Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 20 Oktober 2010

Perkara yang aku suka buat bila menginap di hotel ..

 

image

  1. Tgk tandas.. kalau cantik tandas tu , maka cantik la bilik tu.. hehe.. pendapat aku yer..
  2. Gi tengok kolam renang dia .. deco dia camana .. hehe.. rekabentuk maksud aku ler ..
  3. jengok gym .. sepatutnya semua hotel perlu ada gym .. ada gak hotel tak tau ..
  4. test power katil .. yang ni , tak de pon tak kisah .. leh tidur mana mana jer ..
  5. g usha makanan .. hehe.. tapi jarang la nak makan kat hotel kecuali breakfast ..
  6. aircond  ..
  7. permandangan di luar ..
  8. internet !!! hehehe.. penting nehhh .. pastikan signal cun punyaa.. kalau tak ??? boleh mati wooo...
  9. opss... ni sebenarnya paling penting .. tengok kat syiling bilik.. kat mana arah kiblat .. hehe.. senantiasa sediakan kompas kiblat bila mengembara ... hehe..
  10. tv .. hehehe..

Melaka Maju .. erk... sat.. lom maju betul lagi ni..

 

image

Monorel Melaka berhenti tiba-tiba 4 jam selepas dirasmikan

MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Tinjuan Utusan Malaysia di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. - Utusan

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

sumber : UTUSAN

Melaka Maju 2010

 

image ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk menaiki Monorel Melaka yang dibangunkan dengan kos kira-kira RM15.9 juta selepas dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Taman Rempah, Melaka, hari ini. - Foto Mohd Jamah Nasri.

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam ini mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Perisytiharan itu dibuat tepat pada jam 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.

Najib, ketika mengisytiharkan Melaka Maju itu, berkata beliau amat berbangga kerana kepimpinan kerajaan negeri Melaka dan rakyat Melaka yang bekerja kuat untuk mencapai wawasan membangunkan negeri itu.

"Saya bagi pihak seluruh warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan berasa sangat berbangga di atas pengisytiharan tersebut," katanya.

Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.

Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.

Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.

Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud; Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas. - BERNAMA

 

sumber : BHARIAN

Erk .. aku bukan artis ..

 

PA200853

Sapa BEN ASHAARI ? Artis baru ke ?? Nape ada orang dok cakap pasal dia ????

Jangan tanya aku weh... aku pon tak tau apasal nama BEN ASHAARI jadi sebutan .. Sori yer.. aku bukan bangga .. sedikit pon tidak .. sbb apa ? Sbb aku bukan bagus sangat pon dalam dunia blog ni ..

Ramai mintak pandangan aku tentang blog mereka .. Huh.. layakkah aku ? Serius , aku tak layak langsung.. LANGSUNG tidak layak .. Apa yang boleh aku bantu cumalah memberi pandangan amatur dari sudut hujung mata aku .. nak pandang terus , malu la kan.. sapa la aku ni .. tak bagus mana pon ..

Kalau ada yang bagus tu , jgnlah tersengih sinis je.. ulurkan pandangan pada mereka..  Apa salahnya berkongsi ilmu sikit .. Ramai dah aku ulurkan tangan , tapi bila dah boleh menapak dan berlari , terus tak pandang belakang.. hehe.. lumrah kehidupan kan ?

Tak kisah .. tolong kena ikhlas cuma .. yang dah naik tu , jgn la lupa asal usul yer ..

Adeh ... camana nak masuk blogwalking kalau ..

 

Alhamdulillah .. banyak jugak blog yang sudi tinggalkan link untuk rakan rakan blogger lain menyinggah.. Terima kasih kerana sudi tinggalkan dan jutaan terima kasih buat mereka yang sudi g menziarah blog yang lain tu haa .. Lebih 50 blog yang tinggalkan linknya didalam entri tadi ..

Hurm.. telah aku kesan beberapa blog yang agak menyulitkan mereka ( pembaca ) masuk ke blog yang terlibat .. Hurm.. pasal apa ek ?? Cuba korang tengok balik blog korang masing masing .. Perhatikan apa yang perlu dan apa yang tak perlu ada ..

Blog bukan rumah .. mereka masuk untuk membaca entri anda .. bukan untuk mencari harta karun atau deco bersama eric..  maka , senangkanlah mereka.. Buang apa yang tak patut ...

Ramai ingat blog yang cantik adalah blog yang menjadi pilihan... Cuba g tengok blog blog yang dah meletup letup tu haa.. Bukan blog aku laaa .. blog aku kalau meletup pon ala ala mercun pop pop tu je..

Bila korang masuk , jgn sekadar baca entri diorg je..tengok dan buka mata tu luas luas.. bagaimana mereka mendecokan blog diorng tu .. ;)

Ada yang tersembunyi dalam blog mereka tu .. kalau betul betul carik , pasti blog korang akan meletup tak lama lagi !!!

Blog pilihan BEN ASHAARI petang ini ..

 

Lama dah aku perasan dia merajinkan diri mengomen di blog aku.. setia sungguh dia eh walaupun aku tak g komen kat blog dia .. tapi .. aku masuk baca gak woo...

Aku suka entri entri dia .. ala ala aku gak.. pendek .. tak cerita banyak .. mudah faham walaupun .. hehe..

Blog dia pon simple jer.. loading pantas aja.. cuma .. haa.. cuma.. haa.. apa ?? Tak leh bagitau kat sini.. hehe.. nanti ada je isu timbul .. hahaha.. kalau nak tau , sila cari saya .. ops.. di FB atau YM .. Jika berminat nak tau la apa yang terkurang skit tu.. hehe..kalau tak nak tak pe.. tak leh paksa kan .. hehe..

Ok.. nak tau ke blog sapa ??? Erk... sapa ehh ?? nama dia ada iras iras penyanyi rock gitu.. hehe.. > sini

Apa ??? Bonuss ??

 

" Bos.. tahun ni takde bonus ke ? "

" Mana ada duit laa .. korang semua ni dah ada keje tu kira bagus la.. korang tengok company lain tu.. ada kena buang kerja.. kena potong gaji .. korang ?? Hari tu mintak naik gaji, dah aku bagi.. Skang mintak bonus ?? Korang tak reti nak bersyukur ke ? "

" Tapi boss.. lama dah kitorang tak merasa bonus... Bila kena marah , semua kena.. kadang kadang , sabtu ahad pon keje.. tak leh claim lak tu .. "

" Mana la company ada duit .. yang ada skang ni pon cukup cukup bayar gaji dan buat rolling bisnis je .. Tunggu untung banyak skit boleh la yer "

" Yeke tak untung ? Hari tu buat statement kat pelabur kata untung ? Pastu siap buat party sana sini.. Cerita kat kawan kawan , gempak memanjang... Tngok bos pon asyik g luar negeri.. shopping sakan je ... Pelik la boss "

" Aku boss... korang kuli... dah dah ..g buat kerja .. kang aku pecat sorang sorang , baru tau ! "

Apa mau buat.. nama pon kuli... Pe kata buat bisnis je ??? Sendiri bos , sendiri kuli.. tak niaga , makan je kuali ... tu pon kalau boleh makan ... huk huk ..

Blogger baru eh ? Sila la jemput ....


Jom.. jgn buang masa... klik sini untuk lihat dengan lebih teliti.. hehehe.. > sini

Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa

 

dari DRMAZA.COM untuk pengetahuan bersama ..

 

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.

Saifuddin, Johor.

Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;

1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)

“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:

“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)

“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)

6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.

8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.

9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.

ISLAMIK atau SERAMIK ?

 

Ni la yang terjadi  bila mereka yang 'pandai memandai' nak mengubah dunia fesyen ISLAM ala kononnya penuh dengan ciri ciri keISLAMan ..  Akhirnya jadi cam biawak dipakaikan baju ..

image image

image

image

image

Skit je ni... ada lagi.. kalau nak tau sapa orang kuat semua ni.. meh masuk sini .. menarik gitu .. > sini

Menarik neh ..

Tanda-tanda seseorang itu BANYAK toksin
• Kerap sakit kepala.
• Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
• Susah bangun tidur.
• Bahagian keliling mata gelap.
• Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
• Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
• Sinus.
• Berat badan meningkat.
• Kehadiran selulit.
• Masalah jerawat dan banyak lagi

image

image

image

FUNGSI-FUNGSI FOOT DETOX
* Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
* Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
* Mengurangkan allergic, sakit sendi,
* Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
* Menormalkan tekanan dan aliran darah
* Menguatkan sistem immune badan

* Melegakan sakit tumit & tapak kaki
* mengurangkan sembelit, Kembung perut
* membantu masalah jerawat/resdung
* Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Berpanjangan penggunaan ubat
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
* Menyegarkan ketika bangun dari tidur
* Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok

DETOX FOOT PATCH

clip_image001 clip_image003

Jun Gong Regular Detox Patch
Ramuan herbanya bertindak menyah toksin dari tubuh dan meningkatkan sistem kekebalan, kecergasan dan memulihkan sistem tubuh. Berkesanan menyerap singkir racun toksin dalam tubuh, melegakan kesakitan dan lenguh otot dan sendi, melegakan kesakitan GOUT, perbaiki edaran darah, mengurangkan alahan athma, menyembuh sakit kepala dan migrane, meningkatkan kecergasan, membantu tidur yang lena,mengurangkan tekanan stress, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan sistem imunisasi,mencegah badan dan kaki berbau, membantu menurunkan berat badan.

Jun Gong Detox Patch - GOLD Series
Ramuan herbanya secara asas bertindak menyah toksin dari tubuh. Pengeluar menyarankan Gold Series adalah efektif untuk penurunan berat badan selain mengatasi masalah keletihan, sakit kepala, penglihatan berlapis,peredaran darah, masalah kulit, stress,dll.. Packing yg kemas dan ekslusif.

PERHATIAN :
#PESAKIT JANTUNG TIDAK DIGALAKKAN MENGGUNAKAN DETOX FOOT PATCH,SILA REFER KPD DOKTOR ANDA DAHULU
# IBU MENGANDUNG ATAU IBU MENYUSUKAN ANAK TIDAK DI GALAKKAN MENGGUNAKANNYA

Berminat??????

Hubungi .... Ainz ( 013-3622261 )

Minat dan teringin nak belajar fotografi ?

Pernah dengan nama blog ni ? TOLAHAH ? Aku bagi contoh gambar gambar yang dia amik eh .. pergh.. meleleh aku tengok .. aku mmg suka amik gambar gambar gini.. tanpa diedit di photoshop !

image image image image

image image

dan ada banyak lagi ... Aku kira beruntung dpt berguru walaupun 5 minit dengannya.. Sedikit sebanyak dapat aku gunakan ilmu tu untuk aku nanti.. hehehe..

Bagi mereka yang berminat nak belajar mengenai fotografi ni , bolehlah singgah ke blognya ... TOLAHAH.COM .. Pasti tidak mengecewakan ..

Projek baekkk untuk blogger baru ..

 

Aku rasa la kan .. pe kata kita buat sessi suai kenal.. hehe.. ada tak blogger yang baru kat sini ? Maksud aku .. yang lalulalang kat blog aku ni ?

Blogger baru ni maksud aku , dalam sebulan dua ni baru lahir.. yang mana follower n trafik dia masih di bawah peringkat merangkak.. Kalau ada la kan , sila tinggalkan URL BLOG anda .. pastu , apa kata kita sama sama masuk n jadi rakan mereka.. Mana la tau , dengan kehadiran kita dapat meningkatkan lagi semangat menulis mereka , kan ?

Yelah , ni kira sessi suaikenal secara berkumpulan.. Apa kata ? Kalau berminat .. sila tinggalkan je url korang ... ;) dan sama sama kita g jengok..  tolong sebarkan agar lebih ramai kawan kita tau.. lagi ramai tau .. lagi ramai kawan baru kita.. kan ?

Mahkamah Perth arah lelaki keluar, wanita Islam buka niqab bagi keterangan

 

MELBOURNE 20 Okt. - Seorang hakim mengarah lelaki keluar dari sebuah mahkamah di Perth bagi membolehkan seorang saksi wanita memberi keterangan tanpa memakai tudung muka atau `niqab’.

Bagaimanapun larangan terhadap wartawan lelaki dan beberapa yang lain di galeri awam itu tidak melibatkan 19 lelaki, termasuk 12 juri yang terus dibenarkan berada dalam mahkamah daerah berkenaan semalam, demikian menurut laporan The Australia on line.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Tasneem, membuka tudung di bahagian mukanya ketika memberi keterangan menerusi sambungan video dari sebuah bilik lain di kompleks mahkamah berkenaan.

Organisasi media merayu kepada Hakim Shauna Deane supaya membenarkan wartawan lelaki berada dalam galeri mahkamah, namun ditolak.

Hanya lelaki yang ada kaitan dengan perbicaraan itu sahaja dibenarkan berada dalam kawasan itu, putus hakim berkenaan. - BERNAMA

 

UTUSAN ONLINE

Sendiri korek lubang , sendiri masuk ? Salah siapa ?

 

image Lubang yang dikorek adalah untuk diri sendiri ? Sepatutnya biarlah orang lain tolong korekkan .. kalau belum bersedia nak masuk , bolehlah kambus semula.. tapi kalau dah orang lain tolong korek tapi tak berminat nak kambus , maka tunggu je la masa untuk masuk .. kan ?

Tapi kalau sendiri dah korek lubang tu , maka mmg sendiri tunggu masa untuk masuk .. kan ? Kenapa nak marah orang lain sbb sendiri dah masuk dalam lubang tu ? Pelik bukan ? Haih..

Tak faham betul aku dengan sesetengah orang .. Hidup dah senang.. tenang.. tapi nak bikin onar.. Bila dah bikin onar tu , pandai pandai la tutup lubang.. kalau nak harap orang lain tutup lubang , kena gak tau , orang lain tu pon ada lubang sendiri nak ditutup ! Haiyo... mudah maa... sendiri makan , sendiri kenyang la bila bab ni.. Gembira sorang sorang , takkan nak tarik satu Malaysia menangis ramai ramai kot ???

Rooney tak mahu sambung kontrak bersama United: Ferguson

 

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson terkejut selepas mengetahui penyerang Wayne Rooney dilaporkan tetap dengan pendiriannya mahu meninggalkan 'kelab terbaik dunia' itu.

Ferguson yang kelihatan tersentak dan berdiam beberapa minit pada sidang akhbar semalam, apabila mendapat tahu Rooney akan meninggalkan Old Trafford.

Apa yang jelas beliau tidak mampu memberitahu sebab penyerang England itu mengambil keputusan berkenaan.

"Kami tidak memahami mengapa dia mahu meninggalkan United," katanya ketika wartawan dingatkan agar soalan mengenai isu Rooney hanya dikemukakan selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, hari ini.

Lebih separuh daripada soalan tertumpu kepada Rooney, Ferguson akhirnya mengesahkan laporan bahawa Rooney tidak akan menandatangani kontrak baru bersama United.

Kontrak Rooney tamat pada 2012 dan perjanjian baru mengenainya sudah dibincangkan dengan Ketua Eksekutif kelab itu, David Gill pada 14 Ogos lalu.

"Ia mengejutkan kita. Saya tidak mempercayainya kerana pada perbincangan awal pada Mac lalu, dia (Rooney) mahu terus bersama United, dia mahu menandatangani kontrak sepanjang hayat kerana dia gembira bersama United," katanya. - Reuters

 

sumber : BHARIAN

Tak baik orang kata kan ?

 

Untuk pertama kali dalam hidup aku , kehidupan aku bermula di hotel utk ke pejabat ..Biasanya dari rumah la kan ? Hehe.. satu kenangan yang pastinya aku takkan lupa sampai bila bila..

 image image    

Bermula hari aku di Hotel Traders yang dalam kawasan KLCC , seawal  630 pagi.. bersarapan (FOC) dengan wife dulu... makan je apa nak makan.. nasib baik pagi ! maka pilihan makanan aku agak terhad .. malas nak mengah pagi pagi .. huhu..

Kemudian , kena la jalan kaki ke KLCC untuk amik PUTRA ke Stsn LRT Masjid Jamek .. Huhu.. nasib baik dekat .. tapi berpeluh la jugak .

Dan akhirnya sampai ke PWTC ... Yang pastinya penuh dengan ahli ahli UMNO .. Alhamdulillah , sempurna sekali pagi aku tadi .. Cuma , bila jejak je kaki kat pejabat .. kepala kembali serabut .. hehe..biasa la kan ..

Tu la.. orang kata , tak baik pagi pagi 'angin' .. tapi nak buat camana .. Angin yang timbul pon bukan diinginkan.. tapi tak pe la.. biar je...

Tak pe.. kita biarkan hari ini berlalu begitu saja.. Yang pastinya , selepas waktu kerja nanti , aku nak  laluinya dengan penuh bermakna.. Yearghhhhhhhhh...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI