Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 29 Oktober 2010

Rina Salleh ... juara Gadis Melayu 3

 

Eh.. kenapa aku tetiba buat entri pasal ni ? Bukan apa .. Rina Salleh baru saja menjuarai rancangan GADIS MELAYU MUSIM KE 3 .. Erk.. dah tu kenapa aku beria lak ? Tarik SEO ke ? Takde maknanyaaa...

Sewaktu aku mula berblog dulu , aku teringat ada dua gadis yang larisnya seperti artis ,menyertai satu pertandingan yang aku anjurkan tu .. RINA SALLEH dan SYAZA AGNES .. Syaza ni pulak seorang model ... cun gitu ..

image

Kemasukkan kedua dua rakan FB ini sedikit sebanyak melonjakkan semangat aku dalam dunia blogging.. Mereka antara pembakar semangat aku selain dari rakan rakan yang menyertai pertandingan TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI ..

image

Sebenarnya sblm aku ada blog lagi , aku dah 'panas' di FACEBOOK .. Bukan nak berlagak la tapi tu la hakikatnya .. Aku yang senantiasa update status aku di FACEBOOK dengan soalan soalan isu panas setiap saat seperti mana aku senantiasa update entri dalam blog .. Sebab itulah jangan hairan jika blog aku senantiasa berupdate .. Mmg dari dulu aku kaki update .. hahahaha ..

Pertandingan TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI adalah bertujuan mencari mereka yang paling kreatif... Sapakah juaranya ??? HAHAHHA... Tak lain tak bukan , blogger kita yang sedang meningkat naik iaitu SITI RAHAYU ABDUL RAHMAN dgn blognya http://ruhayurazali.blogspot.com ... Selain dari mereka , ada seorang lagi blogger popular yang join pertandingan aku ni .. nak tau sapa ?? hehehe.. Shafaza Zara Syed Yusof dengan blognya http://shafaza-zara.blogspot.com ...

Sebagai kawan , aku berbangga RINA SALLEH berjaya mengejar cita citanya ... Tahniah RINA !! SEMOGA TERUS SUKSES DALAM KEHIDUPAN YANG DIIMPIKAN ..

Album melayu pertama yang aku beli !

 

Pergh.. mmg berantu .. Kali pertama aku gagal dalam menyekat nafsu aku untuk membeli album lagu melayu ! Umpama mimpi dalam mimpi ,nyanyian kumpulan Damasutra mmg aku giler sangat la..

Sampai ada kawan aku pinjam kaset tu pastu bagi hilang ... Aku tak pasti la ilang atau dia tak nak pulangkan.. hahah... aku beli je baru.. lantak la.... kira aku halal je la.. malas nak gaduh kawan kawan.. tau tau jer la kan kawan kawan ni.. macam macam karenah .. ada yang sampai sanggup makan kawan sendiri atas pelbagai alasan .. Dasyat kan ?

Korang jangan la buat perangai macam tu yer .. kalau nak sangat tu , mintak je la.. jangan bagi macam macam alasan pada kawan kita .. dia dah bagi kepercayaan kat kita maka balas la balik kepercayaan tu .. kan ? Kita bukan nak hidup sehari dua .. Entah berapa lama lagi kita nak tengok muka kawan kita tu..

Tolong Kelantan cepat !!

 

Yearghh !! Kelantan sudah ketinggal jauh dalam undian yang sedang diadakan . Tapi dari pagi tadi sehingga petang tadi , Kelantan berjaya memonopoli undian .. Senantiasa mendahului Negeri Sembilan ..

Aku rasa bahang final Piala Malaysia semakin terasa .. Ramai dah bukak baju ni ..tak tahan .. Panas panas.. ditambahkan lagi dengan letusan gunung berapi di negara jiran membuatkan cuaca semakin panas.. Erk.. ada kene mengena ke dengan final nanti ni ?

Di mana dia penyokong penyokong Kelantan ni ? Ke dah confident menang ni ????? hehehe...

Mana satu kau nak ni ??

 

Kerja ? Belajar atau nak blogging sepenuh masa ?

Erk.. kalau tiga tiga sekali tak boleh ker ? Takkan tak boleh kot ?

Hurm .. sapa kata tak boleh ??? Buat la satu satu .. kena ada jadual yang betul .. Kalau belajar tu , belajar la .. jangan time belajar , ko bantai berFB  ! Atau bantai berchatting ! Kalau gitu , mmg la tak cukup masa untuk blogging !

Kalau time kerja , buat la kerja bagi abis .. bila dah settle , update la blog .. Yang kau bantai berFB atau melepak tu sapa suruh ? Update blog pastu g la buat apa ko nak buat ! Apa susah ??

Semua perkara kita boleh buat dalam satu masa tapi kena tau mana yang dulu mana yang kemudian ! Mana yang penting mana yang biasa biasa ..

Kenapa student kita di luar negara boleh bekerja sambil belajar ? Boleh lulus dengan cemerlang pulak tu berbanding mereka di sini yang hanya belajar dan harapkan duit belanja dari kerajaan dan mak bapak tapi hasilnya ? Cuba fikirkan .. jgn tengok yang negatif.. amik yang positif kata kata aku ni ..

Orang lain boleh maju tapi kenapa kita tidak ? Kenapa kena senantiasa penuhkan kepala otak kita dengan alasan ? Mereka manusia biasa..kita pon .. mereka ada masalah ..kita pon ... tapi mereka berjaya.. kita ??  Cebik mulut ??

Jangan ternganga bila ada orang boleh buat semua tu serentak kerana mereka tau membahagikan masa ..

Jangan hiraukan mereka ..

 

Sebagai blogger , korang pasti akan menerima pelbagai kritikan membina , membunuh dan membinasa ... Yang memuji ni , aku kurang pasti nak kata mereka ikhlas atau sekadar nak membodek.. Wallahualam.. tu kena tanya mereka sendiri .. Bagi aku , apa saja mereka tulis aku terima..

Tapi jika mereka mengkritik untuk 'membunuh' semangat seseorang blogger itu , aku tak boleh terima .. Dalam dunia blogging ini , semua orang ada hak untuk 'bersuara' .. cuma perlu guna cara yang betul dan tertib.. Jangan main sedap je bersuara .. Nak mengajar kena guna psikologi .. bukan terus bagi hukuman ..

Blogger baru biasanya akan dikritik tanpa tanpa mengira latar belakang oleh mereka yang biasanya berlagak pandai atau sememangnya terlebih pandai .. Ada blogger mampu tahan dan ada yang tidak .. Kena tabah hadapi semua ini ..

Blogger juga ada cara tersendiri untuk menarik minat pembaca mereka .. Bagi aku , blogger seperti jurukamera .. ke mana mana usung kameranya .. setiap apa yang dipandangnya adalah objek yang boleh dijadikan gambar yang menarik jika pandai bermain angle .. Kadang kadang kita nampak objek itu biasa je tapi tidak pada mereka ! Itulah yang perlu ada pada seseorang blogger .. Sesuatu isu itu kadang kadang nampak biasa tapi cuba berikannya pada sudut pandangan anda dengan cara yang berbeza tapi membina ... Siapa tau , pandangan blogger diambil kira satu hari nanti ??

Mata blogger sama seperti lensa kamera .. bezanya blogger ada hati dan perasaan .. bijak menentukan mana yang patut disiarkan dan mana yang patut di pendam ..

Blog Ben Ashaari dalam Radio Malaysia Kelantan FM ?

 

Memula , jutaan terima kasih pada yang sudi memeriahkan peti undian kat sebelah tuuuuu .. heehhe...

Kenapa ? Peti undian kat blog tu menjadi rujukan seorang Dj Radio Malaysia Kelantan FM .. hahahaha.. tak sangka lak ada Dj Radio sanggup meluangkan masa menjengok blog  tak besh ni..

Rasa cam berbaloi gak la kan buat gitu.. Ada gak yg menghargainya .. hahaha ... Apa pon peti undian tersebut masih mendapat sambutan hangat.. terus diundi dan diundi sehingga petang esok barulah ditutup ..

Buat Dj Nur Fizzaay , jutaan terima kasih kerana sudi memilih blog ini sebagai rujukan .. hehe...

Jalur Gemilang bertukar nama ???

 

Tu diaa... korang dah baca suratkhabar Utusan Malaysia ari ni ?? Aisey.. apa laaa.. kata blogger ?? Blogger kena rajin membaca .. Ni dok baca komik atau baca katalog Jaya Jusco je tau.. mana boleh.. rajinkan diri membaca ..

Dalam tu ada satu tajuk menarik perhatian aku memandangkan aku pon dlm kategori itu ... erk.. seperti biasa , aku akan copy cat sat ..

Orang muda buta sejarah!

Haaa... nampak ??? Aku terasa la gak sebab aku muda lagi .. Hujung bulan depan baru masuk 24 tahun ! Muda la kan ? Muka je nampak cam dewasa .. nak kata pe dah .. ikut MYKAD laaa... kan ?

 

Nak baca artikal pasal tu ker ? Ok ..sila klik sini.. Adeh.. malas nak klik kan ? Aku tau.. nak loading lagi satu hal.. maka dengan penuh bangga diri , aku sekali lagi mengopy cat ... sat eh..

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

image

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

- Remaja masa kini buta sejarah.

- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

BA : Tak reti reti lagi bukak buku sekolah ???

Aku blogger baru.. so what ????

 

image

Camana nak mula eh ... erm... ok... Mulakan dengan Bismillah ..disudahi dengan Alhamdulillah .. maka aku nak makan kfc dulu neh.. 3 ketul ..ok ? Set dinner plate nih.. Stok untuk tenaga petang karang kat gym.. hehe..

Okeh.. abis dah .. hehehe .. Kenyang ... blurppp.. hehe.. acah jee.. tak la tahap sendawa ala ala badak sumbu sendawa ... huhu..

Aku perhatikan rata rata yang tinggalkan komen di blog picisan ini ( blog aku laa ) , amatlah merendahkan dirinya... Baguslah gitu .. kita serupa . .sama sama rendah .. Tapi jgnlah terlalu memandang tinggi sangat pada sesuatu blog tu .. Boleh pandang tinggi jika mmg layak dipandang tinggi .. Cuma bagi akulah kan , semua blogger layak di pandang tinggi .. Kenapa aku kata gitu ??? Sila beli E- BOOK aku di laman www.benashaari.com .. Ok ? Hahahha.. tengok.. muka ketat dah tuu.. hahaha.. guna ayat Mat Gebu Al-Buaya Padang Pasirun.. hehe.

Bagi aku la kan , semua blogger sama bagusnya .. Apa yang membezakan ialah pengalamannya .. Pengalaman dalam bidang penulisan , kehidupan serta kekreatifan akan membezakan antara blogger baru dan lama ..

Penulisan ... semua blogger boleh menulis ..maksud aku menaip laa... adeh.. takkan tak tau gak kot ??  Sejak sekolah rendah lagi kita dah diajar membuat karangan .. kan ? Maka masing masing dah diajar menulis berdasarkan imaginasi samada realiti atau fantasi , terpulang pada mereka .. Pokoknya pokok betik.. hehe.. Pokoknya , blogger dah tau mengarang .. bukan susah kan ?

Kehidupan .. Jauh perjalanan , luas pengalaman .. Fahamkan ? Tua belum bererti berpengalaman .. Tak semestinya berjalan baru leh dapat pengalamanan tu .. Maksudnya kena la 'bergerak' .. Kalau setakat duduk dalam bilik tu , camana nak ada pengalaman ? Camana nak berkenalan dengan insan insan lain ? Banyak cara lagi untuk kutip pengalaman kehidupan ini ..

Kreatif ? Pastinya blogger ini sangat kreatif... macam macam hiasan akan diletakkan dalam blognya .. kalau boleh diorng nak cipta sendiri punya widget .. kan ? hehehe.. kreatif tapi tak kena tempat .. blognya rumah banglo .. blog ibarat perpustakaan sekolah .. penuh buku tapi tak la cantik cam IKEA tu... macam macam deco ada .. Yang penting ialah 'isinya' ...

OK.. aku malas nak panjang padahal dah panjang ni .. Oleh itu , wahai saudara saudari blogger sekalian , jgn terlalu merendahkan diri .. Anda dan mereka sama je .. Banyakkan membuat kajian.. Bila blogwalking tu , belajar bagaimana mereka menulis .. bukan g tengok apa yang mereka letak dalam blog tu ... haaa... faham ? Tak ? Adeh...

Perempuan melawa sbb nak memikat eh ?

 

Waaalaahh... jgn besarkan bijik mata tu !! Sila kecilkan semula .. hehe.. tu cuma persoalan yang banyak bermain di benak lelaki.. erk , bukan semua.. adeh ..

Ok .. begini .. Zaman sekarang ni lebih lebih sejak akhir akhir ini , kita dapat lihat makin banyak fesyen fesyen khasnya buat wanita kan ? Makin lama , makin mengancam perempuan perempuan skang ni .. Lelaki lak , fesyennya makin pelik maka kebanyakkan lelaki tamo ikut fesyen pelik yang mana lebih kepada menyerupai perempuan .. kan ?

Cuma bagi perempuan yang gemar mengikut arus dalam bidang fesyen ni , adakah mereka melakukannya kerana minat atau nak mengayat lelaki terutamanya lelaki  beruang  berwang. Jika minat sekali pon pastinya ada niat tersembunyi.. betul ke ?? Masakan hanya kerana suka sukaaaa .. Hurm..

Itu jika mereka yang single .. bagaimana pula dengan mereka yang dah berkawin ? Mungkin mereka bergaya kerana untuk menambahkan lagi keyakinan diri sewaktu berurusan dengan orang tetapi tidakkah itu akan membuatkan 'si tanduk dua' tu membisikkan 'kata-kata hikmat' di telinga terutamanya lelaki agar tertarik dengan penampilan wanita tersebut ..

Ok , contoh eh .. bayangkan seorang wanita berkerjaya seperti setiausaha .. dia punya style mmg kalah artis la.. walaupun tak seksi tetapi bosnya yang lelaki itu sedikit sebanyak pastinya tergoda.. Betul ? Tak ?? Kenapa ? Hehe ..

Adakah jawapan anda ?? Sila beri pandangan anda dengan bernas tanpa ada rasa emo.. okeh ?

Pendapat aku ? Perempuan melawa pasal apa eh ? Hurm... 90% adalah untuk menarik perhatian orang ...  dan baki adalah untuk kepuasan diri  ... ;)

Si sotong mati kerana 'overdose'

 

Huhu.. sian sotong tu.. tak sempat dikeringkan untuk dijadikan sotong kering .. hehe...

Pada peminat si PAUL tu , pastinya terkejut bila laporan mengatakan dia  mati baru baru ni tetapi mengikut dakwaan seorang pengeluar filem China , sotong tu mati dua hari sebelum final PIALA DUNIA !!!

Wah.. biar betul .. hahahah.. sotong pon leh cetus fenomena eh... hahaha.. ni sah sah kaki judi je minat sotong ni.. Aku pon minat gak tapi minat sambal sotong je la.. hahaha...

Rasanya kan.. dia mati sbb banyak dok menilik sapa yang bakal menang... yelah , manusia pon tak boleh buat keje menilik tu maka diserahkan 'dosa' menilik tu pada dia.. tak ke dia frust ?? hahaha..

Baca la sendiri eh ... aku copy paste je ni .. maklumlah , blogger picisan cam aku ni mana reti buat ayat tahap tertinggi seperti 'mereka-mereka' itu .. kan ? 

image

Pengeluar filem China buat dakwaan dipercayai untuk publisiti

LONDON: Sotong terkenal dengan kuasa ramalannya, Paul, terus mencipta sensasi meskipun sudah mati Isnin lalu, selepas ada pihak membuat dakwaan bahawa ia sebenarnya sudah tiada tiga bulan lalu.

Teori itu dikemukakan seorang pengeluar filem China yang mendakwa Paul yang membuat ramalan tepat mengenai keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di antara Sepanyol dan Belanda, mati dua hari sebelum final itu.

Jiang Xiao menuduh pemilik akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman, menggantikan sotong lain dalam tangki air Paul, lapor akhbar Britain, Daily Mail, semalam.

Beliau yakin ‘60 hingga 70 peratus’ bahawa Paul mati Julai lalu sebelum perlawanan itu dan digantikan, selain mempertikai kuasa ramalan sotong itu.

“Sotong semuanya kelihatan sama. Mustahil untuk menunjukkan perbezaan antara satu dengan lain,” katanya ketika ditanya bagaimana Paul boleh diganti sotong lain.

Tetapi, ada yang meragui teori Jiang itu dan mengesyaki dia mahu mendapat publisiti selepas mengeluarkan filem aksi bertajuk Who Killed Paul The Octopus?’

Selain enggan mendedahkan terlalu banyak butir filem itu dan menjelaskan lagi dakwaannya, Jiang juga menuduh pemilik sotong itu enggan kebenaran didedahkan mengenai Paul dan kuasa ramalannya.

“Kami sering menghubungi akuarium itu sejak pembikinan filem bermula tetapi mereka seperti takut dengan kami. Filem ini mendedahkan cerita di sebalik kuasa ajaib sotong itu, mungkin itulah sebabnya mereka risau.

“Kami lakukan banyak penyelidikan untuk filem ini dan saya yakin 60 hingga 70 peratus Paul mati pada 9 Julai dan pemiliknya di Jerman menyembunyikan kematiannya serta menipu kami,” katanya.
Beliau menganggap pelik kematian Paul diumumkan selepas pemilik akuarium itu menghubungi krew filemnya dan menawarkan kerjasama kepada mereka. – Agensi

Hari Pukul Awek Sedunia ke semalam ?

 

Ada dua kes yang dilaporkan dalam media semalam dan hari ni .. Satu yang di Penang tu... ala , kes simbah asid tu .. dah ditahan polis pon ... 

Ni ada satu lagi kes lak .. Pelajar UITM kena belasah dek kekasihnya .. Kekasihnya tu laki la... takkan perempuan nak belasah lelaki kan ? Mmg boleh tapi perempuan malas jer nak belasah lelaki.. kang ilang la title lemah lembutnya tu kan ? hehe..

Hurm... tak dinafikan lelaki ni di zaman muda ( di antara 19 - 30 tahun ) mmg panas berapi punya baran .. Ada yang sampai melebihi tahap kepanasan gunung berapi Merapi tu haaa.. Kalau meletus , tu diaaaa.... debu boleh melebihi langit ke tujuh !! Takde apa dah boleh menghalangnya lagi ... Tu pasal langsung tak rasa bersalah bila buat keje bodoh seperti menyimbah asid tu ... Haih ... cuba la kena kat dia , camana rasanya .. tak pon adik beradik dia .. hurm ..

Buat rakan rakan lelaki di luar sana tu , bawak bawak istighfar bila marah tu .. tak  guna pukul perempuan.. ilang macho awak tu... Kalau dah perempuan tu tak nak , blah je la.. ramai lagi perempuan nak kat awak tu.. tak caya ? Cuba ketip jari !! Tapi aku tak pasti la perempuan camana yang akan datang nanti kan ? hehe..

Kereta James Bond dilelong RM12.8 juta

 

image

LONDON - Sebuah kereta Aston Martin DB5 berwarna perak yang pernah dipandu oleh pelakon Sean Connery dalam filem Goldfinger dan Thunderball dilelong di sini kelmarin pada harga £2.6 juta (RM12.8 juta).

Kereta unik yang mempunyai mesingan, nombor pendaftaran yang boleh berputar dan gear khas itu dibeli oleh pengumpul kenderaan klasik dari Ohio, Amerika Syarikat (AS), Harry Yeaggy.

Yeaggy, seorang ahli perniagaan yang mempunyai sebuah muzium peribadi di Ohio, berkata, dia tidak sabar untuk memandu kereta itu yang boleh bergerak selaju 233 kilometer sejam.

Menurutnya, kereta itu tidak pernah dilelong sebelum ini menyebabkan ia menjadi daya tarikan tinggi kepada pengumpul kereta klasik.

Pemilik asal kereta itu ialah pemilik stesen radio WBEB dari Philadelphia, AS, Jerry Lee.

Lee membeli kereta itu pada 1969 dengan harga AS$12,000 (RM37,296).

Lee berkata, hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada sebuah yayasan miliknya untuk melakukan projek pendidikan dan antijenayah di peringkat antarabangsa.

Menurut, Ketua Pengarang majalah Classic & Sports Car Magazine, Mick Walsh, ia merupakan satu-satunya kereta filem James Bond yang tulen.

Kereta itu turut dilengkapi dengan alat pengesan, bumbung yang boleh dibuka, penyembur minyak, alat pelindung kalis peluru dan skrin asap.

Semua peralatan itu dikawal oleh togol dan suis tersembunyi.

Kereta Aston Martin itu dibuat dengan gabungan reka bentuk Itali dan kejuruteraan Britain.

Filem James Bond telah mempopularkan kereta Aston Martin walaupun kenderaan buatan tangan itu dianggap dijual pada harga yang amat mahal. - Agensi

 

-KOSMO.COM.MY-

Kalau zaman dulu ada FACEBOOK ?

 

clip_image001

Hahaha.. kreatif ... aku dapat ni melalui email... tapi mengikut cop mohor tu , pemilik idea ni dari GIANTPOLAR ( http://funny-profiles-story.blogspot.com )

Sila sengih sengih di pagi hari ...

Dibuka lagi .. cepat cepat cepat ...

 

Memandangkan masih ada lagi permintaaan ... dan ada masa lagi , maka aku nak buka sekali lagi sehingga hari Ahad ni .. ok ? Cukup tak ?

Khas buat blogger baru merangkak.. Kalau rasa rasa korang tu blogger baru , dan tengah merangkak .. dan paling penting , berminat nak join blog list baru ni , ikut je petua aku ni ..

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2: TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

3: Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini.

Peringatan : Bloglist ini tidak kekal ! Akan senantiasa ditukar dan dibuat baru ..Tapi jangka masa pemusnahannya ialah tahun depan la.. lama lagi.. ada 2 bulan lagi untuk korang curik pembaca .. hehe..

Erk.. yang dah buat tu tak payah la buat.. khas yang baru jumpa blog aku ni jer ... cepat lerr....

Jangan lupa undi di sebelah ni yer...

Opsssss..

Alamak !!!! Putrajaya hujan laaaaaa ... tak leh jadi ni... sambung tidur balik !! ..Best best best !

Mat Gebu sudah mengamuk woooii.. Run ! Run !

 

Hahaha... Aku tergolek golek sewaktu menerima mesej dari DATUK PADUKA MAT GEBU SEDENAK TIFFINBIRU AL BUAYA .. Eh.. korang tak tau ke Mat Gebu ni buaya ??? Dia bukan buaya betina laa.. tapi buaya resepi .. kalau dia dapat resepi , dia akan peram dulu !! Kasi kaw kaw punya  wooo .. Bila datang idea dia , resepi tu dia akan derhakakan dengan menggunakan kreativiti dia ..

Maka dapur dia tu penuh la pelbagai jenis bahan bahan masakan, rempah ratus , sayur sayuran dan macam macam lagi la.. Kira dia ngan IRON CHEF ni adik beradik jauh la... Tak la dekat.. IRON CHEF kat Jepun , dia kat Sedenak.. Rupa mmg sebijik Jepun !  Jangan marah aa ...

Kenapa Mat Gebu sudah mengamuk ?? Alaaa.. dia kalau mengamuk , nyamuk tengok pon sebelah mata .. kira takde makna la dia mengamuk ... Macam mengamuk ala ala manja gitu .. Tapi jangan kasi dia mula berleter !! Kalau dia mula berleter , korang pakai ear plug pon tak guna dah !! Sumbat kayu balak kat telinga tu pon tak mampu menyelamatkan telinga korang tu dari berdarah akibat leteran dia .. Perghh... halilintar membelah dada wooo ...

Ok.. jauh sangat aku tersasar .. Gini , aku permudahkan cerita .. Ramai ingat MAT GEBU tu BEN ASHAARI !! Salah tuuu Mat Gebu adalah Mat Gebu dan BEN ASHAARI adalah BEN 10 .. eh.. BEN ASHAARI ... takde kaitan walaupun hampir hampir nak ada kaitan .. kan Mat kan .. hahahaha... guwau laaaaa .. aisey... sensitif tuuull... hahaha...

Tapi yang pasti BEN ASHAARI dan MAT GEBU adalah berjiran dalam dunia maya ni .. Kalau korang perasaan , di bahagian atas blog aku tu ada FEED DAPUR TANPA SEMPADAN .. kan ?

Mesti korang tertanya , kenapa aku letak gitu ? Mudah je ... Itu adalah cara pertukaran pembaca ! Blog aku ni ramai pembaca yang terdiri dari blogger .. manakala blog Mat Gebu ramai pembaca yang bukan terdiri dari blogger ... Camana aku leh tau ??? Aku kata dah.. sebagai blogger , kena rajin buat kajian ..

Ok... sambung .. bila pembaca masuk ke blog aku .. dia akan nampak FEED Mat Gebu tu ...FEED CMG kita tu mmg berantu... mana mana perempuan tengok pasti tertarik .. Yelah , penuh dengan resepi.. Sapa tak tertarik bukan ?

Maka , selepas diorg baca entri aku , mereka ada pilihan .. samada nak lompat terus ke blog MAT GEBU  atau , lihat entri entri terkini yang ada di blog list aku .. Haa..Skang ada 4 kategori dah ... Banyak pilihan .. Mana yang mempunyai tajuk yang menarik , pastinya akan menarik pembaca untuk kliknya .. Begitu jugalah sebaliknya di blog Mat Gebu .. Pembaca di blognya akan melompat ke blog aku kerana tertarik dek tajuk entri dan kemudiannya akan melompat ke blog yang mana berada di dalam blog list aku .. Maka trafik yang masuk dari kedua dua blog ini akan disalurkan ke blog blog lain .. Dengan itu , trafik tidak dipesia siakan .. Takde la mereka akan terus pangkah browser tu kan ? Betul tak ? Tu laa tujuan aku buat semua ini termasuk segmen BLOG LIST tuuuu ... Faham ???

Akan tetapi .. ada yang bercakap belakang belakang ... Alaaa.. si Ben nak tarik trafik murahan la tu... Heeelooooooooooooo !! Mungkin nampak aku tarik trafik tapi cuba tengok betul betul !! Aku tarik sekali ni je tau !! Pastu takde .. Selepas itu pulak , mereka pulak yang tarik trafik aku dengan entri entri menarik mereka !!!

Bayangkan la yer ... blog baru yang cuma ada paling sedikit 10 follower , bila dia update blog... dia dapat la sekurangnya 2-3 trafik yang masuk dari link blog aku .. 2-3 orang pembaca tu , pastinya akan jadi follower dia .. kenapa ? tu tanya pembaca tu sediri .. Bermula  dari 2-3 orang itulah akan merebak ker beribu ribu ...

Yang penting ialah , kebijaksanaan blogger itu sendiri  ! Bagaimanakah nak mencuri trafik dari blog BEN ASHAARI .... Fikir fikirkan...

Ops.. maaf la yer ..trafik blog aku tak la tinggi.. walaupun 100 , ianya tetap trafik ... 

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI