Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 18 September 2010

Aidilfitri tahun ni penuh cerita ...

Hantu ?? Aisey .. kalau tak hantu mesti cerita sedey .. Apakah setiap kali raya kena ada cerita cerita macam ni ? Kalau tak cerita gitu , mesti konsert yang dirakam dua bulan sebelum raya atau ulang tayang tahun lepas punya ..

Kan lagi bagus tunjuk dokumentari atau rancangan rancangan yang berunsur keagamaan seperti yg banyak ada di Astro Oasis ( Flags of Truth , Qamar Bani Hashim dsbnya ) ..

Ni dok tunjuk cerita hantu .. Haih .. penat la nak tutup bantal kat muka ... Tak pun penat kena cubit dek bini ! Paling teruk pun , terkejut sbb anak buah menjerit .. bukan terkejut sbb cerita ... huih ..

Kalau boleh , lain kali mesti bertepatan dengan perayaan , tunjukkan cerita cerita yang memberi ilmu ... Masyarakat kita ni termasuk aku semakin kekurangan ilmu walaupun masing masing 'penuh ilmu' .. haa.. faham tak ?? tak faham ?? haih.. tersirat laaa...

BA : Tak semua perkara yang kita belajar dengan membaca ... ada juga dengan melalui pengalaman orang lain ...

C!#%*a punya laki bini !!!

Geram betul aku tengok laki bini ni tadi dalam berita tadi .. Teruk betul dia seksa orang gaji dia yg berasal dari Indonesia ..Abis badan dia diseterika oleh majikan dia ..Bengong punya manusia .. Tak cukup dengan tu di rogol lagi ... hurmm .. Baca la sendiri eh ..

Suami isteri ditahan pembantu rumah dakwa didera fizikal, seksual

GEORGETOWN: Polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mereka mendakwa telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lepas dan kemudiannya ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Gan Kong Meng hari ini berkata pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur, juga mendakwa telah dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.

Katanya pembantu rumah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan di tangan dan kaki serta luka melecur di belakang dan dadanya.


"Siasatan awal polis mendapat dia telah didera selama kira-kira empat bulan sebelum ditinggalkan di kawasan perumahan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, oleh majikannya pada Ahad lepas," katanya kepada pemberita.


Katanya laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan polis percaya yang dia mungkin telah dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun, yang tinggal di sebuah apartmen di Jelutong.


Dipercayai isteri kontraktor itu akan memukul pembantu rumah itu jika dia enggan memenuhi keperluan seksual majikannya itu.
Gan berkata kedua-dua suspek ditahan pada 9.15 malam semalam dan polis turut merampas sehelai comforter dan cadar dari rumah itu yang dipercayai mempunyai kesan air mani.


Katanya pembantu rumah itu pada awalnya tidak dapat mengenal pasti apartmen majikannya di Jelutong dan polis terpaksa menunjukkan banyak gambar apartmen.


"Sebaik sahaja apartmen berkenaan dikenal pasti, kami bertanyakan kepada penduduk di kawasan perumahan dan mengenal pasti suspek," katanya.


Katanya polis telah memaklumkan Kedutaan Indonesia mengenai kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan mengikut Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol. -- BERNAMA

sumber : Bharian

Susahnya jadi polis kan ?

 

Polis .. penjaga keamanan dalam negara ..Patut diberi penghormatan .. Tak kira masa dan tak kira tempat , senantiasa bertugas .. Tapi kerana nilai setitik ... hurmm .. tu lain kes.. bukan dalam entri ni .. tamo cerita pasal tu .. yang aku nak cerita tentang anggota polis yang sering mengadai nyawa sewaktu bertugas tapi tetap dipandang sinis ..

Pernah tengok kereta yang ditahan polis ditepi jalan ? Pasti akan ada yang tersenyum sini ... " Tu nak mintak rasuah la tu " ... Hurmm ..  Kenyataankah ?  Korang ada pengalaman ? Aku pasti korang ada pengalaman kan ? hehe .. Aku ? kalau ada pon takkan nak cerita dalam ni .. Bahaya..

Bagi mereka yang memakai uniform biru gelap ini , aku mmg hormati mereka lebih lebih lagi mereka yang benar benar menjalankan tugas demi negara .. Yang tak bestnya ada yang jadi riak dan gila kuasa.. seolah olah bila ada kad kuasa ni , boleh buat apa saja .. Hurm .. Entahlah .. nak kata lebih pon , kadang kadang kita pon sama je kan ?

Berkaitan dengan tajuk , 2 anggota polis cedera diserang ketika cuba menangkap warga Indonesia cuba memecahkan tingkap kereta ..tu bukti masih ada anggota polis yang prihatin dan dedikasi pada tanggungjawabnya ..Terima kasih PDRM ..

Susah senang jadi blogger ..

Best ke buat blog ?
Entah .. belum cuba ..

Senang ke buat blog ?
Entah .. belum cuba lagi ..

Habis diorng kata best dan senang je buat blog ?
Kenaala tanya diorng sendiri ..

Kena bayar ke buat blog ni ?
Ada yang free ... kalau nak guna domain sendiri , kena la kuar duit sendiri ..

Kalau dah ada blog , nak tulis apa ? Aku takde idea la ..
Tulis je apa yang dalam kepala tu .. Nanti ada la idea ..

Ada ke orang nak baca blog aku tu nanti ?
Terpulang cara promosi blog tu ..

Boleh ke aku copy paste entri orang ?
Tu ko kena tanya orang tu sendiri ..biasanya mereka berikan kredit pada pemiliknya ..

Kalau copy paste dari artikal akhbar online ?
Bagi aku , sama je ... janji bagi kredit .. secara tak langsung kita promosi akhbar tu sendiri .. dari kita buat ulasan tapi nanti ada yang tersalah faham , masalah jugak ..

Orang tak kutuk ke tulisan aku kalau aku tulis tah hapa hapa dalam blog tu ?
Ada yang akan kutuk , dan ada yang tak kisah ...

Boleh dapat ramai kawan ke bila kita berblog ni ?
Aah .. insyaallah kita akan ada ramai kawan ..

Bermakna , dunia blog ni menarik la ek ?
Sama seperti dunia sebenar , gitulah dunia blog .. bezanya dunia blog ni kita baca tulisannya dan dunia sebenar , kita melihat dan mendengar ... mudah terpedaya jika tidak berhati hati ..

Kesimpulan ... apa jua yang kita buat , baik dan buruk segalanya terletak ditangan kita sendiri .. Bagaimana kita nak mencorakkan blog kita tu , hak kita .. bukan semua kita buat , orang akan suka .. Tak semua akan terima kata kata dan pendapat kita .. Bila berblog , kena buka minda dan matang .. bagaimana nak tangani segala serangan kritikan , blogger kena perlu rajin belajar dari blogger blogger lama .. InsyaAllah ... kena bijak bila berblog .. tak semua kata kata kan diterima .. hurm... Wallahu'alam ..


Bas gergasi membelah trafik

IKA ada rakan anda mendakwa pernah ternampak kerbau gergasi sedang berehat di tepi lebuh raya yang saiznya seperti lori simen, tentu dia akan lebih terperanjat apabila melihat bas ini.

image

BAS gergasi ini boleh membawa sehingga 1,200 penumpang dan mempunyai ketinggian 4.5 meter yang membolehkan kereta melalui di bawahnya.

Manakan tidak! Saiz bas gergasi ini sangat besar sehinggakan kereta-kereta boleh melalui di bawahnya ketika ia sedang berhenti atau bergerak di jalan raya.

Bas gergasi yang dikenali dengan beberapa nama seperti 'Bas Laju 3D', 'Gergasi Transit Boleh Dilalui Kereta' dan 'Bas Mengangkang (straddling)' ini mempunyai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Bas yang bergerak menggunakan laluan sendiri seperti monorail itu merupakan bas konsep masa depan yang dicadangkan oleh sebuah syarikat dari China untuk mengatasi masalah kesesakan di bandar.

Ia boleh dikatakan hibrid gabungan bas dan keretapi bandar yang boleh membawa sehingga 1,200 penumpang pada sesuatu masa tanpa menjejaskan lalu lintas.

Bas ini boleh mengambil dan menurunkan penumpang di stesen-stesen khas dibina untuknya tanpa menganggu trafik kerana kereta boleh melalui bahagian bawah badannya.

Pembinaan bas dan juga trek laluannya adalah 90 peratus lebih murah berbanding membina laluan kereta api bandar yang baru sama ada keretapi bawah tanah atau monorail.

Konsep bas elektrik tersebut diperkenalkan oleh Shenzhen Huashi Future Parking Parking Equipment Co. Ltd. dan projek percubaannya akan dilaksanakan mulai tahun ini di daerah Mentougou Beijing, China.

Trek-treknya akan dibina di antara laluan trafik yang memerlukan sedikit modifikasi kepada sistem jalan raya masa kini, selain perlu membina stesen-stesen bas khas untuknya.

Laluan trek

Laluan trek bas itu boleh dibuat dalam bentuk rel jika ia menggunakan tayar keretapi tetapi hanya perlu membuat garisan cat di jalan jika ia menggunakan tayar getah biasa.

Bagi kawasan yang tidak mempunyai stesen khas bas itu, tangga yang terdapat di bas itu boleh digunakan untuk menurun atau menaikkan penumpang.

Seperti bas elektrik atau bas troli, bas gergasi elektrik ini akan sentiasa dicaj menggunakan kabel di atas bumbung bas.

Apabila bas itu berhenti di stesen-stesen besar, ia akan dicaj dengan kuasa lebih tinggi untuk mengembalikan kuasanya untuk bergerak lancar sehingga ke stesen seterusnya.

Kelebihan bas ini juga ialah ia tidak perlu berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana tetapan lampu itu akan sentiasa memberinya laluan lampu hijau untuk perjalanan tanpa henti.

Sistem trafik juga akan membolehkan bas tersebut membelok dengan mudah dengan kereta-kereta lain perlu berhenti di jarak yang selamat.

Memandangkan bas ini tidak boleh keluar daripada laluannya, sistem amaran perlu diletakkan di sepanjang laluan untuk memberi tahu pemandu bas jika terdapat halangan seperti kereta kemalangan di hadapan.

Pemandu kereta juga akan diberi amaran melalui sistem laser dan bunyi yang akan memberitahu bahawa mereka menghalang laluan bas atau terlalu dekat dengan bas dan perlu segera keluar daripada landasan.

Bas yang mempunyai saiz enam meter lebar dan 4.5 meter tinggi masih boleh melalui kebanyakan jejantas atau jambatan yang terdapat di jalan raya masa kini.

Kemampuannya untuk membawa sehingga 1,200 penumpang dalam sesuatu masa mungkin kelihatan tidak logik tetapi jika ia mempunyai koc yang bersambung-sambung seperti keretapi, tentu angka itu tidak mustahil dicapai.

Sistem kecemasan penumpang bas ini juga perlu menggunakan sistem kecemasan seperti pesawat, iaitu penumpang boleh terjun menggunakan getah gelongsor yang dipasang di pintu kecemasan.

Apa yang menarik bas ini juga tidak memerlukan stor simpanan khusus ketika menghentikan operasinya pada waktu malam kerana ia boleh ditinggalkan di stesennya tanpa menganggu trafik.

Projek percubaan bas ini akan dijalankan trek sepanjang 186 kilometer (km) di Mentougou dan jika berjaya, ia akan dilaksanakan di seluruh China.

Antara kelebihan membina sistem ini juga ialah ia mesra alam kerana menggunakan elektrik dan menjimatkan masa pembinaan kerana hanya memerlukan satu tahun untuk membina laluan 40 km, berbanding tiga tahun untuk membina laluan monorail.

Sememangnya, pertambahan penduduk yang pesat di negara yang mempunyai rakyat paling ramai di dunia itu memerlukan teknologi-teknologi moden untuk membantu rakyatnya menjalani kehidupan.

Bas gergasi ini merupakan idea pengangkutan moden paling praktikal pernah dikemukakan oleh negara tersebut dan jika menjadi kenyataan, maka negara itu mungkin menjadi pengeksport teknologi baru pula di masa depan.

sumber : Utusan

Telinga si isteri ..

Aku nak kata aku cakap perlahan , tak jugak .. sampai nak terkeluar anak tekak aku ni .. tapi dia dok 'apa ?? apa ? " ..

Aku cakap perlahan atau dia mmg ada masalah telinga ?? Hurmm.. ke mmg orang perempuan ni saja je nak test kesabaran sang suami ? Tak pe tak pe... sabar...

Sekali lagi aku diuji.. tanya satu soalan tapi kena ulang 2-3 kali ..hehe.. ooo... saja je eh ?? Pastu saja aku cakap perlahan lahan.. ala ala cakap dengan diri sendiri ..

" Kawin 2-3 pon best ni .. "

" Apa ? Ada hati nak kawin 2-3 ??? " si isteri menjengilkan bijik mata .

Hek ele... dengar la pulak ! Abis perlahan aku cakap tadi ! Mmg sah telinga perempuan !! Huh ..

Al- fatihah buat TTT

Al-fatihah ... untuk mengetahui lanjut ..sini ..

Hurm... ajal kita ? Bagaimana kita mati nanti ? Astagfirullah .. Cuba buka mata kita besar besar .. Satu satu meninggalkan kita ..cuba cara dan bagaimana saja yang membezakannya ..

BA: Segalanya kita tinggalkan dibelakang bila kita ke depan ..

Kurang ajar atau bodoh ??

 

Aku tak pelik tapi inilah hakikat yang perlu diterima betapa ramai lelaki akan ke neraka kerana wanita !

Ada suami sanggup mengikut telunjuk isterinya .. Sanggup mengenepikan segala kata kata ibunya untuk menurut kehendak isternya .. Hurmm.. apakah kerana isterinya tu terlalu cantik sehingga sanggup ikut kata ? Aku tak rasa kerana cantik ..

Kerana sayang ??? Kot ya pon sayang , berpada pada la.. Ibu bapa kita ni , satu tu jer .. isteri ?? Kalau dapat isteri perangai macam hantu , yang jenis pentingkan diri sendiri , cari baru jer ... serius... jgn buang masa .. jgn kasi tensen diri ..

Haih .. aku tak boleh tengok betul cerita  Pondok Plastik Tepi Kubur ni  .. geram tul..

Tapi ... mmg wujud laki yang menunduk kepada bini dia ..sanggup ketepikan keluarga ... Huh !

Memey vs Abby = Norman

Sebenarnya aku malas nak masuk campur rumahtangga orang tapi aku nak bagi pendapat aku je la dari sudut hati lelaki ..

Sapa yang bersalah ? Takde yang benar pon .. Dua dua mesti jenis panas .. Sorang boleh cerita macam ni dan sorang lagi boleh cerita macam tu .. Aku perhatikan kalau Norman keluar dalam suratkhabar jer pasti Abby akan keluar jugak .. siap tayang bf dia ... tapi takde apa apa hubungan.. apa menda tu ? Nak kasi sakit hati ? Adakah itu perangai wanita matang ? Dari sini kita dah boleh nampak cara pemikiran si Abby tu ..

Bagi aku , perkara ni mmg nampak lucu ... Norman belum jelaskan wang hantaran tetapi ada hati nk nikah lain .. Nasib baik wang hantaran .. kalau kena duit mas kawin ? Cuma yang tak kena gayanya perlu ke kecoh kat suratkhabar ? Abby dah membuka aib bekas suaminya .. Dulu diam je ?? Kenapa tak saman je si Norman ? Tapi yg berlaku adalah sebaliknya ??

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat."

Tu je la nak habaq .. kalau korang baca komen si Memey lak .. bolehlah ke sini .. Apa pun , diharap kedua dua pasangan bertindak seperti manusia yang matang dan bijak .. Jangan ikut telunjuk syaitan dengan membuka segala pekung di dada .. Abby pon , awak tu artis .. takkan tak de duit sampai nak ke suratkhabar mintak duit walaupun hak ? Dulu masa sedap sama sama , diam je ??? Norman , kasi settle ini kes sblm kawin .. ok bro ??

BA : Nasib baik aku bukan artis .. kalau artis pon sekadar artis jamban ..

Suspek utama tak pernah dikurnia gelaran Datuk

 

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain diikat, dipukul dan ditikam hingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai.

Katanya, kejadian itu berdasarkan pengakuan suspek selepas soal siasat sebaik semua lapan suspek yang terbabit kes berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau juga mengesahkan, setakat ini hanya lapan suspek ditahan dan polis meneliti sekiranya masih ada mereka yang terbabit kes itu.

“Berdasarkan siasatan, enam suspek yang ditahan selain suspek utama iaitu peguam dan adiknya adalah pekerja suspek utama dan mereka disifatkan sebagai taksub dengan ketuanya, malah ada yang bekerja selama 15 tahun dengan suspek terbabit.

“Siasatan juga mendapati suspek utama tidak pernah dikurnia gelaran Datuk dari mana-mana negeri, malah asetnya juga sudah dibekukan. Bagaimanapun, jumlahnya akan diumumkan kemudian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi, di sini, semalam.

Beliau turut memberi amaran sekali lagi kepada media terutama media arus perdana supaya tidak melaporkan apa yang melampaui batas dengan melaporkan berita yang tidak sahih dan spekulasi yang boleh menggugat keadilan. - HMETRO

Resident Evil : Afterlife 3D

 

imageimage

Best ke ? huhuhu ... 4 BINTANG ! Tak senang duduk aku tengok cerita ni .. Jalan cerita yang pantas dan tidak membosankan ... Setiap adegan lasak tidak diheret terlalu panjang dan bagi aku , mmg best ! Tak payah lawan lama lama sbb semua orang tau hero mesti menang .. jadi tak payah berjela jela .. kan ? hahahah ..

image

Yang pasti akan ada sambungan .. cuma Milla Jonovich semakin berusia .. Adakah akan ada pengganti dia nanti ??

Kali pertama aku kenal si Milla ni ( bukan Milla AF tu yer ) melalui cerita FIFTH ELEMENT .. dia berlakon dengan BRUCE WILLIS ..  cerita dia menarik gak.. Hehe.. aku mmg minat BRUCE WILLIS jadi , bila ada je cerita dia , aku mesti tonton.. tapi yang aksi je la .. hehe..

image

Kalau boring hujung minggu ni , jangan buang masa .. g la tonton RESIDENT EVIL .. Pasti terhibur ...

Pelakon M Rajoli meninggal dunia

 

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama

sumber : HMETRO

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI