Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 16 September 2010

Blogger : Kalau dah ada PDA , wajib ada menda ni haa..

 

Aku rasa ramai dah tau dah tentang perisian khas untuk mereka yang suka berblog di mana mana tanpa mengusung laptop .. Ke ramai tak tau lagi ??

Bagi mereka yang tak tau , apa kata aku kongsikan sedikit maklumat berkenaan perisian yang sesuai dipakai menggunakan PDA .. Perisian ini di panggil WRITER FOR WINDOWS MOBILE ..

image Sesuai digunakan untuk Windows Mobile 6 dan keatas

image

image

Amacam ? Menarik ? Aku install dah dalam PDA baru aku .. mungkin akan digunakan bila terdesak jer.. hehe.. kalau tak terdesak , guna je laptop aku .. hehe ..

Kalau nak tau dengan lebih lanjut .. atau berminat nak download .. meh sini .. ( WFW )

Kejam giler ..

 

Haih... aku tak sangka ada spesis manusia begini ada di Malaysia .. Ingatkan dah sorang digantung maka akan jadi pengajaran pada yang lain tapi sayangnya mereka menjadikan kehidupan ala ala samseng untuk mencari makan !

Apakah dia fikir dia akan lepas selamanya ? Dimana nilai keperimanusiaan dia ? Hurm.. adakah digantung akan menyelesaikan segalanya penderitaan mangsa mangsanya ?

Ada je perkara baru digali setiap hari .. makin digali makin terkejut kita .. Dan semakin kejam kita tau si suspek tu .. Aku harap takde sapa sapa pun diantara mereka tu terlepas .. Walaupun sekecil kecil kuman bagi mereka yang mengetahui pelan pembunuhan tu patut dihukum dengan setimpalnya !

Aku dah tak sampai larat nak baca kekejaman mereka semua ni .. Aku rasa diorng tak kisah sangat sbb sekadar digantung.. sekali mati jer sedangkan mangsa mangsa mereka menderita diseksa .. Hurm.. Entahlah .. apa dalam kepala diorg ni pon tak tau ...

Puashati gue dgn HTC nih ..

Serius .. mmg aku puashati setakat ni .. hehe... pda tu boleh jadi router skali.. bermakna , aku boleh online dimana mana saja dalam rumah ni.. Aku letakkan pda tu kat tempat paling strategik ,pastu online .. hehehe.. aku tak yah tersenget senget kepala aku dah untuk tengok tv .. hehe .. pon tak perlu naik darah dh.. huhu..

Tadi otw balik , aku try GPS lak.. guna GARMIN .. mabeles ... Pastu ciri ciri yang ada dalam tu selain dari dua menda tu , kompas ,kamera 5.0 skali ngan flash dan banyak lagi la.. Paling best , skrin bapak besar.. hahaha... besar lagi dari IPHONE .. Harga ? Cuma RM.. erk.. tak leh bagitau.. nanti orang marah .. tapi tak mahal la.. Kalau nak beli , korang g kat PDA EXPERT .. situ je ada 4-5 kedai dia .. kat Mid Valley pon ada .. Dia akan install semua software , percuma ... siap bagi 8GB memori kad.. kalau tak dia bagi basic je , 2GB.. ok la kan ?

Lama dah aku tak tukar hp ni.. HTC Tytn II tu , aku beli sebelum aku kawin dulu ... awal 2008 .. kira dah lusuh gak la.. berbaloi guna Tytn II tu. lasak ..

Huih... HTC kena lantik aku jadi duta neh .. Selain dari HTC HD2 ni , ada banyak lagi .. antaranya Wildfire , Legend , HD MINI ( android n windows ) ... harga ? Bagi aku baik guna HTC dari Nokia atau yang lain sbb harga lebih kurang .. HTC ni pulak mmg dia direka khas untuk smart mobile dan PDA .. berbaloi membelinya .. guna sampai rosak.. hahaha...

BA : Sekadar pendapat aku jer ..

Laki bini terjebat kat Low Yatt Plaza ..

 

Dah beli dah .. huhu.. mulanya aku je nak beli .. tapi sian kat wife tu.. dok guna hp murah .. nak browsing internet masa outstation pon tak boleh.. dia kata mati kutu ...

Maka kitorang pon ke PDA EXPERT ..  tempat yang mana aku beli hp lama aku .. mmg aku suka g tempat ni.. pertama , layanan dan keterangan dia jelas .. siap buat perbandingan  dengan semua hp yang ada .. Dan akhirnya kitorang .. memilih ...

image

image

image

HTC HD2

Pasti korang tertanya kenapa aku tak beli Iphone , kan ? hehe... Apakah perbezaan IPHONE dengan HTC HD2 ? buat masa skang aku tak boleh nak review lagi sebab tak adil .. aku tak guna IPHONE...aku kena duduk dengan kawan aku tu ha.. si ADY tu .. dia guna.. jadi baru boleh compare .. kan kan ?

Menariknya.. laki bini amik yang sama ... hehe..

Hina orang melayu .. Hina bendera Malaysia ?

Ada blogger tanya aku soalan " apa pendapat aku kalau ada blogger hina orang melayu dan hina bendera Malaysia ? " .. Mudah jer ...

Ada banyak pilihan di zaman sekarang ni ... antaranya ialah :

  • Sila buat laporan polis.
  • Tubuh kelab I HATE ... di FACEBOOK ..
  • Panggil wartawan .. buat sidang akhbar ..
  • Buat entri di blog berkaitan isu tersebut ..
  • Ramai ramai pergi maki hamun dia ..

Itu yang biasa berlaku bukan ? Ada saluran undang undang .. kita ikut .. Jangan memandai mandai sendiri.. Selagi tidak menyentuh kita secara fizikal mahupun mengancam nyawa kita , bagi aku biarlah pihak berkuasa ambil tindakan ..

Aku tak nak la jadi orang melayu yang cepat melatah .. Nak hangin tak bertempat seperti kita lihat di negara negara lain .. abis buat huru hara ..

Aku pasti orang melayu bijak dan boleh berfikiran dengan waras .. Kalau nak diikutkan , cuba buka mata luas luas .. Berapa ramaikah orang melayu sendiri yang sedang menghina budaya mereka dan juga agama mereka sendiri , secara tidak disedari ?? Apakah yang patut kita lakukan ? Tubuh KELAB I HATE YOU ??

Habis tu nak berdiam diri je ker ? Kalau kita nak bergaduh dengan orang yang tidak cukup bijak , kita akan jadi seperti mereka .. Senyum dan beri mereka maklumat berkaitan dengan isu yang mereka bisingkan .. Nak hina bendera Malaysia ? Tercalarkah maruah bendera tu ? Takkan tercalar selagi kita pertahankan kedaulatan negara ini dari musuh musuh yang ingin jatuhkan negara kita !

Aku berdiri memegang bendera Jalur Gemilang ! Musuh menempelak dan mengejek namun mereka tidak mengangkat senjata .. Perlukah aku mengangkat terlebih dahulu ? Tak perlu ... Kita yang akan dipersalahkan .. Pegang kuat kuat bendera ini .. Pertahankan jika diserang .. Barulah mati bermaruah ! Mati mempertahankan bumi tercinta..

SELAMAT HARI MALAYSIA !!

Senat Perancis haram purdah

 

PARIS: Senat Perancis meluluskan rang undang-undang pengharaman memakai purdah di kawasan awam dan tempat lain, keputusan yang membabitkan kurang 2,000 wanita Islam, tetapi dilihat sebagai simbol mempertahankan nilai dan budaya tempatan.

Rang undang-undang diluluskan dengan 246 menyokong dan satu menentang, langkah terakhir sebelum pengharaman itu diluluskan sebagai undang-undang. Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat, Julai lalu.

Ia bakal menjadikan pemakaian purdah suatu kesalahan, termasuk yang dipakai pelancong di kawasan awam dan tempat lain.

Rang undang-undang pengharaman itu menetapkan denda AS$185 (RM582) bagi wanita yang memakai penutup muka. Denda juga dikenakan kepada orang yang didapati memaksa wanita memakai purdah, manakala denda AS$38,000 (RM121,600) dan penjara setahun dikenakan jika wanita dipaksa memakai purdah di bawah umur.

Bagi umat Islam undang-undang itu adalah satu lagi tamparan kepada agama kedua terbesar di Perancis dan meningkatkan risiko Islamofobia di negara yang mana masjid dan rumah ibadat lain sering menjadi sasaran kebencian.

Tetapi, ada wanita termasuk Kenza Drider berikrar terus memakai penutup muka, walaupun ia diharamkan dan menegaskan beliau lebih rela didenda daripada tunduk kepada ketidakadilan.

“Ini tidak adil dan melanggar kebebasan beragama. Saya akan terus pakai purdah,” katanya. Beliau adalah wanita tunggal berpurdah ditemuramah jawatankuasa Parlimen yang mengambil masa enam bulan sebelum meneruskan langkah meluluskan undang-undang itu. – AP (BHARIAN)

BA: Kalau orang Islam buat , diorng kata kita mencabul hak manusia.. tapi diorg buat ??? Diorg aja yang senantiasa betul .. Takut dengan bayang bayang sendiri betul !!

Berlagak pandai aku ni !

 

Lega dah sampai KL .. Sampai sampai je dapat parking cantik punya depan rumah .. Lepas turun semua beg , aku bawak kereta aku tu g servis ..

Sampai tempat servis kereta tu , aku tgk apa yang diorg buat .. Yelah , biasa wife aku yang g servis .. Hari ni aku pulak yang pergi ..

Ada sorang tu buat sesuatu yang pelik .. aku pon ikut dia buat .. tapi sebelum tu kena beratur di depan sebatang paip air .. Bila sampai turn sorang mamat ni , aku tanya dia la kat mana kereta dia .. Dia kata kat rumah .. Abis kalau kat rumah camana nak servis kereta ??? Dia kata dia datang untuk beratur dulu .. bila sampai turn dia , baru dia balik amik kereta !!! Laaa... macam tu pulak ??? Aku suruh dia g amik kereta .. Adeh..buang masa betul mamat ni ..

Bila dia balik , aku pun buat la kerja aku.. Aku buka bonet .. diikuti cap tangki air .. Aku masukkan satu batang batang hos air.. aku sedut air dalam tu ! Kasi kering !!!

Ada satu mamat datang tegur aku .. Dia tanya aku nak buat apa ni ? Aku jawab aku tak tau.. aku tengok apa yang orang buat .. Mamat tu geleng kepala .. Salah kata dia .. diorng semua nak tukar minyak hitam tu.. Yang aku keluarkan tadi tu bukan air tapi minyak hitam ..

Laaa... yang aku g keluarkan minyak hitam tu kenapa ?? Kan baru je tukar minyak itam ari tu ?? Iskh.. Aku tanya mamat tu apa yang patut aku buat ..

Dia suruh je aku beli yang baru.. dia kata sayang minyak itam yang aku buang tu.. Aku jawab jer kat dia dengan selamba .. " Tak pe.. tak kisah.. janji kereta ok " .. hehe..

Aku pon g beli minyak hitam .. Sebelum aku pergi beli tu , aku cadang nak penuhkan air dalam tangki air di enjin tu .. Aku masukkan hos air tu dan bukak paip air..

Tiba tiba berlaku litar pintas .. Berasap enjin kereta !!! Aku g masukkan air paip kat dalam tempat minyak itam rupanya !! Hadoiii.. terus kereta tak boleh start !!! Mampus aku.. camana nak menjawab kat bini aku nehhh .. Camana dia nak g kerja ??? Takkan nak kena overhaul kot ? Dah la aku nak beli hp ni.. kereta lagi ?? Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk !! Ini semua mimpi belakaaaaa  !!!! Aku tak percaya semua ini berlakuuu !!

" Bangun bang .. dah pukul 630 dah ni.. solat ! " Terdengar suara wife aku .. Ya Allah .. Bersyukur aku.. rupanya mimpi .. Kalau tak , mati aku dengar bebelan wife aku... non stop la sepanjang hidup aku dengar lagu lagu yang keluar dari mulut dia !!!

Selesaikah masalah jika letak watermark pada gambar anda ?

 

Tak selesai wa cakap luuu .. Tak caya ?? Sila tanya otai dapur kita .. Datuk Paduka Bentara Mat Gebu yg baru baru ini telah dikebas gambar masakannya dek .. erk.. tak leh sebut .. nanti kena saman lak .. hehe

Menurut SKMM , bila letak gambar di internet ni , selagi tak di register hak milik , gambar tu adalah milik orang ramai .. Haaa.. betul atau tidak , korang leh tanya sendiri .. Kalau aku silap , sori la yer .. cuma ini adalah maklumat terakhir yang aku ketahui .. kot ada perubahan atau terkini tu , aku tak pasti.. sila rujuk sendiri ..

Ini pendapat aku .. kalau dah letak gambar di internet ni , sila tanggung risiko sendiri .. Kalau takat gambar makanan tu , kena curik , boleh la maki maki blogger tu .. tapi kalau gambar korang yang cun tu , dimasukkan ke dalam laman web lucah ?? Tak ke haru biru ??

Korang letak la watermark ke .. landmark ke... mark n spencer ke .. kalau penyamun tu nak kebas , diorng kebas gak .. nak kata apa ?? Boleh maki hamun n buat repot je la .. kalau mengaibkan , kasi saman !!!!

Betul ke boleh dapat duit dari blog ni ???

 

Aku pasti ramai dah baca artikal berkenaan NUFFNANG tu kan ? Pasti ada yang terjojol bijik mata bila ada blogger sampai beratus ribu dapat setahun .. hehehe .. Yeker ?? Boleh caya ke ?? Aku no komen.. Tu dia boleh komen kat LHDN .. aku tamo masuk campur yer .. siapa la aku kan.. bukan fofular ponn .. ehehe ..

Ok ..berbalik pada cerita dongeng kita neh .. Betul ke ? Aku pasti ramai dah mula dapat cheque dari Nuffnang walaupon RM50 .. Tu semua pembakar semangat ..  mesti nak pastikan segalanya benar belaka bukan ? Sehinggakan ada blogger yang hangin satu badan sbb g bank tapi tak leh cashkan , yer ? hehehe... Jgn tensen .. jadikan pengalaman berguna.. sekurangnya dah belajar sesuatu yang baru bukan ? Bagi yang belum bank in kan cheque Nuff tu , sila lakukan demikian ... Depositkan cheque anda tu ke dalam akaun bank anda yang telah wujud.. jika belum pernah ada akaun bank , sila wujudkan satu kerana pastinya akan ada cheque dari Nuff lagi.. insyaAllah ..

Aku , pada mula antara mereka yang sukar percaya tentang pendapatan melalui blog ini .. Tapi setelah setahun mengkaji  selok belok mengenai blog ini , hasil pendapatan dari blog ini bukan saja dari Nuffnang tetapi dari banyak sumber .. Apa yang perlu korang buat ialah rajin mengkaji dan membuat penyelidikan .. 

Aku bagi satu contoh paling mudah dan senang .. BLOGSHOP .. selain letakkan NUFFNANG di blog korang tu , korang boleh meniaga di dalam tu .. Perhatikan produk produk yang ada di depan mata korang .. seperti hasil kraf orang kampung yang mana korang mampu jadikannya bisnis sampingan ..

Terlalu banyak sebenarnya .. cuma kadang kadang kita ni terlalu asyik dengan yang ada di depan mata .. tak ingin mencari dengan lebih mendalam ..

Kecurangan suami & isteri ada alasan tersendiri

 

Dipetik majalah Wanita (bil 1400 / 2010 ) ..

6 Alasan Mengapa Suami Curang :

  1. Nafsu Seks 
    • Menurut MW ( Majalah Wanita ) , suami berasa isterinya sudah tidak lagi memiliki ghairah yg sama seperti dulu .. Pasangan dianggap sudah tidak mempunyai daya tarikan seks selain bosan dengan hubungan jangka panjang yang tiada pembaharuan.. atau lelaki / suami mencari wanita lain kerana inginkan kelainan dalam seks (sesuatu yang ekstrem ) namun tidak mahu merosakkan imej perempuan baik yang disandang oleh isteri mereka . Jadi mereka menyerahkan tugas tersebut pada kekasih gelapnya ..
    • Pendapat  BA ( Ben Ashaari ) , suami / lelaki dah boring dah dok makan menda yang sama ari ari .. disbbkan mengikut sangat bisikan syaitan maka yang haram tu lebih lazat dari yang halal !
  2. Balas dendam
    • MW-Kadang kadang alasannya kerana si isteri yang melakukannya lebih dulu. Suami melakukan mencari kekasih lain kerana pasangannya telah berpaling pada lelaki lain selain dirinya. Untuk memaafkan tidak mudah kerana desakan ego maka hubungan sulit dibalas dengan hubungan sulit. Ringkasnya membalas dendam
    • BA - Saling berbalas dendam .. baik cerai je kan ! Sbb dah takde kepercayaan dalam perhubungan.. Buang masa dan buang pahala jer ..
  3. Memang kaki perempuan
    • MW - Ada lelaki yang tidak mampu melupakan nikmat memburu , mengejar dan menakluki wanita yang mungkin sudah biasa dilakukan ketika bujang dahulu . Sikap yang sudah terbiasa dilakukan tak mungkin terhapus terus dari diri .Mereka mahu membuktikan bahawa biar sudah makin berusia namun pesona diri masih ada . Tambah lagi bila pasangan iaitu isteri asyik mencabarnya
    • BA- Yang ni aku setuju.. kalau dah kaki betina tu , takkan leh cukur dah bulu kaki tu.. dia dah naik kerinting bulu kaki tu.. satu cara je.. bakar je bulu kaki tu.. baru ada akai ! Satu lagi , si isteri jgn mencabar suami.. bahaya .. Lelaki ni pantang dicabar .. Korang bagi alasan besar untuk lelaki melakukan kecurangan !
  4. Sudah tabiat
  5. Keegoan
  6. Digoda

Haa.. ni semua aku tak perlu taip semula ..aku rasa korang mesti paham punya .. Kalau tak faham gak , g kedai buku jer.. kasi beli Majalah Wanita bulan ni.. Yang ada gambar Akak CT tu.. hehe .. Auww.. mata coklat gitu .. hehehe..

Kalau Punca Isteri Curang lak camana ?? Ok.. aku bagi point je la eh ..

  1. Kurang perhatian
  2. Terlalu banyak perbezaan
  3. Berubah sikap dan penampilan
  4. Perhatian dari lelaki lain
  5. Balas rasa sakit hati
  6. Tarikan material

Tu diaaaaaaaaaa... dasat dasat ... Dasyat 13..  Jangan cari pasal isteri isteri.. nak masuk neraka kah ? Kejar dunia lagi dari kejar akhirat ? Biarkan si suami tu dengan agenda dia.. pandai pandai dia jawab nanti kat akhirat .. Takkan nak join sama kot ??

Aidilfitri 2010 - Kelantan .. tutup buku ..

 

Alhamdulillah ..sampai dah umah jam 11.30 malam .. lagi sejam cukup 12 jam perjalanan .. Pergh.. macam nak g Mekah jer rasanya ...

Kali ni mmg mencabar perjalanan .. Tadi kat Karak pon cam cilanat jer keta .. dah terang terang aku duduk lane slow .. mau gak bagi aku lampu tinggi dari belakang .. Arghh.. mentang mentang aku bawak Ferrari limited edition versi Malaysia aka MYVI  , berlagak giler dia .. apa dia pk kereta dia besar sangat ..

Aku dah hangin satu badan tadi.. Aku bersumpah tak nak buat baik dah tadi .. hahaha.. mcm si Diana lak dalam cite Gundorowo .. Terus aku kejar balik ... Ko hengat ko je ada lampu tinggi ? Meh amik ubat .. Aku bagi dia lampu tinggi skali ngan lampu suluh !! Baru ada akai .. Hehe..

Sampai kat tol .. aku ke arah SENTUH n' PERGI .. tapi palang tu dh sedia naik.. pelik lak.. takkan tol blackout .. pekerja2 tol dok melepak sambil makan biskut raya ... Diorg suruh jalan je .. aik .. takkan mogok kot ??? Skaliiii tol freee daaa .. Slamat RM8.. Rm8 tu besar tuuu .. Berapa ramai klik iklan Nuffnang baru leh dapat RM8 ?? Habaq mai sat kat aku ... Haaa...

Akhirnya .. sampai tol Gombak .. Huh.. tak sabar dah nak sampai Cheras..aku dah pening kepala ni .. Aku tekan butang rahsia.. Kereta MYVI bertukar menjadi EVO 10 ..  bergerak dengan kelajuan 80kmj .. Kena ikut peraturan  !! Kang saman weh.. Aku takde duit dah neehh.. Aku memanjang je takde duit .. Serius.. aku org tak berada .. Jgn mengaku orang kaya .. bahayaaa... jgn cari pasal !! Biar pasal cari kita .. paham ?

Alhamdulillah ... sampai jugak kitorang kat rumah .. maka bersantaplah aku kari ayam , udang masak petai yang mana mak aku masak spesel untuk kitorang .. hehe.. Aku semakin nazak .. semakin berisi... huwaaaaaaa...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI