Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 4 Oktober 2010

Senyum memalam ..

 

image

Blogging boleh memudaratkan jika ..

 

image

Entri yang dikeluarkan tidak dikaji dari sudut sensitiviti pembaca .. Kadang kadang kita ingat blog kita ni takde pembaca atau yang baca sekadar rakan rakan .. Jika itulah tanggapan anda , maka... anda salah !

Walaupun kita nak berblog sekadar suka suka tapi kadang kadang boleh terlepas isu isu yang tak sepatutnya dibangkitkan di dunia maya ini yang memungkinkan mendatangkan mudarat satu hari nanti ..

Tak kira peringkat mana sekali pon , jika setiap pendapat dikeluarkan pastinya akan ada yang membangkang.. Bukan semua akan menyokong.. Itu sudah pasti...

Sebab itulah , bukan mudah jadi blogger .. bukan sekadar ' mencoretkan' kata kata atau meluahkan perasaan ... Ada mata yang memandang dan sudah pastinya akan ada jari akan menari nari ... Gatal jer nak menyerang ... hehe..

Maka , wahai sahabat sahabatku blogger .. hati hati .. walaupon kita bercerita tentang diri kita , akan ada yang tidak berpuashati atau akan mengambil kesempatan ..

Wallahualam...

Khas untuk wanita .. er .. lelaki pon ok jer ..

Ehem.. aku tak pandai nak promote mempromote ni tapi bagi mereka yang berminat la kan .. yang nak tau .. erk.. hal hal luar dalam perempuan dan juga lelaki , boleh la kot singgah p tengok kot kot ada yang berkenan di jiwa .. hehe..

Ok .. bagi mereka yang berminat , mai sini .. p tengok je .. bukan nak kena bayar .. hehe.. mana tau kot sesuai .. Okeh .. heheh .. Jom mai sini ... > SECRET OF BEAUTY

image

Taufik Hidayat ditembak mati ..

 

Waah.. aku ingat pada mulanya pemain lagenda badminton Indonesia tu .. sekali rupanyaaa.... salah seorang perompak bank yang ditembak mati oleh polis Indonesia , semalam .. silap orang daaa.. huh.. cuak la sat... tu pun dengar dalam berita..

6 militan ditembak mati

JAKARTA 3 Okt. - Pihak berkuasa Indonesia hari ini menembak mati enam lelaki yang disyaki pengganas dalam operasi yang dilancarkan di Serdang Bedagai, Sumatera Utara sejak beberapa hari lalu.

Salah seorang daripada mereka ditembak mati ketika berbalas tembak dengan pasukan polis dan tentera, manakala seorang lagi terbunuh setelah bom tangan yang cuba dilontarnya meledak setelah terjatuh berhampirannya.

Seorang lelaki juga dipercayai ahli kumpulan itu turut menyerah diri kepada polis.

sambungan di > UTUSAN

 

Empat Teroris Ditembak Mati

image SERGAI- Baku tembak antara Brimob, Densus 88 dan Polres Sergai dengan kawanan lelaki bersenjata, pecah Sabtu (2/10) sekitar pukul 11.00 WIB di kebun kelapa sawit PT Socfondo Bangun Bandar, Desa Dolok Sagala, Kecamatan Dolok Masihul, Kabupaten Serdang Bedagai, Sumatera Utara (Sumut). Akibatnya empat kawanan bersenjata tewas, dan satu kritis.

Sedang dari pihak aparat, satu luka tertembak. Empat yang tertembak tewas adalah Taufik Hidayat, Zulkarnain, Robin Simanjuntak dan Ozy Syahputra dan yang kritis Azwar Dedi. Sedangkan dari pihak aparat Brifka Darwin Suggeng Sitorus, anggota Brimob tertembak bahu sebelah kirinya.

sambungan di > KALTIMPOST

 

Mana satu yang betul ni ?? Empat ke Enam ???

Duit Nuff nanti aku nak beli ni.. best best ..

Waah.. aku nak sambar ni bila dapat duit nuff nanti.. amacam ? cun tak ?? BMW VISION .. perghh...ganas giler..

Bukan yang atas tu laa... yang bawah ni ... Yang atas tu , 100 tahun blogging pon lom tentu dapat .. hahahha

image

Masalah perut buncit ??

image

Figure-Up – Roselle D’tox Shape-Up Drink adalah produk yang berbentuk jus minuman campuran ekstrak Roselle, Pueraria Mirifica dan Aloe Vera yang berupaya membantu anda menyelesaikan masalah lemak berlebihan dan perut buncit.

Figure-Up merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu efektif di dalam mengatasi
masalah kegemukan. Figure-Up adalah 100% selamat dan semulajadi. Dirumus dengan teliti mengikut Amalan Pengilang Baik (GMP) dan Halal. Mampu memberi kesan dalam masa yang anda kehendaki tanpa menahan lapar dan berpantang. Hanya perlu lebihkan minum air putih.

Figure-Up formula hebat! Mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan karbohidrat kepada tenaga yang mana merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

selanjutnya > SUFFAH

Rokok naik harga ? Wah..abis la aku ..

 

Aku cadangkan kerajaan letak je rokok tu disebelah jongkong emas .. Dok naik skit skit , baik terus je letak harga tu.. kan senang ?

Apa kene mengena rokok dengan aku ? Aku tak merokok yer .. Bukan sebab rokok merbahayakan kesihatan tapi sbb rokok tak kenyang .. kalu kenyang , aku pon nak ..

Nak diikutkan merbahayakan kesihatan , persekitaran kita saja dah cukup merbahayakan.. Bermula dari oksigen yang kita sedut hinggalah sampai ke atas tilam sewaktu nak tidur .. Sendiri mau ingatla kan ..

Cuma yang aku tak suka bab rokok ni kan .. Asap dia yang berkepul kepul serupa keretapi zaman jepun tu .. ingatkan dh pupus tapi makin berlambak lak .. kan kan ?

Nasihat dah bertubi tubi kerajaan bagi.. dari pakar sampai la ke amatur ni .. tak masuk langsung telinga kanan pon ! Apatah lagi nak keluar telinga kiri !!  Maka hisaplah .. hisap sampai tekak tu kena barah .. Mulut tu kena kanser .. Tapi jangan dilepaskan asap tu depan orang ! Kalu nak sakit , sakit sorang sorang .. Jangan diusung yang tak bersalah sekali .. Tak baek....dosa woo...

Sbb tu aku kata abis la aku.. nanti aku g makan kat kedai makan , diorg akan hisap perlahan lahan... tarik dalam dalam asap tu... lepas skit skit ... jimat woo asap tuuu... adeh.. Persoalannya , bila nak abis dia hisap rokok tu ???

Haih... serius..aku pening kepala bila terbau asap ni .. Bulu hidung pon dah jadi putih !! Tu kes melepak ngan member dulu la.. isap rokok cam bakar kayu api jer !! huk alohh...

Bila wartawan buat lawak ..

 

Huhu.. bikin panas tul la.. nasib baik tak terlepas disebabkan dia ..

Songket Online ..

KASHFEE ANGGUN

KEISTIMEWAAN SONGKET KAMI

1. Kami pengedar songket melayu moden yang sentiasa menjaga kepuasan hati pelanggan dengan menyediakan kualiti songket yang bermutu tinggi.

2. Songket direka khas mengikut peredaran fesyen semasa dan moden namun, masih bercirikan kemelayuan.

3. Kualiti songket yang dipermodenkan memudahkan penggunaan untuk pelbagai majlis rasmi dan tidak rasmi.

4. Kualiti songket yang berbeza dari pasaran semasa.

5. Kain songket yang tidak panas, tidak mengecut, tidak meregang, tidak pecah dan pelbagai masalah lain yang sering didengar dari produk lain di pasaran.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut ? Sila layari .. KASHFEE ANGGUN

image

image

image

Minat baca blog ?

 

image

Dalam kelab ni ada lebih 5 ribu ahli .. 90% tu blogger ...  Tujuan penubuhan kelab yang dah masuk setahun ni adalah untuk mengumpulkan peminat peminat blog dan juga blogger tu sendiri .. Mereka boleh mengupdate entri entri terkini tanpa rasa bersalah.. hehe.. jgn spam dah la ..

image

Pada yang berminat , jom JOIN KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI

Blog list aku buka lagi ... cepatt ..

Atas permintaan yang belum berpeluang ... Mana mana blogger yang berminat saja .. heh..mestilah kan .. haha..

Syaratnya .. mudah saja .. Sila buat satu entri .. letak

  1. image header ini ...

  2. TAJUK : BLOG LIST BEN ASHAARI OKTOBER

  3. letakkan url di ruangan komen entri ini ..

Tarikh tutup ?? Hari ini .. sebelum 12 tengah malam (04/10/2010) ..

Kalau rasa rasa anda blogger baru , sila je join ... jangan malu jangan segan .. sama sama kita bantu membantu .. Yang lama kalau berminat pon , boleh jer ...

Yang penting , blog mesti aktif !!! Setiap hari mesti ada entri ... Wajib ada yer..

Blog list akan kekal sehingga hujung tahun ..

Aidil bincang dengan keluarga dulu baru dengan isteri ?

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, mahu berbincang terlebih dulu dengan keluarganya berhubung keadaan rumah tangganya yang dikatakan mulai goyah ketika ini.

Aidil Zafuan berkata, beliau masih belum membaca laporan akhbar dibuat isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 34, kerana kesibukan tugas yang digalasnya di dalam dan luar negara.

“Saya baru tiba dari Vietnam untuk perlawanan Piala Millenium Thang Long dan saya tidak mengetahui mengenai cerita ini dan akan melihat laporan akhbar yang dibuat oleh Rita sebelum berbincang dengan keluarga saya.

“Malam ini (semalam) saya ada perlawanan di Seremban dan keesokannya pula, saya akan berada di Singapura selama dua hari...jadi, saya perlukan masa,” katanya ketika dihubungi sejurus tiba dari Vietnam, semalam.

Aidil Zafuan yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu berkata, beliau akan membuat kenyataan sebaik saja mengadakan perbincangan dengan keluarganya dalam tempoh terdekat ini.

Kelmarin, Berita Harian menyiarkan kenyataan Rita mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil daripada perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil Zafuan dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan. - BHARIAN

Kata BEN : Bagi aku , tindakan dia ni tak kena.. sepatutnya dia balik ke rumah dia dulu .. bincang dengan isterinya dan baru dapatkan pendapat orang tuanya .. Bukan maksud aku nak suruh dia membelakangkan keluarganya ( yg mana dia sendiri telah belakangkan dulu kerana menurut nafsu ) tetapi berbincang dengan isterinya tu dan cari punca .. Kemudian , bawa isteri ke rumah keluarga dan selesaikan secara aman ! Semua masalah mesti ada penyelesaian ..Buat masa sekarang , utamakan anak dari keegoan diri tu !

Kalau berani buat dulu .. sanggup kawin lari demi kerana cinta , kenapa tidak sekarang ? Berkorban demi cinta tersebut ?? Takkan sekarang baru nampak baik buruk masing masing ? Kalau dah nampak sekali pon , takkan tak boleh berubah ? Semua pihak kena tolak tepi rasa ego diri tu .. Kecualilah ... sememangnya dah hilang rasa cinta tu...

Kalau si Aidil ni cuba mengkaji masalah tu dengan melihat laporan akhbar tu saja , cukup tidak adil ! kerana sudah pasti akan ada yang tertinggal .. Sebaiknya , dapatkan penjelasan dari isterinya itu ..

Jangan terlalu ambil jalan mudah ... Ingat juga pengorbanan si isteri tu .. Namun ibu bapa juga perlu menasihati anak agar tidak membuat kesilapan lagi .. Yang sudah tu sudah .. buang yang keruh .. tapis je air guna penapis DIAMOND ..

Jujur dalam persahabatan di dunia maya ini ?

Lama dah aku tak bebel pagi pagi kan ? Malas nak bebel dah sebenarnya .. Entahlah... kadang-kadang bila kita rasa sesuatu yg kita buat tu , nampak ok dah .. hurn .. entah la .. tak tau nak kata apa..

Aku dalam dunia maya ni bukan sehari dua .. ramai dah kawan aku ada .. Ada yang jadi kawan baik .. ada yg jadi kawan biasa ... malah ada tempat meluahkan masalah .. Persoalannya , setakat manakah kejujuran kita bila bersahabat dalam dunia maya ini ?

Bila kita rasa seseorang tu nampak ok , maka kita pon senang dengannya .. Diluahkan segala masalah dengan harapan dialah sahabat yg sebenarnya .. Tapi adakah benar perasaan itu ?

Yelah kan , manusia .. Kita sendiri pon belum tentu lagi betul .. Cuma waspada je lah ... Segalanya kita nampak di depan .. belakang belum pasti bagaimana kan ? Hati manusia ini ... kalau boleh lihat , ada penuh 'bilik' ..

image

Depan nampak cun dan hensem jer.... padahal

image

Dibelakang ???

Inilah hakikat yg perlu kita terima selagi kita bernama manusia ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI