Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 26 November 2010

Sumpahan Hollywood

Misteri pelakon, krew dilanda musibah sepanjang penggambaran, tayangan di pawagam

PERCAYA atau tidak, beberapa filem Hollywood yang dihasilkan turut membawa cerita yang tidak enak didengar di belakang tabir pembikinannya. Ia bukan kisah skandal atau kontroversi, sebaliknya sesuatu yang tidak ingin dialami sesiapa saja.

Mungkin satu kebetulan, namun cerita menyeramkan yang menimpa krew dan pelakon beberapa filem Hollywood yang dikatakan terkena sumpahan agak menarik untuk diikuti. Lebih menarik daripada filem itu sendiri ialah apabila sebahagian krew dan pelakon filem terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan terkena sumpahan.

Trilogi The Poltergeist antara filem yang dikatakan disumpah kerana empat pelakon filem itu meninggal dunia dalam tempoh enam tahun selepas filem pertama diterbitkan. Kematian turut menimpa pelakon kanak-kanak, Heather O'Rourke yang muncul dalam kesemua tiga filem. Dia meninggal dunia sebelum filem ketiga ditayangkan.
O’Rourke dikatakan menghidap selesema dan dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia di atas meja bedah akibat beberapa komplikasi. Tidak lama kemudian, Julian Beck, yang memegang watak lelaki tua menakutkan dalam siri kedua filem berkenaan mati akibat barah.

Begitu juga dengan pelakon Orang Asli, Will Simpson, yang meninggal dunia ketika menjalani pembedahan. Terakhir ialah Dominique Dunne yang dicekik sehingga mati oleh teman lelakinya pada tahun sama filem pertama ditayangkan.

Ketika itulah khabar angin mengenai sumpahan Poltergeist makin rancak. Pengarah filem berkenaan dikatakan menaikkan kemarahan roh kerana menggunakan mayat manusia sebenar dalam filem Poltergeist pertama yang dianggap sebagai satu penghinaan.
Salah seorang pelakon, JoBeth Williams, yang memegang watak Diane Freeling, mendakwa dia kembali ke rumah dari set penggambaran setiap hari dan mendapati gambar di dinding senget. Dia membetulkan keadaan tetapi gambar itu kembali senget keesokan harinya.

Filem Superman juga dikatakan membawa nasib malang kepada mereka yang terbabit dalam francais filem itu selama beberapa dekad - daripada sekadar kerjaya menjunam kepada kematian.
George Reeves yang melakonkan watak Superman dalam siri televisyen Adventures of Superman pada tahun 1950-an ditemui mati dengan kesan peluru di kepala pada tahun 1959.

Pelakon Christopher Reeves bukan sekadar berkongsi nama keluarga yang sama tetapi turut mewarisi nasib malang George. Selepas kejayaan empat filem Superman, dia terjatuh daripada kuda pada 1995 yang menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah. Sementara pelakon Margot Kidder yang memegang watak Lois Lane pula mengalami masalah mental.

Filem bertajuk Atuk yang berkisar mengenai seorang lelaki Eskimo melawat New York dan ia turut dikatakan ‘membunuh’ pelakon John Belushi. Filem berkenaan tidak pernah ditayangkan.
Belushi membaca skripnya dan berminat dengan watak yang ditawarkan ketika mati akibat pengambilan dadah berlebihan pada 1982.

Selepas kematian Belushi, watak utama diberi kepada Sam Kinison. Beberapa masalah melewatkan penggambaran, Kinison meminta beberapa babak dalam filem itu ditulis semula. Beberapa tahun selepas itu, skrip masih terus terkena sumpahan dan Kinison meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

Ia kemudian diberikan kepada John Candy pada 1994. Candy menerima tanpa menyedari skrip itu terkena sumpahan dan meninggal dunia akibat serangan jantung. Skrip itu dikatakan ditanam di Hollywood dan semua pelawak tidak berani lagi menerima tawaran membintangi filem itu.

- BHARIAN -

Cara lupuskan Al-Quran

DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.

Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.
“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?

“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak.

“Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.

Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.

Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengumpulan dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan.

Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.
Rahmat berkata, selepas usaha Percetakan Saufi itu disiarkan Berita Harian pada Mac lalu, sambutan orang ramai untuk menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran semakin hebat dan menggalakkan.

Melalui kesungguhan itu katanya, tempat pengumpulan al-Quran di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.
“Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci al-Quran dan saya hanya memulakan dulu.

“Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara,” katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu dan dijangka siap Disember ini.

Selain pengumpulan dan pelupusan al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan. Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049/03-26915184.
Usaha syarikat itu turut menarik minat tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, yang menyifatkan ia harus disokong semua pihak terutama umat Islam negara ini.

Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.

“Inisiatif Percetakan Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini bukan mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela.

“Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad,” katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.
'Elak cebisan, abu al-Quran dipijak, langkah'

PELUPUSAN ayat suci al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.

Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan. Menurutnya, proses pembakaran al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah al-Quran yang agak tebal.

Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.

“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.

Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.

Proses pembakaran dimulakan dengan meracik al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.

Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.
Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.

Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut. Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.

Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.

Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran.

Proses pembakaran dilakukan dua kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak.

Sumber : Bharian

Harry Potter vs 2 alam ..

 

Hurm... satu silap besar .. Kesian pon kesian gak .. Nape ramai anti benor DDR  ni .. erk.. termasuk aku gak la.. hehehe ... Aku bukan benci dia .. Bukan tak suka ..dia antara contoh usahawan melayu yang berjaya .. tu je boleh aku respek .. bab lain ? Tak tau sangat pasal dia ..

Apa yang buat aku tak suka ialah keyakinan dia nak raih RM40 juta .. seperti tidak berpijak di bumi yang nyata .. Aku rasa la kan .. kalau dia buat filem cam Harry Potter sekali pon lom tentu cecah RM40 juta dalam Malaysia .. Kalau dia pasarkan sampai ke cakerawala tu , mungkin la ..  Tu pon kena alih bahasa .. hehehe ..

Aku bukan penyokong filem barat atau anti filem melayu .. tapi aku nak tonton sesuatu yang mana duit aku tak dibazirkan begitu saja .. Kalau takat filem cam 2 alam yang takde kesan khas best giler cam filem filem aksi yang mana berbaloi dilaburkan sebanyak RM11 tu tak pe la gak .. Ni takat filem masyarakat .. tunggu keluar kat tv je la..

Satu lagi yang buat aku geleng kepala .. nak lawan ngan HARRY POTTER .. bukan tak boleh.. boleh .. tapi kena la tau .. HARRY POTTER tu dah satu dunia kenal dia .. 2 alam ? Yang aku tau , masa sekolah dulu la .. ALAM DAN MANUSIA .. Tu aku belajar ..

Cuma satu je aku tak berkenan .. Pada yang buat ulasan tu .. Jangan kaitan fizikal dan peribadi seseorang .. Tu tak patut la.. dia buat filem.. maka kaitkan dengan filem jer .. Macam kita gak , blogger .. suka ke kalau orang kritik ahli keluarga dan juga fizikal kita ? Nak kondem blog maka kondemkan blog jer .. Tak profesional gitu .. kan ?

Saya suka blog awak la .. sangat !! - 4

 

Weewittt.. jap lagi nak g Alamanda .. Harry Potter time .. hehehe .. Dah standby dua entri auto post... haaa.. camana pon , jangan bagi blog lengang !! Pastikan ada pengunjung 24 jam !!! OK ?

OK.. skang sampai dah SAYA SUKA BLOG AWAK yang ke 4 .. huih.. 4 dah ??? Esok lagi ramai arr... sbb cuti kan... insyaAllah.. Meriahkannya lagi .. hehe

OK.. berikut adalah calon calon blog terbaik masakini ! :

Hehehe.. ada lagi ke ??? Kalau ada yang terlepas pandang .. paste url kat entri ni yer .. hehehe.. maklumlah , pakcik dah tua.. tak nampak dah huruf ni haaa... anak dara lalu terang pulak mata pakcik .. hahaha.. guwau je laaa...

Cukupkah 1 atau 2 entri ?

 

Perhatikah suratkhabar samada online atau offline.. hhehee.. offline tu beli kat kedai mamak la... hahaha ..

Ok.. kenapa meriah kat sangat suratkhabar ? Sbb macam macam ada .. Cukupkah suratkhabar tu hanya dengan berita ? Tak cukup kan ? Kena ada iklan gak.. hehehe.. Kena ada artikal.. Bermakna .. untuk tarik pembaca ..perlu ada macam macam cerita kan ?

Fikirkan yang tu .. Pastu fikir yang ni .. Korang nak pembaca tu pergi tak kembali atau nak mereka kembali ? Kalau nak mereka kembali .. camana nak mereka ? Sila fikirkan dengan mengabungkan soalan pertama ..

Yang terakhir.. Cuba tengok statistik kat nuffnang .. Cuba rekodkan masa korang update entri.. Berapa ramai masuk masa tu .. Kemudian dia akan kurang kan ? Kalau dah kurang tu nak buat apa ? Blogwalking sampai naik baik ? Gabungkan soalan pertama kedua untuk mendapatkan jawapan soalan ketiga .. Ok ? hehehe.. ok.. aku nak naik ERL dah .. ni kat stsn nehhh .. hahaha.. gila aku kan ? lantak la.. Yang penting trafik ribu ribu.. hahahaha ... Usaha tangga kejayaan ! Bukan dengki tangga kejayaan yer.. betul kan yang tu !

Janganlah sombong !

 

Mmg sikap rakyat Malaysiakah begini ? Maksud aku , pemandu pemandu kereta di Malaysia ni la.. Bila nampak pejalan kaki melintas jalan , ada yang sampai hati menderaskan lagi kereta mereka seolah olah nak langgar lak .. Nak tak nak berlari pulak si pejalan kaki..

Kenapa macam ni yer ? Bukan sekali dua .. kerap sangat dah berlaku .. Bukan pada aku jer malah ramai lagi .. Haih.. Sepatutnya kena la bertimbangrasa .. Yang bawak kereta ni sah sah rileks dah dalam kereta.. Laju laju tu nak g mana ?? Kesian la skit kat pejalan kaki tu ... Kalau berlanggar camna ? Tak guna nak cari salah sapa.. Kalau boleh elak, elakkan la..

Tak rugi pon bertimbangrasa... hurm.. jgn la kejam sangat .. tau la ada kereta .. kan ? Orang lain pon ada kereta gak ... hehe..

Mampukah 5 ribu UV lagi hari ini ?

 

image

Dah kul 4 petang .. baru nak cecah 3 ribu UV .. Hurm ... Dua hari lepas  punya ?

image

Bagi aku la kan..  5 ribu bonus je la.. maintain 4 ribu pon je skang ni .. hehe.. lebih lebih pon bukan bleh kaya kan ? Hehe.. Sbb tu aku buat segmen .. kongsi ngan kawan kawan trafik tu.. baru la seronok kan ? Tamo la makan sorang .. hehehe.. kan kan

NUFFNANG buruk siku arrrr !!

 

Waahh .. rugi ar tak cashout semalam !! Kalau tah sah sah aku leh bayar duit muka BMW 10s punya !! huhu.. beria jer .. Rupanya dah terjawab segala kekalutan semalam ..

Ingat tak entri yang semalam tu ? Yang aku kata tetiba je aku leh pinang anak dara orang tu sbb NUFFNANG kasi aku duit belanja tu ? hahahaha... adeh.. weh.. aku tidur luar malam ni .. hahahaha..

Kalau tak tau , sila rujuk entri ini ( link ) .. Haaa.. baca dah ? Segala persoalan telah terjawab sudah !! Rupa rupanya ?? Nuffnang kasi bonus sbb kerajinan kita ke ? Oh tidak sama sekali .. Dah tu ? Nuffnang kasi duit raya ?? Oh pon tidak sama sekali .. Ari tu dah bagi dah .. TQ Nuff .. lepas duit belanja.. hehe

Kalau gitu ? nape ??? Jangan tanya aku .. aku sendiri pon baru dapat jawapan dari sini haaa.. dari blog NADIA ..  G la baca sendiri yer .. huk huk .. kejaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmm ...

Dah kena potong balik.. eh.. cashout terus la.. hahahahha.. Yo NUFF .. tqq.. sori yer..bukan kipas.. sekadar menghargainya saja ..

Oh Cinta ku ..

 

image

Lelaki : Nape awak nampak happy semacam jer ?

Perempuan : Eh .. mestilah .. abang nampak begitu kacak hari ni ..

Lelaki : Selama ni tak kacak ke ?

Perempuan : Selama ni cam biasa je .. hehe.. cuma entah ari ni je nampak lain ..

Lelaki : Oh ye ker ? Mungkin sebab abang cukur janggut kot ?

Perempuan : Ye la .. nampak bersih .. Abang , tadi kawan saya kata diorng semua dapat bonus awal bulan ni .. Rasa nak g KLCC je.. Saja jalan jalan ..

Lelaki : Huh.. tau dah ! Puji ada makna ... Perempuan .. Spy merata rata !

Pameran PENGANTIN MALAYSIA 2010

image

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010 , bermula hari ini ( 26/11/2010 ) sehingga Ahad di ruang legar PWTC , KL .. Rasanya la kot.. Tadi tengok dah nak rasmi.. Tak tau sapa rasmi .. Malas nak amik tau sebab nanti aku teringin nak naik pelamin lagi.. Haa.. sapa susah ??? Hahaha..

Psst.. nampak tak aku ulang tajuk tu balik .. hehe.. trafik free...

Maksud Hadis ‘Sesiapa Menyerupai Sesuatu Kaum..’

 

oleh Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

 

Soalan: Dr Asri, saya ada seorang kawan yang sentiasa berhujah dengan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Dengan hadis itu beliau selalu macam kata orang lain tidak islamik sebab berpakaian ala-Barat atau makan dengan sudu tidak dengan tangan dan lain-lain lagi. Saya beritahu itu boleh sebab tiada dalil yang melarangnya, tapi beliau sering berdalil “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Sejauh manakah penafsiran hadis ini ?

 

Jawapan: Saudara, sebagai ingat; dalam penghujahan menggunakan sesuatu hadis, terlebih dahulu hendaklah kita semak kedudukan atau status hadis tersebut di sisi muhaddithin (ahli hadis). Jika hadis itu didapati sabit iaitu berada pada kedudukan (nilaian) sahih atau hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dalam agama. Setelah perkara tersebut dipastikan, barulah ke peringkat seterusnya iaitu mengkaji maksud matan (teks) hadis tersebut. Bagi menjawab persoalan yang dikemukan maka di sini disebut beberapa perkara;

1. Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

2. Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.

3. Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk. Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):

“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

4. Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.

5. Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa tetapi tidak terkeluar dari agama. Namun, jika dia menyerupai mereka secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama, maka dia menjadi kufur. Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar perkara yang ditiru atau diserupai.

6. Sekali lagi hendaklah kita jelas, penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama. Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan. Dalam dunia globalisasi, banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian, makanan, binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu. Maka, kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.

7. Dalam hadis “Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):

“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).

8. Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:

“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.

9. Berdasarkan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” maka muslim dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai tersebut. Kata al-Imam al-Munawi:

“Jika puak fasik atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-‘Ilmiyyah).

Maka, perbuatan anak-anak muda atau selain yang meniru pakaian atau gaya artis atau kumpulan yang dianggap serong oleh masyarakat itu menyumbang kepada dosa.

10. Manusia ini cenderung menyerupai pihak yang mereka suka atau sayangi. Orang baik cenderung meniru cara orang yang baik. Demikianlah sebaliknya. Kecenderungan kita untuk meniru gaya atau gaya sesuatu pihak, memberi gambaran tentang apa yang tersirat dalam jiwa kita.

11. Kesimpulannya; kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim.

 

Sumber : DRMAZA.COM

Saya suka blog awak .. lagi ???

 

Ok.. masuk sesi ke 3 ... erk.. ke 4 eh ? Hurm.. tadi aku ada dapat satu komen yang menaikkan semangat aku lagi .. hehee.. Semua komen mmg menaikkan semangat aku.. cuma yang satu ni , lain skit sbb dia sememangnya tak kenal blog aku .. hehehe... Kira special kes la nih .. ADeh.. tetiba tensen lak ..kena g bank.. kena kuar duit.. huwaa... ok ok.. sambung ..

" Hi Ben, apa khabar? ShueQry di sini.
Terjumpa blog ni dari Google Malaysia..tiba-tiba tertarik nak baca, ringkas, bersahaja dan ditulis terus dari hati.

Ya, amat mencabar untuk membina komuniti pembaca yang setia. Tak kata susah, cuma amat mencabar..wordingnya saya tukar supaya jadi lebih positif.

Bila dah kumpul ribuan pembaca, next mission adalah untuk kekalkannya, sebab boleh jatuh teruk bila-bila masa! "

Terima kasih ShueQry ..

Ok..sambung SSBA ... Senarai terkini ..

Okeh.. ni dulu.. hehehe.. adeh.. fenat neh... nasib baik jumaat ari ni.. hehhe.. esok chooteeeeeeeeeeeeeee

Sesuatu yang mustahil berubah sekelip mata ..

 

Maaf .. kalau kat opis ni , entri aku banyak berkisarkan blog .. maklumlah , tak bergerak .. kalau bergerak , lain ceritanya.. tak caya , tengok esok.. hehe..

Apa yang mustahil tu ? BLOG .. Kali pertama aku buat blog , aku tak tau apa apa langsung .. Bukan la aku buta IT .. maksud aku ialah teknik nak tarik pembaca .. Aku terfikir kalau buat blog nanti , automatik orang akan masuk baca .. hehhe .. Yelah , macam FB tu .. orang akan add kita gitu la kan .. Tapi rupanya meleset .. meleset melecet .. huhu..

Nak dapat pembaca setia atau follower ? Mintak maaf la.. bukan senang .. Nasib baik aku ada FACEBOOK .. Pelan pelan aku promosi kat situ .. Alhamdulillah .. Ada la kawan kawan setia sudi mengunjungi blog aku ..

 

image Iklan sesaat - EQ CLOSET

 

Bila tengok blog blog otai .. nampak follower diorg beribu ribu , mmg aku tergamam.. camana diorng boleh dapat gitu eh ? Ada yang cadang buat contest dan wajib jadi FOLLOWER .. ada yang buat I FOLLOW U , U DONT FOOL ME !!  Haa.. macam macam cara laa..

Aku guna cara apa ? Hurm.. U wanna follow me ? Up to u ! hehe.. tapi aku hargai sangat pada mereka yang sudi follow aku tu .. Ibarat menyokong segala usaha aku .. Terima kasih .. Aku free nanti , aku cuba follow balik .. tiada jaminan di situ.. aku bukan free sangat ... hurm ..

Kemudian .. Bila diorng cerita blog boleh dapat duit beribu ribu lemon .. Huih.. sukar aku nak percayainya .. Mustahil aku leh dapat gitu.. Yelah , aku bukannya artis atau seorang yang dikenali ramai.. Jauh sekali nak masuk majalah .. Haih.. Tak kisahlah .. Aku cuba berharap sebulan dapat simpan RM100 dah la..setahun dapat la RM1200 .. hehe..tak yah tunggu duit bonus kan ?

Alhamdulillah .. Berkat usaha serta sokongan rakan rakan serta ehem.. orang rumah .. ni penting part ni .. kang ada yang merajuk.. tidur luar aku malam ni .. hahaha .. Part ni penting weh...kalau tiada sokongan , sahih bergaduh siang malam .. Ok sambung.. Haa.. kat mana tadi ? .. haaa.. sokongan yang tak berbelah bagi , akhirnya aku di sini .. Korang yang aku tak pernah kenal dan tak terfikir pon nak berkenalan , syukur diketemukan di dunia maya ini.. Sapa tau , insyaAllah boleh jumpa di dunia realiti , kan ?

Maka , dengan ini terbuktilah bahawa segala yang kita inginkan perlulah di mulakan dengan niat , disusuli dengan kerana Allah disertai dengan doa dan kemudiannya usaha ditambah dengan kemahuan ... dan sokongan rakan rakan serta yang tersayang amat penting bagi membantu untuk menaikkan semangat !

Akhir kata .. tiada yang mustahil .. segalanya bermula dengan angan angan ..

Kenapa NUFFNANG aku '0' je ?

 

Banyak pertanyaan yang aku terima .. ada yang sempat aku tengok tapi cam biasa la.. aku tak sempat nak balas pertanyaan tu .. Hurm.. Maaf yer .. maka kalau berkesempatan tapi biasanya tak la sbb aku bukak blog , lepaskan komen pastu terus update entri .. tu je keje aku ari ari.. tak sempat nak balas membalas.. kalau ada pertanyaan tu , maka aku balas melalui entri .. Maaf yer .. mengejar masa .. bukan sombong .. huk huk.. kalau aku full time tu atau upah orang tolong balas komen tu ok gak kan ? Tapi .. hehe.. no money no talk talk ..

image

Iklan sesaat dari CHEKGU PINCES SHOP

Ada yang frust sbb koleksi NUFFNANG dia masih kosong atau sedikit .. Aku dah buat entri pasal ni berkali kali.. tapi tak pe la.. nak g cari tu bukan senang kan.. beratus entri kat belakang .. hehehe.. beribu sebenarnya .. .. hehe..

Mudah je ... jangan hiraukan lagi pasal $$ di NUFFNANG tu .. apa yang penting , naikkan dulu blog tu.. samada dari segi kualiti mahupun kuantiti .. Trafik memainkan peranan penting bagi mereka yang inginkan pendapatan sampingan dari blog .. Tiada trafik maka susah untuk jana pendapatan ..

Maka nasihat aku .. jangan tengok $$ dulu ... Naikkan blog dan akan sendirinya $$ datang .. InsyaAllah .. Jangan gelojoh .. nanti nikmat berblog tu takde dah .. tu yang penting .. kalau terlalu fikirkan $$ , blog jadi hampeh ... jadi mengarut .. ok ?

Camana nak naikkan trafik ? Erk... cuba search dalam blog aku ni dulu .. kalau tak de gak .. nanti aku bagitau eh ...

Ok.. kalau ada pertanyaan. .sila buang dalam komen ni yer.. Kalau mengarut atau rancang nak maki hamun  , sila pendamkan hasrat tu .. aku tak berminat nak baca .. dan jangan tambahkan lagi dosa kita.. hari jumaat ni ... banyakkan beristighfar dan berzikir .. lagi bagus kan ?

Saya suka blog awak la - 3

image Iklan 1 saat ...

Ok.. persetan mereka semua itu.. Kalau dilayan kita gak sakit jiwa .. maka , jangan dilayan... Okeh ? Kita teruskan agenda tersembunyi kita .. hehehe .. Skang masuk ke sesi 3 dah.. ada berapa banyak lak ? Mari kita kira .. huhuh..

Hehehe.. fuh... 21 ... OK.. lunch time.. solat jumaat.. g g la meramaikan masjid bagi lelaki tu dan yang duk kat opis tu , g baca blog diorng .. follow pon cun tu.. kasi ramai kawan kawan ... Okeh ? Tqqq... Jangan dengki dengki.. tak berbaloi ..

Bisikan syaitan ...

 

Hurm.. Panas sangat ke bila dengan nama BEN ASHAARI ? Kat mana panasnya ? Sat ... aku nak tanya .. ada tak aku bayar sapa sapa untuk naikkan blog aku ni ? Takde kan sbb aku pon tak mampu nak bayar ..

Kenapa dan mengapa ? Kalau marah sekali pon , jgn la dibabitkan orang lain .. Apakah disebabkan segmen yang aku buat selama ini ? Persoalannya .. segmen ni sapa sapa je boleh join.. takda paksaan pon .. Sama gak cam segmen GIVEAWAY , TAGGED , AWARD dan banyak lagi ... Tujuan sama cuma promosi membezakan ..

Kalau ada perasaan benci tu , bawak la istighfar .. sama sama menginsafi diri .. Kalau aku terlupa , korang ingatkan .. kalau korang terlupa , kawan sebelah ingatkan .. Kita sama sama saling memerlukan .. Aku perlukan korang .. begitu juga sebaliknya..

Jangan lupa .. hari ni kita kat atas.. tak tau bila kita kat bawah .. Tak perlu angkuh dan sombong .. Aku ? Aku cam korang gak . Sekadar menulis untuk menghiburkan hati dan mencari duit poket beli nasi lemak .. tu jer .. nak lebih , sapa la aku kan ... Kalau ada nama sekali pon , tolonglah .. semua ini pinjaman semata ! Esok lusa kita mati , tinggallah segalanya .. Sapa yang akan datang tolong angkat jenazah kita ? Fikirkan ...

Saya suka blog awak la ! - 2

 

Huih.. sambutan yang amat mengalakkan .. Apakah berbaloi ? Sila beri komen bagi yang dah buat tu .. Huhu.. dapat ramai kawan baru ke ?

Ok.. ada satu perkara nk bagitau .. Bagi mereka yang buat entri tu ,tolong paste url entri korang tu kat entri yang sepatutnya.. Jangan sepahkan.. kalau sepahkan , aku tak bertanggungjawab kalau terlepas pandang .. Maaf yer.. Sila paste semula ..

Bagi mereka yang berminat nak menambah kenalan blogger , maka amat digalakkan berjalan jalan dan lihat sendiri kreativiti serta alasan mereka menyukai blog blog pilihan mereka .. Jika nak menyelongkar , sila ke sini (link) ..

Ok... Ni untuk sesi ke 2 :

  1. Miss Zymah
  2. Nurul Hani
  3. moCCaCino
  4. aima in luv
  5. Mira Hana
  6. Mata Hati
  7. Miss Zymah
  8. siti habsah
  9. fittiariri
  10. nurin adilla
  11. miszlullaby
  12. ezzyra
  13. salem:D
  14. Nur Azila Ismail
  15. amad sarpix
  16. b a m b a m ' s
  17. Miss MiraAida
  18. KimiCnoL
  19. amad sarpix
  20. . . . h u s n a . . .
  21. cokiedacomot
  22. zany
  23. gaung
  24. Shaofie
  25. Shahazrin
  26. Noor Faezah Mazli
  27. MissAinia
  28. efa nur
  29. nad_ira
  30. Miss Shizu
  31. Miss Nina
  32. cek chun
  33. Teha
  34. Tok Esah
  35. tice LIN
  36. wan muhamad
  37. MyZone~theUn4given
  38. nanie
  39. amy shuhada
  40. sya hassan
  41. tomatokering :)
  42. MIMIE AIZA
  43. Mama Kembar
  44. CiK PuaN NeTTY
  45. kobEj0rdan~
  46. aref seven
  47. moCCaCino
  48. sofi
  49. Norizwan
  50. Cik Jue
  51. Mama Zara

Huihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... jenuh nak redah sorang sorang .. tapi best kalau dapat redah semua ni.. boleh kasi dapat ide  dengan lihat cara orang ..

Bila CIKGU ISZA mimpikan BEN ASHAARI ..

 

Huih... panas ke tajuk ? Tak daring kan ? Haaa.. kang ada yang kata aku nak tarik trafik lak.. haih.. macam macam ...

Pagi tadi, kat dalam ERL , aku berjalan jalan ke rumah kawan kawan jap .. Antara yang jadi persinggahan aku ialah blog Cikgu Isza  .. Tajuk dia benar benar membunuh.. hahaha.. Guwau je arr ..

Cikgu Isza kata dia mimpikan aku.. Benarkah atau sekadar bergurau dipagi hari ?? Eh.. sat... Korang tak kenal dia ? Cikgu Isza dengan blognya yang best sekali cara penulisannya.. tak macam aku la.. aku bercelaru je.. hehehe.. dah ! Jangan nak tambah tambah.. aku tambah dah ..

Cikgu Isza aka SEMEKAR KASIH , makin lama makin best blognya .. sesuai untu mereka mereka yang ingin melepak sambil membaca bagi menghilangkan kebosanan diwaktu lapang .. hehhe.. G la tengok sendiri ...

Hurm... panas yer ..

 

Salam .. selamat pagi .. Huhu.. kebelakangan ni .. eh sori.. sihat sahabat sahabat ? Maaf la yer.. kebelakangan ini blog ni menerima kehadiran pembaca baru .. Macam macam komen ada .. Yang baru pon ramai .. Bila yang baru tu singgah , maka ada la komen yang agak pedas .. Nak marah pon tak leh la kan sbb dia 'belum' kenal dengan blog ni.. Maka terima je kata katanya .. Ada juga kebenarannya ...

Bagus juga begitu .. kalau tidak kadang kadang kita terlepas pandang sesuatu yang mungkin tak patut kita tulis .. Cuma cara ianya disampaikan tu perlulah berhemah agar menarik rambut dalam tepung ... rambut tu jangan la putus ..

Alhamdulillah.. cerah cuaca ari ni .. Malam ni plan nak g tengok HAIRI PUTAR ALAM kat Alamanda.. Show kul 9 malam ... tiket ? Beli dah .. online jer.. Member belikan .. Dia belanja ? Ye la kot.. hahaa

Ops.. lupa lak.. aku ada buat segmen baru .. cuba la check .. Ada hampur 50 lagi penyertaan yang aku tak release lagi.. huhu.. masak aku nak update kang .. Baru semalam diperkenalkan tapi dah hampir 100 orang yang join... huhu ...gulp.. tak tau la kalau sampai hujung minggu ni .. mesti lagi banyak ... huhu... TQQQ

Tajuk entri perlu membunuh ...


Tajuk penting.. kandungan lagi penting .. gabungkan keduanya , takde sapa nak marah malah terhangguk hangguk mengiyakan .. Tapi jujur ! Kena jujur .. membunuh bukan bererti mengarut !

Bayangkan kalau korang buat entri pasal makanan .. G makan kat kedai mamak.. korang tulis tajuK MAKAN KAT KEDAI MAMAK ..Rasanya berapa ramai akan klik ? Kalau buat tajuk tu .. SEDAP BENAR ROTI CANAI NI .. Rasanya ada tak yang akan klik ? Pastinya akan ada sebab mereka keinginan nak tau kat mana kedai mamak tu.. hehe..

Kemudian .. jangan tipu !!! Entri tu perlu bersangkut paut dengan tajuk .. Jangan semata nak tarik mata pembaca sanggup ketepian harga maruah blog tu.. Sekali menjadi .. pastu orang tak percaya dah !! Sapa rugi ?

Kesimpulan .. Tajuk memainkan peranan penting.. Cuba tengok suratkhabar seperti HMETRO , SINAR berbanding UTUSAN ... Kalau letak ketiga tiga tu , mata kita akan tertarik pada mana satu ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI