Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 13 November 2010

Aku sekadar seorang blogger .. biasa !

 

Aku terhibur bila mereka terhibur.. Aku tersenyum bila mereka ketawa .. Aku sayu bila mereka mengalirkan air mata .. Aku gembira bila mereka suka ..

Itulah perasaan aku  bila setiap kali entri aku dibaca oleh ramai orang tanpa mengira umur .. Aku tak sasar mana mana peringkat umur .. Asal mereka faham , dah memadai bagi aku ..

Pembaca blog aku ini ada yang masih sekolah dan ada yang dah beranak pinak ..  Maka aku cuba sampai setiap cerita tu dengan seringkas mungkin .. Yang paling penting , mereka faham mesej aku ..

Aku bangga dengan pencapaian seorang blogger budak sekolah ni.. hehehe... Alhamdulillah... suka aku baca entri dia tadi.. Berblog ni membantu dia memperbaiki mutu penulisan Bahasa Malaysia dia .. Wah.. Tahniah Amir .. hehe .. nak tau , baca sini.

Mengenai tajuk entri aku ni , aku sekadar nak bagitau pada mereka yang dok ingat aku ini popular atau femes emes ni .. Aku ini sekadar blogger tepi longkang jer .. Walaupun hina tapi tanpa longkang ni , air takkan sampai ke takungan .. Faham ? Takkan tak faham kot ?

Aku bangga aku berblog di mana mana saja .. Kenapa ? Sbb tak ramai buat gitu .. Nampak hinakah ? Hehehe.. Tak kisah la... Yang pastinya aku bukan nak 'A' jer .. Walaupun F aku terima asalkan , korang gembira tersengih baca entri aku ni .. kan kan ?

Jiran prihatin ..

 

Hurm.. maaf la yer .. Atas permintaan rakan blogger , MUSH .. dia mintak aku war warkan entri prihatinya terhadap rumah  jirannya yang baru mengalami kebakaran ..

Maka aku amik kesempatan ini untuk mintak rakan rakan blogger lain yang berminat untuk memanjang entri ini beserta membantu mangsa bagi meringankan bebannya ..

Terima kasih pada yang sudi .. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila klik link ini .

image

PEMENANG CERITA KREATIF IALAH ...

{ STICKY POST - ENTRI TERBARU DI BAWAH ENTRI INI }

Aku rasa ramai dah tau kan ... sapa pemenang diantara pemenang CERITA KREATIF kan ? Heheh... Persaingan sengit ketara pada awalnya tetapi pada penghujung waktu , LM memotong tanpa pandang belakang dah .. laju terus ke hadapan .. hehehe.. dan seterusnya bergelar pemenang .. Tahniah bua LM dan semua !

image

Koleksi CERITA KREATIF ( link )

PEMENANG UTAMA CERITA KREATIF : Lydia Miza(Aidyl Azim)

image

Adoii...

 

Alhamdulillah .. selesai urusan ari ni .. Esok lak ... nak basuh kereta .. nak basuh tandas .. basuh diri.. hehe.. ops.. sori.. ni cerita peribadi.. kalau tak nak baca , sila EXIT ROUTE 999 , 100 meter di hadapan anda .. Terima kasih  ..

Esok aku juga nak jumpa agen insuran Prudential .. Dulu aku ada amik insuran tapi pastu aku tutup sbb masalah kewangan.. haaa.. cerita peribadi lagi ni .. hehe.. guwau .. Ada satu kesedaran yang membuatkan aku perlu amik insuran iaitu perubatan ..

Aku tak nak susahkan orang lain bila aku ada masalah nanti lebih lagi bila melibatkan fizikal.. Kita kena sediakan payung sebelum hujan .. Mana tau kita ada masalah dengan kesihatan dan pada masa yang sama ada masalah kewangan .. Camana tu ? Sekurangnya dengan ada insuran , boleh 'tolong tolong' skitkan .. hehe.. ok tutup bab tu .. lupa, kalau ada sapa berminat nak dengar sekali , jom ar.. jumpa kat Alamanda esok.. hehe..

Ok.. atas satu permintaan seorang kawan blogger ..Dia bertanyakan tentang buku yang aku beli tu .. hurmm... Tajuk dia SENI PEMIKIRAN KRITIS - Suatu Pendekatan Logik Tak Formal  , tulisan LIM KIM HUI ..

Kenapa aku nak beli buku ni ? Buku ini mengutarakan teknik teknik kemahiran berfikir secara kritis dan bagaimana ia boleh membantu dalam usaha membentu hujahan yang lebih baik dan berkesan sama ada dalam penghujahan sehari hari atau semasa menulis artikal penghujahan .. Amacam ? Tertarik ?? Hehe..

Kalau korang berminat nak beli ? Aku jual murah punya.. RM50++ .. Amacam ?? hahaha.. aku guwau jer... buku ni harga RM37 setelah ditolak diskaun .. Kalau nak beli , cepat cepat g ke KARNIVAL ORI di Mid Valley.. Cari booth DEWAN BAHASA PUSTAKA... hehehe..

Sedap ke tak ?

 

image

Entri ke -30 hari ni .. Waahh.. kuantiti .. Sedap makan kat Maeps Steamboat.. Berbaloi ! Satu kepala RM19.90 .. termasuk air .. Dan pada mereka yang berminat nak ke sini sila search jer MAEPS RESTAURANT dan jangan lupa buat tempahan tau ! Kalau tau , makan asap je ler... hehehe.. menunggu lama woooo ..

Hurmm .. tahu tak berapa ramai blogger yang berilmu tapi entri ala kadar jer ? Maka janganlah memperkecilkan entri mana mana blogger selagi dia berada dilandasan penulisan yang beretika .. Tiada carut marut.. caci maki mahu pon mengkritik keterlaluan ..

Blogger yang bijak adalah blogger yang berfikir samada ketika menulis mahupun membaca ... Jangan main hentam keromo mengkritik .. Sebelum kritik , pastikan dalam entri tu ada penyelesaian pada kritikan itu .. Bantu membantu kan bagus .. kan kan ?

Entri : Kualiti atau kuantiti ?

 

Seperti biasa , aku akan blogwalking untuk membaca cerita cerita blogger lain .. Aku tertarik dengan satu entri kawan kita ni berkaitan mana lebih bagus .. kualiti atau kuantiti..

Hurm... menarik .. bagi aku .. apa saja yang lahir dari hujung jari dia sendiri maka itu adalah datangnya dari kepala dia yang mana puncanya samada dari hati atau matanya.. Telinga tu kadang kadang la kan ..

Nak tanya .. bagaimana korang menilai kualitinya sesuatu tulisan ? Apakah entri yang berkualiti itu hanya melibatkan sesuatu isu semasa ?  Atau entri yang memerlukan kajian yang terperinci ? Atau makan malam tak boleh dijadikan entri yang bagus ?

Aku sedang makan malam di MAEPS STEAMBOAT RESTAURANT.. Korang  tau kat mana ? Ada yang tau dan ada yang tidak .. Korang tau berapa harga satu kepala ? Ada yang tau dan ada yang tidak .. Korang tau sedap atau tidak ? Ada yang tau dan ada yang tidak ..

Maka .. satu nasihat dari aku .. Bila kita baca sesuatu tulisan orang .. baca dengan minda terbuka.. Ada sesuatu yang ingin disampaikan .. Nampak selamba atau ringan tapi pasti ada sesuatu .. Walaupon nampak 'bodoh' tapi proses maklumat itu dengan positif ..

Dan satu lagi .. perlu ingat.. pembaca blog ni terdiri pelbagai peringkat.. Ada yang nak santai.. ada yang nak serius.. macam macam .. Seperti mereka yang gemar membaca novel ..macam macam jenis ada novel... yang tak suka baca novel , boleh pilih baca komik atau majalah ..

Maka , samada kuantiti atau kualiti seperti aku ini yang mementingkan kuantiti tetapi cuma menjadikannya kualiti pada pembaca , cuba menjadikan setiap kali entri aku itu satu latihan penulisan.. Setiap hari ada je kerja rumah yang perlu aku buat .. Yang aku utamakan , pembaca aku terhibur serta maklumat aku walaupun sebesar kuman ini sampai di kepala mereka ..

Jangan mudah memandang remeh tulisan orang lain walaupun nampak tidak berkualiti .. Sekurangnya dia ada inisiatif berbuat begitu dari dok mengarut tah hapa hapa ..

Jangan terasa ... Tepuk dada tanya selera .. Nak tengok JOGHO atau SENARIO LAGI ??

Keje giler ...

 

image

Walaupun aku lambat tengok cerita ni tapi... BERBALOI !! Sangat menghiburkan .. Nak kata apa kan .. Bruce Willis ngan Morgan Freeman.. Dua hero yang aku minat .. hehe... Berapa bintang... dari aku 4 bintang ..

Lepas balik dari Alamanda tadi , aku lelapkan mata jap.. dalam 10 minit gitu .. pastu baru gerak g Alamanda ngan wife .. Member aku , Ady Hazman yang tolong booking ( selama ni pon dia yang booking ) dah setia menunggu.. hehehe.. Masuk panggung pon dah gelap dan start pon .. hehehe.. Aku mmg tak suka masuk lambat tpi tadi kes istimewa.. hahaha..

Lepas maghrib ni , nak g MAEPS kat Sri Kembangan tu lak .. nak try makan buffet kat situ .. hehehe.. Hari ni mmg hari keluarga sungguh .. hahaha.. yelah , dari ari Isnin sampai Jumaat , bz  jer siang malam ..

Sepatutnya perancangan ari ni nak ke Cameron Highlands tapi terpaksa di batalkan sbb nak g shopping kat Mid Valley .. hehe.. Tak pe , lain kali leh g..

Karang nak live in action kat MAEPS lak .. Diorng kata sedap .. Sedapkah ? Tungguuu ...

Tak tau nak beli apa ..

 

image

3 buah buku yang aku beli tadi kat Karnival Ori tu .. Murah jer tu ... Jumlah ke tiga tiga tu , RM60 jer.. pastu dapat masuk cabutan bertuah.. Wife aku g cabut.. dapat la 2 tiket wayang free ..apa apa movie aja.. heheehe..

Skang ni kat Metrojaya , Mid Valley .. Aku tercari cari casing untuk hp aku ni.. Sebelum dia terjauh atau tercalar , lebih baik aku beli .. hehe.. Hadiah harijadi aku ni.. aku dok pikiaq nak apa.. hahaha.. HD7 atau G-SHOCK ? Sebarang cadangan ?

Cari seluar kerja... dari tadi aku cari  seluar kerja.. baju pon gitu.. tapi semua cam tak kena je.. Bukan tak cantik.. bukan sebab harga.. tapi cam perlu padahal amat memerlukan.. hehehe.. dah naik reput seluar tu.. Tah ler .. aku mmg susah sikit bab ni... kecuali bila dah terdesak , rembat je apa yang ada .. hehe ..

Bagus Metrojaya ni... sediakan tempat beristirehat..heheh..

imagePasni balik Putrajaya kemudian g Alamnda lagi.. nak tengok RED .. hehehe

Masih ada yang 'dara' rupanya ..

 

Maaf yer .. bukan entri gatal atau berbaur seks .. atau nak perli sapa sapa ..

Aku di Mid Valley ni .. Duk depan Pasaraya Jaya Jusco .. Wife aku , g menghabiskan sisa sisa gaji bulan lepas .. Tu pon dah pakat simpan banyak dah .. kira baki ni mmg untuk keperluan diri ..

Nape aku tak ikut sama ? Aku rasa dia kesian kat aku kot dok mengikut sana sini.. Dah la tak cukup tidur semalam.. hehe .. Jadi dia suruh aku duduk kat kerusi tu sambil update blog .. Dan dia pon selesa nak memilih apa yang dia nak .. Kalau jumpa yang menarik , dia call aku untuk tanya pendapat ...dan aku pon g la tengok...ok la kan ?

Tadi ada satu auntie berbangsa cina ni tegur aku.. Kebetulan dia duduk sebelah aku .. Bahasa Melayu dia fasih sekali .. Dia tanya aku pasal netbook yang aku guna ni .. Dari pertanyaan dia , dia bukan jenis buta IT .. hehe.. Dia tanya bagus ke tak.. pastu bla bla bla la ngan dia .. Lama gak .. dalam 10 minit gitu.. Sampai masuk bab politik .. haahha .... Dia ada cakap kat aku , ada satu perempuan popular ni , disbbkan dia punya kuasa , maka dia boleh amik hak orang dengan mintak gitu jer .. Perghh... Tu dia kata la.. Wallahualam..

Selepas tu , suami dia datang , dan dia mintak diri .. Aku sambung tulis entri .. heheeh.. Tiba tiba mata aku menangkap wajah perempuan ni.. Aku rasakan dia mesti pelajar UIA berdasarkan dari pakaian dia ..

Hehe.. mmg menutup aurat sungguh .. sampai ke hujung jari kaki dia .. hehe.. Aku 'saja'  tengok dia lama lama .. Mustahil dia tak perasan di pandang sbb dua tiga kali lalu depan aku dan paling bagusnya .. dia tak pandang aku langsung sedangkan 2 orang kawan dia tu , ada la juga memandang ke arah aku .. Bukan la tengok gatal ke apa tapi tengok gitu je la.. Mungkin aku duduk kat sini dengan laptop la kan.. Pelik gitu.. hahaha ..

Tapi serius laa... aku rasa mmg dia ni jenis pemalu sungguh.. hahahaha... bahagia pasangan dia nanti .. Alhamdulillah .. Syukur .. masih ada yang 'dara' di zaman ini ... Ramai woooo cuma tak tau di mana mereka.. Biarlah tersembunyi dari di goda dek .. dek sapa ? korang tau je la kan .. haahhaha.. Iskh.. bukan aku laa... aku tak mampu nak bela anak orang lain dah.. hahahaha.. cukup sorang jer ..

Maaf jika ada yang terasa .. Bukan niat ku cuma itulah yang ku rasa sekarang ini ..  ;)

Berblogging tidak berbaloi ?

 

Aku terbaca satu entri seorang kawan blog yang kebetulan dia berada dalam blog list aku pasal blogging ini .. Itu pendapat dia ..hehe.. tak pe.. masing masing punya pendapat ..

Aku dah setahun berblog.. Niat berblog pada mulanya mmg suka suka .. tapi bila aku tau berblog boleh menjana pendapatan sampingan , aku mencubanya .. Apa salahnya aku cuba kedua dua nya , kan ? Sayangnya seperti dia juga , aku mula mula berfikiran begitu .. Tidak berbaloi ..  Hampa ..

Namun ada seorang kawan aku , memberitahu teknik berblog yang mana aku gunakannya secara 'terbalik' .. Dia mintak aku betulkan ... Katanya sangat mudah.. kalau kawan dia tu boleh dapat , mengapa aku tidak ?

Berbaloi ? Aah .. sangat berbaloi .. bukan dari segi $$ saja tapi macam macam .. Dengan berblogging , aku kenal ramai kawan .. Aku pergi mana mana tempat saja pasti ada kawan disitu .. Terbaru , aku ke Terengganu , KAK NOR SECUBIT GARAM mempelawa aku dan wife ke rumah dia .. Johor , MAT GEBU .. KUANTAN , KAK UMMI ZAIHADI dan banyak lagi ..

Kalau kita berblog untuk mencari $$ , pastikan blog kita itu mmg dibuat khas untuk $$ .. Kalau untuk suka suka , pon gitu jugak .. Kalau nak dua dua , maka apa saja yang datang .. terima jer ..

Sebenarnya dunia blog ini besar ... Kita cuma disekat dengan kepopularitian blogger blogger tertentu saja .. Terlalu ramai lagi blogger di luar sana yang menjana pendapatan sampingan yang tinggi tapi low profile..  Tak berminat untuk mengejar populariti ..

Kesimpulannya .. berbaloi atau tidak , segalanya bergantung pada cara kita berblog .. Seperti meniaga kedai makanan , kalau masakan sedap tapi tak de orang , tak guna .. Kalau masakan tak sedap  tapi ramai orang , berbaloikah ? Kalau dua dua faktor tu ada , lagi puashati bukan ?

Sikit sikit lama lama jadi bukit .. Jangan pandang 5 angka... mulakan dengan satu angka kemudian 'ternak' agar jadi 5 angka..

@MidValley , Karnival Ori ..

 

Seawal 9 pagi dah keluar untuk ke sini .. sini ni maksudnya Mid Valley yer .. Tujuan utama nak cari barang barang tertentu di samping nk tgk apa yang ada dijual di Karnival Ori ni .. Hehe..

Tujuan g awal ni sbb nak elak takde parking .. sini mmg susah nak dapat parking.. biar awal dari abis minyak terpusing pusing.. hehe ..

image

Antara yang di jual , tv , dvd , cd , baju , kasut , buku , hp  beg deuter , raket , set golf , kosmetik , pakaian budak budak dan ada beberapa jenis lagi yang aku tak perasan ..

image

Aku sempat beli 3 buah buku ... Salah satunya sangat bagus untuk aku memantapkan lagi penulisan blog aku ni.. Hehe.. mana tau kan ? Ok.. nanti aku cerita pasal buku tu eh .. Keluaran DBP ..

Aku dok pk.. nak beli bench ke tak ni .. hurmmm.... malas nak g gym dah ni.. leh jimat kos skit .. hehe.. layan kat umah je ni ..

Filem WAJIB JANGAN TONTON !

 

Penantian yang sia sia ! Tu yang boleh aku cakap ...

image

Menunggu member aku datang amik aku pada jam 12 tengah malam untuk menonton cerita yang disangkakan best sangat !

Duduk bersila kat tepi jalan neh ! Sementara tunggu dia , aku keluarkan laptop untuk update entri .. Baru je on laptop , kereta dia muncul .. tak pe tak pe... Dia tanya aku lama dah tunggu ? Cam biasa jawapan bagi dia rasa bersalah , ' Baru je .. Sempat update 3 entri ' ... hehe.. saja jeee...

Pastu terus ke Alamanda .. hehe.. tak sabar neh nak tengok .. Aku minat cerita alien gini neh..

imageSerius ... JANGAN TONTON ...  Ni pendapat aku la ... Berapa bintang ? 1 dari 5 bintang ... Haih.. balik tidur pon best !  

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI