Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 25 September 2010

Silap pilih India

 

NEW DELHI: Sukan Komanwel sepatutnya tidak diberikan hak penganjuran kepada India, kata ketua Olimpik Australia semalam tatkala lebih banyak atlit menarik daripada kejohanan itu yang dibelenggu keadaan penginapan yang kotor, pembinaan kurang berkualiti dan kebimbangan keselamatan.

Ketika atlit mula tiba di Delhi, pihak penganjur bergelut untuk mempersiapkan gelanggang Temasya, memaksa beberapa pasukan untuk menginap sementara di hotel-hotel.

Saya tidak fikir ia ada kaitan dengan budaya. Apabila anda bersetuju untuk menganjur (Temasya) anda dituntut menyediakan perkara asas seperti kebersihan dan kesihatan kepada atlit,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Australia, John Coates.

“Temasya itu tidak sepatutnya dianugerahkan kepada Delhi.”
Wabak demam denggi melanda Delhi dan dua pelancong asing ditembak mati dan dicederakan oleh pengganas di bandar raya itu, Ahad lalu.
Juara Olimpik lumba basikal Geraint Thomas and dan tiga pelumba Wales memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam temasya yang dijadualkan bermula 3 Oktober ini. – Reuters

 

sumber : BHARIAN

Malam ku masih belum tamat ...

 

Adeh.. penat ? Serius .. mmg penat .. tapi aku tak nak malam ku berakhir begitu saja .. penat nak tunggu hari sabtu .. Mengharungi hari Isnin hingga Jumaat , bukanlah sesuatu yang best ! Tak best , okeh !  Mana tidaknya , mengulangi rutin rutin yang sama.. bangun tidur - g keja - balik - tidur ... Isnin sampai Jumaat , begitu saja .. ARghhhh ..boring siuttt...

Jadi malam ni masih bersaki baki .. Walaupun penat ke Sedenak serta menghabiskan segala makanan yang ada di rumah Mat Gebu disamping menapau apa yang ada , itu tidak mematahkan semangat aku untuk..... hehehe..tengok wayang malam ni.. Mau tengok ...

image Hehehe.. maaf la yer.. aku mmg peminat filem kung fu..Walaupun ada filem Magika yang dikatakan best , tak pe.. tu boleh tunggu kemudian .. kalau dah takde cerita sangat , baru leh layan .. bukan apa, ada pelakon yang aku tak minat dalam tu.. hahaha.. mati nafsu terus ..

Apa pun , alhamdulillah... Aku dah selamat pergi dan selamat kembali .. Pertemuan dengan rakan rakan blogger mmg dinantikan berminggu lamanya.. erk.. sejak puasa ari tu .. hehehe.. Gambar ?? Nanti letak yer .. nak kena buang dulu muka mat gebu tu... hak milik kekal tuuu.. aku tak sanggup bayar royalti kat dia .. huh.. mahai wooo... bukan boleh berkira orang tu.. tapi tak pe.. ANDA MMG HEBAT !!! Buah lai 2 yer ... hahahhaha...

Memang betul-betul buat aku sakit hati !

 

Dia kata kalau nak batal , send sms kat dia .. bila send , error .. bukan sekali dua , tapi sejak awal aku langgan broadband .. Kalau percuma tu aku tak kisah la , tapi charge tu yang buat aku sakit hati !

Kalau dibaginya update terkini pasal berita ke , ok la gak .. Ni , nombor ekor ! B*****g betui.. kan aku  dah maki seround .. Geram betul la.. membazir gitu jer ...

Ni ada dua aku dapat .. satu pasal perkembangan EPL .. Aku tamo tau la pasal EPL tu haaa.. bukan aku ada saham dalam tu pon.. Ari ari dok hantar .. Bukan berminat sangat pon aku .. Kalau dulu , mungkin la .. la ni ? malas dah ..

Dulu dah buat entri ni ...tapi aku tetap buat lagi sbb aku sakit hati ! Grrrrr.....

Yess .. JPJ !! I luv u , bebeh !!!

 

JPJ akan kemukakan cadangan mansuh saman ekor kepada Kabinet

JELI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhalusi cadangan memansuhkan saman ekor sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kata putus, kata Timbalan Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya sedar penguatkuasaan peraturan saman ekor itu boleh mengundang pelbagai kesulitan kepada pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan akibat disenaraihitamkan.

Ini membabitkan dasar dan InsyaAllah cadangan itu akan dibawa oleh Ketua Pengarah JPJ (Datuk Solah Mat Hassan) kepada menteri berkenaan dan seterusnya kepada Kabinet," katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Batu Gajah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali dan Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim.

Pada majlis itu, kira-kira 200 peneroka berumur 45 tahun ke atas di jajahan Tanah Merah diberi kemudahan mendapatkan lesen memandu melalui ujian lisan.

Ismail berkata, kerajaan juga akan memperluaskan lagi program SKSJ ke seluruh negara, terutama di Sabah dan Sarawak kerana masih ramai penduduk kawasan luar bandar di negeri itu yang tidak memiliki lesen memandu.

Katanya, program itu yang dahulunya dikenali sebagai ''JPJ Bersama Rakyat'' (JBR) diperkenalkan sejak 1990an bagi memberi kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar memperoleh lesen memandu.

Menurutnya, program itu akan ditetapkan sebanyak tiga kali setahun di setiap negeri dan mengikut keperluan kawasan pedalaman di sesebuah negeri itu, termasuk di Sabah dan Sarawak. - Bernama

sumber : Bharian

Projek Sedenak 2010 - Rumah Mat Gebu

 

Sampai dah ...  Rupanya masjid tadi tu sebelah je ngan rumah je .. patut rajin Mat g berjemaah .. hehee..

1 Cuba cari mat di mana ???? Hahaha.. seperti biasa , dia di sembunyikan .. hehe..

Ops .. lupa nak perkenalkan .. Di dalam gambar tu.. sebelah aku ialah Kak UMMI ZAIHADI , manakala SUEJOSHUA bersama suaminya .. JOSHUA..

Sampai umah Mat tadi dalam kul er.. Hampir kul 2 .. menepati sasaran .. hehe .. Balik kul 4 petang setelah operasi bertukar tukar buah tangan ..

Makanan , di rumah Mat ... hurmm.. yummy... kali ni mmg sedap banget.. dia buat sambal telur ... hehee.. aku mmg terbuka selera kalau ada sambal telur ... hehehe...

Buat Mat , jutaan terima kasih kerana sudi melayan kami ... Pada Kak ummi dan sue , suami anda berdua  mmg cool.. hahaha... mmg best dibawak berbual ...

Maaf sekiranya ada terkurang dan terkasar bahasa dari kami ...  Semoga kita berjumpa lagi di lain masa ...

Ops.. dalam ni takde gambar Ayu .. Siti Rahayu Abdul Rahman bersama suaminya yang tercinta .. Zalie .. Nanti kat rumah aku buat entri lain lak eh.. ni dalam kereta .. otw balik Putrajaya.. Jgn risau , wife yang drive .. aku ngantuk giler tadi ... hehe...

Projek Sedenak 2010- Masjid Sedenak

 

Picture 055 Hehehe.. singgah sat kat Masjid sedenak .. solat dulu .. pastu baru boleh makan sampai pengsan , tanpa rasa bersalah.. hahahaha..

Psst... aku bagitau kat CMG yang kitorang ( aku ngan wife ) sesat sampai kat JB .. Manakala Kak UmmiZaihadi aka HOME SWEET HOME , dah pon sampai umah CMG ( Mat Gebu ) .. aku perasan kereta Siti Rahayu Abdul Rahman pon baru melepasi aku.. hahaha.. Tak pee.. tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Ops... entri ni live in action tau.. hahahaha...

Projek Sedenak 2010 - Putrajaya

DSC_0141

Alhamdulillah.. skang kat Hentian Air Keroh .. Jam 10.30 pagi sampai sini.. Bertolak dari rumah , kul 9.30 .. terlewat setengah jam.. Aku tertido balik lepas subuh tadi .. hehe.. Tapi sempat update 3 entri la ..

DSC_0142

Tidak niat aib Norman

 

HULU KLANG: Seorang saksi tegas mengatakan bahawa dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan bukan mahu mengaibkan pelakon Norman Hakim dan Memey apabila membuat aduan mengenai pasangan itu berkhalwat kepada pejabat agama serta media.

Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, dalam prosiding khalwat membabitkan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.

Menjawab soalan Pendakwa Syarie, Mohamad Nazri Basrawi, Mohd Yusri berkata, tujuan sebenar dia berinteraksi dan memberitahu media berhubung pasangan itu didakwa selalu kelihatan bersama di premis pejabat Norman ialah untuk mengelakkan mereka diaibkan sebelum Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat sebarang tindakan.

“Apabila saya berinteraksi dengan media selepas mereka ditangkap adalah untuk menegakkan kebenaran. Saya tidak tahu perbuatan saya memberitahu media selepas prosiding bermula di mahkamah adalah salah. Tanggungjawab saya besar dan berat dalam menegakkan kebenaran. “Mereka (Norman dan Memey) tidak serik dan masih ulang perbuatan sama dan jiran marah kepada saya. Saya hubungi media, saya tidak tahu ia salah dan saya minta maaf. Apabila mereka masih ulang perbuatan sama, saya buat apa yang saya rasa sepatutnya sebagai umat Islam,” katanya.

Menurutnya, selepas melihat pasangan itu masih mengulangi perbuatan sama, dia membuat aduan kepada pejabat agama bagaimanapun kecewa apabila tidak mendapat tindak balas sepatutnya.

Saya ada membuat tujuh hingga lapan aduan pada hari berbeza di pejabat penguat kuasa, bagaimanapun sedih kerana mereka mengatakan sibuk dengan operasi lain dan pelbagai alasan lain. Saya tidak boleh berbuat apa kerana mereka mengabaikan aduan saya.

“Saya berani mengatakan pasangan itu dan abang Norman menipu ketika memberi keterangan di mahkamah kerana saya lihat dengan mata sendiri perbuatan mereka selama setahun lapan bulan sebelum mereka ditangkap. Saya bukan ada sikap ‘busybody’ (menjaga tepi kain orang) tetapi saya perlu menjalankan tanggungjawab saya,” katanya. Menjawab soalan Mohamad Nazri, Mohd Yusri yang pejabatnya bersebelahan dengan pejabat Norman mendakwa Memey bukan pekerja di syarikat itu.

Norman Hakim dan Memey dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008. Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 8 Oktober ini.

sumber : BHARIAN

Yesssss !!!! BONUS untuk ku !!!

 

Rasanya menjadi tips aku tu .. hehe .. aku dapat dua lagi buffered ! Tq Nuff .. hehehe ..

Dan dua dah jadi METERED .. Cerita banyak tarak .. aku terus cashout  dan menjadikan jumlah cheque terkumpul bulan ini sebanyak 4 keping ... berapa ? hehehe... 4 angka kot .. tak leh cakap .. bahaya ..

Apa pun mmg satu kepuasan yang berbaloi la berblog ni .. Dulu aku membuang masa beronline..  Tak tentu hala .. sekarang ni dah nampak dan boleh menjana duit sampingan .. Yang pasti aku pon ada satu projek besar untuk blog aku .. Rugi tak gunakan peluang yang terbuka luas di depan mata..

Walaubagaimana pun , jutaan terima kasih buat semua pembaca dan pengunjung blog BEN ASHAARI .. rajin rajin la singgah lagi yer ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI