Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 15 November 2010

'Adik-adik' blogger sekalian ..

 

Tolong jangan amalkan ini bila bertandang ke rumah abang atau kakak mahupon pakcik makcik blogger korang , yer ..

  1. Bila nak follow saya ?
  2. Nak berkenalan boleh ?
  3. Kritik tapi tak bagi buah fikiran untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
  4. Bagi komen berkaitan entri kecuali penting , bolehlah lari tajuk ..
  5. Tunjuk pandai walaupun pandai.Gunakan pendekatan reverse psikologi.
  6. Jom singgah blog sayaaa....

Dan ada banyak lagi.. Kalau ada sesiapa yang ingin menyumbang buah fikiran , silakan ..

Kenapa ? Abang , kakak mahupun makcik pakcik blogger korang ni , dah lama dalam dunia blog ni walaupun baru 2 bulan tapi disbbkan pengalamana harian serta kerajinan mereka berblogwalking maka mereka dapat pelbagai pengalamanan dan ilmu tentang dunia blog ini . Maka , bagi blogger bogger baru yang nak 'tackle' blogger blogger yang agak lama skit makan garam ni , hendaklah kena smart skit..

Bukan suruh mengampu.. kalau mengampu lagi laaa tak jalan ! Haa.. Tapi gunakan akal fikiran .. Bila mengeluarkan pendapatan atau idea dalam komen tu , pastinya blogger tersebut akan tertanya tanya .. Gerangan sapakah blogger yang cerdik seperti cendawan butang ini ?  Maka dia pon akan mengelik nama , tengok profile seterusnya I FOLLOW ! .. Itulah yang aku buat... hehhehe.. Mereka ? Tak tau tak tau ??

image image Wah... apa citer?? > lanjut ... SUFFAH

Cuba guna konsep ini.. Ingat , bukan mudah jadi blogger bijak walaupun dah jadi  pelajar bijak ! Inilah masanya membuktikan apa yang dibelajar di bangku sekolah mahupun di bangku kantin universiti dipraktikkan di dunia maya ini..

Nasik kandar memalam ni pon best.. tu laa.. dah baik demam , kebuloq pulak !

Dunia blog menemukan aku dengan mereka ini ..

 

Alhamdulillah.. selain $$  , aku bersyukur sejak aku berblog ni aku ada ramai kawan kawan baru .. Kalau nak tulis kat sini , mmg tak terkira ramainya . Kalau boleh aku nk je jumpa semua orang dengan buat gathering.. tapi aku takut aku tak mampu buat .. Yelah , kita cuba yang terbaik  tapi ada yang tak puashati kan ? Maka dari timbul masalah itu dan kembalinya kepada aku maka aku lebih rela jumpa bila 'rezeki'  seperti aku jumpa blogger Ezzu Raza di ERL  ..

Seperti ada yang korang tau dalam entri entri lepas , aku pernah jumpa blogger popular dari pelbagai kategori blog.. Aku nak je tulis nama semua tu tapi ramai sangat.. kang terlepas pandang ada lak yang terasa .. Hehe.. maaf yer..

Selain dari tu , aku dapat ramai lagi kawan baru yg kebetulan berada di 'kawasan' aku ni .. Putrajaya.. Mmg kami akan berjumpa untuk menonton wayang di hujung minggu bersama .. Bestkan ? Padahal kalau ikutkan 'kerusi' di pejabat , kerusi kitorang berbeza 'keempukkannya' ... Maka dunia maya ini telah 'membuang' semua perbezaan tersebut..

Ada seorang lagi yang teringin aku nak lepak bersama kat kedai mamak satu hari nanti.. Nak tau sapa? hehehe.. Dan nak tau nape ? Tu korang kena tengok sendiri kat blog dia .. hehehe ...Sapa ? EELOBOR ..

Tu antaranya.. Apa pon , aku amat bersyukur sbb mengenali dunia maya ini .. Ada baik dan buruknya.. Pandai pandailah kita bezakan yang mana baik dan mana buruknya...

Sakit kepala aku ilang tanpa makan ubat ?

 

Hahahha.. aku pernah join satu group ni dalam FACEBOOK .. Sangat best !! Mmg terbahak bahak kalau korang baca komen kat wall dalam tu..

Lama dah aku join group ni .. Mmg ditubuhkan untuk jutawan jutawan LOGIN FB DALAM 4 JUTA .. Apatah lagi masa tu pon ada geng geng blogger yang cool ... hehe.. kenangan ..

Serius.. kalau korang tengah tensen , cuba join group ni.. baca la kat wall tu.. korang leh nampak mereka mereka yang dah berjaya menjadi billionaire kerana join program tu !! Hahahhaha

image

Nak join ? meh sini > LOGIN FB DAPAT 4 JUTA DOLLAR

Jom Singgah 6 .. PUMP BOOSTER ??

 

Alhamdulillah .. lega skit kepala aku .. aku rasa cuaca panas sangat kot .. Dua hari cuti dihabiskan  ke... eh.. hurmmm...hurm.. aku rasa aku tau la nape aku sakit kepala ... PUMP BOOSTER .. tau apa tu ? Wife aku sedang mandi kat atas dan dia on pump booster agar air mandian jadi lebih deras .. PUMP BOOSTER berada di bahagian bumbung.. Bunyi dengungan dari pump booster tu mmg menyakitkan kepala.. bukan telinga tau .. Hurm.. nak kena siasat apa yang ada pada pump booster .. hurmm...

OK.. sambung SINGGAH blog .. dah masuk siri ke 6 dah .. :

Satu tika dulu ...

 

image

Pernah makan roti ni ? Roti ni dulu harganya 50 sen sebungkus .. Memberi sejuta jasa kepada aku  ..

Masih aku teringat , satu tika dulu sewaktu aku bekerja kontrak di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya .. Gaji yang aku terima masa tu amatlah kecil saja namun aku bersyukur sbb ada kerja setelah lama menganggur ..

Pada mulanya aku g kerja dengan ada sorang jiran aku tapi bila ada dengar cakap cakap belakang yang mmg tak menyedapkan telinga apatahlagi yang membawa mulut tu pulak orang yang aku respek maka aku buat keputusan g kerja dengan pengangkutan awam..

Tambang LRT dan ERL sebulan , setengah dari gaji aku masa tu .. Baki dari tu aku bagi orang tua aku .. Hanya tinggal ciput je untuk belanja g kerja dan g gym masa tu .. Simpan ? Jangan mimpi..

Maka setiap hari aku g kerja , aku hanya makan pagi dan tengahari , roti ( gambar diatas) dan minum air mineral ... Kalau orang tanya aku , aku cakap diet ... Hehehe..

Cafe kat tempat aku tu , boleh aku kira berapa kali aku jejakkan kaki kat situ .. Bila tengok kawan kawan makan sedap ,sapa tak terliur ? Cepat cepat mintak diri sbb kesiankan diri aku ..

Aku tau , ramai lagi yang jauh lebih menyedihkan .. Cerita aku ni bukan nak menagih simpati tapi sekadar nak mengingati saat saat aku di bawah dulu .. Setiap kali aku terjumpa roti ni , aku mesti beli.. hehe...Mmg mengenyangkan ...hehe.. apatah lagi di cicah ngan kopi.. Waalaahh...

Jadi , jika ada rakan pembaca blog aku ni , rasa seolah 'dianaktirikan' maka ingatlah pada ALLAH .. Senantiasa berdoa ... Percayalah ... cuma kita tak tau bila masa kita akan sampai ..

Tahukah apa yang membuatkan aku terharu ?

 

Setiap minit ada je yang add aku sbg FOLLOWER .. Kenapa aku nak terharu ? Yang pertama , aku bukannya selebriti .. Kedua , aku ni seorang lelaki .. Ketiga , aku ini dah pon kawin .. Keempat , blog aku ni tak cantik .. Dan yang keempat , cerita dalam blog aku ni sekadar cerita biasa ..

Kalau tak silap aku , semalam baru cecah 4300 , dan sampai sekarang  dan image .. Mmg tak banyak pon bagi sesetengah orang tapi bagi aku , dah cukup bagus dah ..

Setiap kali orang add aku setiap kali tu aku rasa terharu.. Seolah blog aku ini diterima ramai .. Ini akan menafikan segala kata kata mereka yang cuba menjatuhkan semangat aku ..

Bagaimana aku nak tutup atau berehat dari tengok blog walaupun aku tak sihat sedangkan aku tau ada diantara mereka ternanti nanti cerita dari aku walaupun hanya serangkap cerita ? 

Jangan mencebik.. tak caya tanya mereka ! 10 orang benci blog aku ni , berapa ramai yang suka ? Kalau 1000 sekali orang pn membenci , aku tak kisah .. Sebab apa , sebencinya korang kat blog ni , korang masuk baca gak cerita aku .. nak cari isu untuk kondemkan aku.. Nak kata apa kan ? Yang bagus , korang tk nak cerita .. tapi korek yang berlubang tu gak .. ehehe...

Ok rakan sekalian .. aku harap korang jadi blogger yang berjiwa murni .. Perbanyakkan kawan dari musuh .. Selamat berbuka puasa...

Kuasa dunia blog..

 

Berapa ramai blogger dalam Malaysia ni ? Aku penah baca ada sehingga cecah 2 juta orang .. Wah.. betul ke ? Tapi yang aktif tu tak  tau la berapa ramai kan ..

Kenapa kebelakangan ini makin ramai nak jadi blogger ? Apakah cerita cerita mengenai mudahnya memperolehi pendapatan dari blog menyebabkan mereka juga ingin sama 'melombong'nya ? Wallahualam ..

Tapi aku tak rasa semua gitu kan ? Ada yang suka menjadikan blog ini sebagai diari rutin kehidupan mereka dan tak juga menjadikan pusat simpanan dan rujukan segala informasi di dunia ini.. Apa jua 'alasan' mereka , pastinya mereka mengetahui hukum hakam bila berblog ini ..

Cuma satu je la kan .. berhati hati bila bercerita .. Tau , mmg best cerita isu isu panas .. tapi kalau rasanya kita tolong menambahkan aib mereka itu , apa hukum dia yer ? Kenapa semasa dia memberi kita hiburan , mengembirakan hati kita dengan telatah dia , kita tak g kredit berbelah bagi ?? Bila satu kesilapan kita kutuk abis abisan .. Bagaimana jika itu bukan kesalahannya ? Sapa sekarang yang berdosa ?  Atau benar dia bersalah , sapa kita tolong menyebarkan lagi keaiban dia tu ? Apakah kita sendiri seperti malaikat ?

image ISLAMICO PARADISE

Seronok bercerita tentang orang kan.. Bagaimana pula satu hari nanti 'aib' kita dibuka ? Sepatutnyaa , tadahkan tangan dan mohon agar diberi hidayah ...  Jangan suka menjelir lidah pada orang sedangkan hati kita sendiri menjelir lidah pada kita ..

Apa salahnya bercerita tentang yang baik baik dan sesuatu yang memberi pengajaran dan tauladan pada diri sendiri dan juga pembaca..

JANGAN INGAT KITA BAGUS SANGAT SAMPAI NAK CACI ORANG !

Dah ok skit ..Malas masuk campur ..

 

Terima kasih pada yang sudi doakan kesejahteraan aku tu .. Hanya Allah dapat membalas kebaikkan korang tu ..

OK.. kebelakangan ini kita dikejutkan dek dua cerita panass... Satu kes Nabil dan kes Uncle Seekers tu .. Hurm.. Apa pendapat aku ? Pendapat aku tk penting sebenarnya .. kan kan ?

Bagi aku , kedua dua kes ni ada hikmahnya.. kita jangan pandang dari sudut negatif.. dok mengutuk atau mengeji perbuatan mereka tu .. Mereka manusia biasa tak kira pangkat apa sekali pon , mereka sama jer .. Ada akal ( tak pakai) , ada nafsu dibiar bermaharajalela serta iman biarkan pergi ditiup angin ..

Samada benar atau tidak kedua dua kes ini , mereka saja yang tahu.. Diaibkan atau sengaja membuka aib , masing masing ada motif tertentu .. Kita yang memerhati ini , pandang dengan mata , baca dengan hati , fikir dengan akal .. Kenapa dan mengapa semua ini muncul tiba-tiba .. Apakah ini satu petunjuk dari Allah buat kita yang semakin leka dengan duniawi ? Betapa Allah boleh memberi nikmat pada bila bila masa saja yang DIA mahu boleh menariknya juga pada bila bila masa.. Tapi dimanakah keimanan kita ?

Kita tau , kedua dua orang ni ada nama besar.. sebut je , orang kenal ..Tapi lihatlah sekarang ? Semudah itu berada dipuncak dan semudah itu berada di bawah.. Apakah sumbangan yang telah mereka taburkan sewaktu berada diatas ? Kita tak tau.. hanya mereka saja yang mengetahui..

Syukur atas setiap nikmat yang Allah beri ..

Bukan darah tinggi tapi ... Singgah 5

 

Dah jumpa doktor... tekanan darah ok.. normal ... Suhu .. ok..dah tu ? Kepala dok pening je ni.. Hurmm... tapi sakit apa eh ? Rasanya kena hujan semalam kot ? Entah ler..

Ok..masuk ke SINGGAH 5 dah .. jap je kan ? Kali ni aku rasa ramai sebab peram dari pagi tadi sampai tengahari.. huhu ..Maaf tak leh nak bebel lebeh.. hehe..

image Amenda ni ? Meh klik tengok dulu > Pincess

 

SINGGAH 5 :

Fuh... Menarik... kalau boleh g masuk semua tu , mmg berbaloi tul .. ramai beno kawan baru kan ?

Tiba-tiba sakit kepala menyerang .. Singgah 4

 

Dah siap nak g kerja.. Tiba tiba berpinar kepala .. Pelik .. apa yang aku salah makan ? Nak tak nak terpaksa aku cuti ari ni .. Makan ubat dan berehat.. Ni baru bangun.. pon masih lagi sakit kepala .. haih ..

Tak pe la .. ramai yang sertai segmen baru aku ni .. Aku senaraikan yer.. Maaf .. Nak bebel lebih , kepala tak mengizinkan .. Jadi mana yang berminat nak bekenalan dan menambah kenalan baru , silakan menziarahi mereka ..

SINGGAH 4 :

  1. EDY
  2. LUKISAN PENA
  3. Cik Ila
  4. sArAh
  5. LyNn'Azlina
  6. Zoulhusni:My Emancipation
  7. noreed
  8. Fa-zlyn
  9. rabiatul
  10. Q'ein
  11. Durratul
  12. Ainismaira
  13. Syeeda Sobbihi
  14. hidayahmiamir
  15. masmurni
  16. *cilipadi=hafizah*
  17. hasrul hassan
  18. Sara Mysara
  19. [ Krafaina ]
  20. Pensel Kontot
  21. deefaLya~
  22. { finie }
  23. salem:D
  24. azlini

Terima kasih semua ..

Memalukan atau tak tau malu ?

 

Anak anak bangsa kita semakin hancur ? Salah siapa ? Perlukah disalahkan teknologi kerana semakin canggih ? Apakah peranan kita ? Tegur salah di biar pon salah ..

Cinta ? Atau nafsu ?  Buta ? Atau pekak ? Tak tahu atau tidak mahu ambil tahu ? Apakah tiada iman atau sebenarnya mmg mengikut kata telunjuk syaitan ?

Tergoda atau mengoda ? Apakah segalanya kerana cinta ? Bila cinta , perlukah terkorban atau mengorbankan diri ? Dimana akal , di mana iman ? Bila terduduk baru teraba raba .. Nasib baik mampu meraba lagi dari berpeluk tubuh buat selamanya !

Tengok sendiri dan fikirkan hala tuju anak bangsa kita akan datang ..

http://www.facebook.com/video/video.php?v=169148946448063

Aku ? Semakin tua dah ... Kubur dah memanggil aku ...

Huh ! Hantu !!!!

 

Aku terkejut.. Sedang aku dok blogwalking pada waktu ini .. pergh.. pagi dah ni.. nanti nak keja lak .. mampus aku.. huhu .. OK sambung..  tiba tiba aku terdengar sesuatu ..

Aku tercari cari dari mana bunyi tu datang.. Handphone aku ? Oh tidak ! Aku letak kat atas .. dah tu ? Hp wife aku ? Sapa call dia malam malam buta ni ??? Cari pasal nehhh  !!!

Pon bukan.. arghhh .. Dah tau .. luar rumah aku ? Takkan .. erk.. ghostbuster ??? No no no...Takkan kot... Oh tidak !! Eh... Haih.. speaker netbook ni aku on lak.. patut laaaa.. Lagu yang keluar tu dari blog orang.. Selama ni aku off speaker .. hahaha.. tak suka dengar lagu dari blog .. Tu pasal aku terkejut .. adoii...

Oh ya.. aku terperasan sesuatu la.. Sebagai  seorang kawan kepada blogger , maka aku nak habaq ni... tajuk entri dengan kandungan entri , pastikan ada kaitan .. Faham tak maksud aku ? Hehehe.. Kalau tak , cuba fahamkan jugak..  ;)

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI