Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 11 Oktober 2010

Panas ! Panas ! Panas ! Bukan goreng pisang yer ..

 

image

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut > Kashfee Anggun

Pernah rasa kengerian naik bas dua tingkat ?


Nak rasa ? Aku pernah rasa .. Insaf terus .. tamo naik dah ..

Aku pernah naik bas dua tingkat untuk ke Kelantan... Yang bagusnya , aku duduk depan sekali !! Bayangkan .. cermin depan korang tu seluas alam !! Perghh..

Cuba la ke Kelantan belah malam ... Pergh... Ngeri siutt.. Dengan bas terhoyong hayang sbb terlalu laju.. Aku pernah ukur dengan GPS aku.. Lebih 100kmj ! Giler !! Aku mengucap sepanjang jalan tu... Berdoa agar selamat sampai .. Mmg aku tawakal je la masa tu..

Macam naik roller coaster .. Nasib baik malam .. sbb kereta tak banyak.. maka driver tu tak perlu memotong kenderaan lain .. haih ...Sejak itu , aku rela memandu kereta dari naik bas !

Bila melihat dan membaca pengalaman mangsa mangsa kejadian , aku terasa amat amat bersyukur .. Tapi sampai bila kan ? Selagi ada pemandu yang tidak bertimbang rasa.. pentingkan diri sendiri , kita belum tentu selamat bila berada di atas jalan raya walaupun kita mematuhi undang undang ...

Cerita mereka yang terselamat ..

 

SEREMBAN: Seorang penumpang bas ekspres Delima yang terselamat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 12 nyawa petang semalam, mendakwa dia melihat pemandu bas cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal dan bas itu mula terhoyong-hayang menyebabkan ia melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Tew Chi Ling, 18, pelajar Kolej Bandar Utama, berkata dia kini berada dalam keadaan trauma dan terkejut kerana dapat menyaksikan keseluruhan detik cemas, ketika kemalangan itu berlaku.

"Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Saya lihat, bas itu sudah dipenuhi darah manusia. Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya," katanya.

Dia sedih kerana banyak suara yang meminta tolong dari dalam bas yang remuk itu, apatah lagi terkejut dengan jeritan tanpa henti penumpang yang terbabit dalam kemalangan maut itu.
"Saya bernasib baik kerana selamat bersama seorang rakan kolej. Saya masih dirawat, tetapi rakan telah dibenarkan balik. Saya cuma mengalami cedera ringan dan luka di beberapa bahagian badan," katanya ketika ditemui di wad Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini hari ini.

Sebahagian besar penumpang bas ekspres Delima itu sedang tidur ketika kenderaan itu melambung, terhempas dan melanggar beberapa kenderaan lain di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, di Rembau.

Menurut beberapa penumpang yang terselamat, mereka melihat penumpang lain yang ketika itu ramai yang tidur melambung keluar dari bumbung bas yang pecah, selain beberapa lagi tersepit apabila bas itu terhempas di atas jalan raya.

Seorang lagi penumpang, Liow Sin Ren, 23, berkata dia tidak sedar apa yang berlaku kerana tidur dan hanya menyedari apabila bas sudah terbalik.

"Bila saya sedar seluruh badan terasa sakit. Saya buka mata perlahan-lahan dan terkejut apabila bumbung bas sudah tercabut," katanya yang mengalami keretakan pada tulang hidung dan pipi.
Katanya, doktor terpaksa menyedut serpihan kaca yang masuk ke dalam telinganya.

Seorang lagi mangsa yang selamat, Nur Najlaa Aquilah Mohd Ghazali, 19, yang kehilangan sebahagian kulit dan daging di pergelangan tangan kirinya berkata dia berada dalam keadaan separuh sedar dan pening kerana bas itu berpusing dan terhoyong-hayang.

"Saya terhantuk dan kepala pening sebaik sahaja bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan. Apabila saya sedar, saya lihat pakaian saya dibasahi dengan darah," katanya.

Beliau berkata, ramai penumpang yang mengerang kesakitan dan ada juga yang merangkak keluar dari bas yang sudah remuk.
"Saya menangis apabila melihat darah banyak mengalir dari pergelangan tangan dan dimaklumkan ia terkoyak semasa kemalangan itu berlaku," kata pelajar Universiti Malaya itu.
Sementara itu, beberapa lagi mangsa yang cedera tidak dapat ditemubual kerana masih berada dalam keadaan lemah dan trauma berikutan kejadian itu.

Turut kelihatan beberapa ahli keluarga mangsa yang terselamat di bilik wad berkenaan dan perkarangan menunggu di luar wad terbabit.
Sehingga kini, HTJ telah menerima 24 mangsa yang cedera di tiga wad iaitu wad pembedahan, wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad "High Dispency" (HDW) dan semua mangsa dilaporkan stabil serta diberi perhatian sebaik mungkin oleh doktor yang bertugas.
Seramai 12 orang terbunuh manakala lebih 40 dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, sebuah van dan dua kereta dalam pada 6.40 petang semalam.


Nahas itu berlaku apabila bas ekspres Delima yang dipandu laju, gagal dikawal dan terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan dan melanggar van, bas sebelum menghempap dua kereta. - BERNAMA

sumber : BHARIAN

Milik siapakah HEADER ini ???

 

Mulai hari ini ... sehari sekali , tanpa mengira waktu ... akan aku beri satu serpihan HEADER milik blog seseorang ...

Mereka yang berjaya meneka dengan tepat  pemilik header tersebut , akan menerima satu hadiah istimewa .. iaitu .. hehehehe... FEED entrinya akan berada di sebelah kanan blog ini selama satu hari sehingga soalan berikut dikemukakan .. Amacam ? Menarik ???  Bayangkan jika anda berjaya meneka dengan tepat.. hehe..bukankah itu satu promosi blog anda secara percuma ? Bukan susah pon nak teka...

Aku akan memilih blog blog yang terdapat di dalam blog list aku ini .. Jumlah blog list yang ada cumalah 3 jer .. setiap satu ada lebih dari 100 blog.. hehehe... Mencabar tak ?  Pergh... apa salahanya kan ? hehehe.. anda boleh meneka sekali sahaja..

Masa yang diberi adalah sehingga entri berikutnya dikeluarkan ... Sapa cepat dia dapat ..

Jika tiada pemenang sehingga masa ditutup , maka kenalah tunggu header yang berikutnya iaitu .. hari keesokkannya ... hehehe...

Jawapan hendaklah diberikan di ruangan komen .. berikan url blog tersebut ..

Jika terdapat jawapan yang sama.. yang paling pantas akan diambil kira ...  ;)

Untuk malam ini... kita lihat header ini ..

image

Senang kan ? Tunggu apa lagi ??

Tuan punya blog tak leh teka yer !!

Gaduh ngan awek , sms abang polis !

Aku sure sangat laaaaa bila bercinta ni , kes kes cemburu selalu berlaku .. Sikit skit gaduh .. bila gaduh , mula la bertekak... tak cukup bertekak , sambung kat sms ... kan kan ?

Terjadi laa pada aku dulu , wife aku ( masa tu tunang ) kena g kursus jangka panjang .. Kursus ni bercampur la lelaki perempuan .. hahaha .. yela .. dulu aku cemburu tak bertempat .. Ada je kes nak dicemburukan padahal takde apa pun ..

Nak dijadikan cerita , ada sekali tu aku 'bergaduh' secara kecil kecilan .. Call tak dapat .. mula la pk bukan bukan .. bersms laaa jawabnya .. hahahha ..bengong tul ...

Dalam dok berlawan sms tu , aku seperti lelaki lain dengan egonya mesti la nak menang kan .. Maka aku pun karang baekk punya ayat .. tapi bila nak send tu , no tel takde lak dalam history tu .. maka aku pun search dalam phone book ..

Jumpa .. terus send ! Huh ... Baru tahuuuu .. nak lawan konon ! ... Sms berbalas 5 minit kemudian ..

" Yelah .. saya bersalah.. saya minta maaf yer " ayat yang tertera di handphone aku tu .. Yeesssss .. aku memang !! Tapi aku pelik .. takkan begitu mudah dia menyerah kalah ?? Tak mungkin .. tak mungkin ...

Aku tengok balik sms tu ...

Dibalas oleh SARJAN A%^@#! dari Balai Dang Wangi !!!! Aku tersalah send ... huhu .. maluuu wehhhhh ..

Kalau dah nama lelaki ..

image

Ina : Joe , kita meeting jabatan hari tu , berapa haribulan yer ? Akak tak ingat la...

Joe : Iskh... akak tanya saya ???? Tarikh saya kawin pon saya tak ingat apatah lagi tarikh meeting yang sememangnya saya tak suka nak masuk tu !

Ina : Dasar lelaki ... huh..

Psst.. untuk awek jer ..

image

image

image

image

Jangan tanya aku ... tanya tokey dia .. hehe .. g kat sini >> EQ

Jangan buang masa anda di blog ini !

 

Aku terus terang je la yer .. blog ni tempat aku 'melepak' dan menyampaikan apa yang aku tahu .. kalau rasa rasa nak provok .. nak 'cari pasal' , ni bukan tempat dia .. Kalau tak suka dengan apa yang dibaca , sila pandang ke arah kanan skrin monior anda.. terdapat satu butang yang berpangkah.

image Nampak ?? Sila klik ... Haaa.. senang je kan ? Tak perlu nak nak berdiskusi tentang tulisan aku tu sbb aku tak berminat nak berbuat demikian.. Apatah lagi jika isunya tiada kaitan dengan entri tersebut.Jika nak beri pendapat dan pandangan , amat amat digalakkan ..

Maaf yer .. Dan jutaan terima kasih kerana sudi singgah di blog picisan ini .. Picisan je ni.. kalau rasa nak berdiskus , g je blog blog politik tu ha.. best tuu.. Nak berdebat ke apa ke.. lantak ler.. Cuma blog ini blog santai .. Jika tak setuju , kemukakan pendapat tanpa memprovok sapa sapa .. bagi hujah dan dalil ... Jika terdapat fakta serta kebenarannya , pasti akan aku menerimanya dengan ucapan terima kasih ..

Komen komen yang ditinggalkan disini bukan semata untuk pujian apatah lagi cacian .. Aku tak berminat nak membacanya dan melepaskan komen tersebut. Aku akan terus delete ..

Kalau ikutkan aku , aku nak tutup terus ruangan komen langsung .. tapi disebabkan ruangan komen boleh dijadikan backlink rakan rakan blogger yang lain , maka aku biarkan ..

Aku dan mereka , sama sama manusia.. Terdapat kekurangan di sana sini .. Maka sama sama perbaiki.. Terima kasih yer...

Akhir kata ... maaf zahir dan batin .. Jangan sakiti hati orang lain jika berniat sedemikian ..

Khas untuk wanita .. er .. lelaki pon ok jer ..

Ehem.. aku tak pandai nak promote mempromote ni tapi bagi mereka yang berminat la kan .. yang nak tau .. erk.. hal hal luar dalam perempuan dan juga lelaki , boleh la kot singgah p tengok kot kot ada yang berkenan di jiwa .. hehe..

Ok .. bagi mereka yang berminat , mai sini .. p tengok je .. bukan nak kena bayar .. hehe.. mana tau kot sesuai .. Okeh .. heheh .. Jom mai sini ... > SECRET OF BEAUTY

image

Seluarku dah kembali longgar.. kata dah kan ??

 

Raya dah abis.. lemak membuak buak .. Nak bersenam , pasti malas kan ? Tapi perlu tu.. kena bakar segala lemak.. jgn diharap sangat pada suppliment semua tu.. Bukan tak mujarab tapi perlu juga mengeluarkan segala air yang ada dalam badan tu.. Maksud aku , peluh laa..

Ok .. tips ni aku penah bagi dulu.. tapi aku nak bagitau gak..kot kot ada yang terlepas pandang ..

Ni cara aku yer... bangun seawal 6 pagi.. solat dulu.. kemudian .. bersenam... cara aku mudah je.. aku gunakan set set yang aku ada .. bersenam dengan semua pengerakkan.. adik beradik kardio la ni.. contoh cam skipping , jumping jack dan paling penting jgn tinggalkan senaman perut yer ..

image

image

image image

image image

dan ada banyak lagi cara ...

Ini tips ringkas je.. cukup untuk 20-30 minit ..

Selepas bersenam tu ... baru minum air putih + madu atau susu yang tinggi kalsium .. hehe..

Makan ? Cuba buat ni .. RED BEANS + Telur .. panaskan sekali .. makan je tu.. di pejabat , sediakan biskut oats krunch.. bila lapar je .. makan tu.. serius .. bagus untuk penghadaman juga ..

Tengahari ? Makan nasi .. tapi amik je suku pinggan tu.. lebihkan sayur , dan amik ikan bakar .. kuah ? Elakkan minyak dan berlemak .. Air ? Jgn minum.. balik opis baru minum.. air suam jer .. Kalau ada buah , lagi bagus.. makan je buah .. seperti epal.. hehe..

Malam ? Makan balik red beans + telur .. kalau rajin tu , buat la senaman sedikit seperti sit up dan pumping ... mudah bukan ??

Ini tips aku..Maaf la yer.. aku bukan pakar atau pro.. sekadar amatur jer..

Senarai mangsa terbunuh dalam nahas ngeri di Melaka

 

MELAKA: Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Polis menyatakan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

Mangsa ialah :

Pemandu bas ekspres R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;

Penumpang bas ekspres : -

Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim

Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas

Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar

Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana

Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga.

Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).


Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat; Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - BERNAMA

sumber : BHARIAN

BA: Al-fatihah .. takziah buat keluarga mangsa..

Ada aku kisah ?

 

Satu perkara yang paling aku tak suka ialah .. bila perempuan lain mengatakan menutup aurat menurut ISLAM adalah kekampungan !

Nak suruh pakai macam dia ? Terbonjol sana sini walaupun kepala bertutup ? Itu baru mabeles ke ? Aisey... Kalau 'kau' nak pakai macam tu , kau pakai je.. tapi jangan sesekali mengatakan orang lain itu kekampungan ..  Macam 'kau' tu moden sangat la ???

Bagi aku , biar nampak 'kampung' tapi jauh lebih jelita dari si 'bandar' tu !  Biar tutup dari terbuka.. Jauh lebih mahal dan bernilai !

Nak dijadikan cerita .. tadi dalam lrt .. hurm..masuk la satu perempuan 'bandar' ni.. Kemas .. berpakaian koperat ..lengkap ! Bertudung .. menambahkan lagi keanggunan .. tapi sakit mata !! Pasal ?? Dada terdedah !! bukan skit yer .. Jaket dia tu tak dikancing.. maka baju dia tu leh la nampak ! Macam baju  tidur tu haa... ada render render tu.. warna hitam gitu..

Bukan aku ngintai la... dia depan aku ..mmg terbukak gitu.. Aci kat sebelah dia pon dok tengok..mesti dia pelik gak .. adeh.. sapa malu eh ???  Dia wat muka bodoh jer... huh... Aku nak malu ??? Ada aku kisah ?? Lantak la ..

Sapa sebenarnya mempersendakan agamanya sendiri ?

10 Billionaires USA kategori muda remaja ..

 

Adakah aku  tergolong dalam  top 10 ini ? Mari kita lihat sama sama ..

 

image Dustin Moskovitz

Net Worth: $1.4 billion
Source: Facebook
Age: 26

 

 

 

image

Mark Zuckerberg

Net Worth: $6.9 billion
Source: Facebook
Age: 26

 

 

Scott Duncan

Net Worth: $3.1 billion
Source: pipelines
Age: 27

(takde gambar .. tak sempat nak amik katanya )

 

image

Eduardo Saverin

Net Worth: $1.15 billion
Source: Facebook
Age: 28

 

 

 

image

John Arnold

Net Worth: $3.3 billion
Source: hedge funds
Age: 36

 

 

 

image

Sergey Brin

Net Worth: $15 billion
Source: Google
Age: 37

 

 

 

image

Larry Page

Net Worth: $15 billion
Source: Google
Age: 37

 

 

dan selebihnya ada kat YAHOO ..

Hurm .. boleh tahan gak kutipan hari ni ..

image

Biasanya kalau hari Ahad , sukar nak lepas tahap ni .. mungkin ari ni ramai lepak rumah je kot memandangkan open house pon dah abis ..

Hurm... entah ler ... layan je la Ben ..

12 maut, lebih 40 cedera nahas bas ekpress di Melaka

image

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA

sumber : Bharian

Alhamdulillah .. akhirnya ada juga entri aku memberi manafaat ..

Petang tadi , ada ada seorang kawan pembaca blog meninggalkan komen secara offline .. Aku terkejut membacanya .. berkaitan dengan entri ini ( link ) ..

Sebenarnya aku terkejut bercampur gembira dan bersyukur sekurangnya kurangnya ada juga yang 'tersedar' dari satu perasaan tidak puashati terhadap pasangannya .. Alhamdulillah .. sekurangnya satu pasangan kembali aman .. hehe..

Begitulah kita ini .. selagi kitamanusia yang sering menilai sesuatu perkara dengan mata kasar , maka kita takkan nampak kehalusan di sebaliknya .. Maka sampai bila bilalah kita akan berada di takuk itu saja..

Perhatikan .. perhatikan.. perhatikan .. buka mata .. buka akal fikiran .. Kenapa dan mengapa ... fikirkan .. Ada tujuannya Allah memberi kita akal dan fikiran .. Bukan hanya untuk mencari salah seseorang tetapi juga kebaikan mereka ..

Antara sedutan dari msg tersebut :

" ur post abt lelaki romantic tu , i really owe u a life .. tqvm for posting that .. baru la i faham my husband .. i slalu amik ati dgn dia .. tp bila baca ur entry .. baru la i nampak the truth .. my husband is rather tooooo gooood to me .. "

Alhamdulillah ... lega aku membacanya .. baru leh tidur dengan nyenyak ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI