Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 3 November 2010

Contoh blogger kreatif !

 

Hehe.. bijak ! Dengan cara begini , blogger ini mampu menarik perhatian blogger blogger yang sememangnya ada 'nama' di kalangan pembaca mereka sendiri ..

Macam aku kata , semua blogger mampu berdiri sendiri dan tak mustahil mampu berdiri sama tinggi dengan blogger yang terlebih dahulu berjaya !

Kreatif ! Blogger kena kreatif .. bagaimana nak kreatif ?? Terpulang pada kebijaksanaan sendiri .. Kreatif perlu seiring dengan bijak .. Bila ada idea , gabungkan kedua duanya.. Hasilnya adalah seperti blogger MILA ... Tahniah MILA ! Semoga berjaya !!

Tapi berhati hati .. kreatif jangan sampai ada yang terluka !

Tanggungjawab anak lelaki ..

 

Sian ayah aku .. Mak aku bagitau aku tadi yang dia sakit sangat tangan dia sehinggakan nak angkat tangan pon tak larat .. Tu gara gara urat belikat yg tersalah lorong la kot .. Mmg sakit kena tu .. Aku pernah kena cam tu gak .. 2 minggu susah nak bangun , nak bergerak ...jgn cerita la kalau sakit perut .. azab giler ..

Lepas maghrib tadi aku offer diri untuk urut badan dia ... Hurmm.. bila terpandang wajah tua dia , mmg buat hati aku sayu .. Teringat sewaktu susah dia membesarkan aku .. Cakap je nak apa ... dia pasti usahakan .. tapi mesti berkaitan dengan pelajaran atau sukan jer .. bab lain , jgn mimpi la ..

Ayah aku dizaman muda yakni sewaktu aku masih kecil dulu , sangatlah garang .. tapi garang garang dia adalah kerana nak didik anak anak dia .. Hurm... entahlah .. banyak aku kecewakan dia ..

Satu nasihat aku buat mereka yang masih punya ayah dan juga 'rasakan' diri tu dah cukup matang dan dewasa untuk hidup sendiri.. Hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada.. Dengarlah segala kata mereka .. Jagalah mereka sebaik mungkin .. Jangan hampakan mereka .. Tak lama dah mereka bersama kita .. Bila bila  masa jer kita boleh kehilangan mereka .. Jangan sampai saat tu baru kita nak teriak tak hengat .. Nyesal tak sudah ..

Ingat.. hari ni kita sebagai anak .. Esok kita sebagai ayah atau ibu pula .. Kalau segalanya dipulangkan pada kita , camana ?

Kuah tau foo punya pasal , lipas dapat nama !

 

Geram aku terhadap si lipas semalam belum berakhir . Jumaat ini , aku ngan wife akan mulakan Operasi OH LIPAS secara besar besaran tanpa belas kasihan ..

Tak tau dari mana puncanya .. Mana sarangnya .. mana datuk neneknya ... sampaikan anak cucunya macam satu batalion tentera ! Huh ..

Malam ni nak try letak daun pandan lak .. orang dulu dulu kata letak daun pandan ... Tak tau la camana kesannya nanti .. Guna air sabun pon dah.. mmg berkesan tapi nak tunggu dia keluar tak tau la bilanya.. diorng ni beroperasi bila lampu lampu dah ditutup .. hurmm ...

Lipas kat umah aku ni cam dah mengalamai evolusi .. Makin bijak lak ..Letak perangkap lipas , mula mula je jadi .. pastu tak dah .. hurmm..

Disbbkan lipas tu , aku sakit kepala sbb berkali kali terjaga..Mana taknya terjaga , merayap kat kaki.. kat tangan... Geli siut.. tah mana diorng merayau sebelum tu .. huh.. Tu pasal aku mengamuk tengah malam malam buta.. Tapi yang peliknya , wife aku boleh lena je tidur.. Aku amuk pon dia tak sedar ..huh..

Aku rasa tekanan darah aku naik ari ni .. Mungkin sbb lipas tu ..tapi bila wife aku bagitau , sbrnya tekanan darah aku naik disebabkan aku hirup kuah yong tau foo yang penuh dngan kicap...

Ye tak ye gak.. hurm.. dh tak pasal pasal aku demam ni... Satu hari takd mood .. Hangin je badan.. huhu... kat opis pon duk diam jer.. haih... Esok keje tak ? Tengok la camana... hurmm....

Ada yang terlupa ..

 

Rukun Islam

 

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

 

Rukun Iman

 

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar

 

Rukun Negara

 

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan

Nak popular kena ada rupa ke ??

 

Popular dalam dunia blog ni camana eh ? Adakah seperti Redmummy tu baru dikira popular ? Kena muka cun.. seksi meksi .. baru leh orang kenal ? bila orang kenal baru masuk blog dia eh ? Jom serbuuuuu.... 

Eh ? Gitu eh ? Mari kita lihat contoh paling dengan dengan aku yakni jiran sebelah aku ni.. Nama dia Adnan Sempit Ibrahim atau MAT GEBU al Buaya dengan blog popularnya www.tiffinbiru.blogspot.com.. Ok.. sila ulangi blognya .. www.tiffinbiru.blogspot.com .. Ok ? Hafal dah ?

Mari kita tengok rupa Mat Gebu yang telah merangkul beribu ribu ribu trafik setiap hari ...

image Amacam ? Hensem ? Antara dia ngan Tom Cruise sapa hensem ??? Haaa.. tau pon .. mestilah Tom Cruise kan ... Tapi nape orang perempuan lebih ingat nama Mat Gebu dari dia ??? Sbb entrinyaaa yang best best termasuk gambar dia yang menjilat monitor tuuu.. haaa..

Jadi , sila buang pandangan yang tak masuk akal tu.. Asal ada rupa jer baru blog boleh popular .. salah tuuuu .. Gunakan kelebihan dan keistimewaan korang untuk memikat pembaca ..

Lagi contoh .. aku.. haaaa.. pasal apa aku letak gambar tu ? Gambar tu aku guna sejak berkurun lamanya.. penah aku nak tukar gambar lain tapi mereka dan keluarga mereka tak benarkan .. paksa aku letak balik .. maka , dengan berat hati aku letak balik.. sebab tu aku guna gambar biasa je kat atas tu .. tu pun tak lama lagi nak tukar .. Nak guna gambar yang mengikut peredaran masa.. okeh ?

Kesimpulannya .. korang tak perlu la dok ingat , aku tak cun . aku tak hensem untuk upkan blog tu.. aku sendiri pon buat 20 entri sehari untuk sampai ke tahap ni ..

Faham ? Ni dah cukup ringkas ni.. takkan nak bebel lebih lagi ????

Entry buat GayahSpears

Sahabat ,

Aku tak mengerti apa jua kesakitan yang dikau lalui ,

Apa yang pasti , tangan ini ku tadahkan ,

memanjat doa pada Ilahi ,

agar segalanya kembali seperti sediakala ..

Sahabat ,

Sungguhpun kita saling tidak mengenali ,

kita disatukan di dunia maya ini ,

apa yang pasti , tangan ini ku tadahkan lagi ,

agar kita bertemu kembali ...

GayahSpears .. semoga segalanya berjalan dengan lancar .. InsyaAllah ... Buat mereka nak mengetahui ceritanya ... bolehlah lawat ke blognya ... berikanlah kata kata semangat buatnya ..

GAYASPEARS

Hari ini dalam sejarah ...

 

image

Buat kali pertama , blog aku berada dalam kedudukan bawah Top 300 .. Sebelum ni dok main lingkungan 300 jer .. hehe.. Cuma untuk Alexa traffic rank tu , pencapaian terbaik aku , 72 ribu... ok la.. aku ada 2 bulan untuk mendapatkan kepuasan berblog ..

Ada sekali tu , aku frust dengan kedudukan Alexa ni .. mmg cam biskut..jap naik jap turun .. tapi kali ni aku nak cuba dapatkan top 200 ... hehe.. dalam Malaysia pon ok la kan .. Saja untuk kepuasan berblog di samping dah terbukti blog boleh menjana pendapatan sampingan ..

Anda pula bagaimana ??? Hahaha. cam iklan MLM lak ... adeh.. dah dah... korang jangan terkejar kejar ALEXA ni.. kasi mantop dulu blog korang .. kasi cun dulu .. nanti ALEXA tu mai sendiri ... Mantapkan entri dan cara penyampaian korang .. okeh ?

Boleh tak aku bawak adik beradik aku keje satu opis ??

 

Satu perkara yang paling aku menyampah sekali bila bab kerja ni ialah , jawatan jawatan kosong yang diisi oleh adik beradik , sepupu sepipit mahupun mereka yang ada pertalian bau bau belacan dengan mereka ..

Kena pulak yang buat pengambilan tu , kononnya spesis yang ikut buku .. Maksudnya jenis yang berprotokol la gamaknya .. Protokol tongkol dia !

Ikut buku , mmg ikut buku.. tang orang lain , kena ikut buku tapi kalau kena kat dia lak ?? Buku mana dia ikut ? Buku sejarah dunia tingkatan 1 ke ??

Ni la dia kalau dah ada kuasa skit .. belum ada power cam wolverine ke.. cyclops ke ... abis dunia dia belasahnya .. Nasib baik kuasa dia cukup cukup untuk mengawal kucing kucing dari berkeliaran !

Ubah ubah la perangai .. Tak ke mana dengan kuasa tu .. keluar je pintu opis , ko tu kerdil gak ! Dalam opis pon kerdil gak cuma orang malas nak bising .. Tapi ingat.. batasan perlu dijaga !

Kelantan Dominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010

 

PETALING JAYA, 2 Nov (Bernama) -- Selepas kejayaan merangkul Piala Malaysia buat kali pertama selepas 55 tahun, pasukan bola sepak Kelantan, atau dikenali dengan nama "The Red Warrior", meneruskan kecemerlangan mereka apabila meraih lima daripada tujuh anugerah utama pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010.

Pada majlis anugerah yang diadakan di sini pada hari Selasa, penyerang berbisa skuad itu, Norshahrul Idlan Talaha, dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga dan Penyerang Terbaik musim ini.

"Ia satu anugerah yang cukup bermakna dalam kerjaya saya. Saya akan terus melakukan yang terbaik. Selepas bersama pasukan kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lepas, sasaran saya kini adalah untuk membantu Malaysia di Sukan Asia Guangzhou," kata Norshahrul di sini.

Pada majlis itu, beliau menerima piala dan hadiah berupa wang tunai RM3,000 untuk Anugerah Pemain Paling Berharga, serta piala dan wang tunai RM500 untuk Anugerah Penyerang Terbaik.

Selain itu penjaga gawang pasukan itu Khairul Fahmi Che Mat turut meraih dua anugerah di mana beliau dianugerahkan dengan Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Sementara itu, B. Satianathan yang membimbing kejayaan penuh bersejarah pasukan Kelantan pula dipilih sebagai penerima Anugerah Jurulatih Terbaik.

Anugerah Pemain Tengah Terbaik dimenangi oleh Baddrol Bakhtiar daripada pasukan Kedah, manakala Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak daripada pasukan Negeri Sembilan menerima Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.

Majlis anugerah itu turut memberi tiga anugerah sampingan iaitu Anugerah Kelab Terbaik kepada Johor FC, Persatuan Bola sepak Selangor (Anugerah Persatuan Bola sepak Terbaik) dan Persatuan Bola sepak Kedah (Anugerah Kelab Penyokong Terbaik).


-BERNAMA-

Lebih 20,000 Mangsa Banjir Dipindah Di Kedah

 

ALOR SETAR, 3 Nov (Bernama) -- Berikutan banjir yang semakin buruk di utara Semenanjung jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat dan menyebabkan gangguan bekalan air di tiga daerah di negeri Kedah.

Di Kedah, seramai 20,902 penduduk daripada 5,734 keluarga di beberapa daerah di negeri itu dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak dua hari lepas.

Daripada jumlah itu 12,872 penduduk daripada 3,655 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,908 mangsa daripada 984 keluarga adalah dari Padang Terap, 3,182 penduduk daripada 878 keluarga di Kota Setar dan 940 penduduk daripada 217 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata 88 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 40 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, empat di Pokok Sena serta sembilan di Kota Setar.

Tinjauan Bernama di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Sementara itu, tiga daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena dan sebahagian kawasan di daerah Pendang mengalami gangguan bekalan air bermula semalam dan hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) hari ini, gangguan bekalan air itu disebabkan oleh Intake Loji Bukit Pinang Fasa 1, 2, 3, dan 4 dan Nephelometric Turbldity Unit (NTU) ditenggelami air terlalu tinggi.

Pihak Sada memohon maaf di atas kesulitan itu dan sebarang aduan dan pertanyaan boleh hubungi Pusat Informasi Sada di talian hotline 1-300-88-0017.

Di PERLIS, keadaan banjir di sekitar Kangar bertambah buruk dengan angka mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 6,052 orang berbanding lebih 4,500 mangsa petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata mereka ditempatkan di 40 pusat pemindahan yang diwujudkan di seluruh Perlis.

Setakat ini, 4,127 mangsa yang dipindahkan ialah dari kawasan Kangar manakala 1,091 dari kawasan Padang Besar dan 834 orang dari kawasan Arau.

Sementara itu, para petugas media di Perlis beroperasi di luar pejabat hari ini berikutan laluan ke pejabat di bandar Kangar ditenggelami air.

Beberapa wartawan juga terpaksa berhadapan dengan tugas sukar kerana ada yang menjadi mangsa banjir dan terpaksa berpindah termasuk dua wartawan Biro Bernama di Perlis.

Di KELANTAN, mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang pada sebelah pagi ini bertambah iaitu seramai 452 orang berbanding semalam 297 mangsa berikutan limpahan air Sungai Golok.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas berkata kesemua mereka ditempatkan di dua lokasi pemindahan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan stesen keretapi lama di pekan Rantau Panjang.

Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sudah mengarahkan 1,182 pegawai dan kakitangan bersiap sedia bagi menghadapi musim banjir khususnya di bahagian utara semenanjung Malaysia berikutan amaran hujan lebat di tiga negeri itu mulai semalam.

Beliau berkata ini kerana banjir mendedahkan masyarakat kepada risiko berlakunya penyakit berjangkit seperti cirit-birit, deman kepialu, taun dan leptospirosis.

"Seperti kita sedia maklum, banjir boleh menimbulkan berbagai masalah kesihatan terutama kepada kanak-kanak, wanita dan warga tua. Jadi, kumpulan ini perlu diberi perhatian sewajarnya," katanya kepada pemberita di Gua Musang hari ini.

Katanya pasukan kesihatan dan perubatan di pusat-pusat pemindahan akan ditempatkan secara tetap sekiranya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut melebihi 500 orang.

Liow berkata tindakan yang akan diambil juga merangkumi penyediaan serta memastikan stok ubat-ubatan, peralatan, vaksin dan alat pelindung diri sentiasa mencukupi.

- BERNAMA -

Jangan tonjolkan kebodohan anda ..

 

" Apa beza  RON95 dan RON97 ?? Sama je.. nombor je lain.. Atau tahun dibuat ... "

Itu perbualan yang aku curi curi dengar pagi tadi .. Erk.. nak kata curik pon tidak sbb diorg bercerita mmg nak kasi dengar satu gerabak ERL tu ..

Dari stesen ERL Putrajaya hinggalah ke dalam ERL , terdapat sekumpulan kakak kakak non stop berceloteh .. Dari satu topik ke satu topik hinggakan aku yang nak membaca majalah dalam ERL tu pon terpaksa menumpukan telinga aku untuk mendengar butiran cerita mereka ..

Aku tak rasa aku je yg dok menjeling hujung hujung mata kat diorg tetapi ramai lagi ..  Kadang kadang aku rasa cam tak sesuai jer diorg berborak sambil menunjukkan tahap IQ diorg tu ..  Dari kes Sosilawati sampailah ke isu minyak ..

Yang nak buat aku tergelak besar bila diorng cakap pasal perbezaan minyak tu .. Haih.. kot ya pon , jgn la dibincangkan secara terbuka sambil menggunakan 'hailer' .. Malu weh .. orang yang naik ERL tu bukan budak sekolah .. macam macam profession ada .. yang tengah duk duduk tu aku perasan pilot ... pegawai pon ada berdasarkan pakaian yang mereka pakai .. Adoi.. memalukan ..

Yang bestnya , cerita pasal laki diorng .. pasal mak mertua pon ada !!! Yo heelloooo... akak tu bukan budak sekolah laa.. anak anak pon dah sekolah rendah ... segan la skit kat orang sekeliling ... Aku pulak tak sabar nak keluar dari ERL secepat mungkin ... haih ..

Wahai orang muda ...

 

Kebelakangan ni politik negara menjadi semakin haru biru .. Yang muda mengelengkan kepala .. yang tua menganggukan saja .. janji masyuk .. kan ?

Mengikut kotak undian di blog aku ni  , image PAS menjadi pilihan .. Samada pengundi yang kat blog aku terdiri dari orang muda atau macam aku ni ( kira pakcik makcik la ) , tak pasti ..Tapi rasanya majoriti terdiri dari org org muda..

Ok..Aku dapat satu pertanyaan semalam ... Berkaitan dengan undian tersebut .. MENGAPA PAS menjadi pilihan dan bagaimanakah cara memulihkan kepercayaan muda mudi dan nak  menarik pengundi pengundi yang terdiri dari muda mudi agar menyokong kerajaan ?

Jadi di sini , aku nak amik kesempatan  untuk bertanyakan pendapat korang .. Ini pendapat masing masing yer.. Harap tak perlu ada emosi di sini.. Nak dalam suasana santai jer .. Kenapa dan mengapa ...

Jika ada pihak yang memantau tu , harap boleh bersikap terbuka dan amik pandangan mereka ini memandangkan PRU tak lama lagi kan ? Korang boleh tinggalkan komen di sini atau buat dalam bentuk entri dan tinggalkan url korang di sini ...  okeh ?

Kerja kosong : Sejam dibayar RM99,200 !!

 

TOKYO: Domino's Pizza di Jepun menawarkan gaji AS$31,000 (RM99,200) sejam bagi seorang pemohon bertuah diambil bekerja dengan syarikat berkenaan pada bulan Disember depan sempena ulang tahun ke-25 pelancarannya di negara Matahari Terbit itu.

Jurucakap syarikat itu berkata, mereka yang berminat perlu menghantar permohonan selewat-lewatnya 10 November, mesti berusia lebih 18 tahun dan orang yang berjaya akan diberi pakaian seragam percuma.

Upah bagi kerja separuh masa di Jepun secara puratanya adalah 1,000 yen (RM40). – Reuters ( BHARIAN )

image Iklan - AKADEMI KECANTIKAN RED GLOW

Tempat bersidang para blogger ..

 

image

Penah masuk sini ? Rasanya umur Kelab Blogger - Ben Ashaari ni sama umur blog aku .. Jumlah yang terkumpul setakat ni ialah

imageHaaa.. ramai tak ?? Majoritinya adalah blogger sendiri .. Hurm.. kat sini mereka boleh post entri terkini masing masing .. Contoh ..

imageHaa.. dan banyak lagi .. Ini antara platform yang aku buat khas untuk mereka memperkenalkan diri dalam dunia blog .. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang baru lagi dalam arena blogging ini sebelum popular.. hehe.. dah popular , tak main dah sini.. ;)

Ok.. kalau berminat nak mencuba .. silakan..tak perlu bayar tiket.. hehe.. > KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Kanak-kanak lemas dalam tali air di Bachok

 

BACHOK: Seorang kanak-kanak, Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12,
dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di sini ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu.

image IKLAN - Shawls dari EQCLOSET

 

Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Malek Che Omar, berkata Siti Nor dipercayai bermain seorang diri dan terjatuh ke dalam tali air

berkenaan ketika kejadian yang berlaku jam 4 petang.
"Kehilangan beliau disedari oleh anggota keluarganya selepas didapati beliau tiada di rumah dan mengesyaki terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas menjumpai selipar yang dipakainya di atas tebing tali air itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Malek berkata beliau bersama enam anggota melancarkan gerakan mencari sebaik sahaja menerima aduan pukul 6.14 petang dan menjumpainya di dasar tali air itu jam 6.45 petang kira-kira 40 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata mayat Siti Nor yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum diserahkan kepada anggota keluarga. - BERNAMA

 

-BHARIAN ONLINE-

Asam garam dunia blog ?

 

Mula mula aku nak bagitau , yang kacau aku semalam tu lipas .. Disbbkan dia , aku sakit kepala sampai skang sbb asik terjaga dari tidur ..

Ok .. berbalik isu komen dalam blog .. Ada sahabat bagi komen tadi bahawa komen komen tu adalah lumrah .. Apa saja kita buat , pastinya akan dikritik .. Di cari la mana sudut kelemahan agar kritikan boleh dilemparkan .. Nak tanya satu soalan .. Yang nak kritik tu bagus sangat ke ? Penulisan dia tu dah tahap Phd ke sampai layak nak mengkritik penulisan orang lain walaupun amatur ?

Bukan aku nak tersentap dengan komen mengarut tu .. Muak dah .. aku pernah kene lagi teruk dari tu cuma aku nak satu je .. Blogger berpendidikan ... Jangan nanti orang kata , blogger ni takde keje lain , asik nak bergaduh mengutuk mengeji .. Diorg takkan nampak yang elok elok para blogger buat.. Yang diorng nk tengok ialah negatifnya dunia blogger ni.. 

Aku tau ramai sangat nak komen negatif kat blog aku ni .. Yo helloooooooo... aku ni sapa ? Artis ? Korang tengok aku kat tv ke ? Aku dapat bayaran juta juta ke ? Atau aku ada sebarang jawatan dalam parlimen ? Kalau takde , yang beria nak kondem aku ni nape ?  Meluat tengok blog aku atau orang dok cerita pasal aku ?? Tutup je la browser tu .. Aku yakin , kalau takat aku ni pon dah meluat , apatah lagi blogger blogger lain ..

Tolonglah .. buang hitam dalam hati tu .. dunia blog ni kecik je walaupun jumlahnya besar .. Kalau ada yang kata blogger ni nak kejar glamer , maaf la.. aku tak berminat .. Kalau aku berminat sangat , banyak dah gathering aku pergi .. Tapi ada aku pergi ??

Mudah je bagi aku.. aku berblog sebab aku tau dari blog boleh dapat pendapatan sampingan ( tak perlu buat kerja part time luar rumah lepas kerja )  dan juga tempat aku nak bercerita apa saja .. Kalau tak suka dengan cerita aku , pangkah jer .. kasi tutup itu browser ..

Aku yakin blogger blogger di luar sana pon sama gak .. Nak kritik , silakan .. Tapi bagi fakta dan dalil ! Bukan ikut bisikan syaitan tu .. Sebelum nak kritik tu gak , cuba belek diri tu sendiri .. Dah cukup bagus nak kritik orang lain ? Betul sangatkah diri tu ?  ;)

Bukan marah laaa... bosan ... setahun dah dalam dunia blogging.. asyik perkara sama je berlaku .. Jangan kata , ala manusia.. ada ok ada tidak .. kalau kita asik berpegang dengan pepatah tu , jawapnya sampai bila dunia kita ni takkan aman .. jgn kata dunia , malaysia pon cukup lah .. erk.. tak payah taman , kawasan perumahan kita pon cukuplah ..

Aku tak tau orang lain tapi aku nak 'kawasan' aku ni harmoni .. Orang datang dan pergi dengan senyuman .. Aku bukan kenakan tiket atau aku tak suruh ' SILALAH KLIK NUFFNANG SAYA'  bila masuk blog aku ni .. Tak nak baca , dipersilakan pangkah .. Suka baca , terima kasih ! Datanglah lagi ..  Mudah bukan ?? Ada banyak lagi blog untuk dibaca .. carilah yang berkenan di hati...

Semoga Allah merahmati kita semua ...

Nak kata apa .. ?

 

Semalam ada la sahabat blogger singgah kat blog aku pastu memberi komen yang mewakilkan pendiriannya.. Ok la tu .. Terima kasih kerana sudi singgah yer ..

Seperti biasa , aku mesti balas semula kunjungannya dengan melawat blognya semula .. Hurm ... Newbie rupanya.. Baru ada satu entri tapi dah pandai memberi komen membina pada blog yang lebih senior dari dia ..

Sikap blogwalking tu bagus dah .. Cuma jagalah bahasa bila memberi komen .. Bukan nak diminta dipuji.. Tak berminat pun dan menagih pon kata kata pujian dan juga cacian .. Kalau tak suka , bagitau dengan cara elok .. Bukan apa , tulisan kita sendiri pon belum tentu bagus tapi dah mandai nak kutuk tulisan orang lain ..

Cuma , lain kali bacalah entri dengan betul betul .. Sebabnya ada blogger tak boleh cerita direct lalu digunakan kiasan .. Kena tau bab ni .. Bukan semua orang boleh bercerita dengan bebas sbb ada mata yang memandang ..

Alhamdulillah , ada pembaca / blogger faham entri aku tu .. Tersengih aku sbb sampai juga maksud aku  tu .. Yelah , blogger cam aku ni mana boleh cerita terus terang ... Kang .. haaa... aku gak susah .. Nak sampaikan perasaan di hati , tak boleh .. dah tu camana ? Takkan nk pendam n cerita dengan jiran sebelah je kan ?

Buat blogger baru baru , satu je pesan aku .... kalau tak tau apa resepi masakan blogger lain , makan je masakan tu .. pastinya ada 'ramuan' istimewa dalam tu ... jgn tengok hiasan luar jer...Kalau rasa was was , buang terus ... tak perlu nak panggil tukang masak tu lalu nak maki hamun .. OKeh ? Belajar belajar memberi komen dengan penuh kebijaksaan .. Jangan bagi nampak kebodohan diri kita sendiri ..

Ops.. terlebih sudah pagi pagi ni .. Salam ... hehehe.. Bukan marah .. nasihat pon bukann.. tegur pon tidak .. Sekadar memberitahu .. Nak ikut , silakan.. Tak nak pon , silakan.. tiada paksaan ..

Bikin panas punya binatang !

 

Adoi... dok baekkk punya mimpi tadi !! Sekali dia boleh mai menyelit kat tengah tengah mimpi aku tu !! Tensen betul laaaa... aku cukup pantang kalau dia main main ngan aku !

Aku bangun terus .. bukak lampu ! Aku mencari ... cari dan terus mencari ...  Jumpa !! huh... pandai ko menyorok yer ... tapi ko silap ! Ko telah membangkitkan sang rimau yang sedang beradu !!!

Mana ridsect ??? Manaaaa.... biar ko mati dengan penuh kekejaman ... sapa suh ko ganggu aku ??? biasanya aku kasi korang mandi dengan air sabun tapi  disebabkan ko berani menganggu tidur ku ini , maka selayaknya ko mati dengan sesak nafas !!!

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI