Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Binatang !! Berzina terang-terangan dpn org ramai

image

Adoi... sah sah perangai binatang !! Tak kisah langsung org tengok ke tak ... haihhh...

Kalaulah pramugari kita macam ni ..

 

hahahaha... sah sah makin meriah dalam kapal kan ? hahaha.. mau gak si isteri dok menjeling jeeee mata si suami tu ... hahahaha... adeh... tak leh blah tul... tapi mmg menarik la.. sekurang kurangnya penumpang kapal terbang akan beri perhatian pada pramugari .. kan kan ? hehe..

Depan dah tau .. belakang pulak camana ??

image

Ni depan kan ?? Satu dunia dah tau .. tapi yang diorng tak tau ialah apa yang ada disebaliknya ???

image

Skang dah tau kan ??? hehehe...

Jangan bagi aku marah !!!

 

image

" Tadi aku bagi ko satu , ko nak lagi .. bila aku bagi dua , ko tak puas .. nahhh , amik.. semuaa .. dasar tamak !!!  "

Aku buktikan kejantanan aku !!!

image

" Arghh .. apa kelas nak nangis nangis cam perempuan !! Nurse , kasi cucuk tengok !!! "

Ibu tak nak menyusu anak .. anak ugut bunuh diri !

image

" Jangan la begitu sayang  .. kesian mak ni .. dari semalam dok menyusu hang ... ni baki pon untuk adik adik yang lain "

Bergaduh pasal perempuan ??

 

Hurm .. perempuan ... berbaloi ker bergaduh keranamu ?

image ?? Tak ??? Bergantung .. jika perempuan tu ada pertalian dengan lelaki tersebut , amatlah berbaloi .. Contoh seperti ibu , adik beradik ,isteri mahupun saudara mara .. Bagaimana pula dgn kekasih ?

Ari tu aku terdengar perbualan sorang geng aku ni... Dok psst psst dengan sorang brother ni.. Bila dah settle psst psst tu , aku pon g la kat dia .. Tanya dia samada dia bergaduh pasal perempuan ke ? Dia tersengih .. Aku tanya la dia , dari mula sampai abis ..

Kesimpulan yang aku boleh buat , ex bf awek dia  masih dok menganggu.. sehingga nak panggil geng belasah membelasah .. Huih .. Berbaloi ke nak bergaduh ? Boleh bergaduh.. tapi sampai bila ? Nak tunggu ada yang mati atau masuk penjara ? Huk aloh .. sedangkan awek tu pon belum tentu jadi bini dia tapi dah sampai nak bergaduh gaduh.. Tak berbaloi laa..

Aku bagi dia jalan penyelesaian paling mudah .. Buat laporan polis... asal dia kacau dan ugut je , terus buat laporan polis .. Kalau tiada tindakan diambil, pergi buat laporan polis ke Bukit Aman pulak ..

Bukan apa .. zaman sekarang ni , macam macam .. walaupun kecik tapi tau tau ada je kes curah asid kat muka ! Atau hilang ! Belasah sampai  koma ..

Manusia ni , selagi tak puas hati perut dia , selagi tu laaa dok ikut bisikan syaitan tu .. Berbaloi ke merengkok dalam penjara ???

* psst : berbisik bisik

Bloggers : Sila periksa email masing-masing ..

 

Hehehe... mmg pantas ...  Nuffnang sekarang makin pantas ... tak sampai 2 bulan , dapat dah bayaran ..

Aku cashout 31hb Ogos 2010 .. dan semalam , aku dapat email dari 

image ...

Hehehe.. segalanya bermula dari aku dok tengok kat EARNINGS .. Pastu nak cuci mata kat PAYMENT HISTORY ..Terkejut.. Buat buat pon ada la... hahah... Ada satu cheque dalam perjalanan ke rumah aku .. Alhamdulillah .. Rezeki .. hehehe

Tinggal lagi 3 cheque sedang ku nanti .. Rasanya tengah bulan ni la kot ... 

Erk.. Jumlah ?? Hehehe... Lepas la nak beli lens satu tapi tamo dah .. semua perbelanjaan dah ditutup bulan ni... nak masuk bank je duit ni...

Thanks Nuffnang .. psst... nak BE lagi boleh ? hehehe...

Jangan layan eh ???

 

Kalau diperhatikan langit yang cerah , jgn disangka tiada guruh ... Kalau ada guruh sekali pon tak semestinya tiada kebaikan bersamanya , kan ?

Entahlah .. zaman sekarang ni sukar nak menilai hati budi manusia .. Kita sendiri pon tak ternilai diri sendiri tetapi sibuk nak menuding jari pada orang lain ..

Sebab mengutuk .. sedap mengeji .. cuba cermin diri sendiri .. Kalau rasa-rasa diri tu sempurna , kenapa tak berada di puncak dunia sebaliknya terperuk di bawah tempurung ??

Hina ke duduk bawah tempurung ? Tak .. bukan masalah hina atau tidak .. Masalah utamanya , jgn asyik membaling batu jer .. bukannya orang lain tak boleh baling semula kat kita cuma mereka malas jer .. kalau baling jugak , sama je spesis .. tak aman la dunia ni kan ?

Apa pun .. kita di dunia ni sekali je hidup .. tak guna dok membangga diri ... tengok contoh contoh yang ada dah depan mata .. jadi panduan dan pengajaran ..

Aku bukan Jimmy Shanley laa...

 

image Masa mula mula aku berblog , ramai ingat aku artis dan bertanya adakah aku ada kaitan dengan Jimmy atau  Jimmy menyamar jadi aku .. Iskh.. penat aku menafikan ...

Pertanyaan tu bukan saja di blog malah di FB pon ada .. Maka sekarang dah terbukti , aku dan dia takde kaitan ..

Berbalik kisah si Jimmy ni , kadang kadang aku pon layan gak celoteh dia ni... tapi tak la sampai tahap minat ..saja buang masa je .. tu pon tak lama.. 5 minit ..

Apa pun buat Jimmy , tahniah .. semoga berkekalan ... InsyaAllah ..

Rita oh Aidil .. Fikir masak masak ..

 

image

Suami pelakon Anak Mami didakwa sudah lama tak pulang

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.

Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.

Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.

Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya.
“Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya lagi.

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.

"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.

“Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” katanya.

Sumber : Bharian

 

BA : Hurm... bermula pon dengan cara yang 'kurang manis'.. Sudah semestinya berparut walaupun tersembunyi .. Bagi aku la kan , amik anak orang tanpa persetujuan keluarga , mmg akan mendatangkan masalah .. Siapa yang patut berkorban dan patut dikorbankan ..

Dia sendiri patut tau kesalahan dia .. Bukan mudah untuk dimaafkan dalam kes ini apatah lagi suaminya tu masih setahun jagung ketika dia ' mencurinya' tanpa pengetahuan keluarganya ..

Aku mungkin tak tau hujung pangkal masalah diorng cuma sejak mula berlaku kes diorng ni la aku rasa dah tak kena dan pasti masalah akan timbul satu hari nanti ..

Dan ni la dia ... bukan mudah amik jalan mudah !

Gambar kartun hina nabi disiar lagi ..

 

image 

OIC kutuk kartun hina nabi disiar lagi

JEDDAH: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kelmarin mengutuk penerbitan baru kartun menghina Nabi Muhammad yang mencetuskan bantahan ganas antarabangsa lima tahun lalu.

Dalam kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata pihak berkuasa Denmark perlu memikul tanggungjawab moral atas penerbitan karikatur itu, kali ini dalam buku bertajuk, The Tyranny of Silence.

Flemming Rose, pengarang budaya akhbar harian Denmark Jyllands-Posten, menerbitkan semula kelmarin kartun lukisan Kurt Westergaard, pada mulanya diterbitkan akhbar itu pada 2005.

“Penerbitan buku itu satu cubaan sengaja untuk mencetuskan perbezaan mazhab dan melemahkan usaha masyarakat antarabangsa untuk mengukuhkan kerjasama secara aman antara pengikut pelbagai agama,” kata Ihsanoglu.

“Ia adalah satu pelanggaran dalam artikel ke-20 Pematuhan Antarabangsa ke atas Hak Awam dan Politik (ICCPR) 1966, selain melanggar artikel 140 undang-undang Denmark yang menetapkan perlindungan ke atas sentimen mempersendakan agama dan artikel 266 bagi perlindungan ke atas penghinaan agama.”

Beliau menambah, penerbitan buku itu mengesahkan semula kebimbangan OIC mengenai penyalahgunaan hak kebebasan bersuara bagi memburukkan dan menyebarkan Islamofobia di Barat.
Ihsanoglu berkata, beliau membincangkan isu itu bersama Menteri Luar Denmark, Lene Esperson di New York.

Diplomat dari negara Islam berpusat di Copenhagen menggesa kerajaan Denmark menghentikan penerbitan buku Rose itu, yang memaparkan 12 kartun anti-Islam. – Agensi

Orang Islam takut dengan darah babi ...katanya !

 

Dengar sendiri eh pendapat dia yang 'bijaksana' ni ...

Filem : Wall Street - Money never sleeps

 

image Akhirnya , aku lari dari menonton filem filem aksi ... Beralih ke cerita yang .. hurm.. bercorak drama gini ..

Best ? Hurm.... hurmm... aku leh bagi 4 bintang . Nape ? Aku penat campur ngantuk .. ikut hati aku , nak jer batalkan niat tengok wayang malam ni .. Tapi bila dah tengok .. Mata aku tak leh nak berkelip... mmg best ... tak rugi la masa n duit ...

Cerita dia camana ? Hurm .. duit dan pembalasan ... Maruah dan juga ego ... fuh.. Sesuai dengan tajuk MONEY NEVER SLEEPS .. hehe. teringat kat blog .. selagi bergerak , selagi tu duit masuk... kan kan ?

Mmg ada pengajaran dalam cerita ni . hehe... aku berpuashati !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI