Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 3 Oktober 2010

Saat ini di satu waktu dahulu ..

 

Aku dah berdiri .. walaupun hanya sebelah kaki namun aku bersyukur kepadaNYA diatas setiap rezeki yang aku nikmati ..

Satu tika dulu , disaat ini aku pernah menangis.. Menangis dan merayu kepada ALLAH .. aku tak ingin hidup lagi dengan dipandang hina .. dipandang sebelah mata ..

Aku tahu perasaan bagaimana duduk ditepi jalan .. memerhatikan mereka bersenang lenang .. bergelak ketawa .. memakai pakaian yang mahal mahal .. sedangkan aku ?

Bukan aku anak yatim piatu .. tapi perlukah aku bergantung pada mereka waktu itu ? Mereka sendiri pun ada tanggungjawab mereka sendiri .. Tugas mereka memberikan aku 'kehidupan' telah pun mereka laksanakan .. Tiba masanya aku bergerak sendiri .. tapi bagaimana ??? Dengan keadaan ekonomi yang teruk , sukar nak mendapatkan pekerjaan ..

Aku bergelar penganggur .. Setiap kali lagu Sudirman berkumandang di radio , aku pasti mengalirkan air mata .. Tahukan , masyarakat kita ni hanya memandang jika kita ini bertali leher .. memandu kereta mewah .. serta berpangkat tinggi .. Barulah tika itu bahu kita ditepuk dengan penuh rasa hormat .. Kalau penganggur ??

Aku percaya dan yakin , doa aku itu DIA mendengarnya .. Cuma entah bila dan bagaimana persoalannya.. Namun aku masih bersyukur kerana mempunyai tempat berlindung dan tempat menumpang kasih .. Tetapi aku perlu selesaikan semua ini agar mereka tidak risau tentang diri aku ..

Pada waktu itu , aku percaya dunia internet akan membawa perubahan pada diri aku ... Cuma waktu itu , aku tak nampak bagaimana ..

Aku memulakan kehidupan setelah jatuh tersungkur dengan bergaji RM650 sebulan ! Apa yang boleh aku buat dengan gaji sebanyak itu ?  Di tolak pada ibu bapa , tambang , hutang , makan .. berapa je yang tinggal ?

Mengeluh ?? tidak sesekali .. cari jalan .. tak kira bagaimana asalkan halal .. Rezeki Allah ada di mana mana ..  Percaya dan yakin padaNYA !

Wahai sahabat ku .. percaya dan berdoalah .. Sesungguhnya DIA MAHA ADIL LAGI MAHA PEMURAH ..

Jika satu hari nanti hidupmu senang , jangan sesekali lupa bahawa kehidupan ini satu pusingan roda.. hari ni kita di bawah ... esok kita di atas dan pasti akan ke bawah semula ... bersedia untuk hadapinya .. Inilah kehidupan di dunia ini .. Bukan semua senang walaupun nampak senang .. bukan semua susah walaupun nampak susah..

Seksikah begini ?

image

Seksikah jika memilik perut begini ? hurm..

Bukan mudah nak dapat perut begini .. Tidak cukup sekadar bersenam tetapi disiplin pemakanan tiada.. Maknanya , makan main belasah je.. tak kisah tentang lemak dan segalanya .. Asalkan kenyang .. huhu..

Cuma aku nak tanya je la kan pada gadis melayu .. hehe... majoriti gadis melayu tak gemara memiliki perut berotot begini ... Kalau lelaki tu , mmg bonus la kalau ada perut gini .. kan kan ?

Betul ke wahai gadis melayu ? Anda tidak suka perut gini ? Ada yang kata geli .. huhu .. betui ka ??

Aisey .. BEN tukar lagi .. bubar lagi bloglistnya ..

Bubar lagi ? Belum sampai masanya lagi .. Mesti ada yang tanya kan kenapa dan mengapa aku berbuat demikian ?

Majoriti dalam bloglist aku adalah blog blog baru .. Lagi 3-4 bulan , blog blog ni boleh dikatakan boleh berdiri sendiri dan sudah pastinya mempunyai komuniti tersendiri.. Tak caya ?? Tanya mereka yang pernah berada dalam blog list ni ..

Aku bukanlah berkata kalau berada dalam blog list BEN ASHAARI ni confirm popular , tapi sebenarnya blogger tu sendiri kena bijak mencuri peluang ini .. Bayangkan , aku hanya buka peluang ini untuk blogger blogger baru saja ( kadang kadang blogger lama ) .. Kenapa ?? Agar blogger blogger lama tau akan kewujudan mereka dan mengambil peluang untuk berkenalan sesama sendiri .. Mereka akan saling kunjung mengunjungi ..

Aku hanya kumpulkan blog blog baru .. Kalau mereka kata aku nak kutip trafik secara keji , berapa sangatlah trafik yang ada ?? Bayangkan ada blog baru ada 2 followers .. Berapa tinggi trafik dia ? Aku ke keji atau yang mengata tu keji sbb tak sanggup nak letak blog baru dalam list mereka ?

Dan , adakah aku meletakkan syarat , jika nak berada dalam blog list aku ni WAJIB letak link blog BEN ASHAARI dalam blog list mereka ? Takde kan ?? Atau , wajib jadi follower .. Takde kan ? Aku buat hanya untuk kumpulkan blog blog baru di dunia maya ini ..

Lagi kenapa aku buat 3-4 bulan sekali pembersihan bloglist ? Bayangkan yer .. blog A baru buat semalam dan join segmen bloglist ini .. Setelah 4 bulan , berapa ramaikah pembaca dia ? 100 ? 200 ? Takkan dia nak maintain banyak tu jer ? Jika aku buat segmen ini , 100 pembaca tu akan masuk ke sini dan lihat blog blog yang wujud samada baru atau lama .. Begitu juga blog blog lain yang menyertai segmen bloglist ini .. Ini dipanggil pertukaran pembaca secara tidak langsung ! Win win situation .. Dan blog aku ini sebagai platform saja.. Jadi pengantara .. Berapa ramai blogger yang sanggup kemaskini bloglist mereka dan kemudian buat promosi untuk tarik blog blog baru ?

Untuk pengetahuan , sebelum ini aku ada 4 bloglist .. dan setiap satunya ada hampir 300-400 blog ! Blog aku sendiri yang jadi lembab..

Maaf la yer .. aku bukan tidak berminat dengan blog blog lama ... Blog blog lama kurang berminat dengan segmen blog list ini .. Sbb segmen ni mungkin tiada tarikan atau memberi faedah untuk jangka panjang atau mungkin segmen ini memberi faedah pada aku sahaja.. Hurm... Ada ke blogger lama nak buat entri begini ? Entri yang tiada info langsung ni ? Cuba lihat kiri dan kanan .. Entri ini tiada SEO atau keyword yang boleh menangkap trafik .. Sekadar papan iklan ...

Akhir kata .. YER... blog list di blog aku ini pasti akan seringkali aku bubarkan .. Hanya mereka yang berminat saja akan menyertainya .. Apa salahnya bukan , hanya satu entri saja... simple ... satu entri untuk 3-4 bulan .. hurm...

Dan akhirnya .. aku mmg suka pada blog blog baru .. mereka segar dari ladang .. penuh dengan idea ... hehe .. blog lama? sudah pastinya mereka ini kenalan aku .. Singgah sudah pasti ..

BA : Aku bukannya baik dan bukannya suci .. Tapi aku juga bukan keji.. Aku tahu bagaimana rasanya di bawah dan aku tak nak rasa itu hilang kerana perasaan itu membuatkan aku senantiasa sedar diri !

Panas jer tengok berita ...

 

Pergh.. belum pegang jawatan besar atau belum lagi perintah negara tapi dah berlagak seolah berkuasa ... Cettt....

Serius .. aku ingatkan dia lagi bagus .. tapi haprak ... Tersungkur di Australia ? Dia kata kat sapa ? Apa dia pk dia tu besar sangat ke nak guna perkataan tu ? Fuh...  Satu dunia kenal dia .. Sebut nama dia .. semua kenal.. Kalau tak kerana dia , dunia tak kenal Malaysia ! Dayabumi masih lagi jadi mercu tanda !!

Betulkan akar umbi dulu ... toksah dok campur urusan orang lain .. Paling penting , jgn tuding jari kat orang lain kalau dalaman sendiri bermasalah ..

Syukur , alhamdulillah .. Tun Dr Mahathir Mohammad , semakin pulih.. Sesungguhnya jasa beliau terhadap negara ini tidak akan padam walaupun sebesar kuman !!

Buat MAT JENIN yang nak perintah negara , teruskan berenang dengan labu tu !! Caittt.... Nak tunggu korang lak tergolek !

Aku bukan pro mana mana .. tapi aku tak nak negara yang aku cintai ini hura hara disebabkan kepentingan peribadi !

Bang , kau pakai perfume baru ke ??

 

image Erk .. ada bau ke ?

Tu laa.. sapa suruh jadi bohsia !!

Kan dah tak tau ni anak sapa ?? Dah bercampur aduk spesimen ... haihh.. Kalau perempuan , sapa nak jadi wali nanti ? haaa.... adeh...

image

Aku tak nak poya poya dah !

 

Cukup .. tiada lagi !! Dah dua bulan dah aku berpoya poya ! Ni dah nazak ni ... Nasib baik dah takde rumah terbuka.. kiranya tadi rumah jiran sebelah la rumah terakhir aku g .. Pasni duduk je rumah ... hehe.. eh , tak .. masih ada makan makan tapi edisi mengikut rutin .. hehe.. tu makan wajib tu ..

Hurm... betul la.. lepas kawin ni nak maintain badan bukan senang .. Setiap perkara perlu diambilkira... Maklumlah, berdua .. tanggungjawab pon besar .. Setiap sen duit tu perlu dikira .. Perlu ada simpanan untuk masa depan .. Alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku simpan duit sebelum ada anak lagi .. hehe..

Cuma skang ni kalau aku tak jaga badan aku , aku risau la naik mendadak memandangkan aku kan jenis kuar masuk gym .. Bila berenti tu , selera makan serupa anak gajah ar ! Tu satu , penyakit darah tinggi aku ni.. kena jaga woo.. Org kata kalau ada darah tinggi , boleh kena tiga serangkai ! Jadi sebelum dia singgah , baik aku lari !!

image

Esok g gym !!!!

Awas ! Jangan sampai nama blog dikebas orang ..

 

Blog dah popular ... Orang dah kenal blog kan ? Trafik dah best .. Tapi masih ada yang kurang ... Apakah ?

Masih lagi berbin / binti BLOGSPOT.COM , kan ?? Panjang je nama bila nak kasi kat kawan kawan kan ? Kalau DOT COM kan best ! Erk.. penting ker ??? Takkan sekadar best jer ??

Aku bagi contoh yer .. BENASHAARI.BLOGSPOT.COM .. Trafik harian katakanlah , dah mencecah 5 ribu UV .. Best tak ?? Best la kan .. tapi nama blog tak komersial lagi .. kot nak jual produk seperti biskut ke , nak letak nama kat situ kan ? BENASHAARI.BLOGSPOT.COM .. Hurm.. panjangnyaaa... kalau BENASHAARI.COM .. best je kan ??

Contoh kedua .. katakanlah , nama BENASHAARI.BLOGSPOT.COM dah mula terkenal .. kemudian aku nak beli domain .. tau tau , ada orang beli dah nama BENASHAARI.COM .. Tak kenal sapa yang beli lak tu !! Adus.. dah tu , takkan nak tukar nama lain atau kekalkan je nama sedia ada ? Dan org yang beli tu sah sah boleh gunakan nama domain tu.. Bukankah satu kerugian ?? Nak bg naik nama tu bukan mudah ... tau tau ada orang amik kesempatan.. Atau silap silap dia jual kat kita dengan harga yang lebih tinggi.. Bisnis tuu.. hurmm ..

Jadi apa perlu buat ??? Beli domain... jadikan DOT COM ..

  • Mahal ker ?? Bergantung .. ada yang semurah RM30 setahun

  • Perlu ubah blog tak ? Tak perlu.. g ke setting dan buat penambahan sedikit saja.

  • Susah tak ? Tak langsung!

  • Perlu tukar dari BLOGSPOT ke WORDPRESS ke ? Tak perlu ..

Bila dah setting semua tu , secara automatik link lama blog anda akan di directkan ke nama baru .. Mudah je kan ? Seperti isi borang je ...

Kalau benar berminat dengan blog anda , jadikan nama blog anda itu hak anda .. Jika berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut .. boleh tanya dengan BORAK KOSONG .. Dia baru je jadikan blognya www.borakkosong72.blogspot.com ke www.borakkosong.com .. hehehe...

Tips nak guna teksi

 

Hurm... skang ni zaman mudah dapat duit .. Halal atau tidak saja menjadi persoalannya .. Tapi ada yang tak kisah ..

Bab teksi ni .. haih ... susah dah nak dapat pemandu teksi yang jujur ... Susah beb.. lebih lagi kat KL ni .. aku sendiri berkali kali kena.. naik je teksi , tingkap bukak .. aircond tak pasang .. bawak perlahan tapi meter cam air ..camana tu ? Takkan nak gaduh dalam teksi kot ? Buang masa je walaupun tu hak kita ..

Ok.. skang ni aku nak kongsi tips yang aku jumpa dalam suratkhabar tempoh hari .. 

PANDUAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TEKSI

Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
Seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin anda lalui. Anda boleh bertanyakan pekerja di hotel tempat anda menginap, orang tempatan, pegawai polis peronda, pekerja-pekerja pengkhidmatan penghantaran makanan atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.

Bawa peta, pensil dan kamera.
Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Mengambil gambar mercu tanda juga adalah langkah yang bijak untuk memudahkan anda mengingati jalan yang anda lalui.

Sediakan wang kecil secukupnya
Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggung jawab untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya anda membayar tambang dengan wang secukupnya, anda telah melindungi diri anda daripada pemandu-pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ini.

Pilih teksi yang menggunakan meter
Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan perkhidmatan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba ditempat tersebut.

Bincang harga terlebih dahulu

Sekiranya kawasan tersebut memang tiada perkhidmatan teksi bermeter, pastikan anda berbincang dan mendapatkan harga yang bersesuaian sebelum menaiki teksi. Elakkan bertanya harga tambang setelah anda tiba ke destinasi.

Simpan resit

Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan. Pastikan anda memeriksa semula resit anda pada penyata bulanan sekiranya anda membayar menggunakan kad kredit.

Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
Rompakan dan pencabulan kadang kala boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian. Anda berpeluang untuk melindungi diri daripada tindakan yang tidak diingini oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

Keluar apabila keadaan meragukan
Sewaktu membuat perjanjian, sekiranya pemandu teksi tidak bersetuju dengan bayaran yang sepatutnya dan meminta anda membayar lebih, segera keluar daripada teksi tersebut dan cari teksi lain. Anda sentiasa memiliki hak untuk membuat pilihan. Perhatikan meter ketika dalam perjalanan, dan sekiranya meter bergerak terlalu pantas dan meragukan, beranikan diri anda untuk meminta pemandu teksi berhenti dan anda perlu segera keluar dari teksi tersebut. Pemandu teksi tersebut berkemungkinan telah mengubah suai meter untuk menipu penumpang.

PROSEDUR ADUAN
Aduan tentang perkhidmatan teksi boleh dikemukakan dengan cara menulis, telefon, faks, ataupun melalui e-mel dan disertakan dengan nama dan alamat lengkap pengadu. Dokumen-dokumen sokongan harus disertakan sekiranya ada untuk membuktikan kesahihan seperti resit, invois pembelian pakej, jadual lawatan (itinerary) dan sebagainya.
MAKLUMAT DIPERLUKAN

Sila pastikan maklumat penting berikut disertakan dalam aduan anda:

• Nama penuh Pengadu dan Nombor Kad Pengenalan
• Nama Pemandu
• Nombor kenderaan
• Tarikh Aduan
• Maklumat Aduan
• Maklumat saksi selain anda yang boleh dihubungi

Aduan berhubungkait dengan perkhidmatan teksi boleh dirujuk kepada:

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan LPKP:
Web: http://e.kpun.gov.my/teksi/
Tel: 03 2698 5022,Fax: 03 2692 5096
Aduan & Maklumbalas Pengguna Teksi: http://www.kpun.gov.my/borang/maklumbalas.php

Semakan Maklumat Teksi: http://e.kpun.gov.my/teksi/info.htm

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia (NCCC)
No.1D, Bangunan SKPPK, Jln SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Web: www.nccc.org.my , E-MAIL: nccc@nccc.org.my

Tel: 03 7877 9000, Fax: 03 7874 8097, SMS: 013 692 3826

sumber : Konsumerkini

Ada juga yang tak puashati yer ??

 

Terkejut tapi tak hairan ... mmg fitrahnya manusia ni tak dapat lari dari satu jenis penyakit .. Sbb itu kita digalakkan berpuasa agar dapat menjaga hati dan jiwa kita .. Berjayakah ?? Periksa hati masing masing .. termasuk aku yer..

Ada yang tak puashati blogger tunjuk trafik dan income .. kononnya nak berlagak yer ? Hehe .. Segalanya nawaitu yer ? Hurm.. Mmg pon segalanya bermula dari nawaitu.. kalau tak , tak bergerak la kita ,kan ?

Aku terasa ?  Mungkin .. sebab aku antara mereka yang gemar tunjuk trafik .. Hurm .. kenapa ? Tak boleh ke ? Sbb ada nanti yang cemburu ? Persoalannya , kenapa nak cemburu atau irihati ?

Perhatikan semula pada blogger tu .. Blogger tu bukan artis .. bukan personaliti .. tapi trafik boleh dapat banyak .. Camana dia boleh dapat ? Kalau dia boleh dapat , ini bermakna semua orang mampu dapat ! Kan ?

Adakah blogger tu makan sorang ? Dapat trafik pastu kecoh namun tak mengajar pada blogger lain ? Kalau jenis tu la .. hurm... tak tau nak kata apa la kan ..

Dulu , trafik blog aku sehari , tak sampai 100 UV pon .. berusaha keras memerah otak bagi menaikkan lagi trafik .. Bila trafik naik , semangat pon lebih bukan ? Baru best kan ?

Akan ada yang kata , ala bukan bukan semua berblog nak $$ .. hurm... ada tak letak iklan kat blog ? Tu untuk apa ? Saja saja ?? Kalau saja saja , jgn letak langsung .. letak je widget ikan berenang .. lagi cantik ... kan ?

Tapi kalau dah letak iklan ( nuffnang ataupon sewaktu dengannya ) , sah sah nak $$ kan ? Mmg la tak banyak , tapi kalau dah boleh dapat banyak , apa salahnya kan ? Sapu je la ..

Suka suka dan nak duit sama je level .. di tempat pertama .. kedua baru hobi atau yang lain lain .. kan ? Sbb bila ada yang cerita blog boleh jana duit , maka ramai tertarik.. Ada yang berjaya .. ada yang tidak .. sama seperti kita belajar di sekolah.. Ada yang berjaya masuk ke universiti dan ada yang tidak .. Takkan nak cemburu atau nak irihati ? Segalanya adalah rezeki dari Allah ..

Aku bukan nak pertahankan perbuatan aku tu cuma nak bagitau .. Setiap entri yang blogger tu buat ada maksud tersirat .. Fikirkan positif ..  " Kalau dia boleh , aku lagi la boleh " .. Kalau tak , takkan dia nak buat entri kan ? Setiap entri , mengambil masa .. dari dok mengarut kosong , baik dia tidur je kan ? Ke g shopping je .. kan ?

Akhir kata ... buang perasaan dengki dan irihati yang ada dalam hati kita ni .. Parah kalau tak buat gitu ... Makin sakit jiwa kita ..

Tepuk dada , tanya nawaitau ? Allah Maha Mengetahui .. Kita boleh tipu hati kita .. kita boleh tipu jiran kita .. kita boleh tipu kawan kita ... Boleh ke kita tipu Allah ?

Suka suka berblog mmg best tapi kalau dah boleh menghasilkan pendapatan , apa salahnya jadikan serius , bukan ?

Ampun dan Maaf  , jika ada yang terasa .. Niat aku cuma nak berkongsi.. sbb aku dulu pon sama je macam mereka yang baru berblog .. Hanya masa , rajin , kreatif menjadi perbezaan antara blogger .. Konsep yang sama di mana mana jua kita berada ...

Lagi ahli perniagaan hilang

 

image KLANG 2 Okt. - Selepas dua ahli perniagaan dilaporkan hilang selepas berurusan di Banting, di sini baru-baru ini, yang dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, seorang isteri hari ini tampil untuk mendedahkan kehilangan suaminya.

Mangsa, S. Anpalagan, 43, dilaporkan hilang pada 4 Ogos tahun lalu selepas menemui seorang pegawai polis bernama Maniam di Bukit Sentosa, Rawang, dekat sini sebelum berjumpa dengan seorang lagi rakannya di Banting, dekat sini.

Difahamkan, Anpalagan yang berasal dari Telok Bunut, Banting, dekat sini adalah rakan rapat suspek utama yang kini ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh Sosilawati dan tiga lelaki.

Isteri Anpalagan, S. Jayanthy, 33, memberitahu, pada hari kejadian, beliau cuba menghubungi Anpalagan tetapi gagal kerana telefon bimbit suaminya itu dimatikan.

"Saya menghubungi Maniam tetapi dia memberitahu yang suami saya sudah pulang pada pukul 2.30 pagi (4 Ogos 2009).

"Saya lalu mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari itu," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam di pekan Kapar, di sini hari ini.

Menurut Jayanthy, dia cuba mengesan lokasi kedudukan kereta Mercedes-Benz milik suaminya dengan menggunakan GPS yang dipasang pada kenderaan tersebut.

Tambahnya usaha itu berhasil apabila kenderaan itu ditemui di sebuah resort di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat beberapa hari selepas suami hilang tetapi pihak resort memaklumkan Anpalagan tidak mendaftar masuk di situ.

Jayanthy mendakwa, syarikat milik suaminya iaitu Swiss Karishma Sdn. Bhd. di Bukit Sentosa juga telah ditukar milik kepada seorang lelaki yang sebelum ini merupakan setiausaha kepada suaminya.

"Dalam masa sebulan selepas suami hilang, saya diminta menandatangani beberapa dokumen dan saya berbuat demikian walaupun tidak mengetahui isi kandungannya.

"Saya diberitahu dokumen itu dibekalkan oleh seorang peguam bagi menguruskan perniagaan ketika ketiadaan suami," ujarnya.

Namun, dakwanya, selepas menandatangani dokumen tersebut, beliau tidak lagi dibenarkan masuk ke pejabat selain syarikat milik suaminya itu sudah ditukar nama kepada orang lain.

"Harta suami seperti 10 ekar (empat hektar) ladang kelapa sawit di Banting dan 430 ekar (174 hektar) tanah di Hulu Selangor serta beberapa buah rumah juga tidak tahu ke mana.

"Wang simpanan suami sekurang-kurangnya RM150,000 di Public Bank juga telah lesap," katanya sambil memberitahu dia yang tidak bekerja kini menyara keluarga dengan wang simpanan.

Jelasnya, lelaki yang menipu dirinya itu kini mengambil alih syarikat berkenaan dan melarangnya memasuki pejabat.

"Saya ada tanya dia di mana suami saya, dia enggan beritahu dan hanya jawab suami saya ada dan masih hidup," katanya.

Difahamkan, Swiss Karisma menjalankan pelbagai perniagaan termasuk kedai gunting rambut dan besi buruk.

Tambahnya, beliau bersama Manikavasagam akan menghantar satu memorandum kepada Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Isnin ini, supaya polis dapat membuka kembali kertas siasatan mengenai kehilangan suaminya.

Wajarkah tindakan Aidil membawa anaknya bertemu datuk dan nenek dituduh sebagai melarikan anak ??

 

Bapa tunggu Aidil, tak mahu ulas kenyataan Rita

 

SEREMBAN: “Biarlah apa pun yang dia nak cakap,” kata Abd Radzak Salleh dalam reaksi balas terhadap kenyataan menantunya, Rita Rudaini Mokhtar yang mendakwa rumah tangganya kini goyah akibat campur tangan individu tertentu, termasuk keluarga mentua.

Sambil reda dengan jodoh Rita dan Mohd Aidil Zafuan, 23, kerana ia ketentuan Tuhan, Abdul Radzak, 61, berkata mereka sekeluarga tidak tergamak bertindak sesuatu atau memburukkan pelakon berkenaan dan buat masa ini beliau dan keluarga tidak mahu mengulas lanjut pendedahan Rita yang disiarkan Berita Harian, semalam.

SEREMBAN: “Biarlah apa pun yang dia nak cakap,” kata Abd Radzak Salleh dalam reaksi balas terhadap kenyataan menantunya, Rita Rudaini Mokhtar yang mendakwa rumah tangganya kini goyah akibat campur tangan individu tertentu, termasuk keluarga mentua.

Sambil reda dengan jodoh Rita dan Mohd Aidil Zafuan, 23, kerana ia ketentuan Tuhan, Abdul Radzak, 61, berkata mereka sekeluarga tidak tergamak bertindak sesuatu atau memburukkan pelakon berkenaan dan buat masa ini beliau dan keluarga tidak mahu mengulas lanjut pendedahan Rita yang disiarkan Berita Harian, semalam.

“Saya tak mahu ulas kenyataan pelakon itu (Rita) kerana sehingga kini pun kami tak dapat apa-apa maklumat daripada Aidil (Mohd Aidil Zafuan) yang kini ada di Vietnam bersama skuad bola sepak kebangsaan.

“Ada baiknya kami ahli keluarga berbincang dulu, terutama dengan Aidil kerana ia membabitkan kepentingan rumah tangga mereka. Biarlah dia (Rita) yang buat kenyataan atau apa juga yang dia nak cakap... kami perlu ambil masa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rashibah Indah, Sikamat di sini, semalam.

Semalam, Berita Harian menyiarkan kenyataan Rita, 34, mendakwa rumah tangganya bersama Aidil, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah, banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentua. Mereka yang berkahwin dua tahun lalu dikurniakan cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin.
Abd Radzak yang kelihatan kurang sihat kerana penyakit paru-paru berkata, beliau perlu mendapat maklumat jelas daripada Aidil bagi mengelak kenyataan yang tidak benar dan memalukan keluarga, selain tidak mahu tumpuan anaknya terhadap karier dan tanggungjawab bersama pasukan bola sepak negara dan Negeri Sembilan terganggu.

“Kami belum dengar apa-apa daripada Aidil, malah sebelum ini pun kami tak pernah pergi ke rumah mereka di Kuala Lumpur dan tidak tahu hal rumah tangga mereka. Laporan yang kami dihalau ketika berkunjung ke rumah mereka juga tidak benar kerana memang kami tidak pernah ke sana, kecuali ketika Rita melahirkan Airit,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Aidil sudah lama tidak menjenguk Rita dan bayi mereka, termasuk meraikan Aidilfitri lalu bersama keluarga masing-masing, beliau berkata, setiap kali selesai perlawanan bola sepak, Aidil pulang ke Kuala Lumpur.

“Aidilfitri lalu, Aidil baru selesai dengan tugasannya bersama skuad bola sepak kebangsaan di luar negara. Dia ada cuti singkat kerana terpaksa memberikan komitmen kepada skuad Negeri Sembilan pula bagi menghadapi perlawanan dengan Kelantan di Kota Bharu.
“Kami tidak campur tangan dalam jadual Aidil. Jika dia nak berhari raya di mana pun, terpulang kepadanya,” katanya yang turut kesal dengan dakwaan Rita bahawa Aidil melarikan Airit untuk bertemu keluarga pemain bola sepak itu.

“Wajarkah tindakan Aidil membawa anaknya bertemu datuk dan nenek dituduh sebagai melarikan anak?” katanya.

BA: Tindakan bijak dr seorang lelaki matang ..

EMAS yang bakal berada di pasaran kelak ..

 

PARIS, 2 Okt (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menjangkakan memuktamadkan perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta dunia dalam merealisasikan pengeluaran besar-besaran kereta kompak globalnya, EMAS, hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pihaknya masih dalam perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta dari Jepun dan Eropah dalam kerjasama dari segi enjin dan platform untuk EMAS.

"Keputusan dalam merealisasikan pengeluaran EMAS secara besar-besaran akan dibuat pada hujung tahun ini," katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditemui pada Paris Motorshow 2010, di sini pada Sabtu.

Pada Mac lepas, Proton melancarkan tiga kereta konsep siri EMAS pada pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 sempena sambutan jubli peraknya tahun ini.

Siri EMAS, akronim bagi "Eco Mobility Advance Solution", merupakan usaha sama Proton dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.

Gambar gambar PROTON EMAS

image image

image image

image image

dan ada banyak lagi di > sini

 

Tahniah TUN ! Tahniah Malaysia !

Sesuatu yang patut dikongsi bersama ..

 

Luangkan masa untuk berfikir sejenak ..  :)

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI