Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 15 September 2010

Aidilfitri 2010 : Bentong - Mmg bikin aku panas jer !

 

Nak je aku tanya pada orang tu !

  • Ada sapa sapa sakit kat hospital ke ?
  • Sakit perut ?
  • Nak tengok doreamon ke ?
  • Makcik sebelah rumah buat kenduri ?
  • Ada hantu dok ikut eh ?
  • Teringin nak jadi pelumba F1 ?
  • Nak join mereka yang putus kepala ke ?
  • Tak waras yer ??

Mesti korang tertanya kenapa kan ? Gini ... tadi kat daerah Raub .. ada sebiijik kereta Exora .. No plat aku hafal dah .. plat kl .. tak pe biar dulu ..

Dok ikut rapat kereta aku .. pastu dok bagi lampu tinggi dari belakang berkali kali .. Kalau nak potong , potong je la.. Kalau harap aku nak drive laju laju . sori la .. aku rabun malam ... n silau ! Kang aku mati , ko gak hidup ... tensen betul aku ..

Dia potong aku .. Aku geram .. huhu .. mentang mentang mak mertua aku takde ... kalau dia ada dalam kereta ni , aku automatik jadi baik .. hehe..

Aku kejar dia ... langgar segala peraturan yang ada .. aku dapat potong dia balik .. bila aku kat depan dia .. aku perlahankan kereta balik .. haha.. dia bengang la kot.. dia bagi lagi lampu tinggi pastu dia potong .. aku rasa mmg pelik dah mamat ni... Aku kejar balik .. aku dok belakang dia .. aku pulak bagi lampu tinggi kat dia .. huhu.. Wife aku marah aku .. arghh..

Dia kata mungkin dia ada sebab bagi lampu tinggi kot.. kot ada pintu tak rapat ke .. ermm..logik la gak .. tapi kenapa kereta lain tak bagi tau lak kat kitorang ? Tak pe .. aku nekad untuk berenti di stesen minyak berhampiran .. Dalam kepala aku sebenarnya ada gak terpikir sesuatu yang lain tapi aku harap tidak la .. hehe..

Bila dah berenti ... check.. tak de la plak.. sah mmg giler orang .. Kalau bersua tadi kat masjid Bentong , mau je aku bagi soalan :

" Salam .. saudara .. kenapa bawak kereta tadi macam hantu ? Sila pilih jawapan diatas " ...

Huh !

FACEBOOK : Gambar aku tapi profile orang lain !!

Hurmm ... pagi pagi dah buat aku sakit kepala .. Ada sahabat bagitau aku gambar aku digunakan di FACEBOOK .. Siap berlakon lagi gambar tu milik dia .. hantu raya betul ... Arghh.. dah abis gambar ke nak guna ?

ben2

Lepas aku tengok profile tu , terus aku antar mesej kat tuan punya akaun tu ! Hurmm takkan nak biar kan ? Tau tau dia tukar terus gambar profile .. tapi masalahnya .. gambar yang diganti tu macam aku kenal .. Bukan DARKBATMAN ke ??

dark

Akaun FB ni akaun gay .. aku baca semua komen dalam ni .. MENGARUT betul !!

Pada rakan wanita sekalian , jadikan ini pengajaran ..

Aidilfitri 2010 - Benta

 

Aduh.. pedihnya bijik mata ku  ini .. huhu ..

Wah , nampaknya ramai nak jadi blogger eh ? Artikal mengenai nuffnang keluar kat Kosmo ari ni kan ? huhu.. ramai teringin nak dapat beribu ribu hasil dari blogging .. Mudah ke nak dapat $$ dari blogging ni ek ?

Tak kisah la kan ... makin ramai makin meriah ... yang penting jangan sampai bergaduh gaduh dah ler .. Kena tau serba sedikit undang-undang berblogging sblm tu .. kalau tak , leh jadi huru harare.. hehe..

Hurm.. skang ni kat hentian Benta .. tak larat nak lawan lampu kereta yg datang dari arah bertentangan .. silau mata ku ini ..

Aidilfitri 2010 - Kuala Lipis

 

Huhu... berenti rehat jap kat Kuala Lipis .. Rumah mak adik ipar wife aku ni mmg senantiasa menjadi kawasan hentian kitorang sbb tepi jalan je .. Lega sikit la .. senang nak berenti makan n solat atau guna tandas ..

Banyak sangat kereta yang 'nak terberak gamaknya ' .. Masing masing bawak ikut kepala sendiri.. Bayangkan boleh potong belah kiri sedangkan belah kiri tu lorong motor yang kecik je lorongnya.. boleh main himpit jer .. geram betul ..

Orang orang macam ni la selalu menjadi punca kemalangan jiwa .. Nak elak dari diorng , maka abis langgar orang lain .. Nasib baik aku yg drive.. kalau tak , mau beratus gambar aku amik !

Jap lagi nak  singgah kat masjid bentong lak .. solat kat sana baru terus ke cheras .. Tidur cheras kot malam ni .. sbb esok nak ke Low Yatt Plaza.. hehehe.. untuk apa ??? Tunggu !!!

Aidilfitri 2010 : Raya 6 - Balik rumah ler ..

 

Aduss... terjebak tengok citer GUNDOROWO lakonan Diana Danielle .. Pada mulanya citer tu best tapi bila dah nampak hantunya , jadi boring terus .. huhu..

Tapi tak abis pon tengok .. sbb takut lewat n hujan dlm kul 12.45 tghari tu terus bertolak .. Tak sampai Machang , jalan dah mula jammed .. aku ingat nak patah balik jer ... Pastu kat Sinar FM bagitau area Kuala Kerai mmg jammed terus .. Tapi malas nak patah balik la sebab takut takde bezanya dengan esok .. sama je jammednyer ..

Teruskan perjalanan.. Masuk Kuala Kerai , hujan lebat sungguh .. Aku ngan ngantuk lagi sbb lepas subuh aku tak tidur terus kan .. hehe.. dah jadi tabiat .. lepas subuh tu aku onlinekan diri .. cari bahan untuk blog .. hehe.. kerja kerja kerja..

Aku bawak sekitar 50-60 kmj jer ..mmg slow giler .. wife aku dah sampai putrajaya dah ( tidur aarrr ) .. Alhamdulillah.. lepas gak kawasan kuala kerai tu..

Skang ni kat masjid sebelum RNR Gua Musang .. Malas nak berenti kat Gua Musang tu.. mesti ramai giler orang berenti kat sana .. JAdi bernti kat sini kurang skit orangnya.. Solat kat sini dan jap lagi nak meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis .. Mak mertua kirim ketupat kat besannya .. huhu ..

6 Teknik untuk elak pergaduhan ..

 

Ni adalah tips untuk suami isteri ek .. Yang belum tu nikah , boleh baca sebagai ilmu rumahtangga eh .. hehe.. Diambil dari majalah KELUARGA  ( keluaran September 2009 ) ..

oK.. Aku bagi 6 teknik elak pergaduhan ..

  1. Jangan merajuk - sebaik baiknya apabila bergaduh , jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.
  2. Jangan menghukum - Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong prose berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Jadi , kalau benar masih ada niat berdamai , jangan terlalu menghukum.
  3. Jangan mencari salah - Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian.  Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Aldaha lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.
  4. Mulakan pendamaian - Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian , ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia mmg tidak mahu berdamai , itu tidak menjadi isu besar. Sekurang kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. Jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha ..
  5. Kenal pasti punca masalah - Tujuannya bukanlah untuk mengungkit tetapi untuk mengelakkannya pada masa depan
  6. Kenal pasti perubahan

Antara berita menarik pagi ini :

 

Huih.. pagi pagi aku dah fenin kepala tengok tajuk berita .. dah la jap lagi nak balik ke KL ..huhu. harap tak la jammed yer ... Doakan supaya selamat sampai kitorang eh .. Terima kasih ..

Jadi pagi ni , aku nak berkongsi berita berita menarik di akhbar online .. mana tau ada yang malas nak bukak sana sini .. hehe ..

image 

image

image

image

Selebihnya ... hehehe... kat kedai mamak eh .. internet slow la bang .. huhu.. terima kasih yer ... sila bayar di kaunter ..

Blogger oh blogger : Amaran dah diberi !

Aku tak rasa SKMM bukan sekadar bagi amaran kat blogger je kan ? Semua pengguna internet termasuklah pengguna laman web sosial , email , chatting diberi amaran agar tidak menggunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Kalau rasa ada duit banyak atau teringin nak naik turun mahkamah , silakanlah yer .. aku tak nak weh.. hahaha.. jangan cari pasal keluarkan isu perkauman ni .. kalau ikut aku , mmg je ada menda nak tulis tapi bila melibatkan negara dan isu isu sensitif , tak payah la .. tulis dalam buku 555 je la.. pastu bakar buang ... bahaya ada bukti ni..

Jika kita disyaki melakukan kesalahan seperti penyampaian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain , kita boleh didakwa di bawah akta mengikut Seksyen 211 atau 233 .. nanti tak pasal pasal wooo ...

Maka dengan itu , marilah kita bermain di gigi air sahaja atau main masak masak je.. SELAMAT KAT DUNIA NI ... hehehe.. tu pon tak selamat sangatkan .. masih kena kopiket..huhu..

sumber : BHARIAN

Hahaha .. Norman norman ... bikin malu weh..

Korang ni kan .. buat lawak king eh ?? Panas betul kata kata si Abby ni .. Aku malas la nak buat entri pasal artis ni kan tapi terasa lak kali ni sbb aku gelak besar bila tengok tajuk artikal kes bekas laki bini ni .. adoii...

'Bayar dulu duit hantaran kahwin saya'


Haa... saja je aku buat besar besar .. Malu weh kalau aku .. Tu laa.. gebang lebih sangat .. bila nak menikah , nak buat gimik letak sampai harga bukan bukan ... tapi kalau takat RM11,111.11 tu apa la sangat bagi artis fofular kan ? Berlakon sana sini .. takkan la takde duit kot ??

Si memey pon kena fire gak dek Abby ni .. hahaha.. macam macam la .. Mulut Abby ni boleh tahan gak ek .. Tapi kalau benarlah hak dia ... bagi la ek Norman .. kang Abby bukak pekung ko lagi... malu weh.. abis satu dunia tau .. Dia dok geram banget kat ko tu.. bukan geram nak rujuk tapi geram ko punya auta tu.. hahaha ...

Korang baca la sendiri ek.. pastu samada nak gelak atau geleng kepala , bagitau sekali kat aku .. huhu... sini

Tips di malam hari ..

Asik iku aku berjalan sana sini je kan hari ni ? Heheh.. apa kata aku bagi beberapa tips yang aku nak kongsikan bersama .. diambil dan ditaip semula dari majalah RAPI khas buat pembaca ..

  • Harumkan bilik tidur - bilik tidur berbau harum akan membuatkan tidur anda lebih nyaman dan lena. Tida perlu berbelanja untuk membeli haruman tetapi cukup dengan buah limau kasturi. Ambil beberapa biji buah limau kasturi yang ibelah dua. Letakkan di tempat yang sesuai di ruang bilik tidur anda. Bilik tidur anda akan senantiasa harum dengan adanya limau berkenaan.
  • Hilangkan lenguh badan dengan parutan halia - Ambil halia secukupnya . Parut halia tersebut dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada keseluruhan badan ketika hendak tidur. Dengan berbuat demikian , badan akan terasa segar ketika bangun tidur .
  • Bedak tampak dinding berlubang - Selalunya dinding akan meninggalkan kesan lubang apabila dipaku. Bagi menghilangkan kesan itu , anda boleh gunakan bedak yang dicampurkan sedikit air .Bancuh sebati.Tuangkan campuran tadi ke dalam lubang itu dan ratakan sehingga dinding kelihatan seperti asal.
  • Elak pedih mata kerana bawang - Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang , simpang bawag yang hendak dikupas di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum hendak digunakan. Bawang akan lebih mudah dan cepat dikupas selepas dikeluarkan dari peti sejuk .
  • Rawat luka dengan daun inai - Jika kulit anda terluka ambil beberapa daun inai , tumbuk sehingga lumat kemudian letakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan . Bagi wanita yang baru bersalin atau menjalani pembedahan , makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh ..
Terima kasih RAPI ... banyak tips dari majalah RAPI ..patut dijadikan koleksi ..

Bila si kakak pukul adiknya ..

image

Si kakak dilahirkan dahulu .. bermain la seorang diri .. kesian si ibu melihatnya .. dikhabarkan pada ayah ..

Setahun kemudian , dapatlah si kakak tadi tu adik .. comel budaknya .. Si kakak terpinggir .. Walaupun berusaha bersikap adil namun si kakak terasa hati bila adiknya dimanjakan di hadapannya ..

Memberontaklah si kakak .. cuba mencuri perhatian ibu bapanya.. manakala adiknya itu berusaha bermanja dengan kakaknya .. dia cuma ada kakaknya saja ... kakak yang sedarah sedaging ...

Hari berlalu .. tahun berganti .. masing masing membesar .. bertelagah dan berselisih faham ... sudah tentunya .. air dicincang tidak akan putus namun perasaan tidak puashati tetap berada di hati.. Bukan kerana benci tetapi kerana dia dipinggirkan .. segala permintaan adiknya ditunaikan .. terluka di hatinya sapa yang tau ?

Geram ... geram .. sengaja mencari pasal .. apa saja kata yang keluar dari mulut adiknya pasti di putar belitnya .. dia puashati bila adiknya dimarahi oleh ayahnya ..

Pergi sekolah bersama .. balik bersama.. ayah menghantar mereka berdua .. Namun hari itu , kakak bertengkar dengan adik lalu dia pulang bersama rakannya .. Ditinggalkan seorang diri si adik .. Adik termenung keseorangan ..

Adik bermain menghiburkan hati .. Berlari ke sana ke sini .. tidak perasan kereta menghampiri lalu dilanggar lari .. Adik ke terbaring sendirian .. Merintih kesakitan memanggil nama kakak ..

Segalanya sudah terlambat .. adik terbaring kaku di ruang tamu ditutupi kain batik .. kakak meraung sekuat hati .. adik pergi mengadap Ilahi ..

Adakalanya perkara kecil boleh di selesaikan.. apatah lagi melibatkan persaudaraan atau perhubungan persahabatan .. Kita tidak tau bila ajal kita .. Tanamkan sifat pengampun dan sering memaafkan kerana kita tidak pasti apa yang ada di hadapan kita ..

Bayangkan sekelip mata kita akan kehilangan orang yang tersayang !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI