Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 24 Oktober 2010

Teringin sesuatu yang menarik untuk blog anda ??

 

Haaa... berminat nak widget ni ?? Hehehe .. 

Widget ni sesuai la letak kat blog korang kalau nak bagitau kat pengunjung yang mood korang tu camana .. hhehhe... Kalau nak try test.. klik je kat widget tu... Widget ni milik saudara DIDEN ... SENIAKU.COM... ;)  Selamat menggunakannya ... ahaks..

Peringatan ..

 

Sebelum tu.. terima kasih buat semua rakan atas sokongan .. Bukan nak menagih simpati tapi mmg itu yang ada dihujung hujung hati ku ini.. Terharu guee.. huk huk..

Ok.. berbalik pada peringatan yang aku nak sampaikan pada pembaca blog aku ni ... Ada sahabat blogger baru baru ni eksiden... Kenal tak ? Popular weh dia ni.. haaa.. meh ..pasni aku kenalkan korang dengan blogger blogger popular eh.. ok.. AZRUL HISHAM ..

Dah baca ?? Gini.. satu kejadian kemalangan juga pernah berlaku pada aku dulu .. Syukur , alhamdulillah .. ketika tu aku ngan wife takde apa apa... entri ni.. hehe.. kalau nak baca camana aku punya entri dulu.. camni la.. hehehe .. sini

Apa yang aku ingin sampaikan ialah , bila berlaku kemalangan tak kira kecik atau besar , terus amik gambar tempat kejadian .. Kereta , no plat kereta terlibat , kerosakkan tu dan juga lokasi..dan jangan lupa no contact orang tu.. hehe..

Ok.. tu je aku nak nasihatkan .. kalau baca entri aku yang tu , pasti tau nape aku suh bawak kamera.. hehe

Rasa 'down' tetiba ...

 

Aku termasuk ke satu blog satu kawan lama aku.. yg mana aku kenal dia sewaktu sama sama mula naik ... Tapi dia low profile jer.. Aku mmg admire blog dia dari dulu .. cara dia , teknik penyampaian dia mmg berbeza dari yang lain ..

Mmg aku amat cadangkan para blogger baru g berkunjung dan tengok apakah rahsianya itu .. Mmg bijak cara dia .. Dan paling aku respek , orgnya cool je.. Blog dia mencerminkan dia ... mmg penuh tersurat dan tersirat..  Jika pandai mengodek pasti jumpa rahsianya ..

Ok la.. aku malas nak ulas lanjut .. korang g tengok la sendiri yer ... nilai sendiri .. kalau perlu , curik jer ilmu dia yang dia kongsikan kat situ..

Meh sini > SENIAKU

 

Ok ..kenapa aku rasa down ? Dari dulu aku rasa cukup pelik bila orang kata blog aku ni popular.. Aku tergaru garu dan tercari cari gak kat mana popularnya blog ni ?  Hurm.. Tah .. takde jawapan .. Aku tertanya tanya gak.. kat mana bestnya blog ni ? Pun tak jumpa.. Abis tu naper diorg kata blog ni popular ?

Bila aku tengok dengan blog yang sepatutnya popular , aku rasa segan sangat .. malu je... Haih... terus hilang semangat ... Entahlah .. Ini yang aku rasa skang .. Adakah disebabkan aku makan maggie sup tulang tadi ? Atau aku tak cukup makan ari ni memandangkan aku bujang dan dapur pulak takde gas diikuti kedai gas pon tutup ari ni maka aku makan maggie je.. Adeh..

Kalaulah boleh .. nak je aku tutup blog ni.. Tapi sure MAT GEBU marah punya kat aku.. huk huk.... help... help...

12 bas Ekspres Budaya terbakar, kerugian dianggar RM6 juta

 

KOTA BAHRU: Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.

Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Polis masih menyiasat punca kejadian bagi menentukan sama ada ia membabitkan jenayah atau tidak," katanya. -Bernama

 

-HMETRO-

Punca nahas Bas ekspres dah diketahui ..

 

KUALA LUMPUR: Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati bas ekspres yang terbabit dalam nahas maut di lebuh raya PLUS berdekatan Simpang Ampat pada 10 Oktober lalu, berpunca daripada ia dipandu pada 120km/jam.

-BHARIAN ONLINE-

Bosan ke petang ni ? Jom.. aku ada idea ..

 

Mmg petang petang ni buntu lebih lagi kalau terperap dalam rumah .. hehe .. Seperti malam semalam , aku ada buat satu senarai untuk blog disergah ramai ramai.. Bukan terjah yer.. kita sergaahhh.. Untungnya sergah menyergah ni ialah , kita akan dapat ramai kawan .. ala ala sessi suai kenal gitu la... Yang kena sergah tu , pandai pandai la g sergah semula.. jgn dok biar gitu je.. kan kan ?

Aku tengok ramai blogger blogger lama rajin dok join contest sana sini.. aku tak rajin .. keje aku banyak .. takat buat entri ringkas ringkas ni ok la kot ..

Ok.. cite banyak tamo.. jom kita g sergah mereka :

http://hanatalib.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://ayienmustaza3487.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://keyrillaugustinegmailcom.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://enchikseseorang.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://kasotbudakkecik.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru-yang-terkedek-kedek.html

http://teddyunawakaka.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-barublogging-for-fun.html

http://rannia83.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://ainkadirpunya.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://tuah2010.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://cekrasala.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://taq6889.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://nissanadia.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://syaaisya.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://syaaisya.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://nasyieen.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://nurhafiz2009.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://dotdotsekian.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.htm

http://seindahfarhana.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://hayworlds.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

dan yang terakhir ni ... baru je buat blog semalam ... http://www.benshaari.com

Mari kita sama sama meluaskan lagi jajahan blog kita .. hehehe...

All Items are New. Imported.

image

Description

Item:  2-Pack Night Gowns

Size:  14-16

Color:  Gray/Pink

Material:  100% Polyester

Price:  RM76.00

 

VICTORIA'S SECRET

image

Description

Item:  Ultra-Softening Body Butter 200 g

Scent Available:

1)  Pretty in Pink

2)  Enchanted Apple

3)  Delicate Petals

4)  Coconut Passion

5)  Pure Seduction

6)  Secret Charm

7)  Vanilla Lace

8)  Endless Love

Price:  RM38.00 each

Banyak lagi ... di ARDINI

Contest : JOM SHOPPING KAT RIZI BIZ SHOP

 

Bagi yang tak tau , aku ada menganjurkan satu peraduan yang boleh dikatakan mudah jer.. orang perempuan suka la contest gini sbb kaki shopping tapi jgn merendahkan lelaki lak kan ? heheh.. lelaki pon teror woo ..

Bagi yang berminat nak tau apakah contest ni , bolehlah merujuk pada entri ini .. Dan jika tak faham camana nak jawab .. hehe.. bolehlah rujuk pada akak akak dan juga abang abang yang dah hantar jwapannya... hehe..rujuk je tau.. bukan tiru...

Ok.. boleh rujuk di sini dan sana .. Haaa.. tak susah kan ?? Kata dah.. senang je ... jadi ? tunggu apa lagi ? meh la join...

Sex.com

 

NEW YORK: Apa juga perkara mengenai seks biasanya laris dan terbukti selepas nama domain Sex.com menjadi alamat web paling mahal selepas dijual pada harga AS$13 juta (RM41.6 juta).

Berdasarkan dokumen mahkamah difailkan minggu ini, pemilik domain itu yang bankrap, Escom LLC, menamakan Clover Holdings Ltd sebagai pemilik terbaru domain itu.

Escom dilaporkan membeli doman itu pada harga AS$14 juta (RM44.8 juta) pada 2006. Persetujuan urus niaga itu akan diputuskan oleh hakim pada 27 Oktober depan.

-BHARIAN ONLINE-

Cheras atau Putrajaya ?

 

Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ?

Arghh.. aku buntu... aku tak suka nak drive ... serius.. aku mmg tak minat .. huwaaa... camana neh ?? adehh...

Duk Putrajaya .. aku sorang sorang .. layan internet sambil tengok tv .. makan ? kena g kedai.. gas dah abis.. malas nak order .. G kerja , kena bngun awal...pastu drive ke ERL station... tambang g balik dah RM10 ... nak g gym lagi.. iskh

Duk Cheras.. ramai sangat pulak. .. anak buah ada .. leh layan gusti ngan dia .. sakat sampai nangis ... makan , percuma lak tu.. g kerja leh lambat lambat sebab dekat je.. g gym pon dekat ..

Tapi kalau nak aman .. kat Putrajaya.. takde gangguan .. hurmm tapi boring ..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... tak leh buat keputusan nehhh

Tak tau nak masuk parti politik mana ?? Tak pe.. Ada pilihan ..

 

20 parti politik baru tunggu kelulusan ROS - KP JPPM

 

KAPIT 23 Okt. – Sebanyak 20 parti baru politik di negara ini masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk didaftarkan, menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ketua Pengarah JPPM, Datuk Md. Alias Kalil berkata, sehingga ini mereka masih belum meluluskan permohonan pendaftaran parti baru politik itu.

"Walaupun semua permohonan itu telah mematuhi kriteria yang ditetapkan, tetapi ROS memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji setiap permohonan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutupan kursus pengurusan bagi 53 pertubuhan di sini hari ini.

Adalah difahamkan antara 20 parti baru politik itu, dua daripadanya adalah dari negeri Sarawak iaitu Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) dan Parti Peace.

Md Alias juga berkata, ROS tidak sewenang-wenangnya membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan tanpa memberi peluang dan masa yang cukup untuk memperbetulkan masalah atau peraturan dalam pertubuhan tersebut. – Bernama

 

-UTUSAN MALAYSIA-

Aku suka blog ni ...

 

Yang aku perasan la pasal blogger ni sewaktu kali pertama dia komen kat blog aku ni .. hurm.. agak pedas memula komentar dia tu tapi mmg logik maka tak perlu nak terasa la kan .. Kemudian dia komen dan terus komen .. maka aku sedar sapa dia ni .. seorang blogger yang jujur dan ikhlas sekali pandangannya . Dan ini menunjukkan dia seorang blogger yang bijak dalam penulisannya .. Sempoi tapi tepat.

Blognya ?? Kemas.. tak berselerak cam blog aku neh.. hahahha... Almaklumlah.. perempuan... Warna templatenya juga aku suka .. Cerita cerita dalam blognya ?? Macam macam...

Buat blogger tersebut , dah dapat BE tu  rajin rajin laaaaa update blog .. sama juga buat blogger blogger lain ... Dah ada BE dalam blog , jgn dibiarkan je... tu $$ tuu... rajin rajin update blog... selagi ada BE selagi tu update.. Berbaloi baloi...

Ok... nak tau sapa punya ??? Jom g sergah dia .. hehehe .. sila klik dengan sengaja di sini

Suara People.blogspot.com

 

" xtaw nk komen apa..tengok je lah...berhati hati di jalan raya yeaa..ingat orang yang tersayang "

cerita sebenar di sini ..

Bukan aku tak minat bola tapi bola yang tak minat aku .. camana tu ?

 

Pastinya malam ni keghairahan Piala Malaysia sampai ke kemuncaknya. Perlawanan separuh akhir biasanya menjadi lebih menarik dari perlawanan akhir ... Kenapa ? Hehe.. dapat masuk final tu lebih teruja dari beraksi di final sbb masing masing bertarung untuk mendapatkan tiket ke perlawanan akhir yang pastinya menyediakan 2 pasukan saja.. hehe... mana boleh lebih kan ? hehe..

Tapi ... aku tak tengok pon .. Kenapa ? sbb takde pasukan aku ke ? Erk.. aku sokong sapa eh ??? Sokong negeri kelahiran aku ? Patutkah aku sokong negeri kelahiran aku walaupun aku tak minat langsung pasukan kelahiran aku ? huhu..

Sebenarnyakan ... bagi aku la .. sudah tiba masanya setiap pasukan negeri menjadi kelab profesional sepenuhnya .. Bukan lagi ada mengikut negeri .. Kata 1MALAYSIA ? Kalau dah mengikut negeri , sudah tentu semangat kenegerian tu kuat bukan ?

Disebabkan itulah , berlakunya pergaduhan antara peminat sbb berlaku ejek mengejek padahal dalam MYKAD masing masing tertera , MELAYU dan WARGANEGARA .. dan paling ketara  ISLAM .. tapi bergaduh sesama saudara ? Apa kes ?? Pasal bola ? Pasal negeri ? Adeh.. sedih arr..

Kalaulah tahap bolasepak kita ni di tahap dunia dan bergaduh kerananya , bolehlah dikatakan berbaloi.. tapi ?? Pelawanan Kelab dalam Asia Tenggara pon kucar kacir .. camana tu ?

Aku bukanlah tak menyokong atau takde semangat kesukanan tapi aku rasa sudah tiba masanya pihak terlibat dalam bolasepak negara ini benar benar menjadikannya 1MALAYSIA dan bukan lagi mengikut negeri negeri ...

Takkan tu je cara nak tarik penonton ke stadium ?? hurmm... Entah la..

Sekadar pendapat aku jer .. tak sokong mana mana pon.. nak lihat bolasepak kita maju dari yang sepatutnya.. Hari ni setapak ke depan.. esok ke belakang 2 langkah... bila nak maju dan terus maju ??

Saya Blogger Baru ...

 

Memandangkan segmen mari berkenalan dengan blogger baru mendapat sambutan .. maka aku nak jadikannya lebih besar dan lebih menarik ..

Bagi mereka yang merasakan mereka blogger baru , bolehlah menyertainya .. Tujuannya adalah untuk menarik lebih ramai sahabat sahabat blogger baru untuk kita berkenalan ..

Jika berminat , caranya mudah saja.. Sila buat satu entri dan kandungan entri itu wajid ada ..

  1. HEADERimage ini ..
  2. Tajuk .. " Saya blogger baru " dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tulis sepatah dua kata buat mereka yang bakal mengunjungi blog anda ..

Tu je .. Selepas membuatnya , sila tinggalkan url entri anda itu di ruangan komen ini ... Mudah kan ? Ok.. jgn tunggu lagi .. Bila tiba masanya , aku akan terbitkan segalanya.. Cuma 'bila' , akan menjadi rahsia..  ;)  .. yang pastinya sewaktu trafik tengah 'cun' .. InsyaAllah.. Terima kasih ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI