Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 7 Oktober 2010

Tiada lagi istilah bagai anjing dan kucing

 

image

Anjing dan kucing dah jadi kawan baik .. Anjing dulu leh buru arnab .. skang dah jadi geng .. wat pe gaduh gaduh kan ? Susah senang bersama .. dah nama pun binatang .. kan kan ?

Manusia lak ? Pakat tuduh menuduh.. bergaduh sana sini .. bunuh ? Jangan cerita la.. asal tak suka je , bunuh... senang jer ..ingat diorng yang kena bunuh tu takde mak bapak ke? Ke takde keluarga ke? Suka suka je nak bunuh.. nak sangat membunuh , g je ISRAEL tu .. haa..bunuh ajaaa yang mana patut dibunuh ..

Kita ni manusia .. berakal ... cuba cuba la elak sengketa .. selesaikan secara aman .. bijak.. matang .. betul ? Tak payah nak tunjuk sapa hero ... buang masa... kelak semua mati.. kena seksa dah pasti ...

Masalah perut buncit ??

image

Figure-Up – Roselle D’tox Shape-Up Drink adalah produk yang berbentuk jus minuman campuran ekstrak Roselle, Pueraria Mirifica dan Aloe Vera yang berupaya membantu anda menyelesaikan masalah lemak berlebihan dan perut buncit.

Figure-Up merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu efektif di dalam mengatasi
masalah kegemukan. Figure-Up adalah 100% selamat dan semulajadi. Dirumus dengan teliti mengikut Amalan Pengilang Baik (GMP) dan Halal. Mampu memberi kesan dalam masa yang anda kehendaki tanpa menahan lapar dan berpantang. Hanya perlu lebihkan minum air putih.

Figure-Up formula hebat! Mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan karbohidrat kepada tenaga yang mana merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

selanjutnya > SUFFAH

Bang , saya ada rupa nyamuk aedes ker ?

IMAG0008 IMAG0007

Sampai hati muu ...

Aku dalam perjalanan balik ke rumah orang tua aku untuk ke gym.. Tengah baik punya control cun , tiba tiba lalu sebuah kereta berwarna coklat .. Kat belakang dia macam ada ekzos serupa macm ada turbo tapi ni kat atas dan tepi ..

Aku rsa ni mesti nak sembur aedes ni .. Hurmm ..dah abis la ni kot .. aku jalan je la ...

Tiba tiba , dia pasang penyembur tu !! Gilaaa !! Wei.. aku manusia laaa .. Yang dia sembur tu , tempat pejalan kaki !! Orang tengah balik kerja laaa.. ramai dok lalu kat situ .. Boleh dia sembur waktu tu ?? Bangang ke apa ???

Tak pasal pasal skang aku sakit kepala skang ni!! Kalau saman , best gak ni .. Berapa juta eh ? Hurmmm

Gambar pertama tu .. tempat pejalan kaki .. Manakala gambar kedua tu , kereta penyembur tu dok menyembur tanpa memberi amaran ! Patut ke tak ??? Sapa punya kakitangan ni ?? DBKL atau KKM ??

Perkembangan politik di Malaysia ..

 

Apa yang aku nampak ialah ..

image

image

image

Tak larat nak percaya dah mana satu ... Huru harare ...

Lagi banyak buruk dari baik eh ?

 

KUALA LUMPUR: Manfaat laman web rangkaian sosial popular sama ada Facebook, Friendster dan Myspace bukan hanya sekadar mengeratkan silaturahim serta bertanya khabar sedangkan keburukan ‘ditawarkan’ lebih banyak.

Pengerusi Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, antara keburukan menanti ‘penagih’ laman web itu merangkumi membentuk sikap lalai, boleh meruntuhkan rumah tangga termasuk mempengaruhi remaja berzina.

“Rumah Iman kendalian Sidim menempatkan beberapa remaja perempuan yang terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina.

“Facebook itu juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial itu, sekarang ada pula kejadian seorang pelajar dipukul kerana Facebook,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro Isnin lalu mengenai pelajar tingkatan lima sebuah sekolah asrama di Lenggong, Perak yang cedera di mata dan dahi akibat dipukul rakan sekelas selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Aiman Asyraf, 17, dibelasah teruk kerana dikatakan menceroboh akaun Facebook milik rakannya kerana mengetahui kata laluan.

Hanafi berkata, walaupun kejadian itu boleh dianggap terpencil namun ia jelas menunjukkan akibat buruk daripada penggunaan laman web sosial.

“Kalau di jabatan kerajaan atau swasta pula, ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan sebenarnya tidak berkat.

“Facebook baru diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu saja tetapi kesannya menyebabkan kita lalai dan ia boleh menjurus ke arah keghairahan maksiat. Kalau sekadar mahu bertanya khabar atau mengeratkan silaturahim, banyak lagi medium lebih baik boleh digunakan,” katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya.

“Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silaturahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.

“Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan ia bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.

BA : Pendapat korang berdasarkan pengalaman lak ?

Menanti sesuatu yang tak pasti ...

image

Terima kasih yer kerana sudi menjadikan angka follower ini ke 3300 .. huhu..tak sangka ..

Korang rasa aku tengah tunggu apa ???

Jiran sebelah pesan kat aku tadi ...

image

Haa... ada jiran sebelah aku ni pesan kat aku .. Sat nak tanya balik kat dia .. Terlupa dia pesan apa tadi ...

Ok... dah ... Dia kata ... bila berkawan dengan sesiapa saja yang baru je kenal lebih lagi tak pernah kenal langsung laa... cam kat tepi jalan ke.. kat kedai kopi ke .. mahupun dalam dunia sebelah sana ..

  • Jangan cepat percaya
  • Jangan cerita segalanya
  • Jangan tayang harta
  • Jangan cerita pasal keluarga
  • Jangan bagi pinjam duit
  • Jangan cerita pasal kerja
  • Jangan bagitau tinggal mana
  • Jangan bagi no tel .. bagi email je.. apa kelas skang main sms ! Email la kalau berani ..

Boleh cerita ..

  • Pasal blog Che Det
  • Pasal kucing
  • Pasal awek dalam Facebook
  • Pasal kereta jiran sebelah
  • Pasal politik negara jiran

Ok ? Faham ? Ni jiran aku bagitau ni .. kalau aku yang bagitau .. senang jer .. Dengar boleh , percaya jangan ... faham ?

FACEBOOK punya bala !!!

 

Salah sapa ??? Internet atau pengguna ? Tak reti nak gunakan ke ?? Adeh.. ni kes salah guna la eh ...

image MANGSA...Mohd Nazren cedera dibelasah kumpulan samseng.

 

Kes pertama : Jerat kenalan Facebook

Kes kedua : Tikam perut rakan akibat dikutuk dalam Internet

Dua dua pasal facebook !! Huk aloh .. bikin ngeri tul laa .. Makin tak selamat dunia kita ni.. makin tiada sempadan makin tiada pegangan ..

5 perkara yang aku tak suka di pagi hari ...

 

  1. Dah siap nak g kerja , baru nak sakit perut ..
  2. Ada kura kura atas jalan raya ..
  3. Petugas di kaunter ERL tak reti cakap terima kasih
  4. Berdiri dalam ERL
  5. Berdiri dalam LRT ..

Apa nak buat ? Hakikat.. Beli kereta baru ? Kalau sebulan income dari blog RM5K , baru sambar kereta baru.. ok ?

Bz .. bz .. bz ..

 

47071_1614819767059_1133277160_31709794_2971105_n

Serius ... sangat bz giler minggu ni .. nak update pon , kering je idea..  ni pon curi 5 minit jer .. dok pk gak nak cerita apa .. hurm... jawapnya kena tunggu lunch karang laa .. adeh ... makan pon belum lagi .. bz kan ? hahahaha..

Raja Azura confirm cerai eh ... Huh .. sian ..

 

KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.

Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh,” kata sumber itu.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.

“Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.

Sumber : Hmetro

BA : Patut la aku tertanya tanya ke mana menghilangnya Dj kesayangan ramai ni .. huhu.. dah dapat jawapan ..

Wahhh.. buat satay pon sodap ni !!!

image

Rasa rasa nak buat satay atau lari 100 meter tanpang toleh belakang kalau jumpa arnab sebesar ni ??

Alalalala... comeynyeeee ....

 

image

image

image

Hehehe .. Selamat harijadi yer ... Akak Rebit .. Abe rimau usha dah tu ... lalalala ... Semoga Allah memberkati kak ummi sekeluarga ...

Duit ? Ele... apa mau kira ..

 

Duit tak menjanjikan kebahagiaan .. Duit boleh di cari .. di mana mana boleh .. Rezeki Allah di muka bumi ni terlalu luas.. Cari je .. pasti ada ..

Yeker ?? Betul ke ? Duit mmg tak menjanjikan kebahagian .. Kenapa ? Biasanya yang  bertuhankan duit itulah menghancurkan kebahagian .. sedangkan sebenarnya dengan duit yang melimpah ruah ( insyaAllah ) boleh menjanjikan kebahagiaan sekiranya digunakan ke jalan yang betul ..

Duit yang banyak .. gunakan untuk mencari ilmu .. bersedekah jariah  .. bahagia je kan ?  Yang menyebabkan merana ni jika bersifat kedekut .. tamak ! Bila ada 10 sen  , cari idea lagi untuk gandakan agar jadi 10 ringgit .. Bila dah dapat RM10 pk lagi nak gandakan .. Sampai bila ???? Maka bertuhankan duit la dia .. siang malam dokk pk duit ..

Sedang hangat bercinta  .. ada yang kata duit tak penting .. Ramai anak muda kata gitu.. tak pe .. kawin je ..nanti ada rezeki , ada laa.. Kalau duk lagu tu jer , rezeki nak camana ? Cakap boleh la.. usaha ??? Bila usaha , rezeki tu datang ... Ini bermakna , bukan mudah nak cari duit ! Kena usaha .. Tak kira samada gunakan otak ataupun fizikal .. Tetap usaha .. usaha mmg memenatkan .. Tapi jika berjaya ?? Camana ?? Berbaloikah ? InsyaAllah ..

Tapi yang buat silap ialah , jalan pintas untuk mendapatkan duit .. nilah dia... mmg terlalu silap ...Apa guna banyak duit tapi tak halal ? Sumber yang haram ??? Buat apa ? Tak bahagia.. hidup senantiasa penuh dengan was was .. takut .. .takut di dunia .. di akhirat kelak ?

Pasangan yang dah bernikah .. sedar setiap celikkan mata tu , adalah untuk mencari rezeki buat keluarganya .. dalam kepala tu asyik nak cari duit lebih .. Untuk keluarga .. Alhamdulillah .. Tapi janganlah pulak bila Allah dah beri rezeki tu , digunakan untuk menambah cawangan pulak .. ni dah salah ... kesian kat isteri yang sama sama bersusah payah ...

Kesimpulan aku .. duit dan manusia , ibarat isi dan kulit .. cuma jangan jadi hamba pada duit .. biar duit itu hamba kita ... hehehe.. fikir fikirkan ...

Bila mamaku kata tidak !

 

image

Ingat lagi ? Bila mak kata jangan ... tapi kita buat gak .. apa kesan dia ek ?? Haa.. cuba fikir fikir ...

Bila mak kata jangan keluar malam .. nanti antu amik ... tamo dengar .. skang tak yah tunggu antu amik .. sendiri dah jadi antu ..

Bila mak kata jangan hisap rokok .. tak nak dengar .. curi curi isap.. skang ni ? Pon sama gak ..dok curi curi isap belakang bini ...

Bila mak kata jangan mengatal .. belajar bagi abis dulu.. degil ! skang nak salahkan diorng lak sbb kawan kawan masuk Universiti...

Bila mak baru nak kata .. kita dah cakap Aahh ..

Bila mak dah takde .. sapa lagi nak kata ???

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI