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.


Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

 

sumber : arang67

Tiap kali raya mesti aku ..

 

  1. Gemuk ?
  2. Boroi ?
  3. Berlemak ?
  4. Tekanan jiwa dengan broadband ?
  5. Mati kutu dengan rancangan tv ?
  6. Tensen dengan traffic jammed ?
  7. Membuta je keje ?
  8. Kira duit raya ?
  9. Bilang tetamu yang datang ?
  10. Menghitung hari hari terakhir sebelum kembali bekerja ?
  11. Tunggu gaji ?
  12. Baju melayu terbakar terkena mercun jiran sebelah ?
  13. Bunyi kereta ambulan lebih kerap kedengaran dari bunyi mercun ?
  14. Kira jemaah yang hadir ke surau / masjid ?
  15. Dok garu kepala memikirkan anak sapa la datang beraya umah aku ni ?
  16. Kena perli sbb bagi duit raya singgit je ?
  17. Bukak almari sbb nak tengok seluar kerja mana yang muat dengan perut aku ?
  18. Pening tak tau nak g umah terbuka mana satu dulu ?
  19. pikir bila aku nak buat puasa sunat 6 ?
  20. mula rancang untuk raya tahun depan ?
  21. pakat bergaduh nak g umah kawan masing masing ?
  22. terkenangkan keindahan raya masa kecik kecik dulu .. sonok je dapat duit raya .. skang ni sonok je ulur duit raya ..

Apa pon .. senantiasa tersenyum kerana aidilfitri datang setahun sekali ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI