Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 30 Oktober 2010

Bila Kelantan Juara ..

 

Akhirnya ... sejarah tercipta !! Setelah 3 kali eh Kelantan ke final Piala Malaysia , dan  malam ini 30hb Oktober 2010 , tercipta sejarah tersendiri buat Kelantan di mana pasukan bola sepak mereka menjuarai PIALA MALAYSIA buat kali pertama ...

Kemenangan bergaya Kelantan 2-1 ke atas Negeri Sembilan , menutup mulut peminat peminat setia Negeri Sembilan .. Erk.. tutup mulut ke ? Tak pon.. sama sama jerit gak kan ? hahaha.. janji enjoy.. apa kelas nak frust gitu !!

Mari kita saksikan antara gol perlawanan di dalam youtube buat mereka yg tak sempat nak tengok ...

Gol pembukaan yang merupakan gol yang memberi semangat pada pasukan Kelantan untuk bangkit sehingga bergelar JUARA !!

image

Tahniah KELANTAN dan NEGERI SEMBILAN !!

KELANTAN CUTI UMUM ESOK !!

Dimana keperimanusiaan dia hah ?

 

Dalam buletin TV3 tadi ada cerita pasal kemalangan ngeri bas dari Kedah yang berlaku di Genting Sempah .. Kesian betul ... Pemandu bas dikatakan tiada lesen dan bakal hadapi tindakan undang-undang ..

Seramai 7 orang terkorban dan lebih 20 orang cedera dan semua mangsa yang terkorban tersebut telah dikebumikan di dalam satu liang lahad di kampung mereka .. Al-Fatihah buat mereka ..

Yang menjadi sakit hati aku ni ialah , cerita seorang mangsa .. Dia dikatakan berjalan kaki sejauh 1km untuk mencari bantuan dan kebetulan ada kereta lalu .. Yang lahanatnya , mereka mencuri handphone mangsa dan meninggalkan mangsa di situ !!!! Ada ke patut ???? Apa punya @$%^$%^@$  !!!

Aku nak maki.. rasanya cam ..hurm.. nak doa yang tak elok .. sapa la aku .. apa pun biarlah Allah yang menghukum mereka yang tak berperikemanusiaan itu ...

Bosan dengan polis dunia !!

 

Bengang siut .. asal pengganas je , diorng tala kat negara Islam atau komunis ... Seolah olah diorng ni jer betul ! 

Terbaru , dikatakan ada dua bungkusan berisi bahan letupan di alamatkan ke negara diorg .. sasaran kuil Yahudi .. Boleh caya ke ??? Skit pon aku tak caya ... tak leh blah langsung laporan diorng ...

Bukti ? Tah ada ke tak ! Main cakap je ada .. tau tau tuduh pertubuhan yang melibatkan Islam .. haih... bila la nak insaf malaun malaun ni ...

Diorng ada la tunjuk gambar sebagai bukti.. tapi boleh caya ke ??  Gambar tah mana mana amik pastu tunjuk tu buktinya ... Haih... apa la nak jadi diorng ni .. Polis dunia la sangat !

Negeri Sembilan menjadi Pilihan Juara

 

imagePeti undian yang dibuka  selamat 2 hari akhirnya ditutup pada jam 8 malam tadi ..

Keputusannya seperti yang korang nampak iaitu , NEGERI SEMBILAN dengan 51% .. Persaingan amatlah tinggi pada awalnya namun pada akhir akhir undian , NEGERI SEMBILAN menjadi pilihan ..

Apakah pilihan mereka ini menjadi kenyataan ? Hurm.. kita tunggu je siaran langsung dari Bukit Jalil nanti ... 

Semoga segalanya berjalan dengan lancar .. Tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban !!

Mencari kesempurnaan kekasih ?

 

Waalaahh .. aku pasti ramai akan berkata , " hurm.. cinta pada Allah .. cinta pada Rasul ... cinta pada Islam .. cinta pada keluarganya .. tetapi pada kekasihnya ?? " .. ARghhh.. persetankan kekasih semua itu .. Belum tentu mereka itu sempurna.. jauh sekali mereka itu setia ..

Cinta pada ALLAH ? RasulNYA ? ISLAM ? Erk.. cakap boleh .. tapi tang perbuatan ? Sebelum kita nak mencintai Allah , cintailah RasulNYA , MUHAMMAD s.a.w ...

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Ali 'Imraan, 3:31)

 

Ok .. ni cerita aku yer.. malas la nak berkias kias .. cerita aku berdasarkan pengalaman aku .. hehe ..

Perempuan dan lelaki .. dua dua ni manusia la kan .. perangai pon cam adik beradik je.. bezanya , korang tau la sendiri .. Bukan pe , nanti ada yang bagi komen , ala manusia.. ala nama pun perempuan .. ala itu ala ini .. tu semua dah umum.. satu dunia termasuk makhluk kat marikh pon tau manusia ni gitu ..

" Kalau kau nak cari bakal kekasih atau suami , camana pilihan kau ?? " 

Treettt... koman punya jawapan ..

  1. Beriman pada Allah dan mampu membimbing keluarga ke jalan yang diredhaiNya ...
  2. Kaya ? Ala .. tak kaya pon ok .. janji berduit ..

Selebihnya , macam macam laa...

Persoalan aku cuma yang no 1 ... Tak kira perempuan atau lelaki , pastinya mereka mencari calon ada no 1 tu.. AGAMA !! Betul ?? Yearghh.. tepat sekali ... Perempuan akan terpaku bila mendengar lelaki berceramah bab agama , kehidupan .. dan mengaji Al-Quran .. Maka di dalam hatinya , Subhanallah .. itulah ciri ciri lelaki yang ku cari .. betul ??

Ramai la perempuan nak gitu .. tapi kan ... mereka sendiri bagaimana ?? Alasan mereka .. mereka sendiri dah jauh tersasar , sekurangnya bila ada suami gitu , mampu membimbing mereka ke jalan yang benar .. Hurm..

Nak  tanya satu soalan , boleh ? Nak cari kat mana yer lelaki lelaki yang soleh gitu ? Universiti ? Masjid ? Majlis majlis ilmu ? Uptown ? Downtown ? Hard Rock Cafe ? KLCC ?

Sebenarnya kan , bagi aku .. Allah dah beri hidayah pada mereka iaitu agar mencari jalan keluar dari kehidupan mereka itu .. cuma mereka yang tidak mahu bergerak .. Hanya tunggu tangan dipimpin keluar dari situ ..  Kalau si buta tak keluar rumah , sapa tau dia tu buta ? Kalau dia keluar walaupun bertongkat , InsyaAllah .. akan ada yang memimpinya dengan ikhlas tanpa mengira siapa dia itu ..

Tak kira lelaki atau perempuan , jangan tunggu 'dia' datang ... carilah .. cari .. Cari tu bukan di disko... kedai mamak ... shopping complex .. Carilah yang sememangnya 'dia' itu akan habiskan masa di situ .. Jodoh mmg ditentukan tapi tak salah jika mencari bukan ? Bak kata orang , rezeki dan jodoh , Allah tentukan .. tapi kalau duduk dalam bilik siang malam tidur , ada ke rezeki nak masuk ??

Kalau mahukan yang terbaik , cari ditempat yang terbaik ... Fikir fikirkan wahai si bujang ...

Magika dan Syamsul tak layak menang!

 

BA : Nasib baik aku tak tengok.. kalau tengok ,sah sah aku baling kerusi sbb tah hapa hapa punya keputusan !! Sampai ke filem pon nak dipolitikkan ...

 

Oleh Hartati Hassan Basri dan Nor Akmar Samudin

FESTIVAL Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang baru saja berakhir minggu lalu bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia.

Kedengarannya sangat megah dan besar. Namun jika mengikut pengertian sebenarnya, filem yang sepatutnya menepati tema itu adalah filem berwajah dan beridentitikan masyarakat negara ini bukannya mengambil idea luar dan dijadikan filem kita. Filem seperti itulah sepatutnya diangkat dan diperkenalkan kepada penonton antarabangsa. Penonton di barat misalnya ingin melihat pokok kelapa dan pokok pisang, bukannya pokok Krismas yang memang ada di negara mereka. Mereka ingin melihat orang makan dengan tangan dan bukannya menggunakan sudu garfu. Mereka ingin melihat budaya dan cara hidup masyarakat kita yang tiada dalam budaya mereka. Jadi apa ertinya perkara yang sudah menjadi amalan harian mereka dipaparkan semula kepada mereka. Sudah semestinya apa yang mereka ada lebih hebat lagi. Apa yang kita buat sekarang, ambil rangka luar dan isi dengan cerita kita kemudian dibawa ke persada dunia. Apa yang sepatutnya dilakukan, tonjolkan apa yang kita ada iaitu budaya bangsa yang sangat kita banggakan untuk dipersembahkan ke peringkat dunia. Kalau kita lihat filem luar yang dibawa ke persada dunia seperti filem seram Thailand, Nang Nak arahan Nonzee Nimibut, ia mengambil cerita legenda rakyat Thai dan hasilnya bukan saja popular di Thailand, tetapi juga di luar negara, sekali gus menaikkan industri filem Thai yang begitu merosot dengan filem yang kurang berkualiti.

Nang Nak menang Filem Terbaik pada Festival Filem Bangkok 1999 dan Filem Asia Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Rottterdam 2000. Melalui Festival Filem Asia Pasifik yang ke 44, Nang Nak menang Pengarah Seni Terbaik dan Kesan Bunyi Terbaik. Dari segi sambutan, jualan tiket mengatasi filem Titanic dan Jurassic Park. Begitu juga Ong Bak (2005) mengangkat seni mempertahankan diri terkenal di Thailand. Di negara kita, filem Estet arahan Mamat Khalid memaparkan budaya tiga bangsa utama yang ada dalam negara, Melayu, Cina dan India yang tinggal di Estet Cintamanis. Demi menjayakan misi 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan, Mamat sanggup belanja duit sendiri untuk menerbitkan filem berkenaan.

Namun sudah takdirnya, filem itu tewas di tangan Magika, filem muzikal fantasi arahan sulung Edry Abdul Halim untuk diangkat Filem Terbaik manakala pengarahnya, kecundang di tangan pengarah muda, Syamsul Yusof untuk Pengarah Terbaik. Dua filem ini berjaya kerana sesuai dengan tema festival, Filem Malaysia ke Persada Dunia, tetapi hakikatnya ia dilihat mengambil inspirasi Hollywood.

Keputusan itu bukan saja membuatkan Mamat kecewa sebagaimana disiarkan dalam ruangan Interaksi pada Rabu lalu, malah menjadi bualan penggiat seni tanah ais sepanjang minggu ini. Pengarah yang sering mencatat kejayaan box-office, Ahmad Idham Nazri yang turut bertanding untuk Pengarah Terbaik turut mempersoalkan keputusan dan kewajaran juri yang dilantik menghakimi semua filem yang dicalonkan dalam FFM23. Katanya, juri sendiri keliru dengan tema festival hingga tidak tahu hendak dibawa ke mana filem itu.

"Apabila filem Magika menang, apa yang boleh kita banggakan. Sebelum diangkat Filem Terbaik, selayaknya ia diiringi kejayaan lain seperti menang Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

"Namun sebaliknya Magika hanya menang kategori kecil. Kalau tanya pada saya, dua filem saja yang layak dijadikan Filem Terbaik iaitu Estet dan Wuhoo. Ia adalah filem orang kita yang asli. Ia adalah filem Melayu dan filem seperti inilah sepatutnya dipertontonkan ke persada dunia. "Bukannya ciplak filem mereka kerana mereka sudah ada terlalu banyak cerita macam itu.

"Membaca luahan hati Mamat Khalid dalam akhbar ini Rabu lalu, saya faham perasaannya. Saya juga berasa sangat kelakar apabila mana filem arahan saya, Niyang Rapik mendapat dua pencalonan pada kategori Anugerah Cipta dan empat pencalonan untuk Anugerah Perdana, tetapi untuk kategori Pengarah Terbaik saya dicalonkan untuk filem Adnan Sempit.

"Macam mana saya hendak menang kerana Adnan Sempit filem ringan. Peliknya, kenapa mereka tidak calonkan saya untuk filem Niyang Rapik. Tetapi saya tetap bersyukur walaupun juri tidak meletakkan saya pada kategori yang sepatutnya namun mereka tidak boleh menafikan saya dan David Teo berjaya menghasilkan sebuah filem pecah panggung. Ia pencapaian paling bermakna kerana disokong penonton filem Melayu," katanya.

Tambah Idham, kiblat juri FFM23 sendiri kabur dan apa yang dilakukan mereka seperti hendak memberi anugerah itu sama rata. Impaknya lebih mengelirukan masyarakat lalu kewibawaan juri dipersoalkan.

Katanya, juri yang dipilih masih berpegang kuat kepada teori yang mereka belajar berpuluh tahun lalu sedangkan penjurian mestilah berdasarkan arus sekarang. "Saya tidak mempersoalkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selaku penganjur FFM23, tetapi kredibiliti juri. "Kekuatan festival filem terletak pada juri di mana keputusan yang mereka buat akan mencerminkan industri dan yang menjadi mangsa adalah pemenang. "Majoriti boleh rasa siapa yang patut menang dan siapa yang tidak layak menang. "Sesiapa saja yang menganjurkan festival filem, mereka kena tahu jiwa dan roh festival itu terletak pada juri. Kerja juri bukan memberi anugerah sama rata. "Sudah sampai masanya FFM mengenengahkan wajah baru sebagai juri seperti Shuhaimi Baba, Sidi Oraza, Erma Fatima, U Wei dan Rosyam Nor kerana mereka sudah melangkah ke peringkat dunia," katanya.

Mengulas kemenangan Syamsul, kata Idham, dia perlu belajar mengarah dengan anak Datuk Yusof Haslam itu.

Katanya, sudah lima tahun dia dicalonkan untuk Pengarah Terbaik, tetapi tidak pernah menang berbeza dengan Shamsul.

"Saya tidak kisah kalau kalah di tangan Mamat Khalid. Saya ingat lagi ketika mengarahkan Remp-It, Jangan Pandang Belakang dan beberapa filem lain. Remp-It terutamanya, filem genre baru dalam industri dan berjaya tetapi ketika itu ada yang kata pada saya, saya tidak boleh dipilih sebagai Pengarah Terbaik kerana saya masih baru (ketika itu).

"Mereka juga kata Remp-It tidak menepati kehendak festival kerana tidak ketengahkan imej dan budaya Melayu, tetapi kenapa Magika dipilih sebagai Filem Terbaik kerana ia juga filem yang tiada imej Melayu. Hanya watak legenda itu saja imej Melayu, tetapi cara pembawakan dan lagunya tidak melambangkan imej Melayu.

"Ciri lain untuk dipilih sebagai Pengarah Terbaik juga berdasarkan konsistensi karya yang dihasilkan seseorang pengarah. Bukan baru buat dua tiga filem sudah layak dikatakan terbaik kerana kita belum tengok karyanya yang seterusnya. "Saya sudah buat 21 filem dengan pelbagai genre dan semuanya berjaya mengutip kutipan yang tinggi. Saya akui filem Tipah Tertipu kurang cemerlang, tetapi balik modal. Filem yang lain seperti Adnan Sempit berjaya jadi filem pecah panggung," katanya.

Sementara itu, pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil yang dicalonkan Pengarah Terbaik melalui filem sulungnya, V3: Samseng Jalanan dan Pelakon Lelaki Terbaik melalui lakonannya dalam Lagenda Budak Setan turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan juri.

Katanya, dia bangga apabila tewas kepada Bront Palarae kerana dia memang layak diangkat Pelakon Lelaki Terbaik kerana lakonan berkesannya dalam Belukar.

"Saya tidak tengok lakonannya dalam Belukar, tetapi melalui treler yang disiarkan, memang mengagumkan. Malah ramai memuji lakonannya dan meramalkan kemenangannya. Dia bukan saja hebat dalam Belukar, malah dalam drama dan filem lain. "Bagi saya kemenangan Bront adalah pilihan tepat. Bagaimanapun, apabila Shamsul menang Pengarah Terbaik, saya memang rasa terpukul habis. "Saya yakin bukan saya saja, terkejut tetapi satu Malaysia. Bukan saya kecewa kerana kalah, tetapi dari awal lagi saya yakin trof itu milik Mamat Khalid," katanya.

Kata Farid, bukan saja keputusan juri pada malam FFM23 yang dipertikaikan, malah sebaik saja senarai top 5 diumumkan, sudah ramai meluahkan rasa tidak puas hati.

"Paling ketara, ketiadaan filem Muallaf dalam senarai pencalonan dan banyak lagi. Bagi saya, untuk menjulang filem Malaysia yang dikatakan sesuai dengan tagline Filem Malaysia ke Persada Dunia, ia perlulah mengikut acuan kita.

"Lihat filem bukan satu sudut saja, tetapi pandang dari naratif, sinematografi, suntingan dan ideologinya. Intipati filem itu perlulah merangkumi pelbagai aspek. "Bagi saya filem itu perlulah mempunyai ideologi tempatan, apabila di bawa keluar negara menjadi antarabangsa dengan ideologi Malaysia," katanya.

 

-BHARIAN ONLINE-

Terkini: PAS bayar pengundi DUN Galas pulang mengundi

 

GUA MUSANG: PAS membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi dan menafikan bayaran itu satu bentuk rasuah sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.

Katanya, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada pilihan raya kecil itu calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusoff, 49, akan ditentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44. - BERNAMA

-BHARIAN ONLINE-

Mari teka : Siapakah akan menang ?

 

Ok .. sangat mudah ... sapa cepat dia menang ... dan hadiahnya berupa , 24 jam FEEDER blognya akan berada diruangan sidebar BLOG BEN ASHAARI !! 24 JAM tuuu.. dia saja..tak berkongsi dengan sapa sapa .. haaa...

Caranya mudah saja.... Seperti biasa ... buat satu entri ( lepas keluar keputusan , delete je la entri tu. bukan susah pon .. bukan entri kekal ) .. Apa yang perlu ada dalam entri tu hanya

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2 : TAJUK - MARI TEKA : SIAPAKAH AKAN MENANG ?

Kemudian , tinggalkan link anda itu di ruangan entri ini BESERTA KEPUTUSANNYA !!! SIAPA MENANG DAN BERAPAKAH JARINGANNYA !! ingat .. PERLU ADA SIAPA MENANG DAN BERAPAKAH JARANGANNYA .. CONTOH : KELANTAN MENANG : 1 - 0

Jawapan tu ditinggalkan di ruangan komen yer.. bukan di dalam entri !!  nanti orang tiru !! hahahahah ...

OK ... sapa cepat dan tepat ! dia menang !!

Kenapa Kelantan PERLU menang malam ini ???

 

Opss.. aku bukan penyokong Kelantan mahupun Negeri Sembilan .. dan aku tak rasa pun akan tengok live malam ni .. Nak tengok MAJALAH TV3 berkenaan isu HAJI rasanya malam ni ... hehehe.. Aku tunggu keputusannya dah la yer termasuk ulang tayang gol gol ( ke satu gol je ? ) di youtube .. eheh..

Bukan aku tak sokong bola sepak Malaysia ni ... sokong sangat sangat.. Bangga bila pasukan kita menang tapi tu la...asik asik dok kecoh ngan THAILAND , SINGAPURA dan INDONESIA .. dan skang ni VIETNAM malah MYANMAR .. kiranya dah semua pasukan ni dah jadi cabaran untuk pasukan kita menjuarai sesuatu piala yang melibatkan mereka .. Sepatutnya lama dah pasukan negara kita ni jauh kedepan .. ni macam yoyo .. mau tak tensen ? Dah la tu , si pemimpin dok ganggu lak .. erk , maksud aku tu yang si ahli politik .. tah hapa hapa ... menyibuk betul la .. dah la kat kempen pilihanraya korang mentemberang pengundi , sampaikan ke dalam padang bola pon kalut dok mentemberang.. apa kes ? Bagi la yang selayaknya pegang jawatan persatuan bola tu ... haih .. korang duduk belakang belakang cari sponsor dah laaa... Cam ni bila nak majunya ..

Aku rasa la kan , nasib baik la ada beberapa negeri yang mana penyokong mereka masih lagi setia menyokong pasukan mereka seperti Kelantan , Negeri Sembilan , Selangor dan beberapa buah lagi tapi jumlahnya tidak sehangat  3 negeri tu .. Zaman aku dulu ( 90an)  sampai Sabah dan Sarawak penuh stadium !! Dasyat wooo ..

Ok..berbalik kenapa KELANTAN perlu menang .. jawapannya mudah jer .. SILA LA BALAS JASA PENYOKONG ANDA termasuk juga yang telah berkorban demi menyokong anda !! INGAT !! Penyokong anda merantau jauh dari KELANTAN sehingga ke KL untuk menyokong anda !!  Maka perlulah bermain mati matian kali ini .. Bermainlah dengan tanpa alasan .. Anggaplah ini perlawanan terakhir sebelum anda bersara !! Haa.. amacam ?

Kalau NEGERI SEMBILAN lak , aku tak pasti sangat la.. apakah semangat yang sesuai untuk NEGERI SEMBILAN menjuarai PIALA MALAYSIA kali ini ? Mungkin sama kot alasan dengan Kelantan tu tapi setahu aku lom ada lagi penyokong N9 terkorban di stadium kan ? Haaa...

Ini bermakna , semangat pemain KELANTAN buat masa skang pastinya tinggi membuak buak untuk menang... Berhati hatilah NEGERI SEMBILAN ..

SEMOGA BERJAYA BUAT KEDUA DUA PASUKAN INI .. PASUKAN PALING KURANG MEMBUAT SILAP PASTINYA AKAN MENJUARAI PIALA MALAYSIA KALI INI .. DAN BUAT KEDUA DUA PENONTON ,SALING HORMAT MENGHORMATILAH YER.. INGAT , ANDA DAN DIA ADALAH SAUDARA SEAGAMA ... TAK BERBALOI KALAU BERGADUH !!

Ruginya .. ruginya.. ruginya ...

 

Ali : Ko g mana petang ni ?

Abu : Dating ler .. apa lagi nak buat ?

Ali : Sementara tu ?

Abu : Ni dok menganga dengan kau ni apa kemendanya ?

Ali : Sapa kata aku dok menganga je ni ?

Abu : Dah tu .. dari semalam aku tengok kau dok mengadap laptop tu jer  !! Bila aku jeling kat skrin kau tu , ko dok layan FB .. Dari melayan menda gitu , baik aku tengok tv... huh

Ali : Oooo.. jadi selama ni kau ingat aku membuang masa dok mengadap laptop ni la yer ?  Meh sini aku tunjuk kat kau ..

image

Ni yang aku dah dapat dan bakal dapat tau ! Dah ada lagi yang aku dpt .. Boleh aku nak tunjuk kat kau berapa aku dapat tapi aku malas .. Bukan apa , kau ni kaki meminjam .. Kalau pinjam , bayar balik tak per .. tapi ni sampai jadi 'arwah' si peminjam tu pon belum tentu terbuka hati kau nak membayarnya ..

Aku bukan nak berkira dengan kau tapi aku nak bagi kau lubang .. lubang buat duit yang tidak memerlukan kau membanting tulang keringat kau hari hari . Aku tengok kau pandai mengayat perempuan .. Dari kau buang air liur kau dok mengayat diorng , baik kau 'mengayat' cara aku ni .. Berbaloi baloi !! Tak payah tunggu bonus dari company dah ! Tiap tiap bulan kau dapat bonus woooii ..

Abu : Kau cerita betul atau cerita hindustan kat aku ni , Ali ???

Ali : hurm... kau nak aku buktikan lagi ??? Nah.. tengok ni lak ...

image

Cheque dia akan sampai sehari dua lagi.. ni haa... 3 keping sekali !

image

Jadi , duit belanja aku tu .. boleh la aku simpan dalam bank .. kot esok esok aku gatal nak menikah awal , tak payah la nak g pinjam kat ALONG ke .. kat ANGAH ke.. kat KAK CHIK ke... g je kat ASB tu haa.. kasi korek keluar semua .. selamat masa depan buat sementara .. hehe ..

Abu : Hurmm ... berbaloi jugak kan ? Tapi aku tak tau nak buat la .. idea nak menulis cerita pon takde ... kang sia sia jer ..

Ali : Aku dulu macam kau gak .. Terpikir .. ada ke orang nak baca blog aku ni ?? Aku bukan artis .. Aku bukanlah penulis novel.. Tapi tak cuba tak tau la kan ? Aku buat je la... Maka .. taraaaaa... berbaloi baloi... kalau nak nikah skang pon ok dah ni.. hahaha..

Abu : Weh .. aku nak buat gak boleh ? kau ajar aku eh ?

Ali : Eh .. boleh je.. sila la beli E-BOOK aku .. kau ingat dunia ni semua free ?? Air kosong pon dah 50 sen !!

Abu : Ceh .. ngan kawan kawan pon berkira !!

Ali : Ala... kawan , kawan gak .. bisnis tetap bisnis .. cmana la melayu nak maju kalau semua menda nak free ????

Abu : Yela yelaaa .. berapa ??

Ali : Kau nak harga kawan kawan atau harga biasa mahupun harga ahli ?? 

Abu : Camana tu ?? Berapa ?

Ali : Harga biasa .. RM50 .. Harga Ahli .. RM40 .. Harga kawan kawan , murah la.. aku baru RM 60... ok ?

Abu : Hah ???? RM60 ? Nape mahal dari yang lain ???

Ali : Sbb aku tau , kalau kawan kawan nak , mesti bayar bulan bulan.. silap silap sebulan rm1 ! mau giler aku menghabiskan kredit mintak hutang .. hahahahha .. acah je la.. ye laa.. aku ajar kau nanti.. Mana tau kot kau jadi popular .. senang gak hidup aku.. Boleh bayar semua hutang kau tu kat aku balik ... hahahaha .. Aku gurau je laaa... Terus muka ketat cam muka mat gebu tu.. ahhahaha..

Abu : Mat Gebu tu sapa ???

Ali : Haa.. nanti bila kau dah jadi ahli kelab blogger sedunia , kau pasti kenal dia .. hahaha .. kan mat kan ..

Abu : Dah dah .. malam kang ajar aku .. aku nak abiskan duit aku ni kat awek tu.. tu kaki kikis aku tu.. asik asik nak makan kat hotel jer .. ceh... dah la tu , makan  tak abis.. order macam lembu sekawan nak makan .. huh ! Mau gak aku terminate dia nanti !!

Ali : Hahahaha.. padan muka kau.. kau yang cari pasal.. kau jawab sendiri laaaa .. okeh.. selamat bermaksiat !!

Abu : Huh ...

Melancong ke negara yang sedang hangat ..

 

Erm.. macamana aku boleh g melancong ke negara yang sedang hangat berperang ni eh ? Erm.. pelbagai tanda dalam tu menyebabkan aku rasa pelik ..

Antaranya .. aku berjalan di satu kawasan yang agak kering.. tapi sejuk .. ada sekali tu kelihatan ombak besar datang.. warna airnya sangat cantik dan menyebabkan aku membongkokkan diri lalu bermain dengan air .. tapi rupa rupanya .... pasir ! Aku terkeliru atau aku berimaginasi ?

Kemudian aku kembali ke bandar .. Kumpulan pengganas ada di mana mana .. Wife aku ketakutan .. Dia ajak pergi ke hotel yang lebih selamat... Semua tempat tak selamat .. kecuali hospital .. lalu kitorang ke sana .. di sana .. aku yang tak selamat .. ada seseorang yang aku kenali di situ .. hurmm ..

Negara yg aku g melancong tu amat pelik .. erm.. apakah mesej yang tersembunyi dalam mimpi aku tu ????

Perlu ke letak ?

 

Aku perasan sejak mula aku berblog , contest adalah yang paling best untuk disertai tapi malangnya aku kurang tertarik ... Bukan takut kalah atau apa tapi disebabkan aku perlu meletakkan banner di side bar aku tu... hurmmm..

Kalau sekadar dalam entri tu ok jer .. takde masalah tapi bila letak sidebar , akan nampak tak comey gitu .. pastu jadi terlalu panjang .. Ini cuma pendapat aku je ... Apa kata korang lak ? Perlu ke letak side bar tu ?

Aku tau , tujuannya dimintak meletakkan side bar tu adalah untuk mewar warkan pertandingan tu cuma , tu la.. aku tak pasti la berapa ramai yang sependapat dengan aku.. maka aku nak tau pendapat korang .. perlu atau tidak ?

Dibuka lagi .. cepat cepat cepat ...2

Memandangkan masih ada lagi permintaaan ... dan ada masa lagi , maka aku nak buka sekali lagi sehingga hari Ahad ni .. ok ? Cukup tak ?

Khas buat blogger baru merangkak.. Kalau rasa rasa korang tu blogger baru , dan tengah merangkak .. dan paling penting , berminat nak join blog list baru ni , ikut je petua aku ni ..

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2: TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

3: Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini.

Peringatan : Bloglist ini tidak kekal ! Akan senantiasa ditukar dan dibuat baru ..Tapi jangka masa pemusnahannya ialah tahun depan la.. lama lagi.. ada 2 bulan lagi untuk korang curik pembaca .. hehe..

Erk.. yang dah buat tu tak payah la buat.. khas yang baru jumpa blog aku ni jer ... cepat lerr....

Jangan lupa undi di sebelah ni yer...

RM40 juta je ?? Cukup ??

 

Hurm.... saman jer beratus ratus juta .. senang skit ... haih ...

KUALA LUMPUR: “Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.
“Soal tamak wang tidak timbul berbanding kekejaman mereka terhadap ibu. Jadi saya berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap tindakan kami.

Tujuan kami hanya satu, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya,” kata anak jutawan kosmetik itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mengenai perkembangan terkini dirinya, Rita, 25, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan ibunya dan masih belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang cekap seperti arwah ibunya.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar yang difaks kepada pejabat media petang semalam berkata, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, tuntutan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 November depan itu dikemukan terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selain Kamarudin, peguam bela yang akan mewakili firma guaman itu ialah Won Walter Pereira dan Annie Gomez.

Ketika dihubungi, Kamarudin berkata, tuntutan saman ganti rugi itu adalah hasil perbincangan yang dibuat bersama ahli keluarga mangsa, kira-kira seminggu lalu.

Katanya, RM40 juta adalah jumlah yang difikirkan sesuai berdasarkan kerugian terhadap keluarga mangsa berikutan operasi perniagaan syarikat kosmetik itu mengalami kerugian kerana pembunuhan kejam Sosilawati.

“Bagaimanapun, kita akan lebih memfokuskan kepada Pathmanabhan. Mungkin ahli keluarga Sosilawati juga akan hadir ketika kita memfailkan tuntutan ini,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 dan tiga individu lain.


Individu lain itu adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.
Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.

Selain membakar, mereka mengaku salah membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting dan Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 30 dan 31 Ogos lalu.

Kamarudin juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak keluarga Ahmad Kamil sama ada mahu melakukan tindakan sama iaitu menyaman tertuduh seperti yang dilakukan oleh ahli keluarga Sosilawati.

Bila nak kawin ? Bila nak ada anak ? Bila nak ada cucu ?

 

Weeehh... apa nih ???? Dah takde soalan lain ke nak tanya ??

Tensen bukan ? Ada je menda nak ditanya pada 'kita' .. Dari mula lahir hinggalah ke tua ... cuma dah tua tu soalan nak ditanya tu tak berani nak tanya .. " bila nak mati ?? " .. kalau tanya soalan tu , aku jamin si penanya tu akan tempah kuburnya sendiri .. kan kan ?

Pelik ? Bukan.. mmg dah lumrah manusia ni suka bertanya cuma yang di tanya tu tak selesa... Contohnya , bila nak kawin ? Bukannya dia tak nak kawin , tapi dah belum sampai masanya .. Atau bila nak ada anak ? Kalau nak kurang ajar senang je nak cakap , jap lagi beranak la isteri saya tu .. Adoi... sah sah la tu bukan kerja kita .. Kerja kita dah buat cuma lom ada rezeki ..

Soalan soalan kehidupan ni mmg kita tak dapat lari .. Pasti akan di tanya bila jumpa orang orang yang kita kenal tapi lama tak jumpa .. Hurmm .. bagi aku , soalan soalan gini umpama soalan menyapa rakan .. seperti memberi salam .. Beri salam skang ni ibarat bersalam tanpa benar benar memaksudkan salam tersebut ... Mmg la , bukan semuaaa.. haih.. umum ler ...

Wallahualam ... sedar sedar la diri tu yer...

Rahsia $$ BUFF aku ...

 

Ini tips akan lupus sejam selepas di keluarkan .. ehhe.. sebab ada yang tak suka cara ni.. tapi bagi aku sangat sangat berbaloi ...

OK.. ini tips yang pernah aku berikan satu masa dulu .. tapi nampaknya ramai blogger baru tidak menyedarinya .. Tak pe .. meh sini aku ceritakan sedikit ..

Kalau korang ada BE , maka inilah tips aku untuk tingkatkan lagi $$ BE korang tu ..

Cuba korang perhatikan blog korang tu .. cuba kira berapa banyakkan entri yang ada di bahagian muka depan tu .. Banyak tak ? Tidakkan korang perasan di blog aku ni ada hanya satu entri ?? Kenapa ada satu je ?

Kalau korang nak tau ... cuba korang modified sedikit blog korang .. buat sekurangnya 2-3 entri saja di depan tu.. kemudian seimbangkan dengan dengan side bar korang tu agar nampak kemas..

Cuba lah... nanti korang nampak perubahan pada trafik dan juga BE korang .. hehe..

Aku cukup takut di situ ...

 

Baru aku terbaca satu kejadian kemalangan di GENTING SEMPAH ( KM38) melibatkan sebuah bas pelancongan dan 6 orang maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera .. lanjut di sini ..

Aku tak tau la kenapa kawasan ni amat menakutkan aku .. tak kira pegi dan balik .. kalau aku berjaya melepasi kawasan ni , aku amat amat bersyukur sangat ... berdoa je dalam hati bila lalu kawasan ni..

Bagi mereka yang tak pernah lalu lagi , kawasan ni terletak di lebuh raya Karak untuk menuju ke Pantai Timur .. Mmg jalannya amat merbahaya dan selekohnya amat tajam... Aku pelik ada jugak kereta yang dipandu laju sewaktu menuruni bukit di situ ..

Satu lagi laluan lebuh raya ke Pantai Timur yang aku takut ialah Bukit Tujuh .. Huhu.. tu kalau terlalai , mmg ke gaung terus la jawabnya.. Evil betul kan ? Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari sebarang bala bencana ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI