Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 2 Disember 2010

Si dia bertanya lagi ???

Whopsss.. jangan lupa mengundi disini

Waahh... sekurangnya aku perlu buat lagi 4 entri untuk selesaikan ke semua penyertaan kawan kawan .. Terpaksa aku buat satu entri 20 blog.. kalau buat 10 , mau mau 8 entri .. Esok aku nak buat segmen lain lak .. hehee.. ok ?

Skang kita tengok jawapan jawapan kawan kawan kita ni lak ...

  1. kakchik@ella
  2. nuR izyan
  3. MIMIE AIZA
  4. KayNisa
  5. Ayuni
  6. puteri cahaya.
  7. nur
  8. miSz TiQue
  9. Si Gadis Semasa
  10. Kuronofu91
  11. Siti Aisyah

NGANGKUNG ?

 

Mengangkung ... cam bertenggek la gitu ... kira diorg ni bertenggek memuja nombor ekor gitu arr..

image

Baru pas tengok tadi kat Alamanda .. Best ? Hurmmm .. OK la.. boleh layan .. kira bertujuan nak beri pengajaran pada kaki ekor je la gitu ..

Tapi tak la tahap best giler giler gitu .. Untuk hilangkan boring tu atau tensen kejap gaduh ngan gf , boleh la.. kalau nak kasi gelak habisan tu tak la... Apa pon , bagus lagi dari filem 40 juta tu .. hehehe...

Kecewa bila blogwalking atau tidak rasa layak digelar blogger ?

 

Hurm.. aku pernah buat entri ni dulu .. Ni bukan repost .. Setelah setahun baru aku faham ..

Bila kita blogwalking , kita akan jumpa pelbagai jenis blog dan perangai blogger .. Ada yang menarik , ada yang sederhana dan ada yang cool .. Yang lain lain tu , korang tau la sendiri kan .. Tak perlu dinyatakan kat sini ..

Ok.. bila kita masuk blog yang mana penulisannya mmg jauh beza dengan kita , apa kita rasa ??? Tiba tiba rasa macam ... Adus... jauhnya perbezaan aku dan dia .. Betul tak ? Entah dari mana datang satu perasaan  yang sangat negatif ... lalu melemahkan semangat berblog .. Maka kesannya , blog mula nak bersawang .. Takde mood katanya ..

Bila dah jadi gitu , nak buat camana ? Cuba korang bukak tv tu ... Ada berapa siaran kat tv lebih lagi yang ada ASTRO .. Apakah semua rancangan kat tv tu sama je ?? Tak kan ? Macam macam rancangan ada .. Macam tu jugak blog .. Ada yang serius ceritannya ada yang macam kartun pon ada .. Yang penting , kita tau ada orang baca blog kita .. Takkan la kita nak target macam Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim mai datang baca blog kita atau pon si Brat Pitt ?? Paling tidak pon Lisa Surihani la.. Tapi kalau dia datang baca , 3 hari 2 malam aku banjer korang burger king wooo ! hehehe..

Sambung bebel .. Haaaa. Tak perlu rasa lemah semangat .. Jadilah diri anda sendiri .. Ingat , setiap apa yang ada dalam diri kita tu adalah unik .. Keperibadian kita diluahkan dalam bentuk blog .. Mereka membacanya lalu menilainya ..

Mmg benar kita tulis yang baik baik jer ... Mmg itu yang sepatutnya .. Yang buruk kita simpan... Kenapa nak dedahkan yang buruk ? Biar kita dan Allah saja mengetahuinya .. Yang baik patut dikongsi bersama agar mereka yang masih mentah dalam dunia ini dapat pengajaran dan tauladan darinya .. Itulah sebenarnya antara tujuan berblog ni.. Menulis sambil berkongsi maklumat ..

Jadi , mulai sekarang .. bila berblogwalking , cari yang positif.. Jangan cari yang negatif... Amik dan gunakan pada blog korang .. InsyaAllah dengan gabungan mereka dan korang , maka akan terhasillah satu cerita yang unik dan menarik ... Tak caya ? Cubalah ..

Sendiri cari bala bila 10 lagi blogger menjawab ..

 

Tu diaaa... aku ingatkan tak ramai nak menjawab ... sekaliii .. ada 60 blogger dah hantar entri .... masak aku nak buat .. tapi tak pe.. menarik apa ? Betul la kan ? Masing masing ada jawapan masing masing ..

OK.. kita tengok jawapan lagi 10 blogger :

Okeh.. jgn persiakan peluang membaca pandangan mereka mengenai dunia blog ini .. .bukan senang nak korek rahsia diorg wooo..

Bila 10 blogger lagi memberi pandangan ..

 

Wah.. KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MOTORS SHOW 2010 ( KLIMS ) dah bermula ... perghh... mabeless Tadi aku lalu tengok dewan pameran tu .. haih... Pastikan datang bawak kamera !! huhu.. aku nak g esok .. lepas kerja atau waktu keje eh.. hehehe.. kantoi.. lepas keje laaa.. esok kan .. erk.. solat jumaat .. mesti penuh masjid bawah tu.. ermm... kena g awal esok ..

Erk.. sori.. lari jauh topik.. Ok... Segmen BILA SI DIA BERTANYA , memaparkan pandangan lagi 10 blogger yang insyaAllah akan popular.. hehe ..

Ok... masa untuk lihat pandangan mereka mengenai dunia blog ini ..

Kenyataan Wan Azizah memalukan orang Melayu

 

KUALA KRAI 2 Dis. - Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hendak membubarkan hak ketuanan Melayu sebagai memalukan kerana parti itu sendiri mengakui hak orang Melayu di negara ini.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, disebabkan mereka dipengaruhi oleh kedudukan dan memburu pangkat sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita itu.

"Kalau PPP yang didokongi oleh pelbagai kaum tidak mempertikai hak orang Melayu di negara ini, adalah pelek PKR yang baru setahun jagung ditubuhkan cuma mempertikai hak orang Melayu, ini memalukan orang Melayu," katanya di sini, hari ini.

Nik Sapeia berkata, sepatutnya PKR memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu sejajar dengan kepimpinan parti itu didominan oleh orang Melayu termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama

 

-UTUSAN-

Pencipta bom neutron meninggal dunia

 

LOS ANGELES: Pencipta bom neutron, Samuel T Cohen, meninggal dunia di Los Angeles pada usia 89 tahun.
Pada 1958, Cohen mencipta senjata nuklear taktikal yang membunuh manusia tetapi menyebabkan hanya sedikit kerosakan pada harta benda.

Anak Cohen, Paul, memberitahu the Los Angeles Times dan New York Times bahawa bapa beliau meninggal dunia akibat barah perut Ahad lalu.

Cohen menyokong bom neutron sebagai pilihan lebih baik dari segi moral kepada senjata nuklear lain.

Bom neutron menggunakan partikel halus yang boleh menembusi objek dengan kerosakan kecil tetapi membunuh manusia.
Amerika Syarikat membangunkan senjata itu pada 1980-an dan beberapa negara lain dipercayai turut memilikinya tetapi bom neutron tidak begitu diterima.

Cohen yang berasal dari New York mempelajari fizik di Institut Teknologi Massachusetts dan membantu membina bom atom yang digugurkan di Nagasaki, Jepun. - AP

-BHARIAN-

Blogger duk area Putrajaya dan kawasan sewaktu dengannya ..

 

Salam .. selamat petang .. makan dah ? Alhamdulillah .. aku baru je.. ada sapa sapa yang baru lepas kena marah ?  Baru lepas putus cinta ? Gaduh ngan bf atau kena tidur luar malam ni sbb wife merajuk ? Bagus..takde kan ? Ada ??? Ala... siannyaa..

Ok.. gini ha.. aku plan nak buat jumpa la kawan kawan blogger area PUTRAJAYA dan kawasan yang sewaktu dengannya cam Johor Bahru atau Kinabatangan pon boleh gak join ..

Ni kira saja saja jumpa kengkawan memandangkan asik dok berbalas komen ( erk..)  jer dalam blog kan .. Jadi , rasanya apa salahnya kita bertemu 10 jari bersalaman ...

Takat ni yang aku tau la kan yang dok ajak aktiviti membuang masa ni bro EELOBOR dan SHAHAZRIN .. EQBALBACK sah sah bz neh .. tapi tak kisah la.. sapa sapa berminat , sila lah tinggalkan no telefon di ruangan komen .. Jangan risau.. tidak dipublish ..

Tempat : ALI BISTRO , PRECINT DIPLOMATIK ..

Tarikh : Esok ( 3/12/2010 )

Waktu : Malam .. hehe.. masa akan dibincangkan jika ada geng ..

OK.. tu jer... makasihhhh .. Jangan kata aku tak ajak pulak yer.. hehhee..

Dah terjawab pon ..

 

Satu segmen yang amat mudah dan menarik .. kalau nak mencari idea nak perbaiki blog , mereka telah meluahkan pendapat masing masing ..

Segmen aku ni , bagi aku ianya satu kelainan .. Aku bukan sekadar bertanyakan soalan dan mereka menjawabnya tetapi mereka secara tidak sedar mereka telah ada satu entri yang mana telah menarik mata pembaca di blog lain untuk singgah ke blog mereka ..

Dan paling penting , jawapan mereka bukan ada di blog aku tetapi di blog mereka .. Ini bermakna , segala komen atau nak berbalas komen boleh dilakukan di blog mereka sbb mereka telah mengemukakan pendapat peribadi masing masing .. Sangat suka gini .. Akan diteruskan dari hari ke sehari .. hehehe.. insyaAllah ..

Ok.. skang kita tengok jawapan jawapan rakan kita yang lain :

Gunakan pendapat mereka untuk tingkatkan blog anda ..

SEGMEN : Bila si dia tertanya ..

 

JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini

 

Segmen ini amat mudah dan sesuai untuk semua golongan .. Soalan dan semua jawab .. hehehe .. Amacam ?

Seperti biasa ... yang perlu buat adalah entri baru .. Apa yang perlu ada ialah :

  1. image Header ini dan tajuknya : BILA SI DIA BERTANYA .. dan linkkan ke sini ..
  2. Sila jawab soalan soalan ini ... Copy soalan yer ..
    • Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
    • Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
    • Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
    • Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
    • Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
    • Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
  3. Tu jer.. Sila paste url korang kat sini .. Jangan sepahkan .. kang aku terlepas pandang , sapa merajuk ?? Aku jugakkk ...

Tu je la yer .. Mari kita lihat pandangan rakan rakan kita ... Ayuh ..segera !

Berikut adalah 10 blogger pertama yang dah buat :

  1. Azman Roslan
  2. Xana
  3. cerkLeng
  4. hakimfaridzul
  5. taufiq helios
  6. Shaofie
  7. eelobor
  8. cikmimmie
  9. AdiaLuze
  10. WannZ_AzryN

TARIKH TUTUP : PUKUL 12 MALAM ( 2/12/2010 )

IKLAN BERBAYAR

image Nak order ? > http://www.delicious-cuppies.com/

 

Aku blogger .. kau ??

JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini

Hehehe.. idea baru dah masuk... kita abiskan segmen ni dulu kemudian kita mulakan yang baru.. okeh ??

LUKISAN PENA

miss jue

Putri Lindungan Bulan

Iera Afzu

Johari Hamzah

luna

dyba

Dengan rasminya , segmen ini ditutup dan bermula segmen baru ... okeh ?

Cukup 5 orang baru leh tengok 2 ALAM !

 

Huih.. biar betik ??? Member aku cakap kat aku semalam ... masa cuti ari tu dia balik kampung dia kat ...... tak leh bagitau .. nanti aku kena saman ...

Dia nak layan NGANGKUNG ( RM3.5 juta , 5 hari ! WoW) ... sementara tunggu tiket diprint , mulut dia gatal tanya kat staff situ pasal 2 ALAM ..

Orang tu cakap .. kalau cukup 5 orang , baru filem tu boleh ditayangkan .. Kalau nk tengok , kena la cari lagi 4 orang .. Erk..takkan gitu sekali ?

Aku tak faham memula tu .. Dia kata .. takde orang nak tengok 2 ALAM tu ! Jadi takde tayangan le .. Aiseyman .... gitu sekali ke ?? Sian sian ... tak pe.. aku yakin target RM40 juta tu tercapai satu hari nanti ..

Sabar yer DDR.. Rambut tu , sikat skit .. nampak kusut.. Be cool yer..

BA : JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini

Kejamnya ...

 

image

Tertuduh mengaku bersalah cederakan dua anak turut dihukum dua sebatan

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kepada seorang lelaki kerana mendatangkan cedera parah terhadap anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan simbahan asid.

Bagi pertuduhan kedua iaitu mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh ditangkap pada 16 Ogos lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu selepas menimbangkan pengakuan bersalah Mat Haizan serta mengambil kira sokongan keluarga itu yang masih melawat mangsa di Penjara Marang walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh.
M Bakri dalam penghakimannya berkata, penjara dalam tempoh panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang akan berubah tetapi kasih sayang keluarga dapat memberi peluang pesalah memulakan hidup baru.

"Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara tetapi terpulang kepada isterinya sama ada mahu menerimanya semula atau tidak.

"Saya ingin mengingatkan orang yang kuat bukan kerana berjaya mengalahkan berpuluh musuh tetapi mereka yang boleh mengawal nafsu marahnya,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Mat Haizan yang menganggur didakwa sengaja mendatangkan cedera parah terhadap Nurul Dahyatul Fazlinda dengan menggunakan benda melecur iaitu asid, pada jam 1.45 pagi 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Irfan Firdaus pada tarikh, masa dan tempat sama.

Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan tindakan isterinya meminta cerai.
Dia dikatakan memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa sebungkus plastik cecair mengandungi asid yang kemudian disimbah kepada mereka.

Dalam prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam Faezahnoor Hassan, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama pada 25 Ogos lalu, selepas mengaku salah menyimbah asid ke atas isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28.

 

-BHARIAN-

Pengasas WikiLeaks berdepan risiko dibunuh

 

LONDON: Pengasan WikiLeaks, Julian Assange kini didakwa berdepan risiko dibunuh berikutan pendedahan lamam web pembocor maklumat itu yang mengeluarkan ratusan ribu maklumat rahsia Amerika.

Jurucakap laman web itu, Kristinn Hrafnsson hari ini berkata, Assange akan kekal bersembunyi untuk keselamatan dirinya.

Beliau berkata, nyawa warga Australia itu kini terancam selepas ahli poliik Amerika mahu dia dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengkhianat, manakala penasihat kepada Perdana Mnteri Kanada, Stephen Harper dilaporkan berkata Assange sepatutnya dibunuh.

“Kami menerima ancaman sedemikian daripada kerajaan dan pengkritik dan sebahagian daripada mereka amat menakutkan dengan mahu Julian Assange dibunuh dengan kejam,” katanya dalam satu debat di Frontline Club di London.

Hrafnsson berkata, tempat Assange kini berada perlu dirahsiakan walaupun sebelum ini dia dikatakan berada di Sweden dan London.
Assange juga kini diburu Interpol berikutan satu waran tangkap dikeluarkan pihak berkuasa Sweden berhubung satu kes rogol membabitkannya. - AFP

-BHARIAN-

Jawatan kosong ....

 

imageIklan berbayar - Cara menghilangkan buncit

 

Runner fulltime sekitar kl

Kami Real Dreams Consultancy sebuah syarikat hartanah berdaftar di Kuala Lumpur mempunyai kekosongan jawatan 'runner' disekitar kuala lumpur & selangor..

Syarat kelayakan :-
(1) berumur 25 - 30 tahun ke atas sahaja
(2) warganegara malaysia
(3) mempunyai motosikal sendiri dan lesen memandu
(4) mempunyai pengalaman sebagai runner /
despatch
(5) Wajib mempunyai surat rujukan dari majikan2
terdahulu
(6) sanggup bekerja lebih masa
(7) Berpewatakan menarik,dinamik & jujur
Gaji pokok yang ditawarkan ialah RM 1500 belum termasuk
(i) komisyen
(ii) elaun
(iii)loyalti
(iv) claims
(v) Bonus


-income banyak kerja banyak..runner di syarikat kami biasanya berpendapatan lebih RM 3000 sebulan..

Diutamakan pemohon2 yang tinggal di kawasan Cheras/Pandan , Setapak/Wangsa Maju , Pantai/Jalan Klang Lama
diperlukan segera..

Yang rasa tak layak tak perlu hubungi.
hubungi en.ahmad 0122282322
(sms atau e mail tidak akan dilayan)
(en.ahmad)

Susah susah ... semuanya susah ..

 

Ala .. filem tu meletop sbb pelakon dia semua popular ...

Ala .. filem tu meletop sbb ada adegan seksi ..

Ala .. filem tu meletop sbb cerita dia lawak bodoh ..

Ala .. ala .. ala .. ala .. dan banyak lagi ala .. Macam macam punya ala ada ... Aladin takde lak ??

Entah la.. kita ni seringkali tak berpuashati dengan keadaan sekeliling .. Ada saja yang kita cari alasan untuk menutup segala kelemahan yang kita ada .. Kenapa tidak terima saja kenyataan itu dan perbaiki segala kelemahan tersebut ?

Blog aku tak best .. so what ?? Aku tulis apa yang aku nak tulis .. Yang penting takde sapa sapa letakkan pisau kat tengkuk aku sewaktu aku taip entri aku ..

Dah rupa aku begitu.. Nak kata apa ? Cantik atau kacak sekali pon , kurniaan Allah .. Walaupun ada yang mengatakan dirinya tidak cantik , tapi bagi orang lain , dia tu cantik ..

Apa guna cantik tapi tak reti bawak kecantikkan tu ? Cuba kita tengok negara negara luar .. Cantik sekali negara tersebut .. Tapi ? Bagaimana keadaan politik negara tu ? Kehidupan rakyat negara tu ?

Jangan sering mencari alasan dan menuding jari ke arah orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri .. Belajar terima kenyataan dan perbaiki .. Setiap insan ciptaan Allah , tersangatlah istimewa ! Cari , cungkil dan gunakan !

Tak suka penyakit ini ..

 

Erk.. dah padam ke api dapur tadi ? Lampu tandas ? Ala... kipas ? emm ... pintu kunci dah ? Aduh... tutup dah ke semua tu ? Arghhhh... bikin tensen ni .. Selamat ke kereta tu ?

Ni la dia .. penyakit syaitan iaitu was was ... Bila dalam rumah , kita dah pastikan segalanya dalam keadaan yang sepatutnya di mana dapur dah dipastikan selamat untuk ditinggalkan , lampu lampu dah dipadamkan dan pintu rumah semua dah terkunci rapi namun ada jeeeeeeee si binatang bertanduk ni membisik kat telinga ...

" Eh mamat , lu dah sure ke dapur tu tutup gas dia ? Kang rumah lu terbakar kang .. gua tak jamin ! " 

" Hekler .. lu sapa nak jamin menjamin ni ? Lu bukan agen insuran gua beb !  Dah dah .. g main jauh jauh ... aku nak g kerja ni .. "

Tu la dia .. bila dah parking kereta .. gitu gak.. mai la si bertanduk tadi ... kali ni siap pakai serban la kononnya .. aisey .. nak berlagak alim plak binatang bertanduk ni ...

" Tuan , tuan dah check pintu kereta tak ? Kang terlupa , naya.. hilang kereta tuan .. Sapa susah nanti ? Isteri tuan jugak ... Saya ingatkan balik jer .. "

" huk aloh ... tak sampai 5 saat tadi aku check.. ni baru 10 langkah dah ko datang nak suruh aku check balik .. Ko nehh .. g main jauh jauh... "

Penyakit was was ni boleh dihindari dengan keimanan yang sebenar benarnya.. Bukan senang nak hindari .. faham faham jer la janji iblis pada Allah .. iaitu nak menyesatkan anak cucu Adam ... Nauzubillah ..

Eh.. terlebih bicara lak.. sori la yer .. aku dok tunggu ERL ni ...lagi 11 minit baru sampai .. blogwalking ??? erk ..

Mimpi mimpi mimpi ..

 

Mimpi mainan  tidur ... tapi kalau mimpi yang best , nak bangun tu cam sayang jer .. Maunya tak sayang ??? Syaitan dok goda agar tinggal solat subuh .. huhu ..

Hurm... Khamis dah kan .. Salam dan selamat pagi .. Dah masuk NOVEMBER ... eh.. DISEMBER !!!!! wAAAHH... lagi beberapa hari kita akan berada di tahun baru .. Dan ini bermakna umur kita meningkat setahun lagi .. huih ... eh.. alhamdulillah ..

Apa nak buat eh .. apa nak buat eh.. ermmm.. aku masuk dah 35 .. makin tua .. huk huk .. sekejapnya masa .. Haa.. yang korang masih muda tu .. pandai pandailah guna masa dengan bijak .. Jangan la mengedik sangat nak jadi dewasa.. Gunakan setiap saat tu dengan berguna sekali .. Terlepas satu satu tu tak boleh dah patah semula ..

huh.. ok la.. aku nak mandi... lama dah tak bersenam pagi hari.. makin hari makin malas .. makin berlemak perut !!!

Orang tanya , mana BEN dapat banyak idea ??

 

Takde idea ? Buntu ? Tutup je blog .. layan cerita korea .. cerita drama petang petang .. Baru la best kan ? Buat blog , takde idea .. terus buntu ..

Padahal .. tengok je tv , idea mencurah keluar .. Tengok je drama , jari tu gatal nak taip entri .. Tengok je roti canai , ada je idea keluar .. Tengok je mamak nasi kandar , ada je idea ..

Takde idea lagi ? Huih .. tu ada awek cun .. bertuah laa sapa dapat gitu yer .. Tapi .. ala.. seksi pulak .. Ler .. ada pulak idea .. dari dok membebel dalam hati tu , terjemahkan ke dalam blog .. idea tuu ..

Nak beli kamera ? Tapi tak tau nak amik mana satu .. aisey.. google.. dapat jawapan ? Whopps.. nanti dulu .. cuba la buat entri tanya pada otai kamera .. mana tau ada tips dari mereka .. Aku ? Tukang bersih kamera pon aku tak layak langsung !

Idea ? Semua yang dok bebel dalam hati tu la idea .. Catat la.. sediakan buku dan pen ..

Pasukan Malaysia membuktikan mereka setaraf REAL MADRID !

 

Yess ..  Malaysia Boleh !! Setaraf dengan REAL MADRID bila mana mereka mengikut jejak REAL MADRID di belasah 5 gol cuma bezanya dapat la 1 gol .. Aiseh.. 5-1 laaa .. Ok la tu .. dari kena bergol gol lagi ..

Malu ? Tak kot .. main kat sana .. sah sah penyokong fanatik diorng tu boo habis habisan punya pemain Malaysia .. Rasanya mental pemain kita pon lom cukup mantap lagi .. Tak pe la.. bukan rezeki kita ..

Pagi tadi aku tengok dalam suratkhabar Hmetro yang pasukan kita bakal membedil pasukan Indonesia .. Rasanya wartawan tu tak perasan kot kita main kat tempat lawan .. Huhuh...

Apa pun pemain Malaysia .. tahniah .. Berjaya atau tidak .. kalah atau menang , tahniah yang mampu aku ucapkan .. Nak kata lelebih , kang kata aku tak bagi semangat .. Ni kira aku bagi semangat la ...

Kecewa ? Eh .. tak la.. biasa dah ... Ops .. nak tau pasal kenduri gol tu , boleh ke blog SHARINGFORINFOZ

Aku blogger ! Malam ni .. esok .. dan selamanya ..

 

Hehehe.. nak masuk sehari lagi bergelar blogger yer... Tapi berapa ramai yang dah mula putus asa ??? Atau ada yang mula bersemangat kembali ?

Aku ? Hurm.. bersemangat wooo .. bila tengok ari ni punya follower bertambah lagi 80 lebih .. kalau gini rasanya tahun depan gak dapat 10 ribu .. huih.. dapat 10 ribu terus tutup blog wooo ...

Okeh.. skang kita tengok jawapan kawan kawan blogger kita berkenaan segmen AKU BLOGGER !! SO WHAT ??? sebelum ramai mengantuk .. hehehe..

  1. PuPeL
  2. Puteripisces
  3. micky eyqa
  4. LyNn'Azlina
  5. shahredza
  6. SyafiqaNabila
  7. FasiHaH SupiaN
  8. tyn (:
  9. kechixx
  10. Puteri Iqa Izyan
  11. eszwan
  12. NuR fAtIn FaTiHaH
  13. .shark.grown.up.
  14. *azni*
  15. missy hucena

Inilah hadiah yang aku pilih !

{ sticky post pemenang pertandingan selama 24 jam }

image Sememangnya aku nak sambar satu G-SHOCK ari tu kat KLCC .. Harga dalam RM600 ... Tapi tak jadi ..sbb design lama .. Kensel ...

image Nak sambar flash .. hehehe .. pon rasa cam .. hurmmm .. nanti dulu laa.. guna je apa yang ada .. duit nak guna ke arah lain ...

Tapi kalau ada duit , maka kedua dua inilah yang akan aku beli .. Erk.. bukan takde duit ..tapi lebihan duit la.. hehehe ..

OK.. kedua hadiah ini dipilih oleh Section sub zero dan Malek ku ... Terima kasih buat mereka semua yang sudi menyertai segmen sini ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI