Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 27 Oktober 2010

Gambar mayat mati dalam keadaan sujud

image

MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunug berapi tersebut di Jawa Tengah, Indonesia. - UTUSAN

Cerita tentang gambar ini boleh dirujuk di sini > link

Beli baju untuk anak anda , jom...

Web header23bb

image Kids Secret Wholesale merupakan pemborong pakaian kanak-kanak berjenama. Dapatkan stok pakaian kanak-kanak berjenama anda di sini. Guess, Zara, Nike, Adidas, Burberry, Polo, Carter's, Old Navy dan pelbagai jenama terkenal..

Mulakan perniagaan anda serendah RM300 dengan pakej yang kami sediakan. Layari website kami untuk maklumat lanjut.

Menarik ? Ada lagi... siap boleh buat bisnis ni... Jom g tengok kat blognya > http://www.kidsecretwholesale.com/

Hapaaa ??? Lelaki tak guna ???

 

Aku tak blogwalking tadi .. terus  speeding .. Kira non stop action laa ke blog si Amoi sorang ni .. antara blogger yang dah lama aku kenal dan dah mencapai tahap 900 ribu HP .. Patut baca entri dia.. hehehe.. best best gitu..

Dlm entrinya tu menceritakan erk.. tentang segelintir lelaki tak guna !! Betui2.. aku sokong .. sokong woo... Mmg zaman skang ni agak ramai lelaki tak guna .. kan kan ?

Hurm... Kalau wujud LELAKI TAK GUNA , mesti wujud PEREMPUAN TAK GUNA juga bukan ? Apakah yang dikatakan PEREMPUAN TAK GUNA ni ?? Hurmmm... sebenarnya kan , kalau mengikut rekod perubatan  , diantara lelaki dan perempuan , perempuanlah mempunyai satu jenis penyakit yang tak boleh berjangkit iaitu PHD .. Perasaan Hasad Dengki .. Maaf la yer... Tapi betul kan ?

Cuba tengok pagi pagi kat kedai makan .. Jumpa je geng , terus gossip maut .. Adaaaaa je cerita dia .. Pasti ditambah 'ajinamoto' bagi menyedapkan cerita .. Tak kira la apa jenis cerita bermula dari artis sampai la jiran sebelah rumah dia padahal dia tau kawan dia tu tak kenal pon sapa jiran sebelah si pencerita tu tapi dia main angguk je agar cerita tu jadi best.. Bila best , kawan tu pon cerita dengan penuh kesungguhan .. Patut jadi sutradara je orang cam ni ..

Paling menakutkan ialah , PHD ni boleh sampai ke tahap main bomoh !! Ni dah mmg bahaya ... Silap silap boleh sampai ke tahap maut ... Iskh..cukup bahaya tul penyakit ni pada perempuan ..

Kalau lelaki , PHD ni pastinya akan diselesaikan dengan cara jantan iaitu WWE ... Selagi belum ada yang tumbang , selagi tu la hitam dalam hati tu tak hilang ..

Tu belum masuk isu isu negara yang lain seperti CURANG , DERA , BUANG ANAK dan banyak lagi la ... Haih .. makin makin bertambah jenayah dalam negara ni... Tu pon ada yang tak dilaporkan lagi... Lelaki dan perempuan , dalam kes ni dua dua tak guna !!

Tapikan .. sebenarnya tak kira la lelaki ke perempuan ke .. mmg wujud spesis  'TAK GUNA ' ni ... tak guna nak kata laki la .. perempuan la... segalanya berbalik pada diri dan cara dia diasuh... bukan la nak salah mak bapak dia tapi jika persekitaran dia dah teruk , pastinya ianya mempengaruhi corak pembesaran kehidupan dia ..

Nak salahkan sapa ? Hurm....  Betul betul TAK GUNA !!

Peti undi dibuka ...

 

Saja nak memeriahkan lagi Piala Malaysia kali ni memandangkan ramai sangat terasa bahangnya maka aku pon nak gak la rasa . hehe..

Walaupun aku tak pasti akan tengok lagi final tu memandangkan wife aku tak minat nak tngk sungguhpon negeri dia yang bertanding dan sudah pastinya rancangan tv akan terarah ke movie ... huhu..

Tapi tak pe... apa salahnya kita memeriahkannya bukan ? Kalau bukan kita , sapa lagi kan ? Takkan nak suruh penyokong negara jiran tolong sokongkan ? Betul ? hehehe..

Jadi , kita tengok .... negeri manakah  yang bakal dipilih oleh pembaca2 blog aku ni ... heheh..

NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN

Yearghhhhhhhh .. final Piala Malaysia !! Dah sampai kemuncaknyaaa... Siapakah yang bakal menjuarainyaaa?? Aku sokong sapa????

Sudah semestinya KELANTAN !!!! Erk.. sat... Yearghhhh.. NEGERI SEMBILAN laaaaa !!! Hurm.. sat... Kelantan atau Negeri Sembilan ? Hurm... Sapa pemain Kelantan yang aku kenal dan aku minat ek ? Sapa jurulatih dia ?? Corak permainan dia camana ? Bagaimana pula dengan Negeri Sembilan ??

Eh... aku tak kenal sapa sapa pun... aisey.. dah tu nak sokong sapa ?? Maaf la yer... aku minat giler bola sepak..tapi tak terasa bahang LIGA MALAYSIA dan PIALA MALAYSIA ni langsung .. bukan tak sokong tapi dah ilang 'selera' nak tengok bolasepak .. mana mana liga dalam dunia ni , aku dah tak layan ...

Kenapa ? Kalau bolasepak Malaysia , memalukan sampai gaji pemain pon tak leh bayar.. tu baru gaji yang tertunggak.. EPF pon tak bayar ... Pastu , politik je lebih.. penat la weh... tapi tak kemana gak ...

Liga luar ?? $$ ajeee... bowinkkkk... Bolasepak adalah perniagaan.. Aku rela ngadap ASTRO CERIA dari layan bola dah skang ni ..

Jangan marah yer.. apa pun , aku harap final nanti menjanjikan kepuasan bagi penyokong dan peminat mereka ! Jangan hampakan mereka yer .. Biar kalah tapi permainan perlu berada dalam kelas tertinggi !! Baru layak dikatakan pemain profesional.. jgn main cam final bawah 18 tahun antara zon zon yer .. Semoga berjaya KELANTAN dan NEGERI SEMBILAN !

Segalanya perlu sederhana ..

 

Hurm .. ramai teringin nak majukan blog mereka .. ingin berjaya seperti blogger blogger popular yang mana sehari mampu menarik beribu ribu pembaca  ..  aku pon teringin gitu... entah bila nak merasa pon tak tau ..

Ada yang sampai buntu kepala otak mencari idea .. Ada yang sampai terkeluar landasan menulis entri .. Ada yang sampai berguling guling atas katil mencari idea .. Namun idea langsung tak nak jengah ..

Apa yang perlu buat bila takde idea ? Mudah jer .. Shutdown pc dan g tengok tv atau makan .. Paling bagus , baca kitab Al-Quran atau kitab kitab agama .. Pasti akan ada idea selepas tu ..

Menenangkan fikiran adalah cara terbaik untuk mendapat idea .. Jangan memaksa kerana bila memaksa idea yang menjengah tu jadi mengarut.. Takde info dan tidak langsung berguna untuk pembaca .. Tak kira walaupun entri tentang diri sendiri sekali pon , kita boleh masukkan pelbagai info di dalam itu ..

Kena kreatif.. blogger kena kreatif .. boleh mengarut tapi infomatif ..

Orang nak berblog , dia pon sibuk berblog ..

 

IMG_4572 (2)

Kebelakangan ini , makin ramai minat mempunyai blog.. dah macam satu kemestian.. ada FACEBOOK perlu ada BLOG .. tapi tak la semua kan ..

Mmg best berblog ni .. serius.. leh dapat ramai kawan .. ramai lawan pada masa yang sama.. kan kan ? Tapi jauh dilubuk hati tu , ada tersimpan satu niat.. MONEY MONEY !

Tak salah.. rezeki depan mata ... jgn dilepaskan .. kan ? Musuh jgn dicari.. tp bila datang jangan lari ! Wat tak tau je.. kan kan ? Tapi rezeki mari , jangan buta diri ! Sambar je la... kan ?

Cuma ... bila dah buat blog tu , takde idea nak cerita apa .. akhirnya , spiderman buat maksiat kat situ ... haaa.. bersawang la maksud aku ...

Ada banyak menda leh buat dengan blog ni .. kalau dh ada sekurangnya satu blog , maka tulis je apa nak tulis walaupun sepatah perkataan .. Yelah , sapa nak marah kan ? Blog korang .. bukannya ada caci maki dalam tu.. Tulis sepatah je , " HAI" .. dah le.. apa kisah kan ? Lama kelamaan ( 8 tahun kemudian) pasti idea tu bercambah .. " HAI , APA KHABAR, JOM DATING NAK ? " .. haa.. kiranya ada la penambahan kat situ kan ?

Kalau takde apa sangat nak tulis tu , jadikan je diari kehidupan dan kuncikan dia .. jangan bagi sapa masuk !! Kot 5 tahun kemudian , boleh la dirujuk kat situ ... " Apa yang aku buat pada tarikh ini , 3 tahun lepas yer ? "

Sbb itulah tiada alasan untuk tiada idea untuk menulis dalam blog .. Ibarat bagi pensil warna dan buku kosong pada budak kecik.. dia nak tengok je ke ?? Pasti dia akan buat sesuatu kat situ gak walaupun conteng atau mengoyakkan buku tu !! Paling tidak pon dia gigit je pensil tu ... kan kan ?

Whopsss.. incik INNITY sudah sound aku la..

" Greetings from Innity! We see that you are not running our ad scripts on BEN ASHAARI. To renew your partnership with us, bla bla bla bla ...... "

Kalau aku tak renew , maka aku bercerai la ngan INNITY ni ... heheh..

Dulu kan ... aku kan.. ada letak kan... adv dari INNITY ... Hehe... Skang ??? Aku buang dah .. Sbb aku nak setia ngan NUFFNANG .. NUFFNANG je tak setia ngan aku .. huwaaaaaaaaaaaaaaaa... Eceh.. acah jeee... NUFFNANG sangatlah baek syarikatnya.. ok ? Erk.. sori la yer.. bukan nak memuji lelebih tapi aku respek atas kecekapan pengurusan mereka .. On time bayar 'gaji' ! Ok la kan ?

INNITY , ok jugak ... mmg ok .. sama cam NUFFNANG cuma aku lebih suka terikat ngan NUFFNANG .. NUFFNANG je tak suka terikat dengan aku...huwaaaaa lagi .. guwau jee ..

Aku terpaksa buat pilihan masa tu .. Samada INNITY atau NUFFNANG .. Maka , seperti korang nampak , aku pilih INNITY .. Tapi pada masa akan datang , sapa tau kan ? Kot NUFFNANG mintak talak dari aku ke .. mana la tauuu ..

Kenapa aku pilih NUFFNANG ? Masa tu iklan NUFFNANG keluar kat blog aku bertubi tubi manakala INNITY ,jarang sekali ... Kalau keluar pon tak sempat kelip mata , dah hilang .. haaaaaaaaaaaaaaaaa... masa tu la.. masa tu trafik aku ala ala polis trafik pangkat Konstabel je.. skang ni baru laaa up skit ala ala Sarjan .. dan sedang berusaha untuk mendapatkan taraf Inspektor..

Tapi aku bersyukur gak dan berterima kasih pada INNITY kerana memberi aku peluang berada dalam syarikat mereka ... hehehe.. Best mmg best tapi aku terpaksa pilih yang cun atau jelita .. dua dua berbudi bahasa .. Kira luah mati jiran sebelah..telan mati jiran atas rumah.. gitu je la...

Apa nak buat.. kita salahkan MAT GEBU dah la yer.. Eh.. maaf..Mat Gebu tak de kene mengena dengan entri ini yer ...

Cayalah FACEBOOK !! Kau menyinari hidupku hari ini ..

Korang pasti agak tensen kena tag .. kan ? Aku ? Tensen ? Tak la... ok je.. kalau diorng tag , aku usha dulu.. seblum tu , ucap terima kasih sebab ingat kat aku .. Nak gak diorng tag aku kan ? Hehe..

Tapi kalau tak suka tu , jangan la marah sampai g maki hamun diorg.. Tak baekk tau... dosa... Untag je la... senang je kan ? Tak perlu nak tensenkan kepala kita nak marah marah ..

Entah bila , si FACEBOOK ni dah buat setting baekk punya .. Ok.. aku bagi contoh yer.. ni contoh.. aku tak tensen marah pon kat dia.. suka ada laa.. maklumlah , sudi gak dia jemput aku ke majlis persandingan dia ...

imageNampak tak tu ?? Aku kena tagged ... Comey jeee.. kan ? Kad tu la comeey... Klik la kasi besau ...

Ok... bagi mereka yang nak delete atau untag , FACEBOOK dah buat dah cara paling senang iaitu ..

image

Haaa... pilih jee.. nak REMOVE POST terus atau REMOVE POST and UNTAG sekali gus... Mudah bukan ??? Apa lagi ?? Sila la ucapkan terima kasih dan tepuk tangan tu... Bravoo... bravoooo...

Setianya pada titah Sultan hingga ke akhir hayat !

 

YOGYAKARTA: Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam.

Pihak berkuasa termasuk doktor percaya satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidur di rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman, adalah Mbah Maridjan yang berusia 83 tahun.

Mereka, bagaimanapun, enggan mengesahkan perkara itu sehingga hasil ujian DNA diperolehi.

Dr Kresno Heru Nugroho dari Hospital Sardjito di sini berkata, mayat berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal Mbah Maridjan, termasuk satu ibu jari tangannya yang bengkok, serta warna dan pakaian terakhir yang dikenakannya sebelum bencana itu petang semalam.

Beberapa hari sebelum ini, Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu.

Pasukan penyelamat malam tadi menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah beliau yang melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu dalam kejadian letusan Merapi petang semalam.

Satu daripada empat jenazah itu, yang ditemui dalam rumah Mbah Maridjan dikenalpasti sebagai wartawan portal berita vivanews.com berdasarkan dokumen pengenalan diri di mayat itu.
Mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu turut melecur.

Selain mereka, seorang bayi juga mati akibat hujan abu panas gunung merapi itu. Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati dalam kejadian berkenaan.

Sungguhpun sudah mengambil alih sebagai Jurukunci Merapi sejak awal 1980-an, nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular semasa bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.

Ketika itu, katanya beliau menerima tugas sebagai Jurukunci Merapi dari Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX dan belum ada perintah dari sultan sekarang untuk beliau pergi dari situ.

Padahal masa itu Sultan Hamengku Buwono X yang juga Gabenor Yogyakarta (anak Sultan Hamengku Buwono IX) sudah mengeluarkan perintah beliau berpindah namun Mbah Maridjan menganggap putera Sultan HB IX itu bukan raja, melainkan hanya seorang gabenor. - BERNAMA

 

-BHARIAN ONLINE-

Beli baju untuk anak anda , jom...

Web header23bb

image Kids Secret Wholesale merupakan pemborong pakaian kanak-kanak berjenama. Dapatkan stok pakaian kanak-kanak berjenama anda di sini. Guess, Zara, Nike, Adidas, Burberry, Polo, Carter's, Old Navy dan pelbagai jenama terkenal..

Mulakan perniagaan anda serendah RM300 dengan pakej yang kami sediakan. Layari website kami untuk maklumat lanjut.

Menarik ? Ada lagi... siap boleh buat bisnis ni... Jom g tengok kat blognya > http://www.kidsecretwholesale.com/

Dah jadi tabiat sekarang ni kan ...

 

Alamak .. ada eksiden.. cepat cepat .. Maka berlarilah dengan pantas.. Kalau Superman , pastinya dia akan menyentap baju dan seluarnya.. tinggal baju dalam n seluar dalam je... haaa... maka terbanglah dia .. ditinggalkan baju , kamera , seluar dan begnya ... kan ? Lalu dibantunya mangsa yang terlibat ..

Tapi di zaman teknologi kamera canggih ni , pantang ada kemalangan jee... Cepat cepat.. berlarilah mereka.. On kamera cepat .. amik gambar ..cepat cepat .. biarkan mangsa mengerang dulu .. Dah amik gambar ? Ok.. baru bantu ... Ops.. terlupa telefon polis n ambulan ..

Esok.. keluarlah di FACEBOOK , blog dan sebagainya ... maka beratuslah komen dan pelbagai pandangan di situ .. kan kan ?

Jika si penulis tu berniat baik , maka akan adalah kata kata serta doa disertakan ... jika sekadar mencari isu bagi melariskan 'akhbar elektronik ' mereka , maka penuhlah I LIKE IT BEBEH !! sampai ratusan gitu .. walaahh ...

Entahlah .. dah tak tau mana satu patut didahulukan zaman sekarang ni .. Apakah kepentingan peribadi patut didahulukan atau ...  Pandang cermin , selami niat ...

Orang kita semakin prihatin ..

Esok blog cuti yer ...

image

Aku kena g bertugas daa kat sini .. Adeh.. awat laa depa p bukak booth kat situ .. Diorg kata nak buat kat tengah padang.. eh..bukan tengah.. kat area area tu gak la.. Harap ada aircond.. mati weh.. pakai baju batik lak tu ..

image

Pas untuk bertugas dapat dah .. hurm.... Kalau si Rimau Kayu tu turun best la gak kan.. leh bergambar dengan lagenda golf tu..

Apa yang dia buat tu , antara dia ngan Allah la kan .. hehe.. masing masing ada dosa .. Tapi kejayaan dalam dunia sukan , jangan dipandang ringan sbb dia bermula dari lantai hinggalah berada di puncak KLCC.. haaa... cam blogging ni gak la.. bukan senang dari ' 0 ONLINE ' ke ' 100 online' seminit !! Cabaran tu .. kena pandang seseorang tu dari sudut positif.. amik kejayaannya bukan kehancurannya .. kan kan ?

Kalau line clear , aku update gak.. hehehe... live dari tengah padang golf... mesti boring punya sbb idea kering bila kat situ ... ye ke ??? Tunggguuuuu

Cepat cepat .. Nuffnang nak bagi duit !!!

 

Aku rasa ramai dapat ni... Yang belum dapat , sila baca dan fahamkan .. Tak faham , jgn tanya aku.. aku sendiri dok bukak kamus dewan bahasa ni ..

Dear Nuffnanger,


If Tweetdeck and Facebook are the first things to greet you in the morning and the last things you say good night to, congratulations! You’re exactly the type of person Standard Chartered Bank is looking for to be the World’s Coolest Intern :)
We’re not kidding about the cool part; the World’s Coolest Intern gets a 6-month internship programme in Singapore with total remuneration of SGD30,000, and will enjoy perks including training on social media and online engagement from Standard Chartered’s esteemed partners.
We're partners with Standard Chartered in their search, because we think a Nuffnanger would be absolutely perfect for the job! Tell us why you’re cool enough to be the World’s Coolest Intern, and in addition to the chance to be land the internship of a lifetime, we’re also giving away RM 200 to the 10 best entries submitted! You’ll have to be fast too, because the contest ends 31 October 2010. For more information, check out our blog post about it
here.
So go on, Nuffnangers, show us what you’ve got. The internship of a lifetime awaits!

Surat berantai dari NUFFNANG ...

Tunggu apa lagi ???? Cepat lerrr... Aku ? Hehe.. malas...Tah , aku mmg bukan jenis nak masuk contest .. letih nak frust.. hahaha...

Shopping untuk raya ?

image

Ada banyak koleksi shawls terkini di AYUCINTA

Jom usha ...

Alhamdulillah ...

 

Syukur pada Allah .. Aku risau juga takut kalau kalau ada yang terasa hati tadi dalam entri  ..

" Jangan terlalu kasar dalam mengomen entri orang lain .. "

Tapi ,sebaliknya berlaku ...

" assalamualaikum en ben...

maaf x dpt nk membalas via blog. sy smpat bc entri en ben. di sini saya nk mohon ampun dan maaf andai komen sy smlm membuatkan en ben terguris..x niat pon nk mengguris dsb..sy dh delete komen yg lepas supaya x menimbulkan kemarahan org lain...

mgkin ayat yg keluar smlm tanpa sy sangka dan duga...terima kasih byk3 coz en ben sudi mengingatkan kesilapan yg telah saya buat tanpa disedari..sy harap en ben sudi memaafkan..

andai kata selepas ini sy melakukan kesilapan yg sama, harap la en ben dpt tegur dgn segera...terima kasih byk3 kpd en ben yg sentiasa sudi mengingatkan dan mohon maaf sy pinta.. "

Sangat sangat terbuka orangnya .. Terima kasih dan maaf jua dari saya sekiranya terdapat sebarang kekasaran yg mengguris hati si 'dia' atau juga semua rakan rakan pembaca sewaktu 'melepak' di sini ..

Isu aurat : Seronok 'bantai' orang kan ?

 

Aku ternampak tadi satu keping gambar yang diletakkan di FACEBOOK kemudian ramai ramai pakat mengomen ..  Yang pastinya ditag dari satu blog fofular tapi .. huh !

Gambar tu gambar seorang wanita berpakaian seluar ketat tu ha.. ala ala swimming suit pastu baju yang dari bahu sampai ke lengan terbuka dan bertudung .. Tamo aku copy paste kat sini .. Kenapa ?

Yang pertama .. dia beragama ISLAM .. kedua , membincangkan isu aurat dengan menjadikan dia sebagai ' sasaran' .. bukankah itu secara tidak langsung akan mengaibkan dia ?

Jika dibincangkan tanpa ada sasaran , mungkin ok tapi biarlah berilmiah .. Bukan main sedap cakap tanpa pandang kiri kanan .. Dan paling bahaya ialah dengan melemparkan tuduhan tanpa sebarang bukti ..

Contohnya : " Suaminya tak tegur ke ? Dayus betul kalau suami begitu "

Kalau suaminya dah tegur berjuta kali tapi isterinya degil ? Nak kata apa? Pukul ? Atau gunakan kaedah psikologi ? Kalau kena isterinya spesis harimau berantai ?? Haa...

Maka , berilah pandangan mengikut lunas lunas Islam dan bukannya main sedap tekak je.. Kalau tidak , sama je kita dengan mereka yang dok mengumpat mengeji tapi habuk pon tarak ..

Sepatutnya kita mendoakan mereka agar diberi petunjuk dan hidayah dari Allah ..  Cuba cermin diri kita sendiri .. adakalanya kita sendiri pon buat salah dan jika ditegur dengan cara yang salah , pastinya kita melenting dan buat lagi .. Gunakanlah pendekatan halus ..

Aku bukan nak lindung sapa sapa yang sudah terang lagi bersuluh tu cuma kita sesama ISLAM .. Kalau bukan kita lindungi saudara kita , sapa lagi kita nak harapkan ??

BA: Semoga dilain kali kita sama sama memperbetulkan kesilapan kita. Bukannya kubur kau , kubur aku .. Jangan lupa , sapa yang akan korek kubur kita dan sapa yang akan pikul jenazah kita  ..

Jangan terlalu kasar dalam mengomen entri orang lain ..

 

Mungkin nak tunjuk 'kita' ni ikhlas bila memberi reaksi terhadap sesuatu entri tapikan , ibarat masuk rumah orang la ...kalau orang tu hidang sesuatu masakan , tak sedap lalu terus memberi 'kritikan membina' ;

" Apa ni ??? Tak sungguh kau masak .. tak reti masak ke atau macam tak bagi aku datang je ni "

Boleh ke bagi pandangan sebernas begitu ?? Jangan lupa , apa yang keluar dari jari jemari anda itu , datangnya dari pemikiran anda yang semestinya datang dari hati...  ;)

Bagaimana aku popularkan blog aku ??

 

Nak tau rahsianya ?? Haa... sila la beli e-book ..murah jer .. RM99.90.. Beli 1 percuma 3.. ok ? hahahaha.. guwau jee..

Ada 2 teknik yang aku gunakan disini .. Pertama .. teknik ala kumpulan The Beatles ... Dan yang kedua , teknik skim cepat kaya ...

Teknik ala The Beatles .. camana tu ??? Cuba tanya orang dulu dulu , bagaimana The Beatles ni cepat popular... Kalau korang dapat jawapan dia , pergh.. korang gunakan pada blog korang .. pasti wow weee...

Dan skim cepat kaya ni , ialah teknik yang tidak asing lagi iaitu , JELAJAH BLOG yg mendapat sambutan hangat .. Bila teknik The Beatles dan Jelajah Blog berpadu tenaga , maka inilah yang aku kecapi sekarang ...

Gunakan ilmu pemasaran dalam bidang perniagaan terhadap blog korang .. Kreatifkan .. Pasti korang , meletop.. opss.. blog korang meletop !!

Setiap peluang yang muncul depan mata , tangkap.. gunakan dengan sebaik mungkin ... Dan yang paling penting ialah , komitmen ... Usaha tangga kejayaan .. Bersusah susah dahulu ... kemudian biarkan ia membiak sendirinya ...  :)

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI