Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 Oktober 2010

Siapa nak duit ? Tak payah masuk pertandingan !!

 

Mudah je... boleh mencapai RM 2 juta !! Tak perlu cari orang bawah .. tiada modal diperlukan ... cuma kepintaran dan kepantasan .. paling penting ialah .... hehe.. kesabaran ...

Camana ? Haa.. sabar... ala.. tengok.. belum apa apa lagi dah tak sabar ... Gini .. tadi aku g la Mid Valley.. ada keje sikit kat situ.. bukan shopping yer .. hehe.. Cerita punya cerita dengan kawan aku yang pandu kereta tu , terbukak la satu cerita tentang skang ni kecoh nak kaya dengan mudah.. dah terbukti ! Penoreh getah pon letak jawatan ... haaa...

Ok... nak tau ? Ok... kita sambung di entri akan datang .. ok ???

Kata dah.. baru skit je dah tarik muka .. sabar sabar ... hehehe... Abang tu cerita , skang ni orang pakat dok giler mencari CICAK TOKEK...

image image

Kat bawah ni adalah harganya di pasaran .. hehe.. jangan tak tauu..

image image

Ops .. buat apa eh cicak ni ? Aku rasa ramai dah tau tapi buat yang tak tau tu .... sila baca di sini ( link ) ..

Amacam? Menarik ? Hehe.. kalau malas nak berblog , bekerja , berniaga dan sebagainya , silalah usha kat dinding rumah anda .. kot kot ada cicak tokek ( tokay) ni.. hehehhe... mana tau rezeki depan mata.. hehehe..

 

RM500 untuk dimenangi ! Segera !!

Eh , Ben .. camana ko popularkan blog eh ?

 

Mesti ada yang teringin nak tanya soalan tu sedangkan ramai dah tanya pada aku bagaimana aku popularkan blog aku ni .. Popular di sini bermaksud dikenali.. ok ? Jangan salah faham yer ..

Cara paling mudah dan senang .. hehehe.. Masuk semua pertandingan yang ada .. hehehe... Pastikan kita adalah orang yang pertama hantar jawapan.. Menang atau tidak , belakang kira !

Paling menguntungkan bila mana pertandingan itu dibuat oleh blog blog yang tinggi trafiknya . Kenapa yer Ben ??

Gini .. cuba bayangkan eh .. Bayangkan laaaaa.. tu pon susah keeee .. Erk.. Bayang apa eh ? hehe.. ok ..bayangkan la.. dibuat satu pertandingan yang mudah dan hadiahnya pon biasa jer tetapi jangan fikirkan hadiahnya .. Fikirkan keuntungan yang boleh anda nikmati untuk jangka masa pendek , iaitu TRAFIK ! Secara tidak langsung , blog anda akan dimasuki oleh mereka yang tertanya tanya , bagaimanakah anda menjawab soalan pertandingan tersebut .. Kan kan ? Mesti diorng nak tau ? Kalau nak tau , kena la masuk blog tu kan .. Sapa untung ?

Tak caya ? Cuba la buat .. aku dah try  dulu .. hehe.. kat blog joegrimjow.. tak menang pon tak kisah.. janji aku berjaya mengenalkan kehadiran blog aku pada rakan rakan pembaca blognya.. Promosi percuma weh !! hehe..

 

RM 500 sedang menanti anda !

Hadiah bernilai lebih RM500 untuk anda menangi ! Cepattt

 

image

Dengan sudinya tuan punya blogshop RIZI-BIZ.COM meminta aku membuat satu pertandingan yang amat mudah .. shopping shopping siber gitu ..

image3 pakej percutian ke GENTING HIGHLANDS termasuk penginapan yang bernilai RM500 menanti anda termasuk juga hadiah hadiah misteri  dan juga baucer membeli belah dari RIZI-BIZ SHOP

 

Apakah yang perlu anda lakukan ? Sangat mudah ... ni mmg kerja kaki shopping ni .. hehehe ...

Buat satu entri khas untuk menjawab soalan soalan yang akan diberikan . Di dalam entri itu perlu ada ...

image

1. header ini dan linkkan ke entri > ini 

2. tajuk " JOM SHOPPING KAT RIZI BIZ SHOP "

3. Soalannya :

  • Anda diberi RM1000 , sila habiskan duit itu dengan membeli belah produk produk yang terjual di RIZI-BIZ SHOP.
  • Anda perlu catatkan semua perbelanjaan anda seperti berapa jumlah unit yang anda beli  , perlu teka setiap harga barang tersebut dan mengapa anda pilih barang tersebut .. CATAT , JUMLAH UNIT DIBELI , TEKA HARGA SEUNIT ,  ALASAN .
  • Jika RIZI-BIZ SHOP ingin menjadikan sesuatu produk sendiri , apakah produk tersebut dan berikan alasan.
  • Pada pendapat anda , bagaimanakah cara terbaik untuk mempromosikan  serta menaikkan ranking sesuatu website ?
  • Apakah jenis produk yang tidak dijual diblog RIZI-BIZ SHOP jual dan sepatutnya dijual . Berikan sebab ..

4. Jawapan adalah dalam bentuk kreativiti anda.. Anda kan blogger ? hehehe.. perlu kreatif..

5. Tarikh tutup adalah 30hb OKTOBER 2010 .

6.Peserta paling kreatif  ( ditentukan oleh penaja ) akan dikira sebagai pemenang peraduan ini ..

7. Sila tinggalkan url blog anda setelah membuat jawapan..

 

Syarat-syarat akan berubah dari masa ke semasa mengikut permintaan penaja . Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan ..  ;)

 

JANGAN LUPA !!! Kasi abis semua duit tu ! Ala ala cerita MR.OS gitu .. takkan tak tengok ??

Hanya di sini ...

JANGAN LEPASKAN PELUANG!!

DAPATKAN SHAWLS/TUDUNG DENGAN HARGA BORONG YANG SANGAT MURAH.

ANDA HANYA PERLU MEMBELI SEKURANG2NYA 20 HELAI TUDUNG DAN ANDA AKAN MENDAPAT HARGA YANG SANGAT MURAH.HARGA BORONG BERGANTUNG KEPADA KUANTITI YANG DIBELI.SEMAKIN BANYAK YANG DIBORONG SEMAKIN MURAH HARGA DAN SEMAKIN BESAR KEUNTUNGAN.

image

Hanya di ... AYUCINTA

Sama tapi tak serupa !

 

image image

Pagi tadi , sewaktu aku dalam perjalanan ke pejabat ( di PWTC ) di senario yang serupa tapi tak sama .. Apakah itu ?

Gambar pertama .. terdapat sekumpulan orang yang beratur dan menunggu untuk mendapatkan IPHONE 4 di ruang legar KLCC dan satu lagi di.. hehe.. aku rasa semua tau kan..

Kedua dua ni berlaku diantara jam 7-8 pagi.. cool ? heheh.. bagus ar diorang ni .. bila dah minat , segalanya ditolak ketepi ... hehe.. camni la kita nak .. kan ? Erk.. yeke ??

Wanita jadi MENTERI BESAR ?

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar.

Ketuanya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelantikan itu jika dilaksanakan dapat memartabatkan peranan wanita di negara ini.

"Saya dan ahli Exco Wanita mesti berani memperjuang dan menyediakan 'prasarana' dan 'lebuh raya' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan, misalnya menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertemakan 'Melonjak Wanita ke Persada Kepimpinan' pada persidangan pergerakan itu di sini semalam.

sambungan di > Kosmo


BA : Satu cadangan yang berani tapi bagi aku la kan.. bukan tak boleh , tapi tak payah la... biar je la wanita membantu lelaki.. Tugas tugas memimpin sesebuah negeri mahupun negara , serahkan je pada lelaki ... Wanita menjadi tulang belakang.. Itu dah cukup membantu ..

Antara faktor lain , bila wanita lebih lagi yang muda muda ni , nanti dah terlibat dengan politik , masa pon takde .. Bila dah takde masa , perasaan nak kawin tu , dah ilang sbb terlalu mengejar karier agar dapat pergi lebih jauh.. Alasan , nanti dah kawin , suami suruh duduk kat dapur jer ..

Bukan takde wanita berjaya memimpin.. tapi jumlahnya amat kecil sekali.. Kita tak tau bagaimana di sebalik tabir kejayaan mereka tu.. yang kita nampak kejayaannya.. Wanita harus fikir yang mana patut didahulukan .. Keluarganya atau kerjayanya ?

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

Tidak dinafikan wanita lebih bijak dari lelaki ( dari segi teori .. hehe ) namun dari segi emosional pula , wanita mudah terpengaruh berbanding lelaki .. Takut takut nanti , corak pentadbiran akan menurut kehendak emosi ..

Jadi , pendapat aku , biarlah wanita membantu lelaki .. MEMBANTU adalah satu tanggungjawab yang cukup besar ! Bukan mudah nak 'membantu' ... Biarlah lelaki yang layak saja memegang tampuk pemerintahan .. Mmg tugas lelaki kan mencari rezeki untuk keluarganya .. Jadi pemimpin pon satu pekerjaan. . Dibayar .. bukan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA semata mata atau SUKARELAWAN .. hehe..

Cukup cukuplah perintah si suami dirumah tu .. hehe.. Bagi yang dok beria mencari karier diatas dunia ni , cuba cuba la luangkan masa mencari cinta agar ada juga sudi mendoakan serta mensedekahkan pahala bila kita dah tiada di dunia ini.. Jangan sampai jadi andartu atau sampai ke tua tak kawin .. Rugi ...

Tak kemana pon kuasa dunia ni.. Lebih baik bahagiakan yang seorang yang kita cintai dari berkorban untuk sesuatu yang belum pasti lagi niatnya .. Lebih baik pegang senduk dari pegang cokmar.. Baru kena komplen ngan suami , masakan tak sedap pon dah terhiris hati , apatah lagi kena kritik di media-media sedia ada .. huhu

Wallahualam .. sekadar pandangan aku ...

Awat laaaa tak habaq awai awai ???

KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.

Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.

“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.

Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.

Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.

“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.

“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.

Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.

Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.

Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.

Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.

Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.

sumber : KOSMO

Filem kita mengajar anak muda kita mengarut ?

 

OMG !!! Apa tu OMG ?? NASI LEMAK 50 sen ?? Bayangkan budak budak laki  gunakan tu kat kawan perempuan dia di sekolah ?? Faham faham je la kan.. diorng ni cepat belajar ..

Bukanlah tak leh bersikap terbuka.. Yang besar cam aku ni ok la.. yang budak budak tu ?? Diorg nak faham pe ? Mana yang boleh diorng gunakan untuk bergurau , diorng amik tnpa tau apa apa makna.. janji boleh ketawa ..

Aku pasti korang tau filem apa yang aku katakan tu kan ? hehe.. bukanlah aku kolot tapi sepatutnya filem mendidik anak muda kita yang baik baik walaupun dalam keadaan lawak jenaka..

Drama petang tadi.. aku pasti ramai tengok .. Aku kurang pasti sebenarnya.. Diorng dalam satu bilik tanpa ikatan bukan ? Apa kes tu ? Mengajar ke ? Hurm... Bagi aku ,babak begitu tak perlulah tunjuk.. seolah olah bagi green light jer kat yang menonton tu .. Dan ada lagi babak yang aku rasa .. hurm ... bukan budaya kita tapi nak cuba diterapkan secara halus .. Entahlah ..

Sekali lagi aku tegaskan .. aku bukan kolot .. tapi kalau nak elakkan kes kes bayi terbuang dan wujudnya lebih banyak sekolah hamil atau pemimpin g cari alternatif kat luar negara  untuk menghalang kes kes zina ni , aku rasa mulakan dari media elektronik kerana tv senantiasa hampir dengan kita ..

Drama drama gak.. pengajaran tetap pengajaran tapi berapa ramai yang amik kebaikkan dari drama tersebut ? Dan berapa ramai pula amik keburukkannya ? Walaupun jumlahnya kecik , tapi ianya berpunca dari situ.. Adalah baik mencegah dari mengubati.. kan ?

Pandangan aku jer ..

Blog pilihan BEN ASHAARI malam ini ..

 

Tara ... adeh.. penat dah g masuk sana sini .. jadi geng diorng .. huhu... ada lagi yang masih belum sempat nak masuk usha.. sabaq no.. bukan senang .. macam macam  ada ...

Ok .. untuk malam ni , aku nak beri kawan kawan beri semangat buat rakan rakan blogger yang baru atau agak lama dalam dunia blog ni .. Macamana ? Kita sergah di blognya .. hehehe..

Ok.. blog blog yang kita patut g sergah ialah .. ehehe..

faizah , beLalanG , Dhiaqiud , My Little Diary , Lydia Miza(Aidyl Azim)  , azwani , suzzsuzie , kakchik@ella , kembatolo™ , ~ayu.oyie.yuna~ , Xana , myranaqi , CT , ain gojes , My Diary Notes , Lady D'yot , AnggerikDiTangkaiMawarintannazirajalil , cik shara gadis bunga , ♥ azura wif lurvee ♥♥ , Diana Yahya , Cik Liyana , cikmimmie , Al  dan banyak lagi .. huhu... tak larat nak copy paste .. mata dah kuyu.. huhu..

Apa pun , aku seru pada semua yang berminat nak memberi sokongan , g la beri yang sepatutnya .. bukan susah pon .. mana tau , dengan sokongan anda , mereka bertambah bersemangat untuk menghasilkan entri entri yang berinfo .. Haaa.. dapat gak ganjaran nanti kan ?

Ok... kalau berminat , sila la g tengok tengok mereka yang telah tinggalkan link mereka tadi .. Bagi aku , mereka semua ini adalah BLOG PILIHAN BEN ASHAARI buat malam ini !!

Jommm g tengok kat sini

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI