Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 14 September 2010

Aidilfitri 2010 : Raya 5 - Parkson & Masjid Muhammadi

 

DSC_0042

DSC_0048

DSC_0060

Picture 053

     DSC_0065

 

   DSC_0063

DSC_0064

  Hehe.. selesai dah maghrib .. aku masuk dah ke kereta .. tunggu mak mertua aku .. wife aku datang .. dia kata mak nak tunggu isya' .. lagi beberapa minit je.. aku kata tak pe la.. aku tunggu je dalam kereta.. solat je kat umah karang .. ni pon berlengas dah ..

Lepas maghrib tadi, sempat aku amik beberapa keping gambar kat kawasan tu .. ermm... tak sempat nak setting kamera .. amik je mana dan ..

Malam ni malam terakhir ..esok balik dah .. mak mertua tanya kul berapa nak balik... hehe.. tengok kul berapa aku bangun esok.. kot lepas subuh tu aku nak tidur jap .. tapi sebaiknya , aku terus bertolak je..takut ramai pulak balik nanti.. sekurangnya waktu subuh tu tak ramai lagi... kira aku boleh la drive pelan pelan kan ..

Ni jap lagi nak g cari sup belut .. haha... tah kenapa aku giler pulak nak makan sup belut ni .. dulu aku segan makan menda menda ni .. hehehe ..

Aidifitri 2010 : Raya 5 - Masjid al- Baroah

 

Picture 052

Berdekatan Pasar Siti Khadijah , Kota Bharu , Kelantan .. Kat sebelah dia ada pasar jualan ..samada barang basah atau kering .. hehe .. kira kering ni ada jual baju batik  dan macam macam lagi la ..

Mak mertua aku nak mencari kasut kat sini .. biasa la kan , selera orang lama lama ni lain skit .. Aku tak kisah jer ... mengikut ajer .. Kat sini ada gak pasar malam .. kira ala ala downtown gitu ..

Buat masa skang ni aku malas nak keluarkan kamera aku..guna je kamera laptop.. kena gak hati hati.. mana tau ada mata memandang kan .. ni tempat orang .. kalau tempat sendiri tu ok la gak kan .. leh baca ragam orang ..

Ni tadi pon ada lelaki cam ala ala pengemis teggur.. bagi salam .. malas nak layan atau bersalaman .. takut kena pukau lak aku .. bahaya woo .. kena hati hati..

Aidilfitri 2010 : Raya 5 - Pasaraya Pantai Timur


Huk aloh ..ramainya bagi cadangan suh makan sana sini .. Makassihhh .. hehehe.. aku mengah dah ni , makan dah tadi.. Asar pon belum ni ... nak kejar Asar lak .. ingat nak g solat kat masjid Muhhammadi jer .. tunggu sampai Maghrib ..

Skang ni dok tunggu wife n mak mertua aku mencari kasut kat Pantai Timur ni .. Sini kira antara pasaraya feveret selepas Mydin tu ..

Satu perkara yang sukar aku nak dengar kat sini , anak muda yang menjaga cashier mengucapkan terima kasih .. Muka masing masing cam .. hurm.. malas nak kata lebih lebih .. hehe..

Best part , pengumuman kat sini guna BM betul .. hehe.. tak leh bayang kalau dia bantai bahasa kelate gak .. mau tergaru garu pala aku .. Sungguh pun dah setahun lebih aku menikah ngan orang kelate tapi wife aku cakap ngan aku guna bahasa luar gak.. hahaha.. maklumlah , aku ni kan orang kl berdarah penang.. dia cakap klate , aku balas penang .. mau gak ayam ngan itik anak .. huhu..

Aidilfitri 2010 : Raya 5 - Mydin Kota Bharu

Picture 048

Huih ... masuk KFC tadi .. mak mertua aku nak guna tandas ..Perghh.. meriah giler dalam ni .. aku rasa kalau budak lelaki bujang KL mai lepak sini , pasti meriah cuci mata .. haha..

Aku rasa tadi aku macam nampak budak pelancongan kat situ .. tapi dia wat dek je.. aku malas la nak tegur.. kot kot salah orang ...

Skang aku kat restoran sebelah Mydin ,berdepan NAFISA .. pekena mee ladna dia .. saja nk rasa .. Malam kang nak pekena sup belut lak...

Nak g Wakaf che yeh ???

Aidilfitri 2010 : Raya 5 - Kota Bharu

 

Picture 047

Hehe...dok mengikut mertua g cari barang untuk ke Mekah bulan depan .. dia baru dapat surat dari Tabung Haji .. tarikh dan masa bertolak .. huhu.. kena naik kat Kuala Terengganu pada 16 / 10 / 2010 ..

Ramai gak orang kat KB ni .. baru satu tempat , dah berpeluh peluh .. Sementara diorng mencari barang , aku mengonlinekan diri kat tepi tangga .. huhu.. malas nak berhimpit himpit dengan orang kat dalam keai tu.. Nama kedai Jaffar Rawas .. Murah ke ? Erk... tak tau la pulak .. Abang ipar aku yang sulung tu ke Rantau Panjang .. shoppiing kat sana pulak ..

Hye,saya syd...admin untuk nasha fanpage

 

image

Tu diaa.. ingat tak lagi kes Nasha Aziz add aku di FACEBOOK tu ? Tak hengat ?? Meh aku hengatkan .. sila baca di sini dan sana ..

Baca dah ?? Hehehe.. semalam aku dapat  komen dari admin dia .. dia ngaku admin la .. tapi bila aku cuba jejak , tak jumpa la.. tapi tak kisah la .. janji dia ada bagi satu fakta yang boleh dikongsi bersama ..

" hye,saya syd...admin untuk nasha fanpage :-) fyi,account tu bukan account Nasha Aziz.Nasha cuma ada fanpage je,yang memang diupdate sendiri oleh beliau.Harap semua tak tertipu dengan si penyamar tu.tq :-) "

Jadi pada peminat peminat Nasha Aziz , bolehlah menjengok Fan Page dia eh ..  er... aku tak tau kat mana sebenarnya.. kang salah bagi lak.. hehehe..

Aku minat dia kah ?? Minat lakonan dia jer .. orangnya ??? lalalala..

Bahasa Melayu hanya untuk Melayu ?

 

Aku ke KB MALL tempohari .. Plan nak cari handphone .. sambil sambil tu tengok apa yang ada .. hehe.. Kemudian aku masuk ke Maxis centre ..

Saja nak tanya plan untuk iphone ... aku dok tercari cari hp lagi .. hehe.. tapi dok confius iphone dengan HTC .. tapi bila memikir kelebihan HTC dengan Iphone , aku rasa baik aku amik HTC memandangkan aku lebih selesa menggunakan HTC .. ehehe..

Aku ke kaunter Maxis .. nak tanya pasal plan tu.. Yang jaga kat kaunter tu , amoi .. huhu .. adeh .. maka aku pon tanya la dia .. Dalam kepala aku , mesti dia jawab style cina cina kat kl tu .. kira berterabur skit la BM dia tu .. Amat susah nak cari orang cina yang mampu bertutur dengan fasih .. aku mmg kasi tabik hormat pada mereka yang fasih bercakap dalam BM .. Org melayu sendiri pon ada yang tak fasih.. kira rojak ar .. huh !

Sekali amoi tu jawab.. Ternganga aku .. aku terlupa aku kat Kelantan ..Dia jawab dalam BM ada telo klate .. Tu diaa.. hahaha.. malu aku weh .. hahahha... Respek respek .. terus aku cakap BM yg 'betul' dgn dia .. huhu ..

1Malaysia termasuk juga bahasa ! Bahasa jiwa bangsa .. Ni empunya bahasa pon mengada cakap BI bila berborak sesama sendiri .. Erk .. Mengadakah ??

Aku sedang tengok drama tv1 .. Tajuk tak tau ... sbb takde decoder Astro .. Ada watak watak mat salleh .. Sangat fasih berbahasa Melayu.. bukan sorang .. tapi dua orang .. Huih.. dasat dasat..

Tips menarik ..

 

  • Keluarkan cincin dari jari - Memakai cincin terlalu lama boleh mengakibatkan kesukaran untuk menanggalkannya .Cara lama biasanya menggunakan sabun tetapi ada satu lagi cara yang berkesan untuk digunakan.Masukkan tangan ke dalam ketulan ketulan ais yang diletakkan di dalam satu bekas. Setelah beberapa minit , keluarkan tangan dan cubalah untuk mengeluarkan cincin tadi daripada jari. Ia lebih mudah kerana tangan dan jari sudah mengecut

 

  • Mengilatkan teko - Anda mungkin kecewa dengan teko yang berkaran kerana kesan minuman. Teko dan juga kopi akan tampil berkilat dan bersih  sekiranya dibasuh dengan menggunakan campuran satu sudu teh garam , sedikit air dan sedikit soda penaik. Campurkan kesemua bahan ini dan lapkan teko tersebut dengan kain basah yang telah direndam ke dalam bahan bahan ini. Kemudian basuh dan bersihkan teko seperti biasa .

 

  • Menanggalkan tanda harga - Cara yang paling mudah untuk menanggalkan tanda harga atau label yang terdapat pada gelas , plastik atau perabot ialah dengan menyapukan bahagian tersebut dengan minyak sayuran. Gosokkan dengan kain dan ia akan tertanggal dengan sendirinya .

 

Tips dari RAPI

Menarik tak ?




Sila gunakan Zoom.IT .. pastinya tertarik gitu.. hehehe


Gambar lahanat yang membakar al-Quran

Gambar di mana lahanat bernama Bob Old dan Danny Allen membakar kitab suci Al-Quran . Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka ini.

image

image

image

image

image

image

image

rujukan : Rex

Kerabat dakwa Kelantan kini ada dua sultan

image

ISTANA Mahkota, Kubang Kerian merupakan tempat Sultan Ismail Petra bersemayam. Gambar kecil, Tengku Merjan.

KOTA BHARU - "Kelantan kini diperintah oleh dua sultan". Tengku Merjan Sultan Yahya Petra, kekanda Sultan Ismail Petra, membuat dakwaan itu ekoran pelantikan anak saudaranya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam.

Merjan: Tuanku Ismail masih Sultan Kelantan

KOTA BHARU 13 Sept – Kekanda Tuanku Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra mendakwa adindanya itu masih merupakan Sultan Kelantan yang sah kerana baginda tidak melepaskan takhta.

Beliau sebaliknya mendakwa, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak memenuhi syarat dan melanggar Perlembagaan negeri yang menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja.

“Sultan hanya boleh digantikan sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan ataupun jika sultan turun takhta.

“Kesemua syarat tersebut tidak dipenuhi untuk melantik Tengku Muhammad Faris sebagai sultan kerana Sultan Ismail Petra masih ada dan tidak melanggar syarat-syarat yang ada sehingga membolehkan baginda disingkirkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya berkuat kuasa hari ini.

Perisytiharan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Ia turut dihadiri oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa’iz Petra.

Upacara tersebut yang diadakan secara tertutup dan ringkas dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu jemputan dengan kawalan ketat oleh pihak polis.

Menurut Tengku Merjan, beliau hanya mengetahui upacara pemasyhuran tersebut melalui berita yang disiarkan di televisyen dan tidak menyangka pihak berkenaan sanggup dan berani memperlakukan Tuanku Ismail Petra sedemikian.

Jelasnya, beliau tetap mempertahankan kenyataannya yang dikeluarkan sebelum ini bahawa mereka yang terlibat dalam usaha menyingkirkan adindanya sebagai penderhaka.

“Sebarang usaha yang dijalankan untuk menyingkirkan sultan daripada takhta adalah suatu penderhakaan dan menyalahi undang-undang.

“Saya akan mendapatkan khidmat nasihat perundangan daripada peguam dan akan membawa perkara ini ke tengah agar segala kekeliruan ini akan terungkai,” ujarnya.

Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah berkata, peristiwa yang berlaku merupakan sejarah baru kesultanan Kelantan.

Jelasnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini seorang sultan baru dilantik ketika sultan yang sah masih hidup.

“Ini adalah satu sejarah kerana sebelum ini pelantikan sultan yang baru hanya dibuat selepas baginda sultan mangkat,” jelasnya.


sumber : Kosmo dan Mediakini

Aku ingat kau tak sayangkan aku dah ..

 

Dulu .. amat sukar bagi aku melihat wajahmu .. Namun bila kau menjelma , aku terasa dunia ini seumpama aku yang punya ..

Semangat aku membara-bara.. seolah-olah aku mendapat satu tenaga baru .. tiada apa yang dapat menahan aku .. dari terus mencipta dan terus mencipta ..

Tapi melihatkan susutnya di dalam kotak itu .. aku terasa seperti sudah penghujungnya perjalanan aku di dunia maya ini .. seperti kau tidak sayang aku seperti mana kau sayang mereka yang lain

Tiba tiba .. sejak pagi tadi dia menjelma kembali dengan wajah baru.. dengan semangat baru .. adakah kau antara mereka yang senantiasa berada di dalamnya ? senantiasa berkelipan tanpa henti ..

Aku seolah tidak percaya namun aku tidak mahu menaruh 1000 harapan .. tapi aku yakin ia pasti milik aku nanti ..

2

Buffered oh buffered .. jgnlah dikau pergi.. panggilah kesemua rakan rakan kau.. singgahlah .. singgalah.. buatlah macam rumah sendiri... aku tak kisah .. kalau nak kuih raya pon , ada banyak lagi.. aku tak larat nak abiskan sorang sorang ..

3

Dan kau.. aku tau kau bukan antara mereka .. namun aku tak kisah .. keluarlah selagi mana kau mampu .. tapi kalau keluar ari ari pon aku lagi suka ... hehehe...

Nuffnang.. terima kasih ...

Momok the bowieng ...

 

Momok

Adus .. aku kalau layan cerita antu walaupun tidak cukup menegakkan bulu roma aku tapi aku mesti nak bawak masuk dalam mimpi aku .. macam kes tempoh hari tu .. aku siap bertakbir raya dalam mimpi aku tuuuu .. nak salahkan sapa ??

Cerita tadi tu kan .. nasib baik laa aku tak g tengok kat panggung .. kalau tak , aku mesti keluar sambil makan tiket wayang tu .. adoi... apa kejadah punya cerita daaaa ... bila nak tergelak , tak jadi.. bila nak seram , nak ketawa .. tapi bila nak ketawa , tak jadi .. eh..ulang balik .. hehe..

Aku rasa cerita antu jepon nun lakonan AR Badol ( kalau tak silap aku la.. kalau silap , betulkan eh ) , tu lagi seram arr ... Kasi buat research betui betui ar.. jgn pakat main buat je.. ingat kalu taruk pelakon popular , ramai ke nak g tengok ?? Erk.. ramaikah ? Kalau ramai pon , cerita cam Ultraman Daia je baik toksah ..

Untuk penerbit filem melayu , renti rentilah buat filem segera .. nun buat cam nasi beriani .. walaupun agak payah nak buat tapi bila makan , tu diaaaaaaaaaaaaaaa ... bertambah weiiii...

Psst.. Hanis Zalikha berlakon eh dalam filem ni.. jadi puteri blog bunian eh .. Dok tunggu gak, bila Mat Gebu nak kuar rancangan masak masak ni .. hehehe... Sokonggggggan tak berbelah bagi...

Aku tunggu masa je nak gila !

1

Tinggal sehari lagi.. aku tak tau ceruk mana lagi aku nak lari untuk cari signal yang cun .. tadi kat WHITE SAND @ PASIR PUTEH , signal comey blaka.. heehe... sempat aku mengonlinekan diri walaupon melepak ngan member .. nasib baik kawan aku sorang ni paham sangat dah perangai aku .. hahaha .. jgn maraaa aa..

59807_447373859617_844154617_4734857_2672594_n gambar ehsan Ady Hazman ( geng FB )

Signal kat sini memanjang je EDGE .. kalau nak dapat HSPDA tu cuma 1 minit jer.. pastu ? EDGE balik .. kalau nak browse internet tu , kira 10 helai rambut gugur dulu laa baru leh bukak ... nasib baik la blog aku ni tak berat .. dah cun punya kemaskini .. maka ramai tak perlu garu kepala.. garu ketiak je .. kan kan ?

Esok.. nak turun KB .. Mau g shopping shopping ... sapa nak jumpa ? marilah melepak di KB eh .. hehe.. mesti cam aku dah kan .. takkan lepas aku dengan beg sandang aku tu .. Dslr ?? Mungkin kot .. hehe..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI