Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 26 September 2010

Bila lawak tak menjadi lawak ..

Tunggu yang last sekali tu .. hahahaha.... kalau aku , pasti bunuh diri.. hahaha.. malu beb.. nasib baik bertopeng... hahahahha

Harta aku ni , aku yang cari sendiri ! Takde kene mengena dengan kau !

 

Wah .. layakkah seorang anak berkata sedemikian rupa pada ibunya ??  Sebenci mana pon seorang anak pada ibunya , dia tidak layak berkata sedemikian malah dia tak layak langsung membenci ibunya kerana hak membenci itu bukan milik seorang anak pada ibunya !

Sedarlah ... seteruk mana pon ibu kita ... setinggi mana dosa yang dia buat , itu antara dia dengan Allah .. kita sebagai anak , berdoa agar segala dosa dosa ibu kita itu diampuni Allah .. Itulah tanggungjawab sebagai anak .. bukan menyemai lagi kebencian didalam hati ..

Astagfirullah .. Sungguh pon apa yang aku tonton ni cumalah drama di ASTRO ( AMPUNKAN DOSAKU ) lakonan Fauziah Nawi , Azean Pasiran, Zamarul Hisham, Ezany, Darling Ngasri dan Ann Ngasri, namun kesannya amat mendalam.. Lakonan Fauziah Nawi mmg menjadi !! .. Semua menjadi sebenarnya .. hurm ..

image

Tidak mustahil ianya satu realiti yang amat memedihkan bagi mereka yang menanggungnya namun bukanlah satu alasan untuk kita melakukan dosa demi mencari sesuap nasi .. Bumi Allah terlalu luas. Rezeki Allah ada di mana mana .. Halal atau haram saja puncanya ..

Wallahu'alam..

Kenapa mangkuk bertingkat sangat ??

 

Tengok Buletin TV3 tadi ? Tak ?? Hurmm... Kalau yang tengok tu bagus la... Jika nak jadi seorang blogger yang bagus , kena rajin tengok berita , baca suratkhabar untuk mengetahui isu isu terkini .. Baru la isi kandungan blog menarik dan ramai pembaca ..

Ada satu kes tadi yang membuatkan aku mengelengkan kepala... Erk.. sebenarnya bukan satu je tapi ada banyak gak cuma malas nak ulas bab lain sbb diluar jangkauan aku .. nanti kena saman lak .. hehe..

Berkaitan dengan kes pelajar IPT yang dicuri gambarnya dalam pendrive .. Pendrive miliknya diberi pada kenalannya untuk membuang virus virus yang ada ..Tapi malangnya , segala dokumen didalam pendrive itu di salin termasuk gambar setengah bogelnya!!

Persoalannya ... kenapa simpan gambar tu ???? Apa punya turrr daaa ... Kan merbahaya ? Awak tu perempuan ! Tak pasal pasal mangkuk bertingkat yang curi gambar tu dah sebarkan dalam internet.. sapa malu sekarang ?? Haih...

Yang si mangkuk bertingkat ni pulak , ko tak sedar ke yang ko edar gambar tu milik seorang gadis yang beragama ISLAM .. Mungkin seagama dengan kau!! Tak ke kau dah aibkan dia ??? Di mana rasa tanggungjawab kau sebagai saudara seagama ??? Seronok sangatkah mengaibkan saudara sendiri ?? Cuba kena kat adik beradik kau sendiri , camana ? Haih.. buat kerja selalu tak fikir panjang !

Dalam internet ni , berapa ramai dah anak gadis yang sebangsa dan seagama aku menjadi mangsa manusia manusia keparat yang sanggup mengadaikan maruah bangsa dan agamanya kerana menurut hawa nafsu ???? Terlalu ramai !!! Dah mereka bangga menyebarkannya ! Sapa yang malu ?? Perempuan tu ke atau kita yang bergelar melayu beragama ISLAM ??

Banggakah ???

Hantu dalam kedai ... huhu....

 

Bikin lawak tul la... aku sendiri pon leh telan air liur gini.. hahaha

Aku pelik bila tengok Hindustan ..

 

Ari tu ada la aku layan citer hindustan setelah berkurun lamanya aku tak layan .. Tu layan sbb nak lari dok tengok cerita cerita kat Astruk .. boring dok ulang yang sama jer ..

Cerita yang aku tengok tu bertajuk ... hurm.. tak ingat.. tapi kalau nak tau gak , meh baca kat sini .. Cerita dia , mengisahkan tentang kehidupan di zaman ini .. bab skandal ... adeh ..

Yang aku nak cerita kat sini ialah ... pasal bahasa .. Macamana punya ramai mat salleh dalam cerita ni , diorg pasti akan cakap dalam bahasa hindustan .. Faham ke ? Adeh.. siap bagi ucapan panjang lebar beserta tangisan kesedihan .. Huih.. Pasal pa tak ucap je dalam English ? Kalau filem melayu , rasanya diucapakan dalam bahasa apa ek ? Melayu atau .... ?

Tapi bagus la kan .. camana diorng berlakon luar negara sekali pon , bahasa serta adat diorg seringkali dibawa sekali .. Sama gak filem Hongkong .. huhu .. Mungkin filem kita ni ada gak cuma aku je kot terlepas pandang ? Kot ??  Entah la Datuk ... erk... hehee..

BA : Masih tertawa bila yg layak ditolak tepi ...

Chong Wei juara di Jepun kalahkan Lin Dan

 

TOKYO: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun selepas menewaskan pemain China dan musuh utamanya, Lin Dan, pada perlawanan final, sebentar tadi.
Pemain pilihan utama dari Malaysia itu hanya memerlukan masa 81 minit untuk menang ke atas Lin Dan, 22-20, 16-21, 21-17.

image

sumber : BHARIAN

BA : TAHNIAH DATUK !!

Aku kata dah .. aku tak suka BUDU !! Faham ???

 

Aku orang KL berdarah Penang .. KARI dan NASI KANDAR , mmg tak boleh dipisahkan bila dikatakan berdarah PENANG .. Yeker ?? Tak pon .. aku tak kisah .. hehe... Mungkin sbb aku bukan Penang asli.. Erk.. Ada ke penang asli ?? Mak bapak aku penang woo apatah lagi mak aku .. baekk punya penang .. haaa... kalau tengok adik beradik dia , mmg boleh dikatakan sebijik cerita ANAK MAMI tu ..

BUDU pula dikaitkan dengan orang KELANTAN .. dan wife aku orang situ .. tapi tak la sering kali bila makan tu wajib ada budu... Tapi kalau ada ???? hurmm..

Ada orang tak suka budu .. Tak suka nape yer? Ada yang akan kata , tak suka bau dia .. Dah cuba rasa ?? Heheh.. Durian pon tak best bau dia.. tapi rasa dia ?? Belacan pon tak best gak kan ? Tempoyak ?

Aku ??? Tolak batu , besi .. yang haram ... Kalau BUDU, tempoyak ke .. kasi je.. kalau ada ulam ... Tu dia.. selagi tak abis nasi , selagi tu aku dok melekat kat kerusi .. hehe... Aku tak suka budu bila takde ulam .. tapi kalu tak de pun , bukan tak leh makan .. makan gakkkk.. hahaha.. Cuma .. aku tak boleh makan banyak budu.. huhu... MASIN kan ? hehee..

I takde kereta dan motor .. jadi u tak nak keluar dengan i la yer ?

 

Hehe.. dilema seorang lelaki bergaji kecil ... Nak mengorat awek , tapi segan sbb majoriti perempuan skang nak keluar je mesti ada kenderaan sendiri .. Perkhidmatan awam tak main yer !!

Betul ke ?? Aku sendiri pernah kena sendiri .. aku mmg takde kereta dari dulu sampai sekarang .. Tak percaya ??? hehehe.. Awek tu siap tanya aku .. aku bawak kereta apa ? Aku tanya kenapa ? Dia kata kalau nak keluar , aku kena amik dia kat rumah .. kalau tak , dia tak nak keluar.. Korang tau aku kata apa ??

" Kalau gitu , sampai ke tua la tak kawin ! " Tak sedar diri lagi tu .. dah la umur tu nak menjangkau 30 tahun , tapi ada hajat memilih ? Kalau sendiri tu bekerja bagus dan rupa ala ala artis , tak pe la gak .. Ni cuba la cermin diri sendiri tu dulu .. baru leh memilih ..

Aku tak kisah pon ... cuma kesian makin ramai perempuan dapat pangkat DATUK  ANDARTU ... Sampai yang lebih 30 an pon masih dok memilih ..takkan tak sedar kot diri makin nak expired ?? Lelaki lain la.. makin tua makin ganteng.. hahaha ... Jgn marah aaa..

Tak kisah sebenarnya kalau perempuan nak memilih demi masa depan dia .. tapi apa salahnya memberi peluang seandainya ada insan yang benar benar ikhlas dan binalah kehidupan bersama dari bawah .. Kalau nak tiba tiba menjulang setinggi langit tu , kena la belek diri tu dulu .. Kalau layak , tak kisah la.. kalau tak ??

Harta harta Sosilawati !

 

Anggaran harta Sosilawati:-

  • Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
  • Bangunan Nouvelle Beauty Centre
    di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
  • Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
  • Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
  • Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
  • Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
  • Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta

image

JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta

sumber : HMetro

BA:  kalah harta Ismet Ulam Raja ...

Dua bayi sah mati di TASKA tak berlesen

JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam mengesahkan dua bayi yang mati dipercayai tersedak susu dalam kejadian berasingan di Putrajaya, Isnin dan Selasa lalu, berlaku di dua taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang tidak berdaftar.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghentikan operasi kedua-dua TASKA berkenaan selama tiga hari bagi membolehkan jabatan itu membuat penyelidikan manakala pihak polis melakukan siasatan.

“Kementerian kesal dengan kejadian yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga bayi berkenaan. Saya berharap ibu bapa lebih peka dengan menyiasat terlebih dulu sebelum menggunakan khidmat TASKA itu termasuk memastikannya memiliki perakuan pendaftaran. Jika tiada, laporkan kepada JKM pada masa terdekat atau menghubungi talian Nur 15999.

“TASKA yang beroperasi secara haram ini melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta TASKA 1984 yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Johor 2010 di Teluk Danga, semalam.
Media semalam melaporkan kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang dipercayai dibiarkan menyusu sendirian oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di Presint 9, Putrajaya, Selasa lalu manakala satu kes lagi bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat masalah sama di sebuah pusat asuhan lain, Isnin lalu.

Shahrizat berkata, ketika ini, JKM hanya mendaftarkan sebanyak 413 TASKA berbanding lebih 2,000 TASKA yang dipercayai beroperasi di negara ini.

Katanya, pengusaha TASKA dipercayai menjadikan kesukaran mendapatkan kelulusan tiga agensi kerajaan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan sebagai alasan gagal mereka memiliki lesen pendaftaran dengan JKM.

sumber : Bharian

Hadiah terakhir Wati

 

image 

BATU PAHAT: Perabot bernilai RM27,000! Itulah hadiah terakhir Datuk Sosilawati Lawiya, 47, buat ibunya, Yatmah Abdul Rahman, 80, yang dihantar tiga hari lalu ke rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini yang mengundang air mata setiap kali memandangnya.

Adik Sosilawati, Rosnani Lawiya, 45, ketika ditemui Berita Minggu semalam berkata, beberapa hari sebelum hilang, kakaknya itu menghubungi dirinya supaya mengosongkan serta mengambil beberapa perabot lama ibunya kerana dia sudah menempah perabot baru dari Kuala Lumpur bagi dihadiahkan kepada ibu mereka dan dijadualkan akan dihantar satu hari sebelum hari raya.

“Mak kini tidak boleh melihat perabot baru di rumahnya itu kerana dia akan menangis. Sebab itu saya membawanya tinggal bersama kami,” katanya yang tinggal tidak jauh dari rumah ibunya di kampung sama.
Rosnani berkata, ibunya kini semakin banyak mendiamkan diri, lebih suka termenung dan sukar tidur malam sehingga membimbangkan beliau sekeluarga.

“Mak sihat, reda dan semakin menerima hakikat yang menimpa Kak Wati, namun dia kini lebih banyak termenung dan selalu tidak dapat tidur malam, mungkin rindu dan terkenangkan Kak Wati. Sesekali mak akan menangis, apatah lagi jika ada yang bertanya mengenai Kak Wati.

“Mak juga tidak lagi berselera makan seperti dulu dan apabila disuruh makan, dia tidak mahu. Ini membuatkan kami sekeluarga bimbang meninggalkannya seorang diri tanpa berteman dan sentiasa membawanya ke mana-mana.

“Apa yang memilukan hati saya sekeluarga apabila melihat mak termenung, dan bila ditanya mak akan mengatakan dia sedang berdoa supaya mereka yang menganiaya Kak Wati tidak terlepas dan diberikan hukuman setimpal di atas kekejaman yang dilakukan,” katanya.

Yatmah pula berkata, walaupun hari ini genap 15 hari berita anaknya dibunuh tercetus, keperitan dan kesedihan yang ditanggungnya tidak mampu diucapkan dengan kata-kata dan mungkin sukar difahami orang lain.

“Aku tidak ampunkan orang yang buat anak aku macam itu... ingat anak aku tu anak kucing ke? Anak kucing pun orang sayang, ini pula manusia macam Wati!

“Tiada apa lagi yang boleh saya cakap... Saya mak dia, yang kandungkan, lahirkan dan besarkan dia... anak saya sendiri... mestilah sedih,” katanya dalam nada sebak dan terus terdiam.

sumber : Bharian

Tangled : Patutkah tonton ??

 

image Aku gemar cerita cerita begini cuma wife aku kurang sedikit .. nak kena paksa lebih baru ok jer dia .. haahah ..

Aku tak tau sangat cerita ni tapi lepas tengok trailer dia .. hurmm ..best la pulak kan ?

Tgk le sendiri..

TRON LEGACY : Hurm... menarik ???

 

image Aku tak ingat langsung tentang cerita ni .. adakah game atau ada cerita ? Hurmm ..macam game pon ada , kan ? Tapi kalau tengok trailer dia ... macam menarik untuk ditonton... TRON LEGACY ... Amacam ??

 

Korang minat cerita cerita macam ni ???

RED - Patut tonton !

 

image Kalau korang tanya aku la kan ..  " Ben , movie apa yang best akan datang ? "

Maka aku akan kata ... RED ... buat masa ni yang aku nampak RED antara cerita COOL yang patut ditonton.. Kenapa ?? hahaha... 

Cerita dia ganas woo sampai makcik makcik pon terlibat .. Kalau tak silap aku la kan .. cerita dia mengisahkan sekumpulan bekas perisik yang dah bersara yang menjadi sasaran agensi perisik kerana mereka dianggap merbahaya lalu mereka menjadi sasaran untuk dihapuskan .. hehehe..

Menarik wooo... Sbb apa ? Tgk senarai pelakon... hehehe .. Amacam ? Tertarik ?? hehehe ..

image 

Tak percaya ??? Cuba layan trailer dia .. hehe

 

Amacam ??? Jangan lupa ajak aku sekali yer .. hehehe ..

Legend of the Fist : The Return of Chen Zhen

 

image image

 

Ada sahabat tanya tadi kat entri sebelum ni .. Best ke cerita ni ? Best ke Ady ???  Hahahaha ... Tak best langsung !!! Serius .. Mmg tak best kalau tak tengok wooooo ... Mmg puas hati punya tengok dia punya pergaduhan .. Takde bunga bunga .. terus ke buah .. berderai punya woo ..

Tapi cam biasa ... mesti ada sambung .. namun begitu , kepuasan terserlah di wajah penonton.. Yang pastinya Donnie  bakal bersinar di Hollywood kelak .. Kena pulak dia boleh bertutur dalam English .. lagi mudah la kan ... Bakal mengganti Jet Li ...

Tengok cerita ni , mmg tak reti diam .. Geram ada .. Rasa macam nak masuk n join sekali belasah orang Jepon .. hehehe... Kalau free tu , aku cadang layan cerita ni .. hehehe .. 3.5 dari 5 bintang diberi oleh aku  ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI