Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 12 Oktober 2010

Si kaca tak mampu jadi berlian ..

 

Yer.. kesian si kaca tu .. bila melihat si berlian bersinar berkilauan malah jauh lebih berharga dari si kaca tu .. Kecik hati si kaca tu bila manusia merendahkan martabat cermin .. haih ..

Begitulah manusia kan ? Sering memandang sesuatu yang mahal dan cantik itu , terlalu tinggi nilainya .. tiada tolok bandingnya .. Akhirnya kaca jugak umpama pengemis di tepi jalan ..

Tapi lupakah si berlian tu ? Tanpa kaca , mampukah si pemakai tu memperagakan belian di jari atau lehernya ? Tanpa kaca tu , mampukah belian tu melindunginya dari di curi atau rompak ?

Kaca mungkin murah harganya tapi tinggi jasanya ! Di mana mana kita berada ... kaca senantiasa di sekeliling kita ... Di sebabkan berlian mahal harganya , maka di dalam peti simpananlah tempatnya !

Sampainya hatimu ..

Sanggupkah anda melihat orang buta berdiri dalam LRT yang penuh ? Sanggup punyaa.. hehehe.. berapa kerat je yang tak sanggup .. kalau tak , takkan berlaku kes penting diri sendiri ..

Mana yang patut di dahulukan ? Wanita atau lelaki buta ? Pasti serba salah bukan ? Siapa yang patut bertolak ansur ? huhu... haih... macam macam ragam orang Malaysia ni kan ? Buat la kempen sana sini .. habis berjuta juta ringgit.. apakah hasilnya ? Kempen umpama iklan Nuffnang jer .. Sekadar bagi cantik blog je .. kan ? Adehh..

Tadi dalam lrt .. 3 orang buta .. berdiri .. manakala yang duduk , perempuan .. hehee.. lelaki ramai pakat berdiri je .. Mmg .. masing masing penat .. pakat tutup mata wat wat tak nampak ..

Entahlah .. aku nak kata lebih pon , aku tak tau keadaan sebenar .. mana tau kot kot makcik makcik atau akak akak tu mengandung ramai ramai .. tu yang abang abang buta tu tak kisah .. hehee... adeh..

Sbb tu aku rela berdiri je dalam lrt .. penat camana pon , berdiri je.. kalau tak larat sangat .. aku naik je teksi.. huhu..

Wallahualam ..

Dan pemeneka yang paling pantas ialah ...

 

Hehehe... dah ada jawapannya ... siapakah ??? Wawawa... akan kalau nak tau ... tunggu kul 12 nanti ... Blog list MILIK SIAPAKAH HEADER INI akan bertukar milik ... Milik siapakah nanti ???? Hehehe.. tungguuuu ...

Haa.. sapa kata susah ? Senang jeee... Ramai berjaya meneka dengan tepat .. cuma yang jadi pemenangnya ialah , PALING PANTAS ...

Segmen ni bertujuan untuk berkenalan dengan blog blog lain .. Cara terbaik dan pantas , yang aku dapat fikirkan buat masa sekarang .. Akan datang , mana tau kan... aku terfikir cara lain ..

Berhibur sambil merapatkan persahabatan diantara sesama blogger ...  ;)

Milik siapakah HEADER ini ??? - 3

 

Perubahan : Untuk lebih menarik , teka gambar header ini akan dibuat 2 kali sehari ..

Mereka yang berjaya meneka dengan tepat  pemilik header tersebut , akan menerima satu hadiah istimewa .. iaitu .. hehehehe... FEED entrinya akan berada di sebelah kanan blog ini sehingga soalan berikut dikemukakan .. Amacam ? Menarik ???  Bayangkan jika anda berjaya meneka dengan tepat.. hehe..bukankah itu satu promosi blog anda secara percuma ? Bukan susah pon nak teka...

Aku akan memilih blog blog yang terdapat di dalam blog list aku ini sahaja .. Jumlah blog list yang ada cumalah 3 jer .. setiap satu ada lebih dari 100 blog.. hehehe... Mencabar tak ?  Pergh... apa salahanya kan ? hehehe.. anda boleh meneka sekali sahaja..

Masa yang diberi adalah sehingga entri berikutnya dikeluarkan ... Sapa cepat dia dapat ..

Jika tiada pemenang sehingga masa ditutup , maka kenalah tunggu header yang berikutnya iaitu .. hari keesokkannya ... hehehe...

Jawapan hendaklah diberikan di ruangan komen .. berikan url blog tersebut ..

Jika terdapat jawapan yang sama.. yang paling pantas akan diambil kira ...  ;)

Untuk pagi  ini... kita lihat header ini ..

image

Senang kan ? Tunggu apa lagi ??

Tuan punya blog tak leh teka yer !!

Huih.... tak tau nak kata pe.. WOW je ler...

 

image

ANGGOTA trafik menggayakan motosikal Harley Davidson yang dikurniakan oleh Sultan Johor kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas majlis pengurniaan motosikal berkuasa besar dan Proton Perdana oleh baginda di Bukit Aman, Kuala Lumpur, 11 Okt. - Utusan/AZLI AHAD

image

KENDERAAN yang dipandu I. Rajagopal secara mengundur di Lebuh Raya Cheras-Kajang, di Kuala Lumpur, 12 Okt. Rajagopal mahu mencatatkan nama dalam buku Guinness World Records dengan memandu secara mengundur sejauh 1,010km dari Johor ke Kedah dalam masa enam hari. - Utusan/AZLI AHAD

sumber : UTUSAN MALAYSIA

Berita Terkini : Mayat wanita ditemui terdampar dalam keadaan bogel

 

KUANTAN: Mayat seorang wanita ditemui terdampar dalam keadaan bogel di tebing pantai berhampiran gelanggang squash dekat Tembeling Resort di sini, petang semalam.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri, berkata mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemui sepasang suami isteri pada jam 5.15 petang.

"Tiada tanda kecederaan luaran dikesan pada mayat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Beliau berkata, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan pihaknya meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga, menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA

sumber : Bharian

Cadangan buat kerajaan Malaysia

Apa kata.. semua bas ekspress kena ikut laluan kenderaan berat... dan hanya dibenarkan memandu kurang dari 90kmj .. Nasib la kan.. diorg bawak banyak nyawa manusia ! Biar lambat asal selamat !

Aku skang ni pon dah takut bila drive kat highway .. Apatah lagi bila berselisih dengan bas ekspress.. bergoyang goyang kereta .. huhu.. mentang la keta kecik ..

Diharap kerajaan dapat berbuat sesuatu dengan pantas .. Raya Haji akan datang tak lama lagi.. Takkan kita nak tengok 'sejarah' tercipta lagi ? Nauzubillah.. yang sudah tu , jadikan pengajaran dan tauladan..

Segera bertindak wahai pihak terbabit ..

Shopping time !!!

image

KOREA OEM ORIGINAL JUN GONG SLIMMING PATCH (KS-M PARIS), WHITE DETOX (TAKARA), JUNGONG GOLD SLIMMING PATCH

image

FIGURE UP ... Roselle Detox and Shape Up Drink ...Tak Perlu Kawal Makan

image

MY GIRL ..First Class 5000mg Collagen

image

COCOA COLLAGEN POWER PLUS

image

CHOCO LIGHT .. Lagi Pelansingan RNZ

image

HI GOAT

Bila polis rogol anak polis

Haih.... harapkan pagar .. pagar sendiri reput !

MIRI: Seorang anggota polis dijatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak anggota polis lain di kuarters Ibu Pejabat Polis Marudi di sini, Oktober tahun lalu.

Konstabel Haziq Jumat, 25 yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, didapati bersalah melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 pagi, pada 30 Oktober 2009.

Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, perbuatan jijik anggota polis itu tidak seharusnya berlaku, apa lagi beliau seorang anggota pasukan keselamatan.

Justeru kata beliau, hukuman berat harus dikenakan terhadap tertuduh sebagai teladan kepada anggota pasukan keselamatan yang lain.

“Hukuman ini wajar dijadikan pengajaran kepada individu lain supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk ini terutama di kalangan anggota pasukan keselamatan mahupun orang awam,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menceroboh bilik mangsa yang ketika itu sedang tidur menerusi tingkap dan mengacukan pisau serta mengarahnya membuka seluar, sebelum merogolnya.

Tertuduh ditahan polis selepas mangsa berusia 20 tahun yang bekerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di sini membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada keesokan hari.

Awang Krisnada berkata, selepas mendengar hujah dan fakta daripada pihak pendakwa, mahkamah mendapati pendakwa raya berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab tertuduh itu telah merosakkan masa depan mangsa.

sumber : Bharian

Magika ??

image image

Magik ke kalau dari berisi leh dapat slim gitu ?? Tak caya ? G baca sendiri kisah benar ini ... di sini dan kalau nak tau bagaimana dia melakukannya ... meh sini atauuuu pun sila boleh terus email ke,
sisdayen@gmail.com atau sms ke no 014-5234115 ... ;)

Bloglist dibuka khas ...

 

Memandangkan aku nak buat satu hari satu pencarian header di dalam segmen " MILIK SIAPAKAH HEADER INI ? " , maka aku nak perbanyakkan lagi blog blog di dalam blog list aku ..

Jika anda berminat , mudah saja ... Caranya ialah ,

  1. Buat satu entri khas
  2. Tajuk BEN ASHAARI BLOG
  3. image
  4. pastekan url anda di ruangan komen ini ..

Tu je.. segera yer ..

Kalau dah rezeki ..

 

Wife aku ada pesan satu night cream dari seorang dealer NATENE  ni .. Maka semalam datang la dia kat opis aku.. hantar by hand lagi..eheh.. Kebetulan lak aku nak g bank waktu tu.. kat tangan aku penuh ngan barang .. Maka bertambah lagi barang ... huhu..

Aku ni jenis tak leh banyak pikiran pada satu satu masa .. kena buat aturan .. huhu .. G pejabat pos .. masuk duit dalam ASB .. Selesai ..

Lepas kerja , bila dah sampai ke stsn LRT , aku baru ingat yang aku tertinggal krim tu kat opis .. haih ... nak patah balik dh jauh .. Esok je la ...

Pagi tadi .. sampai sampai opis , perkara kedua aku buat selepas update blog ialah , cari krim tu .. Cari punya cari... takde !! Ah , sudah .. mana pulak.. abis semua aku selongkar.. Takde gak !

Mesti tercicir kat mana mana .. bila aku cuba ingat pit-stop aku semalam , aku rasa mesti tertinggal kat pejabat pos.. tapi aku dah cukup pastikan agar tak tertinggal semalam .. takkan boleh berlaku gak ????

Aku bagitau kat wife... kecewa gak dia.. yelah, bukan murah sungguhpon aku yang bayarkan ! huhu.. Tak pe la..takde rezeki.. aku cuba pujuk.. nak beli lain , dia tak kasi.. membazir katanya ..

Tak pe .. aku nak g pejabat pos gak jap lagi .. nak masuk duit lagi.. hehe.. banyak pulak duit nak masuk ni.. hahaha..

Kat kaunter tu .. ehem.. awek lak jaga ( psst .. cun tu.. hehe..kena cakap pelan pelan.. kang ada kena tarik telinga ) .. aku segan la nak tanya .. Kalau kat akak yang biasa aku berurusan tu , ok la gak .. huhu..

Camana ek nak cakap .. Gabra pon ada neh .. Kuatkan semangat.. Lalu ..

"Err..rasanya semalam , saya ada tertinggal barang kat sini.. Krim .. dlm plastik.. kecik je "

" Oo.. ada.."

Mmg dia simpan .. kebetulan lak kat dia .. nasib baik .. mmg rezeki wife aku la.. hehehe..

Pagi tadi , rezeki aku .. dapat kredit dari dia .. Tu la kan.. kalau dh nak dikatakan rezeki ... Tak leh nak jangkakan ..

Milik siapakah HEADER ini ??? - 2

Mulai semalam ... sehari sekali , tanpa mengira waktu ... akan aku beri satu serpihan HEADER milik blog seseorang ...

Mereka yang berjaya meneka dengan tepat pemilik header tersebut , akan menerima satu hadiah istimewa .. iaitu .. hehehehe... FEED entrinya akan berada di sebelah kanan blog ini sehingga soalan berikut dikemukakan .. Amacam ? Menarik ??? Bayangkan jika anda berjaya meneka dengan tepat.. hehe..bukankah itu satu promosi blog anda secara percuma ? Bukan susah pon nak teka...

Aku akan memilih blog blog yang terdapat di dalam blog list aku ini sahaja .. Jumlah blog list yang ada cumalah 3 jer .. setiap satu ada lebih dari 100 blog.. hehehe... Mencabar tak ? Pergh... apa salahanya kan ? hehehe.. anda boleh meneka sekali sahaja..

Masa yang diberi adalah sehingga entri berikutnya dikeluarkan ... Sapa cepat dia dapat ..

Jika tiada pemenang sehingga masa ditutup , maka kenalah tunggu header yang berikutnya iaitu .. hari keesokkannya ... hehehe...

Jawapan hendaklah diberikan di ruangan komen .. berikan url blog tersebut ..

Jika terdapat jawapan yang sama.. yang paling pantas akan diambil kira ... ;)

Untuk pagi ini... kita lihat header ini ..

image

Senang kan ? Tunggu apa lagi ??

Tuan punya blog tak leh teka yer !!

Yesss ..Dapat bonus !!

 

Sampai dah opis .. MERAH !!! SALAHKAN LRT !!!!! Aku dah awal dah.. cukup awal ... tapi LRT bergerak seolah olah sedang mengharungi kesesakan lalu lintas sehari sebelum raya !! Huh...

Sampai je opis , terus aku sms wife ..bagi tau sampai dah.. maklumlah , skang ni kat kena bagi repot.. kang mana tau ilang tanpa dikesan.. bahaya skang ni kan ?

Sms berbalas ... Eh... apa pulak ni ???

" 0192111911 telah mencaj semula akaun Xpax PREPAID 019xxxxxxx  pada 12/10/2010 , 08:33 am. Baki : RM55.13 , sah sehingga 30/11/2010 "

Aik ?? Takkan CELCOM bagi bonus harijadi aku kot ??? Lambat lagi lak tu .. Tapi mengikut di sms tu , tarikh sah sampai harijadi aku .. iskhh.... ye la kot..

Aku tanya member aku .. dia pon tak sure.. Call nombor yang reload aku tu ke ? Aisey.. kalau aku call , sah sah dia kata dia salah masukkan no.. tak pasal pasal aku lak kena ganti.. Camana ek ??

Aku suruh je member aku cuba call nombor tu.. Dia pon call.. tapi tiada dering seolah nombor tak wujud .. Huh... Pagi pagi dah buat magika ni... haih..

Dalam dok buntu memikirkan bonus prepaid tu , masuk sms dari wife aku ...

" Erm .. topup dapat x ? "

Hurm.. selesai masalah aku ..

TERSUNGKUR AKU ..

Dunia yang fana ini ,
membutakan mata dan hati aku
membuatkan aku sesat nun jauh sekali
jauh sekali dari hidayah Mu ,Ya Allah ..

Dunia yang fana ini ,
telah merubah segala kehidupan ku
dari sehelai kain putih kepada kain yang tidak pasti warnanya
ingin sekali mencuci kotoran itu
berikanlah daku pedoman Mu , Ya Allah ..

Dunia yang fana ini ,
aku tidak pernah sesekali menyalahkanmu ,wahai dunia
keimanan ini terlalu halus...terlalu halus untuk menyekat dugaan
tewas dan terus tewas ketika bertarung

Ya Allah ,
ampuni dosa ku ini
ampuni kesalahan ku ini
aku menyesal ..aku berdosa..
aku terlalu kerdil ,terlalu rapuh

Ya Allah ,
Berilah daku hidayah Mu
Berilah daku petunjuk Mu

Aku ingin kembali ..
Kembali pada Penciptaku ..
Sesuci embun pagi..

Hikmah di sebalik idea Paderi Terry Jones

Surat dari Dr. Ahmad Sabeel,
Pengarah Projek GainPeace,
Amerika Syarikat.

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

image

Terima kasih Terry Jones! Ini kerana cetusan idea beliau untuk membakar al-Quran memberikan terlalu banyak hikmah kepada umat Islam. Ini termasuklah;

*Ia telah memberikan peluang perniagaan yang sangat menguntungkan. Ramai yang tercari-cari dan membeli buku-buku mengenai Islam, sekali gus naskhah al-Quran itu sendiri. Ini memberikan pendapatan kepada pengusaha kedai-kedai buku. Hikmah-hikmah lain yang kita nikmati dari idea Jones.

*Ramai kini tanpa mengira Islam dan bukan Islam mengunjungi masjid-masjid untuk menghadiri kelas-kelas pengajian mengenai Islam dan pulang dengan menerima pelbagai pesanan-pesanan indah mengenai Islam.

*Semakin ramai juga yang menghubungi talian panas (hotline) dan bertanya mengenai percaya, iman dan doktrin Islam. Ini memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk menjelaskan mengenai Islam.

*Perkataan 'Islam' dan 'al-Quran' adalah antara yang paling banyak dilayari melalui Google atau Internet. Fenomena ini menyebabkan semakin ramai berbicara mengenai Islam dan al-Quran dengan mengunjungi pelbagai laman web Islam untuk belajar mengenai kebenaran Islam.

*Perpustakaan-perpustakaan menjadi semakin sibuk untuk melayani pinjaman cetakan al-Quran dan terjemahannya dalam pelbagai bahasa. Iaitu gedung-gedung perpustakaan terutamanya di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah sibuk meminjamkan salinan al-Quran itu kepada orang ramai.

*Setinggi-tinggi terima kasih kepada Terry Jones dan watak-watak yang anti al-Quran kerana memberikan 'iklan-iklan' percuma mengenai Islam. Ia berjaya menjimatkan jutaan dolar untuk tujuan membeli tapak-tapak iklan untuk mempromosikan al-Quran dan Islam. Terima kasih sekali lagi kepada anda kerana firman-firman atau kata-kata Allah kini menjadi perkataan yang popular dan tersebar luas.

*Terima kasih juga kerana kenyataan Terry Jones telah membangkitkan umat Islam itu sendiri. Umat Islam seluruh dunia kini lebih ghairah untuk kembali kepada keindahan iman dan kedamaian dalam Islam untuk dikongsi bersama dengan seluruh ahli keluarga, jiran tetangga, para sahabat dan kemanusiaan.

*Terima kasih kerana anda telah memberikan 'dorongan' yang sangat kuat untuk lebih ramai lagi yang memeluk Islam.

*Terima kasih kerana 'berjaya' menyatupadukan hati nurani rakyat-rakyat Muslim, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha malah atheis pada platform kebaikan bersama, cinta dan toleransi untuk sama-sama melawan kebencian, bias dan fanatik.

*Umat Islam berdoa kepada Allah supaya anda benar-benar dapat membaca dan menghayati al-Quran dengan fikiran dan hati yang terbuka. Merenung kembali kepada keesaan tuhan.

*Semoga anda mendapat hidayah. Anda mulai menyembah Tuhan Yang Esa seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Selamat Datang kepada Islam wahai Terry Jones!

sumber : UTUSAN

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI