Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 5 November 2010

Filem kita wajah kita budaya kita ..

 

Pernah dengan ayat tu ?? Pernah kan ? Cuba kita tengok balik filem filem kita kebelakangan ini .. Cuba bandingkan dengan filem filem luar ..

Bila kita cuba buat perubahan maka pelbagai cerita timbul .. Maka di manakah taraf filem kita ? Bila kita nak buktikan kita boleh maju dalam filem animasi , maka dikatakan .. hehe.. korang tau la kan .. Dulu KRU penah buat filem animasi Lagenda ... pon ada isu gak .. Skang UPIN dan IPIN ..

Dulu arwah Yasmin buat filem biasa biasa tapi 'sinis' pon orang kata .. Dah tu ? Apakah kita hanya layak layan cerita cerita ..ermm .. yang ada UNDI UNDI atau .. apa ek... ke layak tengok cerita orang lain je ?

Sampai bila kita nak maju ? Kalau maju dan berjaya sekali pon akan timbul isu .. Mulut manusia .. senantiasa cari salah walaupun terang terang ada kebenaran disebaliknya .. Dibutakan mata untuk lihat kelebihan itu untuk melihat kekurangan yang sengaja diciptakan ..

Nak kata apa dah kan ? Layan je la .... kan ... Yang penting , yang berjaya akan terus naik .. yang penuh hasad tu ,duduk je la kat takok tu ...

Apakah dia fikir dia besar maka semua patut tunduk hormat ?

 

Jangan dilayan yang tak patut dilayan ..

Dari dulu sampai skang , isu bas mmg tak abis abis.. dari bas ekpress , bas awam ( bas henti henti orang kata ) dan bas sekolah ..

Aku pasti ramai pernah ada pengalaman dengan bas awam ni .. Kalau diorg diatas jalanraya , pemandu tu bawak seolah olah jalan tu diorng yang punya ..

Banyak kali berlaku pada aku , bila bas awam ni bagi signal nak masuk laluan kita , diorg terus masuk jer .. tak de makna nak tunggu tunggu.. Kalau kita ? Haram diorg nak lepas .. Boleh kira berapa kali je diorg bagi kita lalu.. Ini pengalaman aku yer..

Tadi .. ada sebijk bas awam di Putrajaya .. marah kat aku.. hehe.. nape dia marah ? Sbbnya aku tak bagi dia lalu .. camana aku nak bagi dia lalu  sedangkan tu laluan laju .. kalau aku berenti , mahu mahu ada kereta belakang bantai aku .. Dan kenapa dia sabar je tunggu ? tunggu je la kan ... sampai clear , masuk la... haih..

Berlalu dari situ , 300 meter dihadapan ada lampu merah .. Aku berenti , dan dia pun berenti sebelah aku.. Dia jengah kat tingkap tengok aku .. Aku tengok dia balik .. Apahal ?? dia ingat dia besar pastu semua kereta kecik kena tunduk ? Heloo... ikut la peraturan ...

Aku tau.. dia nak balas dendam .. Lampu hijau dinyalakan.. Seperti yang aku jangkakan .. dari lane kiri aku terus dia pancung aku untuk masuk ke selekoh .. Heh..Dia ingat aku hairan ?? Aku pecut dari arah kiri ... pancung dia belah kanan dan berada di depan dia balik..

Kemudian aku pandu pelan pelan .. kasi bakar dia .. hahahha.. padan muka dia ... Apa dia ingat aku takut sangat ?? Sikap pemandu bas ni mmg aku tau lama dah.. Keluarga aku sendiri terdiri dari pemandu bas.. maka aku tau dah.. Dan aku membesar dengan menggunakan pengangkutan awam ! Dari kecik sehingga ke besar aku guna bas... skang ni je baru guna ERL dan LRT.. hehe..

Yer..aku tau.. bukan semua pemandu bas gitu... ada yang bagus tu bagus.. kan kan ?

Siapa Ben Ashaari ?

 

Sumpah .. Aku pon tak kenal dia.. hurm... Mesti ramai pelik apa halnya blogger dok sebut pasal dia ni ?  Aku pon pelik naper ramai blogger dok sebut nama dia ..

Nak kata bagus sangat blognya , tak la pulak kan ? Nak kata dia ni keluar kat suratkhabar , pon tak jugak kan .. Dah tu , nape ?? Iskh.. tak faham ..

Ada perkara kita faham.. dan ada perkara kita tak faham ...  Apakah dengan menjadi artis , wartawan , ahli politik atau berkerjaya bagus saja baru layak untuk dikenali orang ?

Hehe.. aku sendiri pon tak tau .. bukalah minda ... zaman makin maju .. Jangan ingat artis je boleh buat nama .. Skang ni jurugambar pon boleh popular ... Driver taxi pon boleh popular .. Malah tukang sapu sampah pon boleh popular.. Bezanya bagaimana mereka boleh popular ..

Jangan tengok kulit untuk menilai sesuatu .. tengoklah isi .. kalau nak tengok isi , tengok dari muka satu hingga habis.. kalau baca belakang belakang je , maka jawapannya .. hurmm.. biasa jeee..

Serius .. kalau orang tanya apa yang bagus sangat blog aku , aku jawab satu je .. BLOG AKU TAK BAGUS LANGSUNG ! Tapi orang nak baca blog aku .. Mereka yang nilai .. Nak tanya .. Blog ko bagus ke ? Sehari berapa puluh ribu orang masuk ? Berapa banyak rangkaian television panggil untuk temubual ?

Maka , ada perkara kita faham .. dan ada yang tidak .. Kalau tak faham , sila bertanya .. Tak tanya maka tak tau kan ? Cari yang positif .. kalau cari yang negatif maka jumpa yang negatif...

Negara kita ni kotor.. sampah sarap merata rata .. Penduduk dia semua jenis pentingkan diri sendiri .. Nak tanya , dah habis pusing ke Malaysia ni ? Dah abis jelajah ke Malaysia ni ? Jadi , jangan mudah buat sesuatu rumusan atas sbb kita tu berpelajaran tinggi... Setinggi kita masih ada yang tinggi tapi mereka merendah diri..

Bosan bila ada yang cuba berlagak pandai padahal ?? Ops .. aku bukan blogger otai .. Wang ? Bukan segalanya tapi tanpa wang ?

Mak aih.. cun giler awek tu ..

image 

" Wah ... terjojol tengok awek tu .. cun dan seksi.. Kalau dapat , sumpah tak cari lain !!  "

Kaum hawa mesti nyampah kalau terdengar dialog ni keluar dari mulut lelaki kan ? Tapi zaman skang ni , perempuan pon pandai dah tengok lelaki yang kacak dan seksi dah .. Er, lelaki seksi kat belah mana eh ?? hehe..

Tapi kan , berapa ramai yang berjaya jadikan perempuan cun atau lelaki kacak ni sebagai pasangan hidup mereka ? Apakah fizikal ini menjadi faktor utama dalam pemilihan menjadi pasangan hidup mereka ?  Sbbnya bila nak dijadikan pasangan hidup , mereka akan memandang faktor lain pulak ...

Di sebelah kanan blog aku ni , aku ada sediakan kotak undian .. silalah pilih yang mana menjadi faktor utama dalam pemilihan pasangan bagi anda .. Jangan persiakan undian anda yer .. hehe..Terima kasih pada yang sudi mengundi tu .. Nak bagi duit , tak mampu lagi. heheh..

PRK Galas: Nik Aziz minta penyokong Pas jangan kecewa

 

KOTA BHARU 5 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota Pas tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN), yang mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada PRK DUN Galas kecil itu, calon BN, Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam ”post-mortem” Pas.

Katanya, post-mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan Pas dalam pilihan raya kecil itu.

– Bernama ( UTUSAN )

Pahang bersiap hadapi banjir lebih buruk

 

KUANTAN: Pahang kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu berasaskan keadaan banjir di utara Semenanjung sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti 594 pusat pemindahan yang mampu menampung kira-kira 128,528 mangsa jika berlaku banjir.

Selain itu, katanya, bekalan juga telah dihantar sejak Oktober lagi ke 92 pangkalan yang diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir yang terputus hubungan.

"Seramai 9,138 pesakit berisiko tinggi di kawasan yang mungkin terbabit banjir turut akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk kanak-kanak di bawah satu tahun, pesakit mental, ibu mengandung yang dijangka bersalin pada tempoh banjir, golongan istimewa dan lain-lain," katanya.
Kerajaan Pahang juga, kata beliau, telah mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif bagi pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sekiranya pusat sedia ada terbabit dengan banjir.

Muhammad Safian berkata, sebanyak 442 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko dilanda bencana itu termasuk 123 kawasan di Temerloh, 64 di Pekan dan 47 di Kuantan.

"Cuti penjawat awam juga dibekukan bagi tempoh 15 November hingga 15 Januari," katanya. - BERNAMA

 

-BHARIAN-

Perokok orangnya sombong dan ego !

 

Huih.. panas ... tapi betulkan ? Sapa berani tegur mereka mereka ini tika mereka sedang merokok ? Ada ?? Malas dan tak larat dah nak tegur suh merokok jauh jauh .. Haih ..

Tadi , selepas solat Jumaat  aku ngan kawan aku g Ali Bistro kat Precint Diplomatik .. Makan tengahari kat situ .. hurmm .. belakang aku ada dua org brader ni... baik punya dok merokok tanpa ada belas kasihan kat orang lain ..

Saja aku tengok dia dua tiga kali ..tapi wat dek jer .. hurm.. perlukah nak tegur ? Aku pasang telinga dengar diorg berborak .. Hurm.. aku tak rasa diorng ni jenis cikai punya orang .. Kira keje bagus la gak .. tapi sayang , otak kat lutut !

Kalau di tegur , tak rasa nak dengar cakap .. Atau perlu ke tegur ? Dah cukup tua dah tu untuk fikir menda sekecik ni .. haih ... Ego ke sombong ? Pentingkan diri sendiri ???

BOLEHKAH MERAYAKAN PERAYAAN ORANG KAFIR?

 

Bagi Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya:

Maksudnya: "Ketika Rasul s.a.w. sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi s.a.w. melihat mereka menyambut dua hari tersebut) Nabi saw bertanya: "hari apakah dua hari ini?" Mereka menjawab: "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

sambungan > Bahaya Syirik

Siapa semangat aku ??

 

Mula mula aku berblog .. aku dikenalkan dengan dua tiga nama yang popular dalam dunia blogging ini .. Aku masuk .. aku baca .. cari di mana keistimewaan blog itu .. Cari .. godek .. jumpa ... Hehe.. apa istimewanya blog tu ??  Penulis itu sendiri .. Masa dan kreativitinya ..

Hurm.. aku terfikir .. Kalau itulah keistimewaannya , aku rasa aku pon boleh .. Sbb aku sendiri pon mmg gemar menulis serta aku senantiasa memikirkan cara untuk memajukan diri.. Kalau aku boleh fikirkan itu , bermakna aku boleh fikirkan sesuatu untuk blog aku ini ..

Kemudian aku g lagi ke blog blog yang diceritakan oleh mereka yang mana mampu menjana beribu ringgit sebulan hanya dengan blogging..

Huh.. Aku tak percaya la.. mana mungkin boleh .. Tetapi mereka buktikan dan aku percaya .. Aku terfikir .. kalau mereka berjaya , pasti aku boleh juga kan ? Sbbnya mereka manusia dan aku manusia.. Mereka ada akal dan aku juga begitu.. Jadi apa kelebihan mereka ? Mungkin mereka lebih bernasib baik ..

Tak pe.. Aku percaya Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah .. Rezeki mmg DIA yang tentukan tapi kali kita cari dan berdoa senantiasa agar dimurahkan ,insyaAllah.. tak kemana rezeki itu.. Yang penting , usaha !

Aku godek lagi .. cari lagi .. Wah .. ramainya pembaca blog mereka .. Bagaimana nak dapat cam mereka itu ?? Hurm... kena keluar suratkhabar baru boleh popular ??? Huhu.. sapa aku untuk keluar kat suratkhabar ? Patah semangat ? Hurmm... tak mungkin ... kalau tak dapat berpuluh ribu, kita cari la beribu kan ? Gunakan kreativiti yang ada..

Akhirnya .. skang ... setiap bulan pastinya 'NUFFNANG' menjengah..

IMAG0016a 

Dan setiap hari ada bilangan di kotak FOLLOWER aku ini bertambah .. Ini membuktikan bahawa blog aku ini diterima mereka.. Syukur .. Semangat untuk mempertingkatkan blog ini semakin hati semakin bertambah ..

imageBlog blog yang membuatkan aku terbeliak bijik mata satu tika dulu kini tidak lagi membeliakkan mata aku kerana aku sudah tau apa rahsianya ..

Maka sekarang , segala usaha aku membuahkan hasil .. Berbaloi ker ?  Hurm... hurmm... Dengan duit blog aku dah beli kamera dslr , pda dan ... ASB.. hehe.. berbaloi... tak lupa , belanja kawan kawan.. hehe.. rezeki kongsi kongsi la skit kan ..

Semangat untuk memajukan blog ni datang bila idea aku diketepikan oleh blogger blogger lama .. Idea aku dipandang remeh .. Tak pe la.. Kalau mereka tak nak , biarlah yang baru ni nak.. Maka blogger blogger baru inilah yang menaikkan aku.. Sbb itulah aku tak lupakan jasa mereka.. Setiap blogger baru muncul dan minta pendapat atau tips dari aku maka aku dengah sukarela mengongsikannya.. hehe.. nak rugi apa kan ?

Ini bermakna.. sebenarnya semangat berblog aku ni datangnya dari blogger blogger baru ..  Aku taknak di puji jauh sekali di puja.. cukuplah bagi aku mereka berjaya bergerak sendiri tanpa di tolak oleh blogger lama.. itu dah cukup membanggakan aku ..

Dan paling utama sepanjang aku berblog ini ialah persahabatan .. Persahabatan yang terbina dengan blogger blogger dunia masakan mmg amat mengembirakan aku..  Aku berjaya menyatukan dua dunia menjadi satu dunia .. Masakan dan personal ..

Kalau tak caya , korang cuba la berkawan dengan blogger masakan.. sangat sangat berbaloi... Mereka akan jadi kawan , kakak mahu pun ibu buat kita tatkala kita memerlukan kawan untuk berbual.. hehe.. Terima kasih ..

OK la.. tu je... letih nak bebel .. nak mop umah lak.. malam nak g tengok wayang kat ALAMANDA.. Walaupun boikot , g tetap g alamanda.. hehehe..

Kuasai entri baru kuasai blog ..

Ini cara aku .. lain orang lain caranya .. Aku banyak menekankan pada entri sebab sasaran aku adalah pembaca yang senantiasa keluar masuk blog aku ..

Ada blogger gemar menggunakan teknik blogging untu menangkap 'trafik' dan ada juga menggunakan isu isu panas dan terkini .. Apa jua cara sekali pon segalanya bergantung pada entri .. Tak guna blog lip lap dan penuh bunga bunga tapi kandungan seperti budak sekolah rendah punya cerita .. Maaf , bukan mengutuk atau mengeji tapi sama sama kita belek semua hasil tulisan kita ..

Dalam enti sebelum ini aku ada terima banyak pendapat dan pertanyaan .. Antaranya 'takut tkde pembaca nak baca ' ...

Gini eh .. buat blogger blogger baru .. apa jua tulisan korang dalam blog tu anggap sebagai latihan .. Latihan untuk memperkukuhkan lagi dari segi isi .. Jadikan komen (walaupun satu komen ) yang diterima tu sebagai pendorong .. Jadi , jangan risau ada orang baca ke tak .. Mula mula takde orang ... lama lama ?

Aku dulu pon gitu .. aku cerita segalanya jenis cerita .. Tujuan nak tau apa sebenarnya yang diminati oleh pembaca blog aku ni .. Dari situ , aku perbaiki sedikit demi sedikit .. Pada mulanya pun sama gak cam korang .. nak dapat 10 UV pon susah ... Tapi aku tak kisah .. aku terus berblog.. terus tanpa rasa jemu .. Tolak tepi apa jua orang kata ... Cerita mengarut .. takde cerita .. dan macam macam lagi.. Sekarang ??

image

Apa jua yang aku postkan , pasti ada baca .. Syukur , Alhamdulillah .. akhirnya blog aku diterima .. Namun begitu , aku masih belum boleh kata yang blog aku ni ok dah .. Belum langsung ! Kalau di beri rating , aku rasa aku baru dapat 2/10 .. Masih terlalu jauh untuk dikatakan BAGUS ..

Satu lagi pertanyaan yang aku dapat ialah dari segi bahasa .. AQ,AK,DIEW,KITEW dan banyak lagi.. mmg nampak fancy atau cute gitu tapi nak tanya , apakah entri itu untuk dibaca oleh orang ramai atau khas untuk diri sendiri ? Fikirkan itu yer ..

Entri entri lama patut di delete atau tidak memandangkan gaya bahasa berubah dari masa ke semasa .. Untuk mengelakkan menjadi isu di kemudian hari , ada baiknya di delete .. Atau biarkan saja untuk menunjukkan pada pembaca yang blogger itu berubah cara penulisannya dari semasa ke semasa .. Kira ada peningkatan laa.. ok ?

Bila kita dah berjaya memikat pembaca melalui entri kita , barulah ke peringkat selanjutnya iaitu , teknik seo dan macam macam lagi .. Teknik teknik berblog ini boleh korang godek sendiri dgn mengoggle..

Aku malas nak terjemahkan dari ENGLISH ke BM dan kemudian berbangga dengan entri tersebut.. hehe.. tamoo.. Apa yang aku tulis ini adalah pengalaman aku sebagai blogger .. aku tulis apa jua yang ada dalam hati aku .. Orang nak baca atau tidak , terpulang .. Aku tak rugi apa .. Ramai lagi yang berminat nak baca .. hehe ...

Faham tak ni ? Kalau tak faham , tinggalkan pendapat dan sebarang pandangan sila kemukakan.. Terima kasih .. Jom lepak Alamanda mlm ni .. hehe..

Kalau benarlah serius dalam blog ..

 

Mula mula aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen di setiap entri aku ... Aku baca setiap entri tu dan jika perlu aku respon , aku respon ..jika korang sekadar meninggalkan pendapat atau jejak , aku hargainya.. jika nak kritik , silakan tapi pastikan membina dan berfakta .. Gunakan bahasa yang menunjukkan 'status' korang .. Jangan lupa ada yang membaca komen tu ..

Ok.. aku nak bagi satu tips mendapatkan kestabilan trafik di blog korang .. Kestabilan ini juga membantuk korang mendapatkan $$ yang agak cun sekiranya korang mempunyai BE ..

Kalau benar korang nak serius untuk meningkatkan taraf blog korang tu , maka tolak tepi segala alasan .. Tiada alasan untuk kejayaan.. Kalau benar tiada masa , curik masa yang ada ..

Mudah jer .. setiap entri yang buat , biarlah santai .. bersahaja.. ringan dan berinfo.. biar ringkas tapi padat .. Jangan mengarut dan paling penting ialah penggunaan bahasa .. Tolong gunakan bahasa Melayu yang betul .. Fahamkan maksud aku bila aku kata bahasa melayu yang betul ? Tapi kalau korang nak guna bahasa rojak tu gak , terpulang la.. ikut selera blogger tu sendiri ..

Ok... mulakan hari anda dengan post 1 entri pada tengah malam ..Satu entri yang mempunyai cerita yang menarik .. Tajuk yang diberi pada entri itu perlu menarik mata .. Tapi ingat ..tajuk dan cerita adalah selari .. Jangan tarik pembaca dengan tajuk tapi cerita mengarut ! Kena kutuk nanti ..

image

Trafik dari kul 12 tengah malam hingga 8 pagi

Kemudian .. satu entri lagi di antara pagi hingga tengahari .. Kalau kerja , sampai sampai opis , post la satu entri..sebelum g makan .. curik 5 minit untuk satu entri jer .. dari buang masa makan sambil melepak baik 'hidupkan' blog tu ..

Entri ketiga , post di antara petang ke malam ... Buat student , takkan takde masa langsung ? Aku perhatikan , mereka banyak masa ngadap FACEBOOK dan YM tapi kata takde masa ? 5 minit pon takde masa?  hurm.. pelik gak aku sebenarnya..

Ini tips yang aku bagi pada mereka yang seringkali kata ingin berjaya dan meningkatkan taraf blog .. Segalanya bermula dari usaha .. Usaha tangga kejayaan.. Jangan asik mengeluh ingin berjaya tapi kaki tak melangkah langsung !

Dan akhir sekali , buang sikap memberi alasan sibuk atau takde idea .. Idea , kalau korang boleh berborak dengan kawan kawan ,bermakna korang ada idea .. Anggap setiap kali korang post entri tu , korang borak dengan kawan .. Pembaca adalah kawan borak korang .. Haa.. gunakan cara ni .. InsyaAllah ..

Tu je la .. Mahu atau tidak , tepuk dada tanya .... tepuk pelan pelan yer .. Mulakan dengan itu untuk membuktikan blog korang itu 'hidup' 24 jam ..

 

Tok Esah kata ..

Selamat malam semua cucu Tok Esah. Semoga Sihat2 blake (semua). Hurm, Tok minta maaf sangat2 kerna tak sempat nak update Blog ni tuk hari ni dan membalas kunjungan sahabat2 sekalian. Sekali lagi Tok menyusun seribu kemaafan. Mungkin ada yg tertanya2 apa yg dah terjadi kat tok kan>..?? haha (amek berat juga kat tok ni)

Alhamdulillah Tok sihat sahaja tapi keadaan tak mengizinkan tok nak update blog dan membalas kunjungan semua. Almaklumlah, tok busy sket sejak dua menjak ni. Kena belajar bio, Chem, com, Bi, Arab dalam satu hari. Nak pengsan tok rasanya. Huhuhuhhu

So daripada membuang masa buat kerja tak berfaedah, tok ada terserempak dgn satu makhluk ni.. erkkk, bukan makhluk tuhan paling seksi, Mulah Jamilah nyanyi tu...Ni makhluk yang tak bernyawa atau dalam kata yg lebih mudah difahami...

Saya bukan Islam, jadi tidak perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah

 

KUALA LUMPUR 4 Nov. - "Saya bukan Islam, jadi tidak perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah."

Kata-kata tersebut diungkapkan oleh 'hartawan Lebanon' Elie Yousseff Najem dengan nada yang tinggi pada hari ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohd. Amran Mat Zain menetapkan 20 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes khalwatnya.

Elie yang tidak diwakili peguam syarie melontarkan ungkapan sedemikian setelah tidak berpuas hati kes tersebut akan tetap dibicarakan.

Dia turut meminta Pendakwa Syarie, Hanifah Haydar Ali Tajuddin menarik balik pertuduhan tersebut.

Mohd. Amran yang berang dengan perbuatan tertuduh tersebut telah mengarahkan anggota polis membawa lelaki tersebut keluar dari mahkamah dengan serta-merta.

Terdahulu, lelaki tersebut yang memakai pakaian seragam penjara warna jingga dan menaiki kerusi roda tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan dikawal oleh tiga pegawai Penjara Kajang.

Elie, 50, bersama pasangannya, Roslin Taha, 49, didakwa berkhalwat di sebuah bilik bernombor 8804, Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields di sini pada pukul 3.45 petang, 27 April lalu.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Hartawan itu yang menimbulkan banyak kontroversi juga pernah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dengan bekas isterinya, Farinnie Mohd. Farid, 24.

Pasangan tersebut yang kini telah disahkan bercerai, dikurniakan dua anak, Prince-Kovadis Yousseff Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Elie setelah didapati bersalah menipu Tan Sim Chai di sebuah premis beralamat B-3-14, Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 19 September 2005.

Elie juga dihukum penjara lima bulan oleh mahkamah yang sama atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosialnya dengan menjadi pengarah sebuah syarikat.

-UTUSAN-

Oh tidak ... malam ni malam jumaat..

 

Aku terlupa malam ni malam jumaat .. aku layan nyang rapik tadi ..tiba tiba , skang bulu roma aku berdiri dengan sendirinya .. Aku ingatkan dah takde .. rupa rupanya ..

Huh.. sedang aku asyik tengok tv , tiba tiba aku terperasan sesuatu .. hurm... takkan dia muncul time gini ? Bila aku pandang ke tempat tu , takde ! Hilang terus ..

Argh.. ni yang buat aku tak leh tidur ni .. Camana eh .. perlukan aku g usha tempat mainan dia ? Kang aku usha , aku lak tak leh tidur ... kalau tak usha , nanti dia datang kacau aku .. ARghh ... aku bingung.. wife dah tidur dalam bilik.. aku di ruang tamu.. dia tidur kat atas sbb tak nak pasang kipas.. aku lak , kena senantiasa pasang kipas.. aku kan berdarah panas.. huh..

Haaa.. tu diaaa.. muncul lagi !! arghhhh .. tungguuuu jap yer.. aku nak kejar lipas lipas tu !!!

Tahniah BN !

 

Tahniah kerana berjaya memikat pengundi pengundi di Galas dan Batu Sapi ... Diharapkan BN akan melunaskan segala janji janjinya secepat mungkin .. sbb nanti PRU akan datang akan tabur beribu jenis janji lagi .. Maka sebaiknya tunaikan yang dah ditabur tu dengan kadar segera ...

Maka skang tanggungjawab GALAS di tangan BN ... Nak bangunkan dengan segera... Yeargh... ada mata memandang skang ni .. Nak gak tau apakah tindakan Pemuda Umno yang turun ke sana ari tu selepas ini .. Apakah mereka akan turun lagi.. Begitu juga Puteri Umno .. Pasni nak singgah lagi ke ? Ke nak antar je anak anak buah yang tak tau apa apa tu kat sana ? Hurm..

Aku bukan anti UMNO dan bukan juga anti pembangkang cuma aku tak suka kat satu parti yang mengarut tu  je.. hehehe .. PAS ok lagi bagi aku .. Aku tak nak bangsa asing kata MELAYU ni pandai cakap jer tapi tak reti buat kerja ! Aku melayu yang beragama ISLAM .. Dua parti yang berebut kuasa ni pon MELAYU ISLAM .. Kalau dua dua tak boleh buat kerja , sapa lagi yang kita nak harapkan ???

Jangan sampai kuasa jatuh ke tangan yang salah .. Merana anak cucu kita nanti ...Erk.. aku anak pon lom ada lagi.. heheh..

 

PROFILE ANITA

" Aku bukan gadis manja yang korang cari, bukan gadis cantik yang suka dikejari. Aku gadis biasa yang turun ke bumi untuk mencari cinta Illahi :D "

Cita cita sebenar aku terhadap blog aku ini ..

 

Tak larat ? Mmg tak larat tapi aku tetap suka .. suka membebel apa saja di dalam blog ini .. Yang paling aku suka ialah aku mampu memberi 'semangat' pada rakan rakan lain .. Aku tau sangat perasaan itu ..

Masa aku dulu , yang bagi semangat tu tak ramai.. Aku masih ingat lagi mereka yang senantiasa menyokong aku tu .. Terima kasih buat mereka dan yang masih setia menyokong aku tanpa rasa jemu ialah jiran dalam rumah aku ni .. tak lain tak bukan , MAT GEBU AL BUAYA aka www.tiffinbiru.blogspot.com .. baik korang ingat blog dia ni sbb tak lama lagi dia meletop kat HARIAN METRO lak .. skang ni dia popular kat MAJALAH JELITA .. Hehehe..

Cita cita aku terhadap blog ini adalah satu jer .. nak berada sekali saja dalam carta top 100 malaysia.. tu jer.. pastu , tutup terus blog.. hehehe.. tapi tu la.. tak tau bilanya ..Skang ni blog ni dok bergerak pelahan lahan .. Ari tu dah no 281 dan world 74 ribu .. Malam ni check...

image

Dah semakin naik .. ari tu tak silap aku pernah sampai 210 kot.. pastu aku malas nak tumpu sangat .. maka jatuh .. skang sedang mendaki semula dan yang pastinya aku berada di depan blogger yang .. ermm... ala. yang tu laaa... yang delete aku tuu.. hahaha..

Ah tak kisah la... aku nak berada dalam dunia maya ni pon tak tau berapa lama boleh tahan .. sebab tu nak cipta sejarah tersendiri sebelum menutup buku.. Kalau mampu , aku teruskan .. kalau tak ? Wallahualam ..

Pernah dalam satu entri aku dulu , aku give up pasal Alexa ni .. tapi skang tah , nape nak up balik ... Mungkin NUFFNANG tamo sayang aku dah kot .. Huhu.. apa nak buat.. blog aku takde warna merah.. huhu... hehe.. nanti tu kang ada la orang repot.. hahahaha..

 

Cerita Suziana

"Contohnya paling simple dalam pergaulan kita bersama teman taulan (ceh!pandai aku gune bahasa ini,.heee). Ok ! tiba satu saat itu dengan tiba-tibanye (jeng.jeng.jeng) salah seorang rakan kita itu berubah perangai bukan bentuk ye.Mane tahu berubah bentuk petak or bersegi-segi ke rakan2 korang haha ! dah2! Maaf k! Die berubah perangai la tp bukan perangai pelik yang saya nk utarakan selatankan disini tapi die berubah macam kita ada buat salah pada dia."

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI