Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 9 November 2010

Hahahaha... soalan maut untuk aku ..

 

Hahaha.. aku mati kali ni... hahaha... tamo jawab boleh ???

"Apa kriteria yg buatkan ben nk baca & komen blog org len ?" , soalan dari  Azfa ..

Hurm... tak yah jawab la yer ...  Yelah , yelah ... Aku jawab la ..

Aku blogwalking dari bloglist yang ada di side bar aku dan juga KELAB BLOGGER BEN ASHAARI .. Tajuk tajuk yang menarik mata aku , akan membuatkan jari aku gatal nak mengeliknya ..

Kemudian , kepantasan loading  .. Tidak membebanan laptop/pc aku .. Kadang kadang ada blog yang buat pc aku berbunyi cam traktor ! Haa.. bila tutup , terus ok.. Bukak blog lain , ok pulak.. bermakna blog tu 'berat' untuk dibuka..

Ketiga ... cerita dalam tu .. kalau memerlukan aku meninggalkan komen , maka aku akan tinggalkan komen .. kadang kadang mereka sekadar bercerita di dalam entri tu , maka aku rasa macam tak sesuai untuk meninggalkan dalam tu .. Kalau diminta pandangan , jika sesuai dengan aku , aku akan tinggalkan juga ..

Keempat , aku suka masuk blog yang ringan ceritanya .. Kepala aku dah cukup berat dengan dunia realiti .. hehe.. tak nak semakkan lagi dengan cerita cerita berat tapi tidak membawa perubahan pada mana mana pihak ..

Tu je la kot .. ada lagi ke ? Aku harap takde sapa sapa terasa .. Sbb bukan satu blog je aku nak kena g... buat pengetahuan , trafik aku hampir 4 ribu UV sehari dan komen setiap hari ada beratus .. dan skang dah nak hampir 30 ribu komen .. huhu.. Masak aku nak masuk sorang sorang gitu.... Abis broadband aku ... huhu ..

InsyaAllah .. semua yang ada dalam segmen ni , aku jejaki sorang sorang bila aku free .. skang ni aku hanya mampu membalas jasa korang dengan buat segmen ni .. bukan senang nak kutip satu satu komen dan jadikan entri .. pastu nak g promote dalam FB .. Bukankah itu lebih baik dari aku tinggalkan komen yang ... sekadar ucapkan 'hi' je ?

ERmm.. ada lagi yang terlepas pandang eh .. ayah_ibu_nasuha

Fasa terakhir ?

 

Nak tutup tak segmen Suai Kenal ni ? Membantu ke bagi korang ? Ada yang kata tak membantu ... Kenapa yer ?

imageEm... kalau tidak membantu , apakah cara lain yang terfikir oleh 'anda' untuk membantu mereka ? Apakah mereka perlu bergerak sendiri ? Mari kita berenang untuk ke seberang .. Sesiapa yang pandai berenang maka dia akan sampai ke daratan .. Jika tidak ? Dibiarkan terkapaikah ?

Mmg ada banyak cara yang diajar dalam internet ni .. Ada yang gunapakai dan memperbaiki  teknik yang sediaada tu namun segala teknik tu dari dulu dah wujud dan digunakan ..

Mereka menggunakan teknik tu mereka menggunakan bahasa antarabangsa .. Kalau guna Bahasa Melayu ? Bagaimana nak tarik pembaca luar negara dengan menggunakan bahasa Malaysia ni ?

Korang faham tak ni ? Aisey... penat je aku bagi ceramah kat sini , korang terkebil kebil .. haaaa... Tak faham ? Ok. kita guna je cara 'murah' ni .. Berbaloi atau tidak , korang je yang tahu .. Aku ? Penat g page lama , kutip semua url , dan buat entri ni .. Pastinya ada pembaca blog aku boring sbb entri ni tapi inilah harga aku terpaksa bayar untuk menjayakan segmen ini .. Rugi hari ini untung kemudian hari ..

Ok .. Fasa seterusnya .. fasa berapa dah ni ? 14 ? ok ..Sebelum tu , aku nak minta maaf buat mereka yang tercicir.. Samada aku terlepas pandang aku atau mereka terlupa nak  paste entri tu.. haaa.. sapa salah ?? Tak pe.. tak kisah .. jangan cari salah sapa sapa kat sini tapi perbaikinya bersama .. Tu konsep yang patut kita pegang .. Ok ?

Senarai yang tercicir... maaf yer.. untuk rujuk fasa fasa sebelum ini , sila ke sini .

Ok... ni Fasa 13 ...

  1. S.U.F.E.E.N.A.N
  2. Cik Dya
  3. Diari Umi Ainul Aina
  4. alyaaboolat
  5. iDa_MutHiaH
  6. asz.wani
  7. Ryoki
  8. watie
  9. Cikgu Pinces

Ini je untuk malam ni .. hehehe .. kang banyak banyak , ada yang tertidur depan pc / laptop korang tu .. aku gak dipersalahkan ... hehe..

Dua benua ..

 

Perasan ? Aku perasan .. Lama lama nanti korang perasan .. Terdapat dua jurang yang sengaja dicipta .. Hehe .. Tak perlu pelik .. Satu hari nanti korang jugak akan 'pergi' ke benua itu ..

Kenapa aku tak nak pergi ke sana ? Aku berpegang pada satu prinsip .. 'Tiada pendidik , pengajar tidak berguna' ..

Bukan tak berminat , cuma aku rasa lebih seronok begini .. Mereka baca , mereka terhibur ... Sambil sambil berdakwah.. Aku bukanlah baik sangat dan banyak sangat amalan aku di dunia ini .. Jadi , biarlah blog ini menjadi sebahagian dari amalan yang aku buat ..

Apa juga alasan untuk berblog , bagi aku biarlah masing masing mendayung sampan masing masing .. Tak perlu nak pasang bom kat sampan orang lain agar dia karam .. Antara canggih atau tidak sampan tu , tu terpulang pada pemilik sampan tu .. Yang penting , sampai ke destinasi .. dan juga apa yang dia buat di sepanjang perjalanan ke destinasinya ..

32 kesan tembakan pada kereta Aminulrasyid

 

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu 32 lubang atau kesan tembakan ditemui pada kereta Proton Iswara Aeroback putih yang dipandu Aminulrasyid Amzah, yang mati terkena tembakan, April lalu, ketika diperiksa seorang ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia.

Saksi Pendakwaan ke-24, Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat, Seksyen Kriminalistik Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Shaari Desa, berkata lubang atau kesan tembakan itu ditemui dari arah belakang di cermin belakang kereta, sisi belakang kereta, ekzos, tangki minyak, bawah kereta dan tayar.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, beliau berkata kereta itu diserahkan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Abd Halim Ismail pada 5 Mei lalu untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaannya, beliau menemui tiga jenis kerosakan iaitu kerosakan akibat pelanggaran, tembakan dan kerosakan lain.

Dr Shaari memberi keterangan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar dalam perbicaraan kes Koperal Jenain Subi, 48, atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15.

Jenain yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini, pada jam 1.10 pagi, 26 April lalu.

Dr Shaari berkata, hasil pemeriksaan beliau menemui satu lubang peluru masuk dari arah belakang dengan anggaran sudut 13 darjah, dari kiri pada cermin belakang dan menembusi tempat letak kepala kerusi pemandu.

-BHARIAN-

Hujan, ribut petir dijangka di 4 negeri malam ini

 

KUALA LUMPUR: Hujan serta ribut petir diramalkan berlaku malam ini di satu dua tempat di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan hujan turut diramalkan pagi esok di beberapa tempat sekitar pantai Kedah dan Perlis.

Pada petang dan malam esok pula hujan berserta ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. - BERNAMA

-BHARIAN-

Tanpa pengadil , pemain bola kita tak berguna ..

Kesian kan pengadil kita.. tau kita maki hamun je bila ada tak kena... cuba la baca sendiri apa kesnya .

Pengadil bola sepak tempatan paling miskin di Padang: Astaman

KUALA LUMPUR: Banyak pihak merungut bahawa mutu pengadilan bola sepak negara semakin merosot, malah ada berpendapat ia antara yang terburuk di rantau ini.

Kadar elaun yang rendah kepada pengadil tempatan mungkin satu faktor penyumbang terhadap kemerosotan itu, namun ramai terlepas pandang.

Menyedari kepentingan perkara tersebut, Jawatankuasa Pengadilan Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil inisiatif mengkaji semula kadar bayaran elaun yang sewajarnya kepada pengadil tempatan.

"Pengadil adalah orang yang paling penting di padang kerana mereka yang menentukan sama ada sesuatu perlawanan itu berkualiti, ataupun sebaliknya," kata pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz, hari ini.

Beliau berkata, jumlah yang diterima perlu setimpal dengan beban tugas pengadil kerana ia bukan hanya setakat di padang, sebaliknya mereka perlu menyiapkan laporan setiap kali tamat perlawanan.
Astaman yang juga timbalan presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur berkata, anak muda tempatan kini kurang berminat menjadikan profesion itu sebagai kerjaya.

Beliau berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang pengadil kerana seseorang itu perlu menduduki beberapa peperiksaan yang diiktiraf Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), sebelum mendapat lesen pengadilan.

"Jika kita mampu tawarkan jumlah bayaran dan kemudahan yang lebih baik, saya yakin lebih ramai anak muda tempatan yang berminat untuk menceburi bidang ini," katanya.

Beliau berkata, aspek pengadilan adalah satu elemen penting yang perlu dimajukan secara bersama, seiring dengan pembangunan bola sepak tempatan.

Astaman berkata, sehubungan itu, pihaknya akan membawa perkara tersebut pada mesyuarat peringkat EXCO dalam masa terdekat.
Sementara itu, seorang pengadil yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad berkata, cadangan tersebut amat dialu-alukan oleh semua pengadil tempatan, selepas sekian lama kebajikan mereka terabai.
"Kadang-kadang kami sebagai pengadil, terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri kerana kos perbelanjaan adalah lebih besar berbanding dengan jumlah elaun yang diterima.

"Namun, atas sebab minat dan cinta kepada sukan bola sepak, kami sanggup terus memilih profesion ini sebagai kerjaya sampingan," katanya.

Beliau berkata, untuk berdepan sukan bola sepak moden yang kian mencabar, pengadil terpaksa mengambil makanan tambahan serta rawatan sama seperti yang diperlukan pemain, dan kosnya agak tinggi.

"Pengadil pada era ini perlu berlari lebih pantas daripada pemain, (jadi) untuk kekalkan stamina, pengadil juga perlu terus berlatih dan ia juga membabitkan kos dan masa, sedangkan kebanyakan pengadil mempunyai kerjaya lain," katanya

Ahmad berkata, luahan hati beliau berhubung perkara itu bukan bermaksud mahu mendesak FAM.

"Saya harap perkara ini tidak dipersoalkan oleh banyak pihak, kerana cadangan menaikkan elaun pengadil bukanlah satu pembaziran, sebaliknya ia adalah usaha untuk mempertingkatkan mutu bola sepak negara," katanya. - BERNAMA

-BHARIAN-

Fasa 13 dan yang sebelumnya ..

 

Ada yang mintak aku paparkan semula kesemuanya .. Pada yang aku terlepas pandang tu , tolong bagitau sekarang yer.. paste url korang tu di entri ini ..

FASA : 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12  daaann ke 13 !!!

  1. soffya cik bulan
  2. - miSs A.R.E.E.N.A.D.I.R.A -
  3. qilarazak
  4. Mohamed Hatta
  5. SeindahBicara
  6. Ladyzul
  7. Wan Hisyam
  8. Mar
  9. misza
  10. Ben Ashaari II ( laalalalallala )

Hehehe.. ok.. sila silakan ... jgn lupa singgah no 10 tu sekali tau.. hahaha... TQQQQQQQ

Aku digoda dan tergoda ..

image image

image

Skang ni aku guna HTC HD2 .. Baru guna sebulan lebih..tapi aku dah tergoda dengan HD7 ni .. Apakah kelebihnnya ?? Hurm... paparan .. kelajuan yang aku compare , cam adik beradik jer .. Tapi apa beza dengan IPHONE4 ??

image

Kiri tu HD7 dan kanan tu IPHONE4 ... hehehe .. kelebihan dan kekurangan ? Hehe.. hanya yang guna je tau .. ahaks...

Jangan gurau gurau sama saya ! Nanti bunuh u !!

 

Bukan aku laaa ... Ni haa..  orang vietnam ni ... gurau gurau , pastu gaduh .. pastu main tikam tikam.. dia ingat star wars ke apa ?

 

Warga Vietnam mati ditikam rakan selepas bergurau

JITRA: Mula-mula bergurau, kemudian bertengkar, lepas itu kena bunuh, demikian nasib yang dialami seorang warga Vietnam yang mati ditikam rakannya di asrama pekerja di Pekan Jitra 2 malam tadi.
Nguyen Banthey, 24, ditikam sekali di dada kirinya dengan pisau oleh rakannya yang berumur sekitar 30-an.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Sawaluddin Hamenuddin, berkata mangsa dan suspek sebelum itu sedang berbual-bual sambil bergurau di tingkat atas bangunan rumah kedai dua tingkat itu yang dijadikan asrama pekerja, kira-kira 9 malam sebelum kedua-duanya bertengkar sehingga berlaku pembunuhan.

Lima warga Vietnam termasuk mangsa dan suspek menghuni sebuah bilik bangunan itu. Mereka adalah pekerja kilang membuat topi keledar di Sungai Korok.

Sawaludin berkata, suspek melarikan diri selepas kejadian itu tetapi ditahan polis ketika sedang berjalan seorang diri kira-kira satu kilometer dari asrama berkenaan.

Beliau berkata, polis turut menahan tiga yang lain itu untuk disoal siasat. Bangunan rumah kedai tersebut disewa oleh pihak kilang itu untuk menempatkan 15 pekerja yang kesemuanya warga Vietnam. - BERNAMA

- BHARIAN-

Sekadar ingatkan jer ..

 

Aku ingatkan kau
bila kau ingatkan aku
kita rasa kita bijak
masih ada lagi bijak dari kita ..

Aku ingatkan kau
bila kau ingatkan aku
kita rasa kita kaya
bila bila boleh miskin semula ..

Aku ingatkan kau
bila kau ingatkan aku
kita rasa kita cantik seksi
akhirat nanti hukuman menanti ..

Aku ingatkan kau
bila kau ingatkan aku
jgn tangguhkan solat
maut tak menanti !

Mana aci wehhhh ... Kejam sungguh !

 

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa... kejem .. kejemm.. kejemmmm .. huwaaaa... Apa ni ?? Kenapa aku takde ?? Kenapa asyik mereka dan mereka .. Aku ???

Takkan nak bagi aku merajuk lagi kot ??? Haih.. kejem betul la dia ni !! Meleleh je air liur aku tengok .. Bukan la nak jeles.. Tahniah buat yang dapat tu.. Cuma aku nak tanya di manakah keadilannya ?? Dimanakaaaaaaahhhhhhh !!!

Kenapakah aku dipinggirkan ?? Kenapa ?? Apakah dosa ku pada mu wahai .. erk.. kena sebut nama ke ? Tak yah la.. kang dia rejek aku terus .. Tapi kalau dia rejek pon , banyak ada lagi.. wa tatak kisah looo ..

Hehe.. tak kisah la.. tak nak bagi pon tak pe la..aku ada banyak sumber lagi.. kalau sumber ni pon dah pupus , maka .. maka... maka... berakhir sudah kasih sayang ..

Aku tahu kau tak suka aku kan ... tak kisah la.. janji aku suka dan kenang jasa jasa kau wahai NUFFNANG... .. eh.. tersasul lak ..

Fasa 12 - Bermulaaa ..

 

Korang tamo g makan dulu ke ? Lunch time dah ni.. hehe.. Hurm.. mau makan apa ehhh.. Ayam ? Ayam ? Hurmm .. Ayam ? .. Tkde pilihan ar.. Ayam je la aku makan .. haih..

Haa.. ni ada satu komen baekk punya untuk perhatian ibu bapa , adik akak  , sedara mara , sepupu sepipit dan juga jiran tetangga ..

" Sekadar untuk perkenalan. Saya buat blog 'Jom Bloging' disamping menganjurkan 'Pertandingan Membina Blog' untuk murid2 sekolah saya. Tidak lama lagi hendak cuti sekolah, jadi saya hendak mereka membuat kerja yang berfaedah. "

Haaa.. dari Cikgu Zaman .. Ye Cikgu , selamat datang .. ke blog picisan ini .. Terima kasih kerana sudi singgah .. Ok.. Tunggu jap ye cikgu , nak list kan semua blog blog bakal popular ni dulu ..

Dan bagi mereka nak support Cikgu Zaman ni , boleh la singgah ke blognya iaitu www.benashaari.com  ... erk.. silap .. http://jombloggingsmkbt2.blogspot.com/ .. ok.. mari mari , cinta sakit !!

EVE 6000mg COLLAGEN .. Elegant, Vogue, Energetic

image

KULIT:
-Membantu menjadikan kulit semakin lembut, licin dan anjal
-Mengurangkan garisan halus dan kedut terutama dibawah mata
-Menyerikan wajah serta mencerahkannya
-Mengurangkan pigmentasi pada wajah
-Mengurangkan jerawat serta parut pada wajah

RAMBUT:
-Membantu menguatkan akar rambut
-Menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar
-Mengurangkan rambut bercabang serta gugur
-Membantu menjadikan rambut lebih cepat panjang dan lebat


TUBUH & KESIHATAN:
-Membantu meneutralkan radikal bebas
-Membantu meningkatkan system imun badan
-Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan
-Membantu menstabilkan peredaran darah haid serta mengurangkan senggugut
-Membantu melancarkan peredaran darah serta melambatkan penuaan.
-Mengurangkan kadar kolesterol serta mengatasi masalah sembelit
-Menjadikan tubuh badan menawan serta tidak menggeleber
-Menguatkan tulang, gigi dan sendi serta memudahkan pergerakan sendi
-Menjadikan kuku lebih bersinar dan tidak pucat
-Mengetatkan faraj serta memberi tenaga kepada wanita
-Menganjalkan serta mencantikkan payudara

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ... > SUFFAH BEAUTY SHOP

Anwar penipu eh ..

Janapala dakwa Anwar seleweng, tipu dalam pemilihan

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bertanggungjawab merancang penyelewengan dan penipuan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di Sabah yang menyaksikan 'anak emasnya', Azmin Ali menang besar.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. S. Janapala mendakwa, Ketua Umum PKR itu menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin.

Sambil mencabar Anwar supaya mendakwanya di mahkamah jika dakwaan itu tidak benar, beliau berkata, satu petisyen bagi membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung akan difailkan dalam masa terdekat.

"Anwar bukan lagi 'tangan ghaib' di sebalik kemenangan besar Azmin di Sabah tetapi beliau adalah 'tangan terbuka' yang mengatur dan mendesak ketua-ketua cabang supaya memastikan undi diberi kepada anak emasnya itu.

"Inilah proses pemilihan paling paling teruk dan paling tidak telus. PKR bercakap mengenai keadilan tetapi dalam pemilihan, segala penyelewengan dihalalkan demi memastikan kemenangan Azmin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim daripada terus bertanding Timbalan Presiden kerana dikatakan kecewa dengan penyelewengan dan penipuan undi pada pemilihan PKR, terutamanya di Sabah.

Selain menarik diri, Zaid juga melepaskan semua jawatannya selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dalam parti.

Dakwa Janapala, Anwar menghubungi Ketua Cabang Kota Merudu, Anthony Mandiau, supaya memastikan ahli PKR cabang itu tidak mengundi Zaid mahupun anaknya sendiri, Nurul Izzah semata-mata kerana Azmin.

Dalam pada itu, Janapala mendakwa, pemilihan di Sandakan, adalah bukti penyelewengan dan penipuan undi apabila Azmin memperoleh 415 undi meninggalkan Zaid (25 undi), sedangkan, ahli yang keluar mengundi dikatakan hanya 81 orang.

"Di Libaran pula seramai 898 ahli dikatakan mengundi tetapi pada Perhimpunan Agung Tahunan hanya 99 sahaja yang mengundi, adalah mengejutkan apabila Azmin memperoleh 881 undi sementara Zaid hanya enam undi.

"Ini sesuatu yang pelik kerana peratusan keluar mengundi dalam pemilihan PKR adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja, tetapi di Sandakan dan Libaran, peratusannya mencecah 43 dan 60 peratus," dakwanya.

Ditanya, sama ada kemenangan Azmin wajar diiktiraf atau tidak jika pemilihan diteruskan, Janapala berkata, akan berlaku migrasi besar-besaran jika anak emas Anwar itu berjaya menduduki jawatan nombor dua parti.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Anwar belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Zaid berhubung tindakannya menarik diri dan melepas semua jawatan dalam parti.

"Kalau saya boleh bagi pandangan, saya kata ini hanya pertandingan biasa... persahabatan, tidak perlu menjejaskan komitmen perjuangan parti," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar berkata, PKR belum bercadang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula menyifatkan, keputusan Zaid itu sebagai kebenaran terhadap kenyataannya sebelum ini bahawa parti itu hanya menanti masa untuk berkubur.

"Daripada apa yang berlaku sekarang saya tidak akan terkejut kalau ada lagi beberapa pemimpin kanan yang akan mengikut langkah Datuk Zaid," katanya.

-UTUSAN-

BA : Elok la tu.. kan kan ..

Benarkah semua ini ?

 

Harijadi aku tak lama lagi.. Ala.. ada yang tanya tu.. bila eh ? Hujung bulan ni .. Ada sapa nak kirim hadiah ? Alamat ? Ok.. benashaari@yahoo.com ... hehe...

Aku g masuk ke blog salah seorang follower aku yang terkini dan terjumpa satu entri yang mana aku pernah baca dulu tapi tak kisah la.. Yang pastinya aku tertarik walaupun aku tak la percaya namun begitu ada beberapa yang ditulis di situ adalah serupa dengan sikap aku .. hehehe ...

NOVEMBER:
[][] Banyak idea dalam perkara.
[][] Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
[][] Berfikiran kehadapan.
[][] Berfikiran unik dan bijak.
[][] Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
[][] Pemikiran yang tajam.
[][] Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
[][] Sesuai jadi seorang doktor.
[][] Cermat dan teliti.
[][] Personaliti yang dinamik.
[][] Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
[][] Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
[][] Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
[][] Terlalu degil dan keras hati.
[][] Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
[][] Tak suka marah kecuali digugat.
[][] Mudah ambil berat terhadap orang lain.
[][] Pandai muhasabah diri.
[][] Cara berfikir yang lain dari orang lain.
[][] Otak yang sangat tajam.
[][] Pandai mendorong diri sendiri.
[][] Tidak hargai pujian.
[][] Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
[][] Cuba sampai berjaya.
[][] Badan yang sasa.
[][] Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
[][] Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
[][] Suka duduk d irumah.
[][] Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
[][] Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
[][] Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
[][] Bercita-cita tinggi.
[][] Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Korang rasa mana yang aku maksudkan tu ? Hehehe... Kalau nak tengok bulan bulan yang lain tu , bolehlah ke blog Zahra ...

Kering idea ? Kenapa aku tidak yer ?

BEN ASHAARI dan 'Peminatnya' ??

 

Sapa BEN ASHAARI ? Ada 'peminat'kah ? Hurm.. tolonglah yer .. tak perlu nak terasa hati atau nak cemburu .. Buang perasaan tu jauh jauh ..

Yang pertama .. Aku sekadar berblog kerana minat dan memenuhi masa lapang aku  disamping mencari pendapatan sampingan tanpa perlu keluar rumah , mencari orang bawah dan sebagainya.. Aku hanya perlu kerah otak aku ni ... cari idea dan bahan untuk blog aku .. Tak susah kan ? Sila la buat ..

Yang kedua .. pembaca dalam blog aku ni semua adalah kawan aku .. Tiada istilah PEMINAT dalam kamus dewan milik aku .. Aku bukannya menghiburkan sesiapa .. Aku bukan melakonkan watak sapa sapa .. Dan aku bukan berdiri di atas pentas untuk melemparkan janji janji agar pembaca aku ternganga mendengarnya ..

Yang ke sepuluh .. dari tiga sampai sembilan tu , selalu dh aku tulis .. malas nak ulang .. Dan yang ke sepuluh .. erm.. apa ek.. Haa.. Aku bukan MAWI .. Okeh ???? Tiada AFUNDI BLOGGER POPULAR .. Segalanya kerana .. IDEA ! Maka .. gunakan akal tu untuk berjaya bukannya untuk mencari 'pasal' ... okeh ?

Dan PADEL , anda tepat sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii  !!

Sesungguhnya wanita adalah ciptaan Allah paling cantik di dunia ini ..

 

image

Serius nih.. tak de makna nak memuji pagi pagi ni.. bukan dapat duit dari perempuan .. kan kan ? Tapi betulkan ? Lelaki suka tengok perempuan .. Perempuan suka tengok perempuan .. Perempuan suka tengok lelaki ke ?? Haa... tu gatai tu.. hahaha.. tak gak .. Lelaki kacak jer.. Takkan cantik lak kan ?

Tapi sayangkan ... kecantikkan yang sepatutnya hanya 'yang layak' saja menikmatinya tidak lagi menjadi haknya .. Dah jadi tontonan ramai .. Percuma je kan .. Walaupun bukan semua tapi inilah hakikat yang harus kita  terima .. Dulu dan sekarang , sama je.. tiada perubahan ..

Semakin maju teknologi , semakin tinggi ilmu pendidikan tapi semakin rendah moral manusia ... Segalanya nak dihalalkan walaupun terang terang dalam ISLAM  dah mengharamkannya ..

Pelikkah ? Seboleh boleh mereka mencari dalil agar dihalalkan yang dah diharamkan .. Hurm.. Wahai wanita ciptaan Allah ... Hargailah kecantikan anda .. Hiasilah dengan kelembutan dalaman .. Pagarilah dengan keimanan serta ketaatan pada Allah .. Yang dikejar adalah akhirat ..

Ingatlah wanita .. siapa yang sebenarnya layak 'memandang' anda ...  Syurga itu pasti .. Neraka sedang menanti ..

image Gambar : Halaqah

Masih ada yang sudi ?

 

Hurm .. terharu aku bila baca satu komen ni.. Aku dapat rasakan keikhlasannya dalam komen tersebut.. Er.. semua komen bagi aku adalah ikhlas cuma yang ni benar benar menyentuh perasaan aku dan membuatkan aku tersenyum .. Nak tau komen apa ? heheh.. G la cari.. Kalau jumpa , aku buat entri khas buat dia.. hahaha... yang paling cepat yer ..

Ok.. Hari ni aku sampai awal.. siap berlenggang kangkung lagi.. hehe.. Biasanya aku jalan cam Charlie Chaplin .. Terkengkang  sana sini nak cepat .. Nak berlari kang , ada pulak pikir aku sakit perut .. heheh.. kena jaga standard skit kan ... hahaha .. ..

Ok .. dah masuk FASA .. erk..berapa dah ?? Sat nak p tengok balik .. 11 ? kan ? ok ..Confirm ! FASA 11 dah .. Bagi mereka yang berminat nak join segmen ni , sila rujuk entri ini . Bila selesai semua ini , aku akan listkan semula dari FASA 1 hingga terkini , atas permintaan seorang kawan blogger ..

Ok.. jom jalan jalan  :

  1. che fara a.k.a fanadz 
  2. syok2u
  3. Wan Gerrard
  4. H.A.N.I.S
  5. cikAida
  6. mohd faez bin zahari
  7. que queen
  8. Nur

Haa.. ada 8 lagi pagi ni .. hehe.. jap je ni kan ? Hurm.. nak makan apa eh... Oats lagi ? Haih.. Oats pon oats laa...janji kenyang ... kan kan ?

JUALAN MURAH SHAWLS BERMULA SEKARANG .. DI ISLAMICO PARADISE

image

Jangan pandai kritik je kan ..

 

Tahniah buat skuad bolasepak Malaysia yang berjaya menundukkan Kyrgyzstan , 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Sukan Asia Guangzhou 2010 pada petang semalam .

Diharap kemenangan ini dapat menyuntik semua perlawanan yang akan datang tak kira apa jenis pertandingan sekali pon .. Dah tiba rasanya kebangkitan Malaysia ni di pentas dunia .. Tiada alasan lagi untuk gagal !

Aku antara mereka yang suka mengkritik pasukan Malaysia disebabkan terlalu banyak sangat alasan bila tewas ... Faktor politik dalaman juga membuatkan semua peminat sukan bolasepak meluat dengan perbalahan mereka .. Ada je tak kena ..

Semoga pasukan Malaysia tak kira yang ada sekarang ini atau yang akan datang terus menjulang nama negara di persada dunia seperti mana yang dilakukan oleh atlit atlit sukan yang lain seperti Datuk Nicole Davind , Datuk Lee Chong Wei ..

Tahniah Malaysia !

Hujan kan ...

 

Hujan di Putrajaya ... hehehe ... Maaf la yer .. 2-3 hari ni jiwa aku kacau sedikit .. Mungkin kerana penat sangat kot kepala otak ni .. Semangat blogging aku agak goyah sedikit kerana beberapa faktor .. Namun syukur pada Allah ada sahabat sahabat maya sudi memberi kekuatan pada aku agar meneruskan perjuangan .. Kalau ikut aku , aku nk tutup je blog ni ..

Tapi tu la kan .. seperti cuaca.. jap panas.. jap hujan.. jap redup.. tak tentu arah .. Kena cari punca kekuatan agar apa yang dicari itu dicapai .. Jangan jadikan alasan sebagai penghalang kepada kejayaan kita ..

Kebelakangan ini , ada aku baca teknik teknik blogging .. Cara untuk menarik trafik ke blog .. Tau apa pendapat aku ? Pendapat aku , biarlah aku guna cara aku ini iaitu  mereka yang mengenali aku ini masuk dan membaca segala bebelan aku dari gunakan cara 'moden' tersebut .. Rasa tak best.. Aku nak mereka kata ' apa ben bebel lak ari ni ' di minda mereka.. Tu sebenarnya cara aku .. Dalam kepala pembaca senantiasa ada 'BEN ASHAARI' ..

Aku bukan seorang blogger yang mengeluarkan tips tips blogging.. Bagaimana dan apakah cara ... bukan tak boleh buat .. tapi tamo.. biarlah aku bebel di sini .. dan mereka yang nak membacanya , tahu mana nak cari aku .. kan kan ?

Hari ni aku g awal .. hehehe .. Biasanya pasti jumpa bro Ezzu kat Erl tapi tak leh la bro .. asyik lewat je ni.. mak bapak pon benci gini... heheh..

Amacam ? Cantik tak ??

 

image image

Khas buat anak dara , mak dara , yang nak tackle anak dara serta mak dara ... boleh la menjengok ke dalam blogshop ni.. Pergh.. macam macam ada wa cakap loooo ..

image image

Meh .. jom usha sat > AYU STORE

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI