Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 17 September 2010

Nak nenen ....

Nak nenen.. nak nenen.. nak nenen.. nak nenen ...

Tu dia .. dari mula budak tu masuk LRT sampai aku turun lrt , tu je yang keluar dari mulut budak tu .. Mak dia cool je .. Cool atau kawal hangin ? Tak kisah la janji mak dia berjaya kawal amarah dia .. Aku rasa tak ramai ibu mampu kawal perasaan marah tu ..

Budak tu , bukan la kecik lagi.. aku rasa dalam umur 3-4 tahun gitu .. besar dah .. laki lak tu.. hehehe... Budak laki mmg kuat nenen ke ?? Sori eh.. aku tak de anak lagi .. tu pasal aku tanya ..

Kalau korang, rasanya mampu tahan tak? Aku ? Pakai topeng otomen kot.. segan .. hahaha .. Yelah , budak tu mintak nenen kat aku.. aku mana ada nenen kan ?? Kan aku ni laki tulen... tulen bangg.

iPHONE4 , HTC EVO4G ,Nokia N8 ,HD2 n PALM

Untitled-3 copy

Letih nak banding membandingkan hp ni.. sampai kiamat takkan dapat penyelesaiannya .. Tapi ni bertujuan untuk mereka yang mencari hp yang berbaloi dengan harga .. Yang manakah lebih sesuai dengan jiwa dan juga budget ??

Masing masing ada kelebihan dan kelemahan .. namun jika tanya pada aku , aku masih lagi gemar HTC .. dulu dan sekarang .. akan datang ??? Tu lain entri.. hehehe

- sumber : GADGETSDNA

Perbandingan antara HTC HD2 dgn IPHONE 3Gs

image

image

Ada yang mintak aku buat perbandingan antara kedua dua pda ni .. Aku pernah test Iphone .. dan juga skang memilik HD2 .. Mana yang best ?

Dari segi skrin , menang kat HD2 .. ‘kelembutan’ paparan bila nak ke kiri , kanan , atas dan bawah , mmg IPHONE lebih cun .. Part tu mmg aku salute IPHONE .. tapi banyak part yang IPHONE takde ..

Bahagian yang aku suka sekali ialah GPS .. Aku amat mementingkan GPS sbb aku ngan wife suka ke sana sini tanpa menggunakan maps .. segalanya bergantung pada GPS dan signboard.. Setakat ni , GPS banyak menyelamatkan kitorang dari sesat.. hehe.. Kalau sesat pon mesti jumpa jalan keluar .. Dan paling penting ialah waktu kereta nazak ( minyak nak abis ) , maka nak cari stsn minyak berhampiran , penggunaan GPS amat penting .. peta Gps akan beritahu stsn minyak paling hampir ..

Gpsnya menggunakan antenna .. bukan perisian yang menggunakan Internet seperti Google Maps..bermakna , tiada bayaran dikenakan ..

image

Kamera .. kalau tk silap aku IPHONE masih lagi 3.0 kan ? HD2 dah 5.0 .. tapi bahagian ni aku tak kisah sangat la.. bukan nak guna sangat ..  tapi kalau korang nak review sendiri , bolehlah ke sini ..

Bagaimana pula dengan GALAXY S ?? Aku bukan peminat Samsung .. hehe…

Bila otai otai berkumpul !!

Lepas solat Jumaat kat surau PWTC tadi , terus aku g THE MALL .. nak g isi perut aku yang dah macam 10 tahun tak makan .. huih..nyampah aii .. hahaha..

Masa lalu kat depan Dewan Tun Abdul Razak tu , aku ternampak la satu signage .. huih.. ada mesyuarat besar jap lagi ni .. Semua otai otai turun .. pergh.. boleh usha daun sat lagi .. aku ni antara mereka yang kagum dengan otai otai ni .. Maklumlah, pengaruh tv kuat sangat ..

G la melantak sorang sorang .. Banyak kedai yang masih tutup .. Nak tak nak , melantak la maggie sup .. Aku order maggie sup ayam , yang sampai maggie goreng .. Belasah je la kak . janji kenyang .. malas nak tunggu dah .. Biasanya kalau aku turun sana , aku order keow teow goreng je.. malas nak pk panjang .. tapi kedai tu tutup ari ni ..

Makan tu jap je.. nak ke sana tu amik masa .. Lepas makan , kenyang la kan.. pastu bila dah jalan balik , sah sah lapar .. perut ular sawa tul ...

Erm.. masa kat The Mall tu , aku berselisihan dengan seseorang yang aku amat kenali .. Abang angkat mak aku ... skang ni bergelar DATUK dah .. tak tau la DATUK kurniaan atau DATUK beli .. huhu.. tapi kalau dah join politik tu , cam mudah je nak dapat DATUK .. maka tak hairanlah skang ni senang je nak dapat DATUK kan ? Harapnya lepas ni diperketatkan la.. supaya berbaloi kurniaan tu..

Aku tengok je dia.. tapi dia wat dek je.. aku malas nak tegur .. Pernah sekali dulu aku tegur sewaktu berselisihan dengan dia kat PWTC .. Masa tu ada mesyuarat UMNO .. tapi dia seolah kenal tak kenal aku je padahal kenduri kawin aku dia datang.. hahaha.. masa tu dia lom ada title rasanya.. tapi tak pe la.. adat manusia.. tunggu la aku dapat pangkat lak .. hehe.. pangkat blogger lama .. tu pon lepas 5 tahun.. hehe..skang tamo tamo ..

Terus aku ke PWTC .. Dari jauh aku dah dengar kecoh.. suara lelaki .. pergh.. tu dia.. ni mesti otai otai dah berkumpul .. Bila aku lalu situ.. tengok muka masing masing .. tubuh masing masing .. mmg otai !! Respek arr !! Nak je aku g kat diorg bagi tabik hormat .. Masing masing yang ada kat situ semua dah berkopiah dan berjanggut .. tapi badan diorg masih mantap.. kurus je .. Tu la dia KOMANDO ANGKATAN TENTERA MALAYSIA .. Bukan senang weh nak jadi komando .. kena jalani latihan keras punya .. Aku ? tak yah la.. jadi biawak komodo boleh la.. hahaha..

Aku dari dulu mmg suka tengok komando , paskal , PGK ... diorg semua cukup berdisiplin .. huhu.. aku ? suruh kilatkan kasut pon malas .. hahahaha.. Jadi tadi tu , diorng ada Mesyuarat Bekas Komando Malaysia .. Tabik !

Kerajaan , silalah pantau ..

Kenapa kerajaan lak ?? Sbb dah tanggungjawab kerajaan kan ? Lagi pon ada agensi kerajaan terbabit dalam Jualan Mega Sales ni ...kan ? haaa... Kita pengguna ni asik kena temberang jer .. nak marah kang , jadi pergaduhan .. nak buat repot , berjela lak prosedurnya .. hurmm.. Jangan beli ?? Huhu.. telan air liur je la eh ..

Jualan cekik darah

KUALA LUMPUR: Sikap pengguna yang cepat 'teruja' dengan membuat lebih banyak belian setiap kali melihat tawaran jualan murah, lebih-lebih menjelang Aidilfitri menyebabkan mereka mudah tertipu.

Sebagai pengguna, mereka sebenarnya mempunyai banyak pilihan dan yang pasti perlu berhati-hati ketika membeli-belah kerana tawaran jualan murah yang dibuat peniaga tidak semestinya murah.

Tinjauan Sentral di beberapa pusat beli-belah di ibu kota mendapati ada peniaga mengambil kesempatan menipu pengguna dengan menawarkan harga diskaun atau potongan harga sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk dijual.

Seorang kakitangan swasta, Saiful Mustapha, berkata beliau hampir terpedaya ketika hendak membeli sepasang kasut berjenama di sebuah pusat beli-belah yang menawarkan jualan murah, baru-baru ini.

“Cadangan saya untuk membeli kasut itu sudah lama, iaitu pada April lalu. Ketika itu harga sepasang kasut berjenama berkenaan ialah RM287, tetapi saya tangguhkan pembelian kerana menunggu jualan murah pada Ramadan.

“Ini berikutan pada bulan ini biasanya banyak pusat beli-belah membuat tawaran jualan murah dan kemungkinan harga kasut idaman saya itu akan berkurangan,” katanya kepada Sentral, semalam.
Bagaimanapun, katanya, ketika berkunjung ke kedai berkenaan baru-baru ini, harga kasut berkenaan meningkat sehingga RM387 walaupun ketika itu pusat beli-belah terbabit sedang menganjurkan Karnival Mega Sale.

“Harganya bukan turun, sebaliknya meningkatkan sehingga RM100 walaupun pusat beli-belah terbabit membuat tawaran jualan murah,” katanya.

Beliau berkata, itu baru satu contoh barangan, sedangkan ada ribuan produk yang dijual di pusat beli-belah itu dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Seorang penolong pengurus sebuah syarikat swasta, Nurul Afzan Abu Bakar, berkata memang tidak dinafikan menjelang musim perayaan, kebanyakan peniaga akan mengambil kesempatan menganjur jualan murah.

“Sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati dalam membeli ketika jualan murah. Jualan Murah tidak semestinya murah. Jangan sampai penat berhimpit-himpit tetapi tertipu dengan helah penjual,” katanya.

Katanya, beliau hampir tertipu ketika membeli pakaian untuk Aidilfitri. baru-baru ini.

“Saya teruja apabila melihat tanda harga diskaun diletakkan peniaga pada pakaian yang saya hendak beli, tetapi kemudian berasa hampa apabila diskaun antara 30 hingga 50 peratus yang ditawarkan hanya membabitkan pengurangan harga antara 50 sen dan beberapa ringgit saja,” katanya.

Perkara sama turut diakui pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Nur Afiqa Muslim, 20, yang mengakui peniaga mengambil kesempatan membuat lebih banyak keuntungan dengan menggunakan taktik jualan murah kerana ia mampu menarik pembeli.

“Pastikan jualan murah itu benar-benar wujud atau sengaja digunakan peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan,” katanya. - BHARIAN

BA : Sampai ke Kelantan , aku tengok seluar slack yang aku nak beli , harga sama jeee padahal tulis SALE ! Camana tu ?? Dah bertahun seluar tu harga tu gak .. perghh..


Terserlah kebodohannya ..

Serius .. aku tak tau la dari mana orang ni datang .. haih ...

Rakam adik dicabul bomoh

SEGAMAT: Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial. Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.


Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.


Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.


Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.


Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.

Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.

“Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.

“Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.

Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.

“Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.


“Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan,” katanya.

Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.

Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban. - HMETRO

Mau giler kalau AIR ASIA cam ni !

Kes bunuh Sosilawati, pemimpin politik jangan buat tafsiran sendiri

KULIM: Pemimpin politik di negara ini sepatutnya tidak membuat tafsiran sendiri mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail Nasution berkata, semua pihak sepatutnya bermengambil sikap bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa iaitu polis dan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan tugas mereka.


“Jika terlalu banyak pihak membuat pelbagai tafsiran...akan menjadi lebih mengelirukan terutama persepsi umum terhadap kes yang belum selesai," katanya kepada pemberita selepas program Rapat 1Malaysia di sini, petang semalam.


Lebih 500 peserta terdiri daripada ketua-ketua cawangan dan anggota jawatankuasa parti komponen Barisan Nasional (BN) Bahagian Kulim/Bandar Baharu hadir pada majlis anjuran Penyelaras Parlimen kawasan berkenaan sebagai sebahagian majlis menyambut Hari Malaysia.


Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang juga Penyelaras Parlimen kawasan itu.


Sahlan berkata, mana-mana pihak tidak perlu turut masuk campur dengan tugas polis dan menyerahkan kepada pihak berkenaan menjalankan tugas mereka secara profesional kerana kelak akan lebih mengelirukan lagi suasana.


“Adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk memastikan tugas yang dijalankan pihak polis adalah memuaskan dan adil untuk semua pihak," katanya.


Sementara itu, Sahlan berkata ada kumpulan-kumpulan yang mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya satu Suruhanjaya Kesamarataan diwujudkan tetapi sehingga kini kerajaan tidak menerima ataupun menolaknya.


“Ia adalah satu cadangan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri dan terpulang kepada beliau untuk membuat pertimbangannya,” katanya.


Beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri masih kekal dengan prinsip “keadilan untuk semua”.-Bernama

sumber : Hmetro

Kisah Benar Impian Seorang Ibu Dan Ayah

Puan Fatimah (bukan nama sebenar) merupakan seorang kerani di salah-sebuah jabatan kerajaan di ibu negara. Beliau mempunyai seorang anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini iaitu Imran (bukan nama sebenar).

Bapa kepada Imran pula ialah Saleh (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang pegawai di salah-sebuah syarikat swasta yang bertugas di Shah Alam.

Puan Fatimah dan Encik Saleh amat-amat inginkan anak kesayangan mereka Imran untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini. Kalau boleh mereka nak masukkan Imran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan untuk Tingkatan 1.

Puan Fatimah dan Encik Saleh risaukan tentang pencapaian Imran akhir-akhir ini yang kurang memberangsangkan.

Setiap bulan mereka membelanjakan duit untuk menghantar Imran ke pusat tuisyen.

Tapi masih macam tak nampak lagi ‘hasil’ pulangannya dari segi keputusan ujian-ujian yang Imran perolehi.

Lebih runsing lagi mereka ini bila melihat Imran asyik menghabiskan masa di depan komputer bermain game dan melayari Internet serta bermain MukaBuku Facebook.

Kalau search pasal pelajaran takpe la juga kan …

Puan Fatimah sibuk dengan kerja urusan rumahtangga manakala Encik Saleh pula sering terpaksa pulang lewat kerana tugasan di pejabat.

Memang tak ada masa sangat mereka ni jika nak pantau 100% progres Imran dalam pelajaran.

Dan yang lebih ‘parah’ lagi, mereka pernah terdengar jiran-jiran ada menceritakan anak-anak mereka yang dihantar ke pusat tuisyen bukannya mereka hadir ke kelas tuisyen. Tapi mereka telah ‘serong’ ke cyber cafĂ© berdekatan untuk bermain online game.

Naik gerun juga Encik Saleh dan Puan Fatimah, takut-takut Imran pun terjebak …

nak tau dengan lebih lanjut ?? Jom baca sini

Susah sangat ke jadi orang kaya ni ?

Adakah wang merupakan faktor penting dalam kehidupan ini ? Bila ada wang , maka kedudukan seseorang tu menjadi tinggi..secar automatik !

Makin banyak duit makin tamak seseorang tu .. betul ke ? Susah nak jumpa seseorang yang benar benar pemurah di zaman ini .. Ada saja niat tersembunyi disebalik kebaikkan yang ditaburinya .. Aku tengok semalam.. cerita Pisau Cukur .. walaupun sekadar hiburan namun cerita tu ada kebenarannya .. Manusia akan tertarik pada harta dunia .. Wanita diumpan dengan wang ringgit manakala lelaki pula diumpan dengan wanita .. Wanita materialistik akan perbodohkan lelaki mata keranjang hanya untuk syurga dunia . Nikmat seketika yang dibutakan mata hati oleh syaitan ..

Aku sendiri tak nafikan aku tertarik dengan duniawi .. Sapa tak tertarik bukan ?? Tapi jgnlah sampai bertuhankan duniawi ni .. sampai sanggup berbunuhan .. sampai sanggup putus saudara .. atau sampai sanggup tipu keluarga hanya kerana harta dunia ..

Hari ini , kita dapat lihat banyak kejadian kejadian yang diluar fikiran waras manusia hanya kerana harta .. Duit yang tak menjanjikan syurga seringkali menjadi agenda kehidupan ini .. Dengan duit , maka adalah kuasa .. Bila berkuasa , maka duitlah jadi oksigen bagi setiap kali bernafas..

Entahlah... makin lama makin takut nak baca suratkhabar ..


Entri pertama aku sebagai blogger ..

Hari ini dalam sejarah ... hehe ... 17/9/2009 dan hari ini 17/9/2010 , aku mengeluarkan entri yang pertama aku sebagai seorang blogger ... Kebetulan , entri pagi ini pon ada kaitan .. hurm.. Kebetulankah ???


Semalam aku ke Alamanda , Putrajaya untuk membeli sehelai dua baju dan seluar. Punya la ramai orang. Tak kira bangsa dan agama.Aku pun mencari la sesuatu yang aku berkenan . Punya la terpusing-pusing mencari baju. Sebelum nak pergi beli , aku dah set otak aku nak cari baju brand Esprit. Selesa gile bila pakai. Tapi bila tengok harga , erm...aku boleh beli banyak baju dengan harga tersebut. So berpusing-pusing la dalam Alamanda tu..kuar masuk kedai kat situ.Tak jugak ada yang berkenan...last last singgah kat butik levi's..beli la sepasang seluar slack jenama dockers..dah berkurun aku nak beli n akhirnya baru dapat..sehelai je ..tu pun dah kira mahal giler.

Baju ? Erm..nk cari yang sesuai yang boleh dikenakan ngan seluar tu..cari punya cari..dapat gak la..jenama sukan malaysia..boleh la.....Dapat la dua helai..tu pun jenuh mencarinya. Kesian kat wife aku dok mengikut je...Part aku selesai ..

Part wife aku lak...dia cari barang dia..huhu..tau la perempuan..apa lagi nak dicarinya ..make up ! adoiyaiii....biaq p la ...Bila dia dah dapat barang dia , teruskan la berjalan jalan..

Sampai la kat carrefour ...Rambang gak mata aku tengok barang tapi wife aku sering mengingatkan aku , ' orang lain nak beli susu anak pun tak mampu ! ' adoi....Banyak benda la aku nak beli tapi tak boleh nak beli disebabkan perintah khas dari wife aku..tak pe la...untuk masa depan gak kan...

So aku pusing-pusing kat situ...Tertiba aku ternampak satu mamat Nepal ni..kecik kecik je orangnya..tersenyum jee kat muka dia..senyuman dia seolah baru dapat bonus 10 bulan gaji !!! aku sendiri tersenyum tengok dia..Aku tengok dia dok memilih kasut . Aku peratikan je la...Dia pilih macam pilih ikan sambil tersenyum..Aku tengok kat papan tanda harga ! RM5 sepasang ! Murah gile tu...adoi....camana dia boleh pakai kasut begitu murah sedangkan aku yang pakai jauh lebih mahal dari tu pun masih lagi sakit kaki ! Aku rasa kesian sangat kat dia. Rasa mcm nak je pergi kat dia dan ajak dia g shopping sekali ngan aku..pilih la apa nak aku bayar ! tapi kalau aku buat begitu aku akan spoilkan dia lak..dia akan sedap pakai kasut mahal n pasni sure nak beli yang mahal je..Apa yang aku mampu buat , aku hanya mampu bersyukur atas rezeki yang aku terima selama ini..Tak la banyak mana tapi still boleh berbelanja , bersedekah dan beri pada orang tua..Aku sendiri pun beli t-shirt semalam dalam harga rm3.99 sepasang..pakai g gym n duduk umah je..

Ramai yang tak sedar sebenarnya negara kita ni , penuh dengan punca rezeki...nak ngan tak nak je mengalinya...

Tangani sakit tumit dan lutut

MERASAI sendiri perbezaan tapak kaki menggunakan teknologi baru daripada School, terasa sedikit perbezaan. Jiika dahulu, kaki mudah terasa letih dan lenguh, kini lebih selesa walaupun memakai kasut tinggi. Sebagai wartawan, berjalan dari satu lokasi tugasan ke lokasi lain sudah menjadi lumrah. Tekanan pada kaki kadang kala menyukarkan pergerakan. Mujur dengan adanya teknologi lapik dalam kaki baru ini membantu mengurangkan rasa tekanan kaki.

Tidak dinafikan berjalan kaki merupakan senaman yang baik untuk kesihatan. Namun, tahukah anda berjalan di atas permukaan yang rata boleh menyebabkan kesakitan pada tapak kaki.

Permukaan rata yang diperbuat dari konkrit dan jubin boleh memberi tekanan kepada kaki kita lebih-lebih lagi bila kita banyak berdiri dan berjalan di atasnya.

Malah permukaan yang keras boleh menyebabkan terjadinya penurunan pada cekungan depan dan cekungan dalam kaki kita secara berlebihan (excess-pronation). Golongan yang aktif bersukan dan selalu bergerak memberi lebih tekanan pada kaki mereka. Namun, ramai yang tidak menyedari ketidaksejajaran kaki yang akut dan kesannya kepada kesihatan dan kesejahteraan kita.

Lebih 70 peratus daripada kita dianggarkan mempunyai kaki yang cenderung untuk terjadi penurunan pada cekungan dalam dan cekungan depan apabila mereka berjalan. Ia boleh menjurus kepada keadaan di mana kaki akan merata secara beransur-ansur dan akan menyebabkan sakit tumit dan lutut.

Memulihkan kesakitan

Baru-baru ini, School telah melancarkan produk lapik dalam kaki yang dikenali sebagai Lapik Dalam Biomechanics Orthotics. Ia akan membuat anda tampil penuh yakin dengan mengubah cara anda berjalan. Dengan kaedah baharu ini, setiap warganegara Malaysia dapat memulihkan kesakitan "tersembunyi" yang mereka alami kerana cara berjalan yang tidak betul akibat daripada permukaan jalan.

Pelapik dalam Biomechanics Orthotics Scholl merupakan produk rangkaian baharu daripada Scholl yang boleh memberi impak secara positif kepada postur dan penjajaran kaki anda, serta memadankan kontur cekungan kaki dan mengurangkan penurunan pada cekungan depan dan cekungan dalam yang berlebihan (excess-pronation).

Dengan Lapik Dalam Biomechanics Orthotics Scholl, anda pasti merasai perbezaannya dalam masa sesingkat 30 hari. Biomechanics Scholl menyokong kaki, mencegah penurunan pada cekungan depan dan cekungan dalam yang berlebihan dan membolehkan kaki untuk berfungsi secara semula jadi.


Kesihatan : Utusan

Sombongkah aku ?

Lewat , lewat , lewat ... Dah set alarm tapi tak berbunyi .. tau tau dah kul 640 pagi .. Huih .. Hujan lebat kat luar .. mahu sambung tidurkah aku ? Iskh... Syaitan membisik suruh tidur balik jer .. No no no ..

Aku kuatkan semangat.. Naik atas .. mandi .. solat .. bersiap pastu g kerja .. Hurmm .. Mmg lebat kat luar tu .. Sampai erl , aku terlewat 10 saat.. terlepas dah Erl .. nak tak nak kena tunggu lagi setengah jam .. Ngantuk .. Layan hp bau kedai aku untuk hilangkan boring . Lapar ? Sudah semestinya .. Dalam kepala aku dok terbayang bihun goreng + sambal kerang + telur mata kerbau .. perghh.. lazatt..

Sampai stesen LRT Pwtc .. hujan masih lebat lagi .. camana ni ? Nak redah atau tidak ? Tengok jam .. Sah mmg merah dah ari ni .. nak buat camana .. terima je la .. Bila keluar dari stsn tu , ada seorang lelaki tua berbangsa India menegur aku ..

" Abang .. saya .. " Tak sempat dia habiskan ayat dia ... Aku senyum dan mengangkat tangan saja .. aku terus berlalu ..Kesian mmg ada dalam hati aku ... Kalau aku berenti , sah sah aku hulur duit .. Aku lewat sangat dah .. Hurm .. Kesian .. bersalah gak aku ..

Entah la.. ada sesuatu di benak aku .. adakah aku patut babitkan mereka ? Hurm ..

Bertelingkah hasil jualan tanah RM29 juta

image

LOKASI kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

KUALA LUMPUR: Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.


Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.

Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.


“Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu.


“Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,” kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu yang tidak mahu namanya disiarkan.


“Kami pernah bertanyakan hal itu kepada suspek, namun dia memberikan alasan proses penjualan tanah belum selesai... ada kaveat ke atas tanah itu menyebabkan proses menukar nama tidak dapat dilakukan tanpa perintah mahkamah.


“Malah, suspek sentiasa menjelaskan kepada kami bertiga proses itu bukan mudah dan mengambil masa kerana membabitkan banyak prosedur mahkamah, selain meminta kami bersabar,” katanya.
Ahli perniagaan itu berkata, kali terakhir mereka berempat bertemu kira-kira dua bulan lalu bagi membincangkannya, bagaimanapun suspek memberi alasan urusan berkenaan belum selesai.
Beliau mengaku mereka berempat sebagai rakan kongsi selalu berhubungan melalui telefon.


“Saya terkejut membaca mengenai kehilangan Sosilawati, disusuli berita pembunuhannya yang dikaitkan dengan peguam kami. Lebih mengejutkan cara Sosilawati dibunuh bersama tiga yang lain,” katanya.


Sosilawati, pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.


Sementara itu, seorang lagi ahli perniagaan bergelar Datuk berasal dari Selangor mengesahkan beliau yang membeli tanah berkenaan pada harga RM29 juta daripada mereka berempat, tahun lalu.
Beliau yang meminta identitinya dirahsiakan, bagaimanapun menjelaskan bayaran tanah itu masih belum selesai sepenuhnya berikutan prosedur mahkamah.


“Setakat ini, saya sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus (RM2.9 juta) dan hanya menunggu proses kelulusan untuk bayaran penuh,” katanya mengesahkan sudah menerima beberapa dokumen daripada suspek berhubung pembelian tanah itu dan percaya semua proses mengikut saluran undang-undang.

sumber : Bharian

Susah nak update blog sbb signal lembab ? Aku ada cara ..

Kadang kadang nak bukak blog pon lembab kan ? Apatah lagi nak update blog ... lembab giler jer .. Tak pee.. ada satu penyelesaian.. Sangat mudah dan pantas .. boleh update di mana mana .. Bila ada signal walaupun ciput je , pasti anda boleh post entri tersebut ..

Camana eh ?? Sebelum tu aku bagi antara kelebihannya eh .. Aku mmg suka guna dah perisian ni bila malas nak bukak browser .. Satu lagi , aku tak perlu save gambar yg aku google .. Hanya perlu copy saja kemudian paste terus dalam entri .. Mudah bukan ?

Dan lagi .. hehe... watermark .. boleh buat terus dalam perisian ni... tak payah susah susah dah nak edit sana sini .. ni kira kes terdesak ar .. cepat wooo .. fantas weh.. hehehe..

Banyak lagi la kelebihan dia .. korang cuba la guna .. pasti takkan menyesal .. Aku rasa ramai dah blogger guna .. Perisian ni dipanggil WINDOWS LIVE WRITER ..

image

Bila dah guna ni , korang akan rasa seperti maju setapak lagi dalam dunia blog .. hehe... kira canggih la skit kan .. Pendapat aku je la.. kalau korang rasa tak , aku nak kata apa kan ? Yang penting patut cuba sblm beri komen ..

Pendapat aku , tak rugi mencubanya .. Kalau nak godek sendiri , silakanlah .. hehe .. > WLW

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI