Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 30 November 2010

Arghh.. camana blog diorg ni boleh best ??

Haih .. tak tau nak kata pe dah .. tak lama lagi aku letak jawatan je la.. diorng lak amik jawatan aku .. Jgn sombong ngan blogger baru dah la yer .. Tau blog 'awak' tu meriah .. kan ?

Yearghhhh .... selesaiiii .. ada sapa sapa lagi tak ??? Check kat REFERRAL ANALYTICS NUFFNANG dulu.. ada tak orang masuk dari entri BLOG BEST ni .. kalau tak de , confirm aku terlepas pandang .. huhu .. Paste kat sini yer ..

Ok.. g la ziarah dengan bijaksana yer .. hehe.. jgn marah marah yer .. Selamat malam .. Jumpa lagi esok .. InsyaAllah ...  Ampun maaf dari aku .. Selamat malam ...

Bagaimana aku target trafik aku setiap hari ?

 

Hurmm.. permulaan berblog .. aku buat entri tentang kehidupan aku .. Ada yang suka .. ada yang tidak .. Ok.. aku selang selikan .. Kemudian .. aku bermain dengan isu isu panas mengikut 'cuaca' semasa .. Semua tu boleh di dapati di dalam suratkhabar dan tv ..

Untuk bermain dengan SEO ni kena peka .. Contoh .. cam pilihanraya akan datang .. kena tau kod kod kawasan .. calon calon bertanding .. latar belakang calon dsbnya ..

Sukan ... Piala Dunia , liga luar negara .. liga tempatan , apa saja yang boleh dikatakan akan dicari oleh mereka yang inginkan berita terkini mengenai sukan ..

Drama ... filem .. pameran download lagu , movie , macam macam lagi .. kena fikirkan kehendak semasa .. tang ni cuba letakkan diri sendiri tu sebagai salah seorang pengguna internet yang mencari maklumat ..

Tapi entah.. aku tak puas begini .. Aku mmg suka 'berceloteh' .. hehehe.. Macam seronok pulak .. Bukan semua orang suka baca celoteh orang lain ... tapi terpulang la kan .. masing masing punya komputer... tiada larangan ..

Tapi aku perasan sesuatu .. sesuatu yang mula mula blogger mesti buat.. iaitu exchange link .. hurmm.. Aku tak tau tentang tu sehinggalah aku menyedarinya melalui Analytics di Nuffnang ..

Namun begitu aku segan nak ajak tukar dengan orang lain .. heheh.. Bagi aku terpulang pada mereka sendiri nak masukkan aku dalam bloglist mereka atau tidak .. Tamo nak terhutang budi ..

image

image 

Kalau diperhatikan dari analisa GOOGLE ANALYTICS tu , sebanyak 2,377 punca trafik masuk .. Dan gambarajah carta pai tu lak terang terang menunjukkan 80% blog aku dari referral ...

Hurmm .. Sbb tu aku rajin update blog .. agar blog aku senantiasa berada di atas sekali setiap masa lebih lagi pada waktu puncak !

Hasilnya ? Seperti yang korang nampak .. Penat ? Hurm.. Tiada jalan mudah untuk berjaya !

Yesss ... tapi noooooo !!!

 

5 RIBU LAGI ! Aku ingatkan dah susah nak dapat memandangkan aku dah tak main dengan SEO .. Takde dah nak buat entri entri SEO gitu ..

Semalam dan hari yang sebelumnya ..

image 

Hari ini ... belum pon sampai kul 12 malam lagi ..

image

Esok ? Lusa ? Huwaaa... Eh .. lupa lak .. Awal bulan aku bz .. huhu .. sah sah susah nak update .. hurm ... Takpe ... utamakan yang penting ... kan kan ?

7 hari FREE Call dari Celcom tuuu .. Nak call sapa ehhhh...

Tiada istilah ketuanan Melayu dalam Perlembagaan

 

Tiada istilah ketuanan Melayu dalam Perlembagaan: Kay Kim

KUALA LUMPUR: Istilah 'Ketuanan Melayu' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam Perlembagaan Negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'. Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sependapat dengan Khoo bahawa
istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.

Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, beliau berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini.
"Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya.

Beliau berkata Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi.

Shamsul Amri berkata jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek. "Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya.

Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum. -- BERNAMA

- BHARIAN-

Aku suka blog baru ni ...

 

Baru lagi adik kita ni dalam dunia blog tapi entrinya mmg boleh kasi senyum .. Walaupun agak panjang namun cara penyampaian bersahaja tu menarik bagi aku .. Aku tamo tegur cara penulisannya kerana boleh menghilangkan originalitinya .. Biar masa akan mengubahnya sendiri ..

Aku harap blogger ni terus berada dalam dunia blog ini sbb aku rasa dia mampu pergi lebih jauh tapi segalanya bergantung pada kerajinannya dan kesabarannya ..

Ada satu entrinya yang panjang dan buat kali pertama setelah sekian lamanya ( biasa baca artikal dr.maza yang panjang) , aku membacanya sampai habis .. hehehe.. menarik dan menginsafkan ..

OK.. aku malas nak buang masa korang .. Ni antara blogger baru yang patut diberi sokongan .. > mE

Jangan ajak anak main sorok sorok !!

 

Di China , seorang ibu ajak anak dia main sorok sorok .. Maka dengan bijaknya anaknya itu telah menyorokkan dirinya di dalam mesin basuh .. Akhirnya , pasukan penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan anaknya yang mana kaki anaknya tu dah tersangkut kat dalam lubang mesin basuh tu ..

Hahaha.. macam macam .. Tu nasib baik gitu .. Walaupon tak bernasib baik namun kira bertuah gak la dalam rumah .. Senang nak roger pasukan penyelamat ..

Ada satu kes zaman aku .. main sorok sorok .. terus ilang .. haaa.. kena sorok dek hantu !!! Baru ada akai ! Insaf terus pastu ... Nak lagi best ? Haaa .. menyorok punya hal .. sampai dalam stor tong sampah menyorok ! Nak kena kalau yang kena cari tu jenis 'nakal' , dia kira sampai 100 , pastu dia terus balik rumah ! Haaa ...nyorok la korang sampai esok !

Zaman kanak-kanak aku dulu mmg kreatif.. tak la cam skang .. main game , layan internet  dan sukan sukan hi-tech .. Dulu  punya permainan , kena kreatif .. apa saja barang terbuang boleh dijadikan permainan .. Aku pasti yang sebaya aku atau atas skit mahupun bawah skit pastinya tau sukan sukan traditional ni .. hehe .. 

Apakah semua ini akan hilang ditelan dek zaman ??

Saman Trafik Diberi Diskaun

 

Berkuatkuasa esok, semua saman trafik yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberi insentif 50 peratus dari kadar kompaun sebenar.

Insentif berkenaan bagaimanapun hanya untuk saman yang dikeluarkan selepas 30 November 2010.

Trafik PDRM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menawarkan satu kadar kompaun munasabah bagi semua saman trafik mengikut ketetapan.

Bagi saman yang dikeluarkan pada atau sebelum 30 November 2010, kadar munasabah akan diberikan secara automatik bagi semua kaedah pembayaran sama ada di kaunter trafik, pejabat pos atau internet.

Namun kenyataan tersebut tidak menyatakan kadarnya.

Manakala bagi saman yang dikeluarkan selepas 30 November, insentif akan diberikan secara automatik.

Jika diselesaikan dalam tempoh 15 hari, insentif 50 peratus dari kadar kompaun sebenar diberi.

Selepas tempoh itu sehingga hari ke-30, insentif 30 peratus.
Bagi yang gagal menjelaskan saman dalam tempoh berkenaan, bukan sahaja tidak akan mendapat sebarang insentif, malah berdepan tindakan disenarai hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan mana-mana pegawai trafik daerah, kontigen atau Bukit Aman.

-TV3-

Saja je buat salah ..

 

image

Dalam kereta .. Si suami yang pandu kereta yer ... Isteri dok mekap.. cam biasa la .. tak sempat mekap kat umah .. bz menyiapkan sarapan untuk anak ... Cam biasa ...

Suami : Hari ni balik cam biasa ?

Isteri : Aah .. mungkin nak g berjimba jimba dulu ngan Az .. Boleh bang ? Abang mesti lewat kan ?

Suami : Yelah .. g la.. kang abang g amik kat sana jer ..

Isteri : Thank youuu .. Dat y i love u bebeh !

Suami : Cuba kalau tak bagi ?  Sah sah akan kata , dat y i hate u kan ?

Isteri : Huih.. abang ni.. tak baik.. dosa tuduh gitu ..

Suami : ( tersenyum )

Isteri : ( diam )

Suami :  Tu mesti dok pk nak balik kampung kan ??

Isteri : Hah !!! Camana abang leh tau ?? Punya la banyak menda leh teka , camana leh tau saya pk yang itu ????

Suami : Elehh .. tau laaa .. kata kita ada chemical !!

Isteri : Hahahahha... apa la abang niiii .. Chemistry laaa .. Hahahaha..

Suami : ala.. saja je cakap gitu .. kasi awak ceria pagi hari ni ...

Isteri : Sudah laaa ... dah salah cakap je la salah .. hahahaha ...

Suami : Awak nak g shopping tak malam kang ?

Isteri : Hahahhaha.. dah laaaa..nak coverline la tuuu .. Bang.. jgn tipu saya laaa.. Kita kan ada CHEMICAL !! HAHAHHA..

Suami : Awak nak g kerja jalan kaki ke ???

Isteri : Bang ... ni kereta saya ...

Suami : Ok.. saya je la jalan kaki ... huhu...

Jutaan terima kasih ...

 

Terima kasih .. terima kasih .. terima kasih.. terima kasih ... terima kasih .. huarghhhh... terima kasih .... terima kasih .. hurm... terima kasih .. terima kasih ... terima kasih .. zzzzzzzz ... terima kasih... terima kasih .... terima kasih ... poottt poottt ... terima kasih .. terima kasih .. terima kasih ..

Haaaa ... Terima kasih yang tak terhingga buat semua rakan rakan yang sudi .. tersangat sudinya dengan ikhlasnya meninggalkan segala ucapan selamat serta doa buat aku sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke 34 ( tak guna nak sorok ) ...

Buat geng geng blog masakan yang rata ratanya terdiri blogger otai dapur , blogger2 yang baru ku kenal tapi macam lama kenal , serta kawan kawan di FACEBOOK , anda semua terbaik !!! Semoga anda semua dirahmati Allah !

Aku tak sempat nak kira ucapan yang aku terima di blog lagi pon aku mmg tak suka kerja kira mengira ni .. hehe.. tak suka ANGKA !!!! hehehe.. tetapi di facebook , aku leh tau sbb dia ada tulis .. hehehe ..

 image

Ni kat FB BEN ASHAARI II sehingga jam 7 malam dan rasanya malam ni dijangka bertambah .. huhu.. nak balas balik tu yang lenguh jari ni tapi tak pe .. setahun sekali je wall aku ni meriah .. hehehe .. dan yang bawah ni dari BEN ASHAARI I ..

image

Sekali lagi .. terima kasih .. jumpa lagi tahun depan... InsyaAllah .. Tahun depan ? Rasanya ramai blogger baru ni akan jadi popular dah .. sah sah tak ingat aku lagi.. huhu .. huwaaaaaa....

Aku benar benar tergoda dengan blog ni ..

 

image

Suka laa ngan blog nii .. Header dia pon cantek banget !!! Waaa.. jelesss jeless .. Simple tapi sangat bererti header dia ..

Entri dia ? Suka suka suka !!  Dan .. aku teringin benar nak memprivatekan blog .. InsyaAllah .. aku akan ada satu blog private .. disitu akan aku cerita apa saja aku cerita .. Peribadi ke .. nak marah ke .. nak mengutuk ke.. apa apa saja kat situ .. haaaa ... Tak baik tak baik .. dosa kutuk kutuk ni .. Takde la.. aku nak simpan cerita aku untuk mereka yang menyayangi aku , satu hari nanti .. huk huk ..

Ops.. sori yer HAZATULNABILA .. pinjam header yer ..

Bila blog ramai pengunjung ..

 

Aku tengok dah Harry Potter ari tu .. Rasanya semua filem Harry Potter aku layan .. dari mula sampai la yang terbaru .. Pendapat aku cerita tu biasa jer .. Takde la sampai membuatkan aku tersenyum lebar bila keluar panggung seperti cerita AVATAR , LORD OF THE RINGS  ..

Sat .. iklan sat... Teruja betul tengok  Gadget FOLLOWER ni .. naik dan terus naik .. Alhamdulillah .. Terim kasih yer .. Tak pe.. aku sedar diri.. Blog tak best ... kan ? Ok .. sambung balik ..

image

Walaupun kutipan HARRY POTTER mencecah berbillion USD .. tapi masih ada yang tak suka cerita tu .. Yelah , citarasa lain lain .. 

Bila dah jadi gitu , pastinya akan ada mulut mulut gatal yang nak ajak berdiskusi mengenai filem tu .. Yang menyokong pasti akan sokong .. yang mengkritik , akan terus mengkritik ..  hurmm .. Kadang kadang nak je tanya , yang kau kritik lelebih ni nape ? Kau rasa kau boleh buat filem cam tu ke ? Tapi apakan daya .. hak masing masing bersuara ..

OK... Tu contoh je aku bagi .. Berbalik pada blog .. Begitu juga .. Ada yang seronok dapat ramai pengunjung .. Sekali post entri beratus masuk baca ... Wah.. mewah dengan trafik ... Tapi ... ingat... dalam ratusan tu pasti akan terselit pengkritik bebas .. Pengkritik bebas ni pulak berkategori .. Yang bijak dan yang tak bijak ..

Bukan apa .. Kadang kadang , yang suka mengkritik ni baru baca satu muka surat , terus kata  .. aahhh .. tak best langsung ! Lohh.. Cam tu la gak tengok HARRY POTTER .. baru tengok intro kata tak best.. tu belum tengok kesemua filem dia .. Cepat sangat bagi hukuman ..

Lainlah kalau dia ikut dari awal .. hinggalah skang ni kemudian bagi hukuman .. itu baru adil dan saksama .. Diterima ramai .. Berikan hujah serta dalil menunjukkan filem tu tak best .. Baru laaaa layak digelar pengkritik ..

Kesimpulan... trafik tinggi lagi mencabar dari trafik rendah .. Nak bagi tinggi tu mudah .. nak kekalkan tu susah.. nak kasi lagi tinggi dan tinggi , mmg lagi mencabar.. Nak jatuh ? Satt jeeee ...  Yang penting skang .. biarlah blog tu begitu jer.. perbaiki mutu tulisan ... ada komen atau tidak , biar jer .. lambat laun pastinya mereka mencari ...

Blog best ? Best ke ?

Wahhh .. berani budak budak ni yer... tak takut ke kena serang ??? Berani kata  blog diorng besh yerrr....

Tapi kalau rasa best , nak buat camana kan .. takkan tunggu orang puji dulu baru nak tau ? Asalkan puas dalam berblog ni cukup la.. blog tu dah cukup comel dan cun pon ok dah .. Janji orang faham bila baca .. tu yang penting ..

Hujan ni kat Putrajaya .. kat kl pon sah hujan ..esok kena bawak payung g kerja.. huhu .. Eh ..lari topik.. Hurmmm ... pasni nak kuar satu entri best skit la ...

Tips untuk tarik komen ..

 

 

Aku makan nasi kandar tadi kat kedai mamak area Pelita , KLCC .. Diorng kata sedap kat sana .. Aku g makan .. Ahh... sedap mendanyaaa.. Ada member kata kat Penang lagi sedap  .. Tu jgn cerita laa ... Mmg sedap tapi masalah kebersihan la pulak ..

IKLAN SEMINIT - KOLEKSI SHAWL BABY CRYSTAL

image Design terkini dan menarik sekali ... pelbagai warna dan pilihan hanya di  > http://islamicoparadise.blogspot.com/

Bila teringatkan internet .. aku google ..cari kot kot ada info pasal nasi kandar yang sedap .. Mana tau ada laman web atau blog yang buat cerita pasal nasi kandar ni .. Ada ke ? Hurmm ... macam takde jer ..

Tanya orang ? Roger kawan kawan yang tinggal kat Penang untuk tanyakan pasal tu ? Takkan nak cari nasi kandar sedap baru roger kawan kawan .. Tak patut .. Patut tak ? Tah .. aku rasa cam tak patut jer .. Huh ..

Dah dah .. tak payah susah susah .. makan je kat KL ni.. janji kenyang .. yang penting murah ! Murah menda makan kat KL ni ??? Murah la gak dari nak travel g Penang semata nak makan nasi kandar tu haaa.. Adoi.. ingat minyak ngan tol murah ke ???

Erm... yelah.. makan je kat KL ...tapi kan.. orang kata nasi kandar ni mengemukkan kan ? Ala.. semua tak boleh .. dah tu nak makan apa ni ? Haih .. makan dalam kuantiti yang skit ? Tak puas lak .. Camana eh ?

Ada tak terasa gatal jari tu nak bagi komen tapi malas ? Kalau cerita begini , untuk mendapatkan komen seperti yang korang nak , belum tentu lagi .. mungkin akan dapat sedikit tu pon berkaitan maklumat .. Selebihnya iklan bergerak ..

Bagi blogger yang nakkan komen yang banyak , elakkan terlalu kerap cerita peribadi .. selang seli tak pe.. Kena bijak cari isu jugak sesekali .. Itu menunjukkan blogger tu mampu memberi pandangan luar dari kehidupan hariannya ...

Cuba fikirkan .. entri camana yang boleh pancing pembaca senyap korang memberi komen ?

Aku bingung ..

 

Orang rumah dah naik menyampah .. jap nak.. jap tak nak.. bila tak nak , mulut kata nak ... bila ajak , jual mahal pulak .. Persoalannya kat sini ... memerlukan sangatkah ?

image HD 2 - aku pakai skang

image Nak sambar HD7

 

Aku bukan giler gadget ... tapi memerlukan hp yang pantas untuk mengakses ke internet untuk mencari bahan .. yelah , blogger kena pantas ... huhuh.. ok tak alasan ni ?

Pening pening pening.. Nak beli ke tak... ada sapa nak HD2 aku ni ??

1 juta pageviews sebulan untuk RM20K ?

 

Woww... menarik.. tertarik ..ditarik .. teh tarik .. carik ... Tadi seorang sahabat yang amat popular di dunia maya ini menelefon aku untuk mengucapkan selamat pada aku .. Terima kasih bro !

image Iklan seminit dari AYU HASHIM

Ada dia menanyakan aku tentang trafik terkini .. hehehe.. sebenarnya ada kitorang bertanding hujung tahun sapa paling tinggi .. hehe.. sbb tu aku beria skit memula .. tapi skang ni tak dah .. hehe..

Tapi bila dia bagitau aku tentang 1 juta pageviews boleh menghasilkan RM20k sebulan , membuatkan aku tergamam seketika .. Hurm.. menarik tu.. kalau dapat tu , senang senang leh cover duit rumah nanti kan ?

Tapi persoalannya , bagaimana nak dapat 1 juta pageviews sebulan .. Boleh tu mmg boleh .. ada cara cuma tiada kepuasan langsung nanti ..

hurmmm ... RM20K jika 1 juta pageviews .. skang ni pon dah 200 ribu lebih .. Mat Gebu boleh tu... huhuh.. MAAAAAAAAAATTTT... angkat telefon !!

Blog otai yang bukan otai tapi otai la jugak !

 

Sebuah lagi blog kenalan yang sama sama naik dengan aku .. kira sama sama membesar tapi jauh lagi popular dari blog aku ... serius .. kalau kat GENGBLOGGER dulu , dia bersaing dengan sorang lagi awek tu.. huih..pakat berebut tahta no 1 dalam carta blog popular.. Blog aku ?? Takde maknaaaa ...

Blogger ni pon mempunyai entri yang pedas pedas gak .. heheh.. kira mmg selalu mengundang 'lalat' singgah gak la ke blog dia .. tapi berkat pengalaman dia dalam dunia blog ni , abis semua dia sembur ngan racun tikus je...

Rasanya ramai dah kenal tapi ada yang tak kenal gak blogger ni .. ok... aku nak perkenalkan korang dengan awek ni .. Maaf yer. aku bukan pilih rupa tapi pilih blog ..

image miss lolly

http://lollylurveff.blogspot.com/

Rumah Putih sifatkan WikiLeaks 'penjenayah'

 

WASHINGTON: Rumah Putih hari ini berkata laman web pembocor maklumat, WikiLeaks dan mereka bersekongkol dengan membocorkan ratusan ribu maklumat sulit diplomatik adalah 'penjenayah dan ia tidak disenangi Presiden, Barack Obama.

Setiausaha Akhbarnya, Robert Gibbs, berkata mereka yang bertindak membocorkan lebih 250,000 maklumat sulit Jabatan Negara adalah 'penjenayah paling utama' dan terbabit dalam kesalahan yang serius.

“Ini adalah satu pelanggaran undang-undang yang serius, ia satu ancaman kepada individu yang memikul tugas dan menegakkan polisi luar negara," katanya kepada pemberita.

Gibbs bagaimanapun berkata kebocoran maklumat sulit itu bagaimanapun tidak menjejaskan usaha global bagi mencegah kegiatan pengganas atau mempengaruhi polisi luar negara Amerika.
Katanya, beliau difahamkan Obama tidak begitu menggemari tindakan laman web pembocor maklumat itu yang mendedahkan secara terperinci mengenai negara dan pemimpin yang dianggap tumpuan dunia.

Beliau berkata, pegawai Amerika Syarikat kini sedang menjejaki indivisu atau kumpulan yang bertanggungjawab membocorkan maklumat rahsia diplomatik itu.

“Ketika ini memang ada siasatan mengenai kegiatan mencuri dan menyeludup maklumat sensitif dan rahsia,"

 

-BHARIAN-

Best blog ko ???

 

Hek eleh... dia kata blog dia best .. Dia jee yang best .. orang lain tak best .. Sapa yang kata gitu haaaa ? tak tau tak tau .. Nak bukti kee yang ada banyak blog lagi best ??? Cuma tu la.. belum sampai seru nak popular blog blog ni .. nanti bila sampai seru , aku pon tak kenal dah diorng neh !! hehehe .. betui tak ??

image

Iklan seminit dari SUFAH BEAUTY SHOP

image

Ok .. skang kita g tengok blog blog yang mengaku blog dia best .. aku g tengok dah .. mmg best pon. ..kalau tak , masakan berani kata best kan ? Yang penting , buat sendiri !

Berikut adalah calon calon bagi kategori blog blog best  :

Heheheeh.. ok ... 19 blog .. kita tengok.. apakah benar blog mereka best ?? Kalau tak best pon , kasi la pendapat camana nak kasi best .. Bukan suruh kutuk atau keji.. kawan kawan jangan lawan ok ? Nak lawan , g Israel tu .. baru berbaloi !

Aku benci ! Aku tertipu !! Aku terpedaya !!!

 

Ala .. baru nak update blog dalam kereta ni sementara tunggu wife shopping kat pasar .. Lagu best lak kat radio .. Ni sapa lak suh bukak blog dia .. Takpe ... blogwalking diam diam sat ..

Alamakk.. sapa call lak nehhh ... Hp aku tak penah ada kuar lagu.. Takkan wife aku tinggal phone lak .. Tercari cari laaaa p .. Makin kuat lak lagu tu.. Tapi aku tak jumpa gak hp dia .. Adeh.. letak mana neehhh ... Potong stim betul aku nak update blog ..

Cari cari cari .. selongkar selongkar selongkar... Haih.. tapi ponn... Aku matikan radio.. bukan dari radio .. haihh... mana la pulak datangnya lagu ni ..

Cehh.. cehh.. ceh... sappa punya blog ni laaaa yang pasang lagu nehhh .. huwaaaa..... aku terpedaya lagiiii !!!

Lain kali jangan sombong !

 

Hahahaha... lawak lawak !! 5 -0  !! Kena belasah gitu !! Walaupun aku tak tengok tapi mmg satu yang melucukan.. pasukan yang mana pengurusnya banyak mulut dan sering cakap besar akhirnya kecundang dengan bilangan gol yang besar !

Aku peminat REAL MADRID di zaman RONALDO dan ZIDANE .. sejak diorang takde , minat aku terhadap bolasepak terus hilang .. hehehe... Fanatik ? Bagi aku dua dua tu mempunyai aura yang cukup dasat dalam dunia bolasepak .. LEGENDA !

Berbalik pada REAL MADRID, si Mourinho tu suka banget gaduh ngan pengurus lain.. pandang rendah terhadap pasukan lain .. Ingat lagi kata kata dia , PIALA DUNIA tiada memberi sebarang makna pada dia dan ari tu baru je dia cakap ..er..dia ke RONALDO eh ? kata yang diorng nak belasah BARCELONA .. Skang , cuba baca artikal ni ..

image

MADRID: Jose Mourinho menghadapi mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol.

Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-17.

Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56.
Pemain gantian Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.

Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Barcelona dengan jurulatihnya, Pep Guardiola mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.

Mourinho pula nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah. - AFP

-BHARIAN-

Kelahiran BEN ASHAARI !

 

Syukur alhamdulillah .. Genap sudah 34 tahun... Esok tambah 34 tahun sehari .. menuju ke angka 35 ... Hurmm ..sekejap je dah masuk ke kategori dewasa .. Kalau diimbas kembali , seolah semalam baru je aku kena libas dek tali pinggang bapak aku sbb kenakalan aku .. Aku dulu suka redah hutan belukar .. mak bapak mana tak pening kepala  .. Nak kata apa .. aku mmg spesis INDIANA JONES gitu .. hehehe ..

Kenangan paling manis aku sepanjang 34 tahun ... Sudah tentulah berkahwin kan .. ehehe... bila ada teman sebantal ni , alhamdulillah ..mak bapak aku pon tak pening kepala dah diorng .. Mana taknya .. dari kecik sampai ke besar , aku ni suka peningkan kepala orang.. Skang ni korang lak pening ngan aku.. tak sudah sudah dengan segmen aku kan ? Hahahha ... Maaf yer ..

Kenangan paling pahit .. Sat nak imbas ...orang kata jangan dikenang peristiwa lalu .. maka aku tamo nak ingat ... biarkan saja dia menjadi debu debu dibawa angin ..

Sekarang ni , aku terasa sangat gembira sbb aku ada ramai kawan tanpa kira usia yang pastinya senantiasa memberi aku semangat dan sokongan di dunia realiti dan maya ...

Azam aku tahun akan datang dalam dunia blog .. HEHEHEHE ... MAU KASI BUKAK MATA SESEORANG ! DUNIA BLOG INI BUKAN MILIK KAU SEORANG ! MILIK SEMUA ...

Ucapan ? Jutaan terima kasih pada kawan kawan terutama buat ahli keluarga aku .. rakan rakan di FACEBOOK dan blog .. uhuk... kali pertama sebagai blogger ... Yang buat entri khas untuk harijadi aku , ANDA TERBAIK ! Tak sangka ...  huhu ..

SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH ..

Life begins at forty ..

 

Betul ke ? Bila lelaki berumur 40 tahun maka para isteri patut berjaga jaga kerana waktu inilah lelaki akan bertambah miang .. Ini adalah kerana memegang pepatah barat gitu haa ... LIFE BEGINS AT FORTY ..

Ini cuma pendapat aku yer .. kalau salah , maaf .. Cuba kita buka sejarah Islam .. Pada umur berapakah Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama ? Pada waktu itu , baginda Rasulullah s.a.w seorang yang tidak tau membaca .. lalu diajar oleh malaikat .. Bukankah itu satu perubahan ?

Diusia 40 tahun , lelaki sepatutnya berubah menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri , keluarga ,agama dan juga negaranya ...

Bukannya masa ni la baru nak sikat rambut tepi .. pakai baju smart smart .. usha anak dara orang .. g dangdut .. layan lepak kedai berjam jam lamanya dan macam lagi .. Sepatutnya pada usia tulah lelaki menjadi lelaki sebenarnya .. Lelaki yang boleh memimpin .. lelaki yang sebenarnya khalifah pada keluarganya ...

Kita dah salah tafsir pepatah barat tu .. Hurmm... Wallahualam ...

Best ke blog diorg ni ?

 

Huih .. benar benar mencabar blog blog popular cam blog yang popular tu laa .. Blog aku tak ye .. blog aku tak popular ... Haaaa .. Ni sapa punya blog blog ni ? Berani mengatakan blog dia best ! Tapi mmg best pon bagi aku ..

Tak caya ? Ok.. aku senaraikan blog blog ni , ok ? korang g la tengok sendiri best ke tak .. huhu .. Tapi dilarang sama sekali mengutuk mengeji.. Tak best , kasi idea bagi best tau !

Hehehe... malam gini best usha blog orang .. takde gangguan... hehehe...  Yang belum keluar , sabar yer.. ada lagi. .saja peram.. baru beshhh ... hehehe...

Baru je semalam ....

 

image Baru semalam cecah 5000 . semalam kan ? Ke Sabtu ? Semalam aku rasa.. tak kisah la.. ni cukup cukup pada harijadi aku , dapat lagi 100 .. waahh... kalau gini punya laju , aku leh bersara cepat dari dunia blog .. huhu ... Tqqqq semua .. Terutama pada yang mengucapkan selamat serta doa kalian semua.. Semoga diperkenankan Allah ..

Tungguuuuuuuuuuu ...

RAPUNZEL ??? TAK BEST !!!!!

 

Sapa kata RAPUNZEL best giler ??????? Mai habaq kat aku sat ! huh .. Dari mula aku tengok sampai habis ...

image Tak best langsung kalau tengok sekali je !! Kena tengok lagi nehhh ... 2-3 kali baru layaann !!! Hahahaha.. i suka sukaaa bangett !

Cerita ni mmg kasi urat leher yang tegang tu kendur balik .. tengok muka awek cun serta hero yang hensem serta kuda yang ego tapi baik hati dan si biawak ( adik beradik dia la tu ) yang cute tu pastinya membuatkan penonton tak henti tersenyum ...

Anak buah wife aku ni pon dari mula la sampai habis.. asik ketawa jer .. Cuma adik dia ni jer aku pelik ..dia duduk sebelah aku .. Orang lain asik ketawa.. tapi dia diam jer .. haih... tak faham kot ??? Biar je la...

Bila dah habis... lampu pon pasang ...

IMAG0066 Terjawab sudah segala persoalan ... Hahahaha... Sekali bantai tidur daaa... heheh.. budak.. mana tahan nak duduk lama lama .. pasti lelap punya ...

Ok... berapa bintang .. Memandangkan sememangnya aku minat tengok kartun 2D atau 3D , aku kasi 5 bintang ! hehehe...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI