Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 21 September 2010

Tips nak femeskan blog ?

Cuba makan biskut femes emes.. hehe.. jgn marah ar.. gurau ..

Hurm.. nak femeskan atau nak popularkan blog ? Untuk apa sebenarnya ? Untuk orang kenal kita atau untuk tingkatkan trafik ? Nak tingkatkan trafik tak semestinya popularkan blog jer .. Banyak cara sebenarnya ..

Mesti ada yang nak tau , camana aku popularkan blog aku kan ? Ada yang kata , aku menumpang tuah MAT GEBU .. Kalau tak kerana MAT GEBU , blog aku orang tak kenal .. Yeker ? Hehehe ..

SITI NURHALIZA jadi popular camana ? Nyanyi tepi jalankah ? Dengan menjuarai pertandingan nyanyiankah ? Dengan kawin Datuk K kah ?? Cuba fikir ..

Sbb tu aku kata , cara untuk naikkan blog ni banyak cara .. Kerja keras atau bijak berstrategi .. Segalanya bergantung antara satu sama lain .. Sampan akan hanyut jika tiada dayung kan ?

Aku sendiri gunakan pelbagai cara dan teknik dan sehingga sekarang pon masih belum berjaya... kira boleh bergerak sedikit je la .. Nak kata femes atau popular tu , maaf la yer ..tak langsung .. Dan aku tak nk kejar semua tu.. Serius.. Takut pulak aku skang ni ... Bukan apa , nanti cerita tentang kehidupan aku ada ditangan orang .. Bahaya bukan ? Jadi aku kena hati hati bercerita mulai skang .. Tidak boleh terlalu open ..

Kalau diperhatikan , ramai buat blog tentang TIPS .. blog gitu mmg akan menjana trafik dalam jangka panjang .. contoh blog yang aku maksudkan ialah blog masakan .. Aku tak boleh nak bagi contoh blog lain sebab aku tak tau .. Tak adil la kan buat sesuatu review yang aku tak tau langsung mengenainya ..

Blog masakan , kalau diperhatikan dah mula menarik trafik tinggi sejak Ramadhan lalu sehinggalah sekarang .. Kalau nak dikira femes emes ni , blog masakan lagi fofular .. tapi tak ramai tau .. kan ? hehe.. Sbb apa ? Tu tanya kena tanya mat gebu ..

Berbalik pada keperluan memfemeskan blog ni , aku bagi satu je nasihat.. naik perlahan lahan.. sambil naik kutip segala ilmu yang ada di kiri dan kanan .. bila turun nanti , tinggalkan semua ilmu tu kat atas agar orang dibelakang akan dapat gunakannya nanti .. baru berbaloi berblog ..

Pada blogger baru , korang jangan risau dan cepat putus asa .. bagi masa pada blog korang tu ... kemudian , check niat tu balik.. kalau nak $$ , bolehkah blogging jadi kaya ? BOLEH .. tapi bukan dengan cerita peribadi .. buka mata .. kaji.. Kalau suka suka , maka trafik bukanlah satu perkara yang penting.. Ada atau tidak pembaca , tu semua belakang kira .. Yang penting , dah post ! hehe .. kan ?

Yang penting bila berblog ni ialah HEPI .. Jangan buat entri ketika tensen atau masa jiwa kacau .. cari penyakit .. Ops.. ada satu lagi .. hehe.. perlu ke cerita tentang kekasih hati ?? Apakah akan terjadi sekiranya putus cinta ? Satu dunia dah tahu tentang tu percintaan anda tu.. tiba tiba , haaa... fikirkan yer .. nasihat je ni.. nak ikut , ikut la.. tak nak , terpulang la yer...

Kalau aku masih belajar lagi , aku akan cerita tentang pelajaran .. mana tau ada rakan rakan akan sudi berkongsi ilmu .. kan ? hehe.. Aku nak cerita pasal kerja , tak boleh.. ISA aku nanti.. hahaha.. bos usha dah tu.. hahahha..

Kualiti atau Kuantiti ?

 

Maaf la yer .. ptg ni aku banyak cerita pasal entri lak .. bukan apa , tadi aku masuk blog sahabat ( blogger baru ) dan dia agak frust dengan trafik dia .. Trafik ni pembaca yer .. bukan Trafik ni $$ ... Bila sebut trafik , maka akan timbul di benak ialah $$ .. tu satu kesilapan kita ..

Korang layan movie tak ? Kenal U-Wei Shaari ? Yasmin Ahmad ? ok..bagus .. Jogho ? Pernah tengok cerita tu ? Isteri ,perempuan dan ... ? Sepet ? Mukhsin ? Gubra ? Pendapat korang , cerita ni berkualiti tak ?

Bagaimana pula dengan filem Senario ? Anak mami ? Rempit ? Jangan Tegur ? Adakah filem ini berkualiti ?

Mickey Mouse ? Donalds Duck ? Popeye ? Ultraman ? Cerita cerita begini berkualiti tak ? Tapi kualiti banyak kan ?

Segalanya terpulang pada selera kita .. Ada orang nampak berkualiti.. ada yang tidak .. Ada yang suka entri selamba .. ada yang suka serius .. Macam macam citarasa .. kita sebagai blogger mmg sukar nak duga citarasa mereka .. Jadi tulislah apa yang terbuku di hati dan minda .. Bagaimana mereka nak memprosesnya , terpulang pada kebijaksanaan mereka .. 

Yang pastinya , jgn cerita yg tak patut  dicerita .. Contoh .. Aku g mandi tadi .. pastu makan .. pastu tidur.. esok g kerja.. balik g gym.. Dari mula sampai habis gitu jeeee ... dari Isnin sampai Ahad .. Kualiti pon tarak .. kuantiti pon tak layak ..

Tapi sebaiknya selitkan satu dua info dalam setiap entri .. Bukan sekadar bercerita kosong .. Barulah best .. Pasti mereka akan kembali lagi ..InsyaAllah ..

Adakah ini menjawab persoalan anda ??

Ben , ko dah takde keje lain ke ??

image

Aku bukan nak tunjuk jumlah tu .. Jumlah tu kecik lagi kalau nak dibandingkan blog yang dh lama tapi aku nak bagitau satu sbb kenapa aku selalu update ..

Dalam blog aku ni , takde tips atau tutorial yang mengajar cara cara pembikinan blog yang kemas , cun atau sebagainya .. Majoriti entri dalam blog aku ni , adalah cerita aku diikuti artikal berita , agama dan macam macam lagi ..

Kenapa aku rajin update ? Aku tak nak pembaca blog aku ni boring .. aku nak variasikan blog aku ni.. kira macam datang beraya la.. takkan dari muka pintu sampai ke dapur dok hidang lemang je kan ?

Untuk mendapatkan pelbagai entri , kena rajin update .. bila sampai waktunya , kita rileks.. dia akan jalan sendirinya .. kan kan ? Kena ingat , pembaca tak semestinya masuk untuk baca entri terbaru jer .. Diorng akan jumpa entri entri lama sewaktu google dan juga sewaktu mengorek blog kita .. kalau entri tak sampai seratus walaupon setahun , camana nak tinggi trafik ??

imageJumlah komen

image Jumlah entri ( +-/x )

Faham tak ? Kalau tak jugak .. tak pe la .. nak kata apa dah kan ? hehe..

Apasal la takde orang baca blog aku ni ???

 

Haih.. sehari , boleh kira ngan jari.. Dapat 10 orang masuk pon dah kira bangga habis ni .. Kalau sehari dapat 100 tu , aku nak buat kenduri 7 hari 7 malam ! - tu la yang aku dok merungut dulu ..

Aku pk pk gak .. Apa sebenarnya masalah blog aku nih yer ? Kat mana tak kenanya ? Kalau buat entri tu , abis lawak dh aku buat .. Panjang ? Jangan cerita la.. berjela panjangnya .. Dari takde gambar sampai bergambar gambar .. Tapi macam tu gak.. Nak dapat sekali lebih dari 10 visitors tu skit punya susah la.. Rasa cam nak amik parang suruh sorang sorang masuk blog aku dan baca .. Tapi tak boleh la gitu kan ? hahaha.. giler punya kerja gitu..

Dah tu ? Camana ? Blogwalking ? Aku mmg masuk blog orang tapi tak la tinggalkan komen.. Hurm. tu satu masalah aku .. Kenapa aku tak tinggal komen ? Erk.. sbb nak loading tu slow ... dah la internet aku lembab .. masa nak baca blog pon , susah .. macam macam ada dalam blog tu .. nak tak nak , aku baca entri pertama je la .. Sbb tu la kot orang tak balas kunjung aku.. Cam tu ke ? Hurm..

Ke blog aku ni ada macam macam ? Macam macam ada ... hehe.. penuh ngan gambar n widget .. sampaikan orang susah nak masuk.. kalau masuk pon , kejap je pastu keluar.. Apasal eh ?? Banyak sangat gambar ke ??

Ke tak cantik blog aku ni ? Dah abis bunga semua aku taruk.. siap ada awek kelip mata lagi !  Rambu rambu tu jgn citer la.. warna template , warna font semua dah buat.. kecik besar .. kira nampak comel la..  Pon tak berjaya menarik minat orang masuk .. huh.. tensen ni ..

Camana eh ?? Camana nak kasi orang masuk dan baca pastu kembali lagi ???  Hurm.. kena makan aiskim sambil fikir ni .. baru berjalan otak .. huhu..

Erk.. sat.. ada member tanya aku.. sehari berapa kali aku update blog ? Sekali ? Dua ? Tiga ? Dia tanya aku , cerita apa ko buat ? Pasal makan pagi , tengahari n malam ? Ke g jalan jalan ? Adeh.. ko ingat ko artis ke ada orang nak tau cerita ko ?? Erk.. betul gak tu.. tapi ni blog aku..lantak aku la nak tulis apa.. Kan ? Kalau gitu , lantak diorng la nak masuk ke tak .. Erk.. nak kata apa dah kan ? Dah tu nak tulis apa ????

Sekali ada member bagitau ... 'bersihkan' blog ko... tngk blog blog orang lama .. camana diaorg 'bercerita' dalam tu ... bukan suruh tiru tapi kaji cara penulisan .. Ringkas tapi padat .. bukan melalut tak tentu arah .. Diorg bukan nak baca semua tu .. kalau nak tengok melalut , baca cerita kancil dan buaya.. huh ! Betul gak kan ?

Tunggu apa lagi ????

Nuffnang pergi meninggalkan daku .. lagi..

Huwaaa.. korang perasan tak ??? Tak ?? Adoi.. oh tidak.. segalanya dah hanguss.. tinggal abu jer... tak tau la bila nak tumbuh semula .. yang ada pon dah pakat duk tidur .. huhu...

Nuffnang oh nuffnang .. mai la jengok lagi.. kalau mai , silalah bawak duit raya non stop action tu yer .. Pastikan tanpa alkohol yer.. hehe .. Kalau selalu gini la kan wahai nuffnang , ari ari aku pomot wooo .. hahaha..bodek tak hengat .. tapi tu la hakikat kan .. takkan nak menjala tempat takde ikan .. kan kan ?

Tapi tak mengapalah wahai nuffnang .. ko pergi pon dah tinggalkan harta untuk hujung tahun.. hahaha.. boleh la kan ? lepas nak sambar lens satu ni.. Aisey..orang rumah menjeleng dah .. haha.. ari tu dah sambar hp baru .. ni ada hati nak membeli lagi ??

Tapi kan , nuffnang banyak iklan kebelakangan ni .. perasan tak ? Aku pasan weh.. Ada banyak yang baru.. ini bemakna nuffnang masyuk ... pergh.. kasi kasi la double bonus .. kan blogger kan ? Erk.. jgn tamak .. tak baik tamak woo.. kalau bagi double , nanti mintak triple.. sampai kiamat la tak abis.. tau tau?? haa..tak leh sambung ayat tu.. nanti aku kena bom... hahahha

Korang caya tak ?? Aku tak percaya woo

 

Salam Sejahtera.
Apa khabar?


Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Farah dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email  ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.


Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.


Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.


Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.


Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah US$2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga US$7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.


Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Yang benar,

Nama dia ... rahsia.. hehe.. kang kena saman lak aku ..

 

BA : haih... makin banyak TONTO skang ni eh .. kot nak kaya pon , buat la blog ... ni dok membohong orang wat pe.. kan kan ? Alamat email yang aku terima tu .. aku check.. ler... web india.. kata kerja kat London.. camana tu ???

Kashfee Anggun - Songket Melayu Moden

image

image

image

dan banyak lagi.. hanya di KASHFEE ANGGUN

Hahahaha.. sian bini aku..

 

Korang ingat tak entri aku pasal buah zuriat tu ? Haaa .. Setelah berjaya mengopek kulitnya tu , wife pon merebus dengan bangganya .. Tu pon hasil redah cari info dalam blog orang lain untuk mengetahui cara cara nak menggunakannya ..

Setelah direbus , airnya diminum.. Yelah , mmg minum..takkan mandi pulak kan ? hehe .. Payau katanya .. Hehe.. sian.. aku bab minum minum air rebusan , ok je.. dia je susah skit .. Tapi aku tak minum pon air tu.. dia sorang .. hahaha.. mau 3 hari 3 malam lidah tu dok rasa payau jer ..

Nak dijadikan cerita , tadi aku terbaca la blog sorang kawan ni ..Cerita pasal buah zuriat .. Tetiba lak popular buah ni yer .. Menurutnya  ...  buah tu mmg la perlu direbus setelah dikopek.. Tapi masalahnyaa ialaaaahhh ... hahaha.. setelah membuang kulit luarnya , perlu juga buang tempurung buah tu sehinggalah jumpa isinya !! Yang wife aku ni , g rebus dengan tempurungnya.. hahahha.. mana la tak payau !!! hahaha ...

Balik ni sah aku kena fire abis abisan .. hahaha .. adoiyaii... Buat blogger Mata hati jiwa , Diela .. terima kasih yer sbb kuarkan entri cara guna buah zuriat tu.. hahaha.. kalau tak , baki buah tu , dok rebus lagu tu je la .. hahahha... nasib baik aku tak minum .. haha..

Pada mereka yang berminat nak mengetahui cara penggunaannya .. silalah layari bahtera merdeka.. eh.. layari blognya.. > MATAHATIJIWA

Kurang ajar punya ..

 

Apa dia pikir dia je boleh buat ? Kalau orang lain buat , suka suka diorg gelar pengganas ! Yang dia ceroboh masuk serang negara orang tak pe ?? Mmg dasar yahudi laknat!

Aku cukup tensen tu dengan Amerika ni ! Diorg suka suka main redah negara orang untuk serang rakyat negara tu atas alasan militan ! Abis kalau negara lain contoh Rusia , serang negara dia dengan alasan nak hapus pengganas dalam Amerika tu camana ? Tak boleh ?

Apakah dia pk dia polis antarabangsa ? Nak tanya sat .. sapa lantik diorg ni eh ?? Mental horizantal betul .. Yang diserang lak tu negara Islam.. Tak cukup ke negara tu baru je ditimpa bencana banjir ?? Lagi pun setiap negara tu berdaulat... ada kerajaan sendiri.. bagi la diorng hapuskan sendiri pengganas dalam negara .. diorg pulak berlagak hero ! Berlagak je la dalam filem , dah laa ...

Kalau sekutu dia tu , ISRAEL yang penuh dengan pembunuh dalam negara tu , boleh je tutup mata .. polis antarabangsa kejadah dia ! Bengang tul aku ! Huh.. sumpah jadi biawak komodo pon bagus .. Naik tekanan darah aku.. huh..

PBB apa cerita ?? Tengok jee ke ? Tukar nama je laaa .. PSS : Pertubuhan Suka Suka jee..

sumber : UTUSAN

Teh o' ais tanpa alkohol , satu yer ..

 

Hehe.. ada korang tengok cerita 'Nak Balik Kampung ' lakonan Zizan ngan Johan ?

Smlm baru aku berpeluang tgk .. tu pon aku tengok dah tengah tengah.. nanti nak tengok balik .. Dulu , aku mmg tak minat si Zizan ni .. berpunca dari satu insiden yang aku lalui dengan dia .. mmg meluat terus pastu .. Tapi skang , erm.. apa salahnya lupakan je insiden tu je kan ? Manusia ni mmg tak lepas dari buat silap termasuk aku jugak .. kan kan ?

Skrip spontan si Zizan ni mmg lucu la.. Bab ni mmg aku tabik .. tapi jgn dibawak ke luar.. orang leh jadi nyampah woo.. tapi nak buat camana kan , dia kan artis..

Ok ok.. tu bukan topiknya ... ada satu skrip spontan yang keluar dari mulut dia yang buat aku tergelak sangat .. Sewaktu dia order air kat makcik hantu , " Bagi saya Teh ' o ais tanpa alkohol satu yer " .. Camana laa leh terpikir dia gitu eh.. haha..

Tapi betul gak kata kata dia tu .. skang ni kita kena senantiasa berwaspada .. kalau nak order tu , kena cakap theraaangg theeraangg..  hehe.. kalau tak ? hehe.. macam macam la leh dapat.. kan kan ?

" Nasi goreng pataya , halal punya satu yer " .. " Kasi saya keow teow goreng satu yer .. Yang halal punya yer .. "

Kalaulah semua orang guna istilah gini , rasanya mau tensen makcik kedai tu .. Tapi nak kata apa kan ? Skang ni banyak sangat produk dah tak halal.. Bila dah jadi darah daging , baru nak perasan .. hurm.. patut la makin ramai 'hantu' skang ni .. hurm... Aku ???

Cukup gagahkah ?

 

Smlm sewaktu aku otw g gym .. berselisih dengan seorang perempuan yang aku kenali sejak aku kecil ... perempuan ni kira taraf akak la ..

Apa yang menariknya tentang kakak ni , dulu dia seorang yang cukup seksi .. kalau dia lalu depan rumah aku , pasti harum semerbak ..Pakaian ? Hurm.. tak yah ukur la dia punya skirt .. boleh ukur dengan jari jer .. Seksi kan ? Hurm..

Tapi semalam ? Segalanya dah berakhir .. kira nampak macam bangun tidur la rupenya .. Hurm .. di mana seksi dan kejelitaannya dulu ? Tak kekal kan ?

Ramai yang aku jumpa sekarang ni , dah ilang segala kejelitaannya .. Muka dah mula 'pudar' .. badan dah mula jatuh .. hurm .. Sampai bilakan ? Ramai ingat boleh guna segala krim kejelitaan untuk mengekalkan atau paling tidak pon , dapat la 50% .. hurmm ..entah la..

Aku di gym.. tengok rakan rakan seperjuangan .. Yang dulu mantap dan gagah .. tapi skang ?? Hurm.. ilang segalanya .. sekejap je kan ? Masa berlalu begitu saja .. Dulu kacak bergaya.. skang ? 

Bagi yang dok ingat diri tu gagah , kuat .. asal bergaduh je menang .. cuba bagi nyamuk gigit .. berdiri kat sarang semut api , berani ?

Cuba tengok Shah Rukh Khan .. rasanya semalam baru tengok filem KABHI KUSHI KABHI GHUM .. hensem je kan . skang ?

Salam ...

 

Salam ... selamat pagi ..

Hurm... dingin pagi ni .. rasa cam nak tidur je balik .. tapi nak buat apa kan , kena la bangun untuk teruskan kehidupan .. ibarat robot yang telah diprogam .. dari hari Isnin sampai ke hari Jumaat , rutin sama ajer .. bosan kan ?

Sbb tu aku rasa ramai memilih membuat bisnis sendiri dari bekerja dengan orang .. lebih puas .. Tapi orang yang buat bisnis pulak , ada nak keje je ngan orang atau keje je ngan kerajaan.. Senang masa depan kata mereka .. Entahlah.. Itulah kita , manusia .. Buat gitu gini segalanya tak kena .. Serba serbi salah ..

Awal aku bangun pagi ni .. tak lena tidur .. entah apa yang bermain di benak aku .. Antara yang aku dapat tangkap ialah blog kesayangan aku ni .. rasa macam nak berhenti berblog pon ada .. atau paling tidak , privatekan je ..

Aku tau .. aku cakap begini berkali dah tapi tak buat buat .. Kena pk masak masak ... Betullah cakap orang , setiap apa yang kita buat ada nilainya .. Samada yang baik , yang buruk .. segalanya akan datang semula .. KELAK .. Kita kadang kadang boleh rasa macam hidup selamanya , bergembira , berpesta seolah olah dunia ini tiada penghujungnya .. Mungkin usia dunia ini beratus tahun lagi.. tapi kita ? Tunggu masa untuk di 'offline'kan saja .. Sementara itu , apakah kebaikan yang telah kita buat sesama kita ? Apakah bekalan yang kita nak bawak ke sana ?

Hurm .. pagi ni mmg menginsafkan buat aku .. Alhamdulillah , Allah beri aku sekali lagi peluang untuk bertaubat dan melakukan yg terbaik pada hari ini .. Adakah hari ini seperti yang semalam yang telah disia siakan begitu saja ?

Pastinya ada antara kita , masih dok mengeluh memikirkan masalah dunia .. Kita lihat saja apa yang berlaku kebelakangan ini .. Mereka mereka yang telah meninggalkan kita .. Pergi mengadap Ilahi dengan pelbagai cara yang tidak disangka .. Adakah mereka pergi begitu saja ?? Kita bukan robot yang menunggu masa untuk ditekan butang 'off ' atau kehabisan  bateri ! Pastinya akan ' sesuatu ' balasan menanti kita sementara tamatnya hayat kita .. Balasan atas segala perbuatan kita diatas dunia ini .. Bak kata orang , CASH !

Astagfirullah al'azim .. Ampunilah segala dosa dosa ku , Ya Allah ..

Wallahu'alam ... 

Minta maaf, selamat tinggal ...

SHAH ALAM 20 Sept. - “Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal" antara kandungan nota yang dijumpai pegawai penyiasat di dalam beg sandang milik Teoh Beng Hock, tiga bulan selepas kematiannya.

Jurubahasa mahkamah, Tin Chin Kin ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh berkata, terjemahan daripada Bahasa Cina ke Bahasa Melayu itu turut mengandungi luahan perasaan serta permohonan maaf kerana tidak dapat membantu.

Chin Kin kemudian diminta membaca terjemahan keseluruhan nota yang dipercayai ditulis oleh Beng Hock yang berbunyi seperti berikut: “‘Ou Yang’ Dalam keadaan tidak menyalin fail dalam komputer saya, mereka telah mengambil semua komputer itu.” “Mereka asyik menyalahkan kamu.”

“Minta maaf.”

“Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu.”

“Saya kata, ‘mendapat kelulusan YB’ mereka berdegil menaip jadi ‘mengikut arahan YB’.”

“Saya tidak dapat membantu kamu, maaf.”

“Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal.” - Bernama

sumber : UTUSAN

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI