Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 28 November 2010

Maaf .. mungkin membosankan ...

 

Entri pasal blog ni mmg aku rasa membosankan .. Tapi sekadar mengingatkan .. kalau bukan yang tua mengingatkan yang muda , sapa lagi ??

Tak mungkin semua orang akan sama pendapat .. Dunia blog adalah dunia yang berbeza dari dunia realiti .. Apa yang dibaca tak sama dengan peribadi orang tu .. Kenapa ? Majoriti cuma menampilkan yang terbaik .. Bukan kemahuan fikiran tetapi mengikut adat yang ditetapkan ..

Aku sekadar mengingatkan adik adik agar tidak terbabas dalam mengejar impian dalam dunia blogging ini .. Walaupun ada yang sekadar suka suka tetapi mereka tetap diikat dengan peraturan .. Taip tetap taip tapi biarlah beradab ..

Ni entri terakhir aku berkaitan isu blog .. Pasni aku tamo dah nak cerita pasal ni .. Sebab semua dah bijaksana .. Sekali dua tegur ok la.. kalau masing masing nak kekalkan sikap begitu , terpulang ..

Aku tak diganggu oleh sapa sapa tetapi mereka yang cuba untuk naik itu yang diganggu .. Tapi itulah yg akan mematangkan mereka..  Pastinya mereka akan cuba jadi yang terbaik dikalangan terbaik dengan cara tersendiri ..

Jangan jadi macam ahli politik ... kutuk mengutuk dikutuk ... Bila blog tiada pembaca , sapa yang rugi ?

Aku ulangi .. aku bukan popular.. taknak pon !!

 

Mula mula .. jutaan terima kasih pada yang mengundi BLOG BEN ASHAARI ( bukan undi aku yer ) .. Undian semakin lama semakin meninggalkan pencabar yang lain .. huih... dasat dasat .. kalau masuk ABPBH , sah sah leh bawak balik kereta .. hahahaha.. guwau guwau .. tamo tamo ..kalau nak undi lagi , silalah ke BPM 

Tadi aku ada berborak dgn kakcikElla berkaitan populariti ni menyebabkan blogger lupa daratan .. Hurm.. Kalau yang bujang tu boleh tahan lagi.. kalau dah kawin tu camana ? Sampai ada sanggup ketepikan segala apa halal dan haram demi mengekalkan status tu .. hurm ..

Aku bukan nak riak atau bongkak... Aku masih belum diduga lagi dan aku harap berdoa agar sikap takbur , riak , bongkak , bangga diri tu dijauhkan dari aku .. Aku tamo semua tu ada di dalam diri aku ini ... Bagi aku , biarlah blog ini hanya dalam dunia maya ini saja .. Tiada kena mengena dengan aku di dunia realiti .. Di dunia realiti , semua blogger adalah kawan aku .. Bukan peminat ! Aku tak nak ada peminat ! Aku hanya mahu kawan .. Hanya kawan akan membantu kawan ...

Kalau ada yang kata aku popular , aku hanya mampu gelak.. Apa ada pada popular di dunia blog ? Apakah popular di dunia blog ini ? Dan paling penting .. aku tak popular langsung .. 0.0001% tak popular langsung  !

Tu je lah nak habaq... ops .. satu lagi .. hehehe TERIMA KASSIIHH laaaaaaaaa buat mereka yang terusan menyokong blog aku ini dengan menjadi FOLLOWER .. ingatkan dah berhenti takat 5000 tapi naik dan terus naik dan naik dan naik dan naik dan naik naik naik .... gulp....

Cakap pandang pandang ..

 

Aku senantiasa berhati hati menulis entri .. Ingin sekali aku bercerita tentang apa saja yang aku buat namun sekarang ini 'tangan' aku diikat.. Nak terlalu terbuka , bahaya ... Nak cerita pasal peribadi pon , kena hati hati .. Itulah harganya bila blog dah dikenali orang .. Akan ada mata membaca dan ada yang hanya tunggu masa untuk 'ngap' bila ada kesilapan .. hurm.. Sanggup ke ?

Apakah ukuran yang digunakan untuk mengukur kebagusan sesebuah blog ? Dari sudut manakah dinilai bagusnya sesebuah entri ? Atau paling mudah , apakah hanya blog yang best saja layak dianggap popular ?

Mengutuk mmg best .. Mengkritik mmg best .. Mengumpat ? Jangan cerita laaa .. pasal pe ?? Pasal ada syaitan kat situ .. Dibisiknya telinga kita agar mencari salah walau sebesar kuman sekali pon .. Tapi kenapa dibutakan mata tentang kebenaran ? Tak nak pulak dicerita tentang itu ?

Aku sedar .. aku berpijak dibumi yang nyata...  Myvi tak sebagus BMW .. Tapi jangan lupa MYVI juga sebuah kereta .. tetap beroda empat dan berenjin .. Walaupun tidak 'semewah ' dan selaju BMW namun ianya tetap membawa ke mana saja kita nak pergi .. Ada kelebihan dan ada kekurangan ..

Dan satu nasihat buat yang ingin mengutuk dan mengata ... TGK CERMIN ... Tengok semula 'resume' ... apakah kelayakan yang ada untuk mengutuk blog seseorang ?

Kekecohan Faktor 'Meletop'nya Sesebuah Blog ..

 

Hurm .. Faktor rupa menjadi perbualan popularnya sesebuah blog .. Seolah ada yang tidak berpuashati atau merasakan blog yang bagus entrinya tetapi dikunjungi ramai ..

Untuk pengetahuan korang .. ada blog yang nasibnya baik seperti yang korang sendiri tau , mendapat liputan akhbar , majalah dan tak kurangnya menjadi blog pilihan sesuatu agensi kerajaan .. Ini semua adalah hasil usaha sendiri seperti memasuki sesuatu pertandingan yang dianjurkan atau diketengahkan oleh pihak tertentu .. Inilah dinamakan rezeki yang tak diduga ..

Bagi mereka yang nasibnya bukan begitu bagaimana pula ? Blog yang biasa biasa namun mendapat perhatian .. Ada yang memandang kearah blog BEN ASHAARI .. Populariti blog BEN ASHAARI kebelakangan ini menjadi bualan dikebanyakkan blog .. Kenapa ? KREATIVITI serta PROMOSI ..

Ok.. aku tak nak buat review mengenai blog orang lain sbb tak adil bagi mereka memandangkan aku kurang arif tentang strategi blog blog lain ..

BEN ASHAARI BLOG .. di'lahir'kan pada OKTOBER 2009 dan telah mempunyai lebih 4 ribu entri termasuk artikal yang dipetik dari akhbar mahupun blog cendiakawan .. Memadangkan pelbagai peringkat umur yang masuk ke blog ini maka aku buat pelbagai entri dan isu agar semua mendapat manfaatnya ..

Sehari , tidak kurang 10 entri dibuat oleh aku .. Dalam sesibuk mana sekali pon aku tetap akan update entri tanpa kira tempat dan masa .. 

Konsep yang aku gunapakai ini boleh korang lihat pada media online seperti BHARIAN , HMETRO , UTUSAN dan banyak lagi .. Tiap jam pasti ada berita terkini .. dan ianya menjadi tumpuan pembaca ...

Ok... tu dari sudut entri .. Bila aku rajin update blog , pembaca dapat kesan tentang itu .. Best atau tidak.. berkualiti atau tidak .. berinfo atau tidak , segalanya aku campur aduk ..

Itulah resepi aku .. 'segar dari ladang' ... Walaupun adakalanya entri tu seolah berulang tapi ada maklumat baru yang aku masukkan ..ok ? Aku nak makan dulu .. nanti sambung lagi ... heheh.. sup cendawan nehh.. i likeeeee..

Ops.. rupa menentukan populariti blog ? Sila redah blog blog baru .. Ramai blogger baru yang kacak dan cun .. cuba tengok sendiri.. dah popularkan mereka ??

Keputusan JOM SHOPPING !

 

TADAAAA.... Dan pemenangnya ialahh ...  opss.. sebelum itu .. Jawapannya ialah ..... Sat ... Aku dah jumpa dah blog Scarlett.. Aku terlupa nak listkan dia .. hehe.. Sori yer Scarlett ... Ini blog Scarlett untuk segmen REDAH KAU DAN AKU PUNYA OLEH BEN ASHAARI .. Ada lagi ... sapa lagi ??? Sat nak p tengok lak .. Ada lagi .. fairuz ((: , lady morgana dan missrivebell mumun ... Okeh.. tu jer untuk segmen REDAH tu..

Skang , masa untuk ..... hehehe.. jawapan contest JOM SHOPPING ... Jeng jeng jenggg.... Dan jawapannya ialah .... RM147.70 !!!!

Mari kita tengok sapa yang kennaaaaaaaaaaaaaa.... jommm .. sini !

Redah ! Redah ! Redah lagiiii

 

Alamak.. aku terlepas satu blog ni tadi .. Blog scarlett tadi.. sori  .. tak jumpa url tu .. tercari cari mana url tu ... cari dalam komen dah terlalu panjang ke belakang ..

image

Jumlah komen yang ada skang

Kalau Scarlett baca ni , bagi bagi url yer.. Harap maaf .. Dan mereka yang dah buat segmen SSBA tu tapi lom dipublishkan namanya sila berbuat demikian yer .. Yang ada skang cuma LUKISAN PENA dan teratai ..

Manakala untuk segmen REDAH AKU DAN KAU OLEH BEN ASHAARI lak ada che fara a.k.a fanadz , Puteri Iqa Izyan , Fyzal dan nur .. Erk.. ni ada lagi haa .. van_houten_coklat_sedap ..

Ok .. nak tau jawapan untuk CONTEST JOM SHOPPING , keputusan akan diumumkan pada malam ini .. Sapa yang bakal nenduduki chagra

Jutaan terima kasih buat mereka yang sudi mendoakan serta ucapan tahniah.. Kalau ada yang masih tertinggal , bagi sini dengan segera sebelum entri baru keluar lagi... hehe..

Mengejar sasaran 10 ribu FOLLOWER !!

 

Sasaran tercapai sebulan lebih awal ! Aku ingatkan dalam hujung bulan depan baru dapat 5 ribu follower .. Ini merupakan hadiah harijadi terbaik aku dapat sejak berblog ni .. eh.. ni kira harijadi kedua aku sambut sebagai blogger .. hehe..

image

Naper aku suka sangat dapat ramai follower ni ?? Orang lain lagi ramai kan ?? Tentu sekali aku lain dari mereka .. Aku tak dipopularkan oleh mana mana pihak ketiga .. Segala apa yang aku dapat ini adalah dari hasil usaha aku sendiri disertai sokongan rakan rakan blogger ..

Kemudian aku tak la 'paksa' mana mana blogger suruh follow aku .. Haa .. mereka follow je aku bila mereka suka ... Baru la best gitu kan ? 

Ramainya Follower ni bukanlah tanda blog tu bagus atau glamer lebih .. Cuma bagi aku , ianya melambangkan keberkesanan segala hasil usaha aku selama ini .. Bayangkan kalau setahun 5 ribu .. kalau 5 tahun ? Haaa.. Kena ingat .. aku tak masuk suratkhabar atau dinaikkan oleh mana mana agensi tau...

Satu lagi , aku berjaya buktikan , blogger picisan macam kita semua ni mampu mencapai satu tahap yang mana mereka rasa hanya yang popular atau terkenal saja boleh lakukan ..

Jika aku boleh , mengapa tidak korang .. Tolak tepi soal rupa .. Tengok balik segala usaha yang korang buat untuk meletakkan  blog korang di kalangan blog mereka mereka yang berjaya ...

Untuk pengetahuan .. aku baru setahun berblog ..

Bertemu geng blogger di KLCC

image

Alhamdulillah .. perancangan satu hari .. dapat jugak bertemu dengan 3 orang blogger sekali gus ..

Pelawaan KAKCIK ELLA  untuk bertemu dengannya bersama GAYAHSPEARS  dan juga SHARA , menjadi kenyaatan akhirnya pada tepat 12 tengahari di food court KLCC ..

Sekadar jumpa kawan kawan blogger jer ..Pelbagai cerita dan juga tips dikongsi bersama sepanjang perbualan kami .. Kakcik yang dah lama dalam dunia blog ini juga ada berkongsi pengalamannya sebagai blogger .. Yang dua lagi tu , tukang angguk jer la .. hehehe .. jangan marah aaa..

Setelah 2 jam berbual , akhirnya berpisah membawa haluan masing masing .. hurm... Cool ...  Ops.. sori yer .. tak bagi link lagi sbb tak smpat nak cari link.. ni ada kat butik CLINIQUE ... so update secara ringkas jer ...

Mana nak dapat pembaca setia ? Aku ada idea ..

 

Heheh.. nak tau ke ? Kat mana nak dapat ? Hehehe ... Ni no akaun maybank aku.. masuk duit dulu baru aku cerita .. hehehe.. Tak la .. guwau jer ...

Sangat mudah nak cari pembaca setia ni .. Tips ni aku pernah bagi dulu dalam entri yang lepas .. Aku cerita balik pasal ni sebab ramai yang buntu camana nak tingkatkan trafik ... kan ?

Dengan menggunakan FACEBOOK , paling mudah sekali nak dapat pembaca setia .. Korang buat satu akaun khas untuk blog .. Bukan Fan Page atau group tapi akaun biasa .. Akaun ni korang buat khas untuk blog korang yang mana limit dia cumalah 5000 orang saja ..

Kemudian , join PAGE yang melibatkan pembacaan seperti UTUSAN , HMETRO , BHARIAN , KELAB NOVEL dan banyak lagi .. Pastu korang add la skit skit diorng tu .. Bila dah ramai skit , cam dekat dekat 1 ribu ke , korang mulalah berkomunikasi dengan mereka sambil update status dengan paste entri korang dalam tu ...

Buat pengetahuan , mereka ni kaki membaca .. maka pastinya akan masuk dan baca ..pastu mintaklah pandangan mereka dalam FACEBOOK tu pulak.. camana penulisan korang .. bagaimana nak tingkatkan lagi .. haa..

Senang je kan ? Mau atau tidak jer .. hehehe..

Redah pagi pagi ..

 

Salam dan selamat pagi ... Sihat ? Ari ni projek banyak kot .. Mau g KLCC .. Mau pg MAHA .. Mau singgah rumah orang tua .. mau pg LOW YATT .. LOW YATT  ??? Huih.. 'selamat duit' kalau g sana ! heheh..

OK... dah masuk senarai ke 3 dah ni ... Bagi yang baru nak tau .. Segmen ni dipanggil  REDAH KAU DAN AKU PUNYA OLEH BEN ASHAARI .. Ok.. berikut adalah senarainya :

  1. una
  2. Nur Azila Ismail
  3. apezs shah
  4. tHesmUff
  5. Solihin Zubir
  6. rabiatul
  7. Millomocca Danique
  8. Syira C Gadis KidaL
  9. Mommy 2 Imans
  10. deqdeq
  11. shazleenhairuddins
  12. Shaa
  13. eiela
  14. aima in luv
  15. Blogger 1 dan blogger 2
  16. mush
  17. Kuronofu91
  18. IBU WAFIQ
  19. azzey

woraitsss .. 19 je dari tengah malam semalam .. Nak join , cepat yer ... sbb bila bila masa je segmen ni boleh ditutup .. bila aku dapat idea baru , maka akan terus ditutup dah diusahakan yang baru.. hehehe...

Siapa yang akan klik iklan NUFFNANG ?

Iklan dari NUFFNANG akan menjana $$ untuk blogger .. Makin kerap iklan keluar makin suka blogger tu kan ? Tapi kenapa iklan kerap keluar namun $$ tetap sedikit ? Camana NUFF kira ??? Takkan dia tipu kot ?? Atau trafik tinggi tapi $$ skit je.. apa kes ni ??

Ok... Aku cerita mengikut pengalaman aku la yer ... Trafik tinggi , amat berguna sekali untuk mereka yang dapat BUFFERED EARNINGS atau dikenali sebagai BE .. Kiraan $$ bagi BE adalah berdasarkan pada PAGEVIEWS .. Bagaimana kiranya , rasa aku NUFF tak pernah dedahkan .. Tapi untuk company lain ada .. contoh untuk 1000 PAGEVIEWS mungkin dalam RM5 atau lebih mahupun kurang .. itu contoh jer ..

Ok.. skang ni kita cerita tentang iklan biasa atau CPC .. Apa itu CPC , aku nasihatkan korang , sebagai blogger rajin rajin buat kajian dengan mengoogle.. Bila google , lagi banyak maklumat korang dapat .. Serius ! Lagi banyak info lagi matang korang menulis entri ..

Bagaimana nak dapatkan $$ yang tinggi dari NUFFNANG ? Aku cerita NUFFNANG sbb ramai guna NUFF ni .. Cuba korang fikir yer ... Kalau blogger masuk blog korang ... iklan tengah keluar , macam yang di bawah ini ...

imageBerapa ramaikah yang akan sudi klik iklan tersebut ? Dalam 100 orang masuk , berapa kerat akan klik ? Kalau 100 tu semua blogger yang mana iklan tu pon akan keluar kat blog dia maka lebih baik dia klik sendiri kat blog dia kan ? Kenapa nak sedekah kat blog orang ? Haaa .. ada blogger berfikiran gitu ..

Dah tu.. sapa yang akan klik ? Itulah dia ... satu persoalan yang bijak .. hehehhe .. Sapa yang akan klik ? Kalau bukan blogger , sapa lagi ???

Disinilah kelebihan blog yang gunakan SEO untuk menjana trafik ... SEO dan banyak lagi kaedah untuk menarik trafik ... Cuba korang google cara cara nak dapatkan trafik.. akan diajar nanti dalam blog mereka ..

Orang yang akan klik iklan ini ialah mereka biasanya bukan terdiri dari blogger tetapi pembaca biasa yang mana biasanya mereka tiada blog atau user internet yang biasa biasa jer ..

Bagaimana nak dapat mereka semua ni ? Mereka yang maksud aku ni ialah pembaca biasa ( tiada blog ) .. Inilah satu lagi kelebihan mereka yang ada FACEBOOK atau sosial network yang lain ... Promosi dibuat di FACEBOOK  untuk menjemput mereka yang biasanya terdiri dari silent reader untuk singgah ke blog kita untuk membaca entri terkini kita ..

Bayangkan jika mereka ini yang hanya masuk ke blog kita bila dijemput tiba tiba nampak iklan menarik sedang keluar .. Apakah korang rasa dia akan tengok saja ???

Sebab itulah , selain tarik trafik dikalangan blogger , korang kena ada pembaca setia yang lain ! Fikirkan tu yer ...

Tercapaikah cita cita ku esok ????

 

image Apakah tercapai impian aku yang mana nak tengok FOLLOWER  blog aku mencecah 5 ribu ??? Kita tunggu je .. Tak banyak lagi dah .. skittt je lagi.. hehehe ... Terima kasih pada yang sudi ...

Esok g KLCC nak ? Nak jumpa blogger kat sana .. Sapa eh ??? Hehehe.. tungguuuuu

Berikut adalah hadiah yang menarik mata aku ..

 

Maaf yer .. ni segmen sekadar suka suka ... Cuma yang mana benar benar menarik mata aku akan layak berada di sticky post selama 24 jam .. hehehe.. Walaupun bukan benar tapi yang penting ialah keikhlasan namun begitu pastinya aku ada sesuatu yang aku mahukan di pada harijadi aku kan ... hehehe.. tapi bukanlah aku mintak pada kawan kawan .. aku beli sendiri la.. hadiah untuk diri sendiri .. kan kan ?

Berikut adalah hadiah yang aku berkenan .. hehe .. semua berkenan tapi aku terfikirkan ini :

image

 Section sub zero

image

Malek ku

image

MILA

image

FIQAS

image

AKU BERSAMA CAHAYA

Ok... semua hadiah menarik sangat .. cuma skang ni aku mencari hadiah apa yang aku nak beli .. hehe.. Yang aku pilih tu adalah mungkin yang akan aku beli .. Tapi yang manakah paling aku nak buat masa sekarang ??? Yang itulah akan beli nanti... hehehe. ..

Buat mereka yang sertai segmen ini , jutaan terima kasih !!! Aku amat amat amat hargai sangat .. Mereka yang mengucapkan selamat pada aku juga , dengan rasa rendah hati aku mengucapkan terima kasih yang tak terhingga.. Anda semua yang terbaik !!

Untuk lihat hadiah yang mereka bagi , sila ke sini ..

Jutaan terima kasih pada semua yang sudi ..

 

Terharu .. bila lihat undian di BLOG PILIHAN MALAYSIA kategori BLOG SUAMI PILIHAN , blog BEN ASHAARI , menduduki tangga teratas buat masa sekarang dengan undian 538 dan paling hampir ialah 107 undian .. Sangat jauh jaraknya .. Wow.. aku tak sangka menjadi pilihan.. Sebenarnya aku tak harapkan apa apa pon .. Aku mintak dijauhkan segala pujian agar kerana aku tak mahu lupa diri ..

Cukuplah bagi aku berblog ini aku dapat pendapatan sampingan untuk membantu keluarga aku dan aku sendiri membina kehidupan yang lebih sempurna di masa sekarang dan akan datang ..

Aku dah cukup gembira dengan keadaan sekarang di mana skarang ni blogger blogger baru dah mampu bergabung tenaga bantu membantu sesama sendiri .. Bercerita dan berkongsi maklumat dalam blog masing masing sambil mencuba mendapatkan wang poket secara sambilan .. kan ? Tak guna nak bergaduh atau bertekak ... sama sama makan .. Sapa rajin usaha dan kreatif dia lebih berjaya .. Tak perlu ada perasaan hasad dengki ..

Dunia glamer memusnahkan kita .. Ingatlah ... dunia glamer tak menghalang maut dari menghampiri kita .. Biarlah sederhana dalam apa jua yang kita buat ... 

Berbalik dengan undian tadi tu .. sapa yang berminat nak mengundi , bolehlah menjengokkan diri kat sana .. Nah.. ni linknnya .. BPM .. TERIMA KASIH SEMUA KERANA MENYOKONG SEGALA SEGMEN AKU SELAMA INI ! KERANA KAMU SEMUALAH AKU MASIH LAGI DISINI !

Contest : Jom Shopping ...

image

{DITUTUP PADA 28/11/2010 }


Sangat mudah contest ini ... Tak perlu buat entri atau tagged apa pun .. Sekadar teka berapakah harga kesemua barang barang ini .. Hanya yang tepat saja layak dikira pemenang ...

Hanya sekali saja boleh teka ... hehehehe .. Tinggalkan jawapan di ruangan komen .. TULIS : HARGA dan URL BLOG .. tu je .. tak susah kan ? ehehehe .. Paling pantas dan tepat adalah pemenang ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI