Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 3 Disember 2010

DUE DATE ... erk ..

 

Semalam aku layan NGANKUNG .. dan baru tadi aku layan DUE DATE kat Alamanda ...

image Kalau korang tanya aku .. mana yang best kalau ada RM11 .. mana yang akan jadi pilihan ...  oh yearghh.....sudah tentu DUE DATE !!!! Mmg pecah perut punya layan .. Tak caya ? G la tengok .. mmg korang geleng kepala dari mula sampai habis..

Berapa bintang ? aku bagi .. 4 bintang sbb menghiburkan .. Cuma tau tau je la kan... omputih punya cerita ikut adunan dia .. namun begitu ada mesej tersendiri ..

Hurm... berbaloi bagi aku ... Bagi aku la... korang aku tak tau la... Oh yer.. JOEGRIMJOW pon akan turun ke ALAMANDA esok katanya .. kalau dia sempat.. pastikan sempat bro !

Jawapan penyelamat ..

 

Biasanya lelaki yang suka tengok perempuan ni digelar mata keranjang bukan ? Tapi sebenarnya la kan , cuba fikir kenapa lelaki suka tengok permpuan ... Bayangkan la kalau korang ( perempuan tangkap laki (bf/pakwe/bf gelap / ) memandang perempuan lain .. pastinya korang akan marah punya kan .. kan kan ?

Apakah yang jawpan lelaki akan beri bila keadaan ini berlaku ?

Perempuan : oooo.. tengok perempuan lain yer...

Lelaki : ala.. tengok perempuan je.. kalau tengok lelaki kang kata saya gay ..

Perempuan : Mana boleh! awak kena tgk saya jer !

Lelaki : Bukan tak nak tengok awak .. bila saya tengok perempuan lain , saya akan bandingkan dengan awak .. betapa untungnya saya dapat awak tau !

Perempuan : Alasan !

Lelaki :  Pulak . yelahh.. saya mmg suka tengok perempuan .. Ok ?

Perempuan : Kata dah kan ! Tau awak ni mata keranjang ..

Lelaki : Dah tu .. saya kata gini awak kata gitu.. Mengaku je la walaupun hakikatnya awak tau kan .. Dah kena paksa ..

Perempuan : Ahh.. mmg dasar lelaki

Lelaki : Sekurangnya saya tulin.. kan kan ..

Ok.. tu bukan perbualan antara aku ngan wife tau.. wife kat kelantan ni.. haaa.. tapi ni lah antara berjuta alasan .. Tapi tu la.. kalau perempuan menutup aurat yang sebenarnya menutup aurat pastinya mata lelaki tak melilau kan .. Tutup aurat yang sebenarnya tau ... lelaki nak tengok mana dah kalau semua dah terhalang kan ? hehehe..

Blog yer .. bukan block !

 

Yearghh.. banyak yang bagi pendapat yer ... masing masing ada pendapat tersendiri yer .. Mari kita tengok kot ada yang sama pendapat mereka ... Kot ada yang copy cat... hehe. tak mungkin kn ??? hehehe.. bagus.. Aku jap lagi nak g Alamanda .Mau layan DUE DATE .. Best ke ? Tunggu aku bagi tau nanti.. Aku ada 10 minit untuk update entri ni.. pastu kena mandi.. Baru sampai dari Cheras..G tengok anak buah aku.. Dua dua sakit perut..CB.. Cirit birit daa..

Ok.. senarai terkini .. ops.. sebelum tu , kita tengok soalannya ... Blogger dikehendaki menjawab ke semua soalan ini sebelum meninggalkan jawapan mereka di blog ini ..

  • Usia anda berblog ..
  • Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
  • Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
  • Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
  • Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
  • Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?

OK.. jom tengok jawapan mereka :

OK.. yang lain tunggu yer.. kata hujung minggu.. tu la.. sapa suh antar awal awal.. hahahaha.. kena queue la nak keluar yer ... ehehe .. Jangan lupa esok tau .. dan janga lupa undi .. undi sapa ??? Kat sini yer ... http://bpm-undi2.blogspot.com/

Segmen Hujung Minggu : Blog oh Blog !

{ TUTUP SUDAH 5/12/2010 }

Wah.. ni cam menarik jer... OK.. aku tamo cerita panjang lebar .. Kita terus pada isinya .. Cam biasa... entri :

  1. Header image TAJUK : Blog oh Blog !!
  2. Sila salin dan jawab soalan berikut :
    • Usia anda berblog ..
    • Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
    • Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
    • Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
    • Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
    • Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
  3. Siap .. pastekan url anda di ruangan komen ..

Tu jerrr... hehehe... Tarikh tutup ? Ahad ni ... tengahari yer ..5/12/2010 ...

Yang dah buat :

  1. PuRpLe LaDY
  2. Cik Hasnah
  3. nazirulhazwan~
  4. Citarasa Rinduan
  5. TWEETY BERT
  6. MIMIE AIZA
  7. intan izani
  8. aref seven

Mereka yang nak melepak esok di Alamanda ..

 

Setelah perbincangan dilakukan dengan jiran jiran sebelah  , maka telah dipersetujui bahawa tempat melepakkan diri sambil membaca buku adalah seperti berikut ...

Tempat : Depan bowling centre , Alamanda, Putrajaya .. dalam bowling tamo arr.. membazir ..

Masa : 2 petang ...

Tarikh : Sabtu , 4/12/2010

Mereka yang nak pergi adalah seperti berikut .. Ben , Eelobor , Eqbalzack ( 50%) ,  Hannaiymeera (50%) , Shahazrin dan Najeeb .. Kalau ada yang berminat , bagitau yer.. Mmg tamo ramai ramai.. nanti tak leh nak berkongsi cerita .. hehehe ...

Tempat adalah terhad.. ok ? Tqqq..

Lagi wakil rakyat hantar laporan ..

 

Wah... ok ok... dah cukup .. aku nak tutup segmen ni .. heheh.. aku nak buat segmen untuk 3 hari ..  yang ni sementara je.. nak kasi panas jari gitu ..

Ok.. senarai wakil rakyat mengikut kawasan DUN masing masing :

Shahazrin

Hishyamuddin

Shaofie

yanna faisal

iqbalhakimi

Lydia Miza(Aidyl Azim)

nazirulhazwan~

aminmz

Xana

izyanty collection

rabiatul

Syafiq Rosli

Okeh.. tak leh lama lama.. nanti sejuk .. hehe...

Kita sengaja terlupa ..

 

image Mereka itu kebuluran ... bagilah apa saja makanan , pastinya dikatakan sangat lazat ..

imageKita disini ? Semiskin mana pon masih lagi mampu makan yang sedap sedap sesekali ...

Namun bagi yang berkemampuan ... ataupun 'biasa biasa' jer .. sering 'melupakan' diri dengan berkata ' tak sedap sungguh makanan' ini yang sepatutnya  berkata  syukur, Alhamdulillah ..

Jangan sampai satu masa nanti , satu butir nasi jatuh ke lantai maka berebutlah orang mengambilnya ...

Ala Obama oi.. terima je la kenyataan ..

 

Susah betul la mamat sorang ni nak terima kenyataan ketewasan negara kesayangan dia tu pada negara Qatar dalam pembidaan Piala Dunia FIFA 2022 nanti .. Huih.. lama lagi tuuuu .. 2022.. entah hidup entahkan tidak.. Lagi 11 tahun.. kalau aku , skang ni 22 tambah 11.. baru masuk 30 .. haaa...muda lagi tu.. boleh g jerit kat kedai mamak lagi nanti .. hehe.. Yelaahh .aku tau la aku salah kira... apa pun tetap muda gak masa tu.. arghh..

Diorng ni mmg tak boleh terima kekalahan ke ? Cam Perang Vietnam .. dah la tak menang pastu main tipu.. haih.. abis ramai cacat rakyat Vietnam.. kesian ..

Berbalik pada ketidakpuashatian dia tu .. korang leh baca la kat BHARIAN ... ke nak aku copy paste je ? Apa ? Cam biasa ? Jap ..

 

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata FIFA melakukan "keputusan salah" apabila memilih Qatar daripada memilih Amerika yang turut membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 yang boleh menjejaskan sukan bola sepak di benua itu.
"Saya fikir ia satu keputusan silap," katanya di Rumah Putih yang bersama ribuan rakyat Amerika yang kecewa apabila menonton pengumuman hak penganjuran tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022 dari Zurich, malam tadi.

“Sememangnya kami amat kecewa. Ia sukar diterima buat masa ini," kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika, Sunil Gulati yang menyifatkan kekalahan AS itu sebagai satu peristiwa malang untuk kemajuan bola sepak negara itu. - AFP

 

Ha... tu la... tajuk dia ??? Sat ..

Pemilihan Qatar oleh FIFA 'keputusan salah': Obama

OKeh? hahahha.. adeh.. Obangau..

Aku ini Wakil Rakyat !

 

Segmen ini bukanlah berbaur politik tetapi sebenarnya adalah satu pandangan peribadi blogger terhadap kawasan permainannya .. 

Ya benar.. bukan mudah jadi wakil rakyat  tapi senang nak jadi wakil rakyat .. Faham tak ni ? Heehehe.. Ok.. mari kita lihat pendapat mereka ini sekiranya mereka ini wakil rakyat..

Takut atau mencabar ? Rasanya kalau berhemah , wakil rakyat yang sebenar baca pasti turun padang punya ar...

Projek Alamanda bersama blogger ..

 

Projek malam ni kensel la yer ... sebab malam kan.. lewat sangat.. sian kat geng geng nak datang tapi dah malam .. Jadi atas cadangan bro EELOBOR , dia ajak jumpa di Alamanda jer ..

Ok.. ada sapa sapa berminat nak lepak beramai ramai sambil minum air soya di Alamanda , sila beritahu tinggalkan nama dan no tel di ruangan komen.. takkan di paparkan..

Bila dan masa ... mungkin lepas zohor la.. kira dalam kul 2 petang gitu .. malam pulak nak g main futsal .. hehehe ... ni kira lepaking je la..nak bersantai bersama kengkawan ..

Wah.. ari ni punya entri semua rileks je.. hehee.. ok cepat.. takat ni aku ngan bro EELOBOR je on...

Mereka yang tertinggal 'keretapi' ..

 

image IKLAN BERBAYAR - KOLEKSI TERKINI DARI EQ CLOSET

 

Maaf yer ... mereka ini telah tertinggal jauh di belakang .. hehehe ... skang nak senarikan semula .. okeh ? ..

  1. Amni
  2. rabiatul
  3. Mohamad Izwan
  4. Azza Firza
  5. mOoN
  6. miss layaleya

 

image IKLAN BERBAYAR - BUANG SEGALA TOKSIN DI DALAM BADAN ANDA DENGAN CARA > GINI

Sapa kata blogger ada rupa mesti popular ??

 

Haa.. aku ada satu bukti yang mana blogger ni ada rupa tapi sangatlah low profile .. Blog dia dah lama wujud tapi biasa jee.. Follower dia ? Hehehe.. korang tengok la sendiri ..

AKu kenal kawan ni dalam FACEBOOK .. Peramah orangnya dan sangat cool ... Blognya pon cam orangnya ... Camana orang nya ? Tu korang kena masuk n tengok sendiri ..

Hehe.. aku pon terkejut gak memula tapi tu la.. ini membuktikan bukan semua blogger yang ada rupa belum tentu popular.. Mahu atau tidak jer ..

Bagi aku blogger ni bukan tak boleh popular tapi aku tak rasa dia berminat nak jadi sedemikian rupa.. dari caranya aku rasa dia lebih suka low profile ..

Apa pun.. gud luck yer cik nur ... G la tengok sendiri yer .. hehehe..

Gambar ? Hehehe.. aku tak berani nak culik.. hehe.. tak dapat kebenaran lagi darinya ...  tapi sila la tengok dan nilai sendiri..

http://nurrdeeanna.blogspot.com/

Segmen : Aku ini WAKIL RAKYAT , okeh !

{ SEGMEN DITUTUP TEPAT JAM 4 PETANG - 3/12/2010}

Hehehe... Aku rasa korang boleh agak dah apa soalan yang aku nak bagi ni kan .. hehehe ..

Rasanya ramai tak beberapa suka dengan keadaan politik di negara kita ni kan ? Tak tak pe .. Biarkan mereka bergaduh sesama sendiri.. Kita tengok je dulu .. Nanti tau tau je la nak pangkah sapa kan ? Hehe..

Ok.. segmen ni mudah sangat ... Andakata korang ni seorang wakil rakyat di tempat korang sendiri .. haaa.. tempat korang tau.. bukan tempat kawan atau tempat jatuh lagi dikenang.. haaa..

Sapa sapa boleh masuk .. Tak kira apa parti sekali pon , kita akan berkongsi pendapat dan juga cadangan ..

Apa yang perlu korang buat ialah .. Seperti biasa la kan.. entri :

  1. Header image
  2. Tajuk : Aku ini WAKIL RAKYAT , okeh ! dan linkkan ke entri ini
  3. Salin dan jawab soalan ini ..
    • Tempat pemastautin anda ..
    • Kelemahan serta kekurangan di kawasan anda ..
    • Apakah perubahan yang akan anda buat di situ ..
    • Bagaimanakah anda nak menangi hati penduduk di situ ..
    • 'Janji manis' anda pada penduduk di situ untuk pilihanraya akan datang ...
  4. Tu jer... hehehe ... dan jangan lupa pastekan url anda di ruangan komen ini ..

Amacam ? Mencabar ?? Budak sekolah pon leh join tau.. macam macam pendapat gitu.. Walaah..


    Kaji larangan motosikal masuk bandar

     

    KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji cadangan menguatkuasakan larangan motosikal persendirian memasuki bandar raya ini sebagai usaha terbaru membendung kegiatan jenayah jalanan, termasuk masalah sosial daripada terus berleluasa.

    Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata cadangan itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan bandar raya ini sebuah metropolitan yang selamat dan sejahtera melalui pelaksanaan Pelan Greater Kuala Lumpur.

    Konsep Kuala Lumpur Bebas Motosikal harus dikaji, seterusnya dipertimbangkan untuk dilaksanakan kerana potensinya dalam membantu usaha kita memerangi jenayah jalanan, terutama membabitkan kes samun dan ragut sekitar bandar raya.

    Ini sekali gus menyumbang kepada penurunan indeks jenayah di Kuala Lumpur pada masa depan seperti dicapai sepanjang tahun ini yang lebih baik daripada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ditetapkan kerajaan, katanya.

    Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas majlis serah tugas Ketua Polis Kuala Lumpur kepada penggantinya, Datuk Zulkifli Abdullah sambil disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
    Difahamkan, pendekatan sama turut diamalkan di China, Syria dan beberapa negara Timur Tengah ketika ini khusus bagi membanteras penjenayah bermotosikal.

    Bagaimanapun, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kesesuaian cadangan itu termasuk mengambil kira faktor ekonomi kerana motosikal masih menjadi pengangkutan utama di kalangan rakyat negara ini, terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana.
    Muhammad Sabtu yang kini memegang portfolio Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, berkata kertas kerja mengenai cadangan itu sudah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk diteliti.

     

    -BHARIAN-

    Wahh.. murahnya tiket ke New Zealand ..

    Aiseyman .. aku mmg teringin nak ke sana ... Belum ada rezeki lagi ni ... Tapi kalau dengan harga tiket begini , rasanya tak mustahil kot .. hehehe... tak pe tak pe .. nak g usha apa ceritanya dalam tu dulu .. Here I come New Zealand! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199!

    Harga rumah di P. Pinang paling mahal

     

    PULAU PINANG 2 Dis. – Harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal di negara ini dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.

    Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kajian yang dilakukan pihaknya juga menunjukkan harga rumah di negeri berkenaan turut melebihi purata harga rumah di Kuala Lumpur iaitu RM390,000 seunit.

    Menurutnya, trend harga rumah yang terlalu tinggi di negeri itu bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.

    ‘‘Amat jelas sekali harga yang ditawarkan amat jauh daripada jangkauan. Jika golongan pertengahan tidak mampu untuk membeli rumah atau pangsapuri yang dijual, apa lagi golongan bawahan.

    ‘‘Pada masa ini, penawaran dan permintaan untuk rumah tidak sepadan. Majoriti rakyat Malaysia mahukan rumah yang mampu dimiliki, namun pemaju lebih cenderung membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

    Turut hadir Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris.

    Jelas Mah Hui, keadaan itu menyebabkan negara dipenuhi banyak rumah kosong yang dibina pemaju untuk memenuhi permintaan pelabur asing dan spekulator, bukannya untuk rakyat.

    Menurutnya, ramai di kalangan pelabur dan spekulator memiliki dua buah rumah atau lebih sama ada dibeli untuk disewakan atau untuk tujuan menaikan harganya bagi aktiviti penjualan supaya mendapat keuntungan.

    Katanya, tindakan pemaju memasarkan hartanah itu secara agresif di luar negara memandangkan ia masih murah mengikut standard antarabangsa turut menyebabkan harga rumah di negara ini bertambah tinggi.

    ‘‘Amat malang bagi rakyat negeri ini khususnya jika Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memandang serius isu ini. Mereka patut memperbanyakkan rumah mampu milik dan mengawal pembinaan rumah mewah terutama di bahagian pulau.

    ‘‘Jika kerajaan itu benar-benar ingin menjadikan rumah sesuatu yang mampu dimiliki rakyat, sepatutnya kuasa yang mereka ada digunakan untuk mengawal pemaju, sektor perbankan dan spekulator supaya kenaikan harga rumah dapat dikurangkan,” katanya.

    Sementara itu S.M. Mohamed berkata, terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlaku kenaikan harga rumah termasuk dasar kerajaan membenarkan orang asing membeli bukan sahaja pangsapuri malah hartanah lain.

    Jelas beliau, pihak bank turut menyumbang kepada kenaikan harga rumah melalui pelbagai teknik pemasaran yang agresif termasuk melonggarkan standard kredit sehingga 95 peratus pinjaman kepada pembeli.

    ‘‘Kini tiba masanya kerajaan memulakan dasar perumahan awam yang menyediakan perumahan mampu milik terutama di bandar seperti dilaksanakan Lembaga Perumahan Singapura iaitu kerajaan menjadi pelopor pembinaan rumah berkenaan,” katanya.

    Menurutnya, bagi sektor perumahan swasta, kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan mengambil langkah bersesuaian untuk mengawasi harga hartanah berkenaan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak sihat.

     

    -UTUSAN-

    Lagi blogger menjawab ..

     

    Hurm .. Aku tak tau la nak kata pe .. Ada satu jenis perasaan dalam hati aku ni .. Perasaan yang mana mmg sangat sakit bila melayannya .. Seolah syaitan membisik kata kata 'manis' untuk menyedapkan hati tetapi sebenarnya amat menyakitkan untuk mereka mendengarnya ..

    Istighfar .. berzikir ... amalan yang patut dibuat setiap masa tanpa mengira masa untuk membersihkan hati ... Sangat merosakkan jiwa jika dibiarkan begitu ..

    Letakkan diri kita di dua tempat ini .. satu majlis ilmu yang di hoskan oleh Dr. Fadzilah Kamsah .. Pakar motivasi negara .. Sememangnya bila habis je majlis itu , pasti kita akan keluar dengan penuh bersemangat seperti baru diisi dengan satu tenaga baru .. Suruh buat apa saja , mesti buat dengan bersemangat .. Yang pastinya , senyuman pasti terukir di bibir ..

    Dan satu lagi.. kita g la ke ceramah ceramah parti politik .. Pergh... macam macam boleh kita dengar .. Segala kata kata mereka akan masuk ke hati kita  dan seterusnya boleh merosakkan jiwa kita jika tidak berhati hati ..

    Begitu juga dengan dunia maya ini .. Hati hatilah .. Yang mana patut menjadi bahan bacaan harian kita .. Sama sama bersihkan jiwa kita .. Ingatlah .. Setiap apa yang kita baca , itulah makanan rohani kita ..

    Ok.. sambung segmen tu .. erm.. bagi aku segmen ni , bagus untuk blogger baru membetulkan blog masing masing .. lepas baca cuba tengok kekurangan yang ada dalam blog tu, ok ? ..

    Senarai seterusnya dan yang terakhir :

    OK.. bagi yang aku tak masukkan lagi.. Tolong pastikan dulu yer , kot ada yang dah masuk yang lepas .. tapi kalau benar takde tu.. hehe.. maaf ... Paste kat entri ini secepat mungkin . Termasuk segmen yang lepas belum aku updatekan lagi..

    Harap maaf yer ... tak terkejar den .. hehe.. Terima kasih ... Pasni segmen baru ye ..

    Para blogger bakal berfutsal di SHAH ALAM ,esok ?

     

    Wah .. tajuk dah terus ke point ..tak payah nak pusing pusing dah... Blogger termasyur di dunia maya yang tidak asing lagi bagi mereka termasuk artis gelang tangan , JOEGRIMJOW nak ajak geng geng blogger yang berminat nak menghabiskan malam minggu mereka dengan berfaedah seperti berborak borak pasal blog , majlis persandingan , duit hantaran di padang futsal , SHAH ALAM .. hehehe.. memandai lak tambah aku ..

    Ok ok. .senang citer .. Si joe ni ajak main futsal esok kat shah alam .. sapa nak g , aku nak tumpang neh.. hehehe... ok.. aku tak yah la leter kat sini ... korang g baca kat blog joe sendiri .. okeh ?

    Yang tak boleh pergi tu , tak pe la.. lain kali kita buat perjumpaan yang mana senang semua orang nak g cam kat umah aku ke.. hehehe.. makan free tuuuu .. tapi kena buat ala ala party tupperware la gitu eh.. heheh...

    Terlebih sudah .. klik kat nama dia untuk ke blog joe.. malas nak taip dah.. hahaha... JOEGRIMJOW

    Bila blogger menjawab ..

     

    Maaf yer .. saja je post lewat.. kalau malam malam gitu , tak ramai sangat online .. siang gini meriah kat blog aku .. hehehe..

    Berbalik pada segmen aku yang dah tutup tu .. Berikut soalan yang aku kemukakan dan mereka telah menjawabnya dengan cemerlang .. cewwahh.. :

    1. Ladygreen3011
    2. Smile Is Cure
    3. Ummi Alifya
    4. ~ch@wi~
    5. S..U..D..@..I..S
    6. nmirmo
    7. NaNaKyu
    8. srikandi mie
    9. Yann Mazian
    10. Cik Dya
    11. amad sarpix
    12. Amirah Su'aidah
    13. una
    14. Mayra Hilton

    Okeh... ada satu lagi pasni .. pastu segmen baru ... lagi.. hehe.. okeh ?

    Jeles pun tak guna !

     

    Macam aku kenal je awek ni ? Huih.. dia pon ada kat sini .. Aku mengecam awek tu dari FACEBOOK aku ... Oh.. dia datang ngan mak dia .. Loh.. patut la manja semacam jer .. dalam FB pon tengok dia macam manja je orangnya ..

    Wife aku , ajak aku g kelas melukis mural ! Boleh korang percaya ???? Mau giler aku .. Bukan pe.. aku ni kalau bab melukis guna cat / water color mmg aku hancus .. kalau freehand tu ok lagi ..

    Dalam dok tunggu tunggu tu , datang la guru dia .. Wah.. patut la beria benar dia nak datang kelas ni .. Hensem rupanya cikgu dia .. Erk.. aku cemburu kah ? Tak mungkin !! Takkan aku nk cemburu kot ???? Nehi nehi nehiiii ...

    Aku tengok cikgu tu guna banyak berus cat untuk melukis dinding dia tu haa.. Aku hanya bawak satu je.. Ceh .. camana aku nak tunjuk keterornan aku pada wife aku ni ? Iskh... tak terserlah bakat aku gini !

    Aku pusing pusing kat meja cikgu tu untuk melihat bahan bahan yang digunakan untuk dia melukis .. Wah.. canggih manggih .. Ni tak boleh jadi ni ..aku kena beli semua ni gak ... TAk kira arr...

    Kelas dah hampir nak abis.. aku keluar dulu dari bilik tu... aku tngk awek tu ada kat situ lag.. Aku curik curik dengar perbualan dia ngan mak dia ...

    Hurmm.. cam pelik jer cara dia cakap... Aku amati betul betul ... Loh... macam gila pon ada sebab dia cakap tah hapa hapa tah .. Iskh.. sayang.. cantik tapi ... hehehe... kurang waras ...

    Tiba tiba aku terfikir sesuatu .. kenapa panjang sangat hari ni ? Takkan aku cuti ari ni ? Halamakkkkkk.... Mata aku terbuka ! Cari handphone .. Erk... 5 missed call ! Aisey..sah kena bebel ni kang .. Dan yang paling pasti ... aku lewaaaaaaatttttttt  !!

    Putus asa ? Yup.. aku putus asa dengan dunia blog..

     

    Aah.. berkali kali aku putus asa .. Rasa nak tutup je blog .. Bosan siut .. Bosan sbb macam dunia blog ni dunia berpangkat pangkat gitu .. padahal ??

    Bila ada rakan seperjuangan seperti MAT GEBU , EQBALZACK , BORAKKOSONG,UMMIZAIHADI ( kengkawan lama ) serta ramai kawan blogger baru yang memberi semangat agar bangun semula , aku perlahan lahan bangkit kembali ..

    Untuk bangkit dan seterusnya menguasai dunia blog adalah azam aku ! Serius .. Aku nak buktikan pada mereka , yang aku ini mampu meletakkan nama aku seiring dengan nama mereka ...

    Aku gunakan cara aku .. Gunakan segala pengalaman kehidupan untuk menjelahi segenap lapisan blog yang ada dalam malaysia ni mahupun luar negara ..

    Hasilnya ... mereka yang popular itu mencemburuinya .... Kenapa ? Tu kena tanya dia sendiri ... Dan cita cita aku tak henti setakat ini saja .. aku akan terus mengembangkan sayap aku .. Tunggu dan lihat saja ...

    Lagi 20 blogger ...

     

    Hehehe.. macam macam pendapat ada .. i likee ...

    1. Siti Aisyah
    2. Halusinasi
    3. Queen F
    4. Syafiq Rosli
    5. KimiCnoL
    6. b a m b a m ' s
    7. *Laut China Selatan*
    8. elly @ suely
    9. una
    10. ~Athirah's Aunty~
    11. nana cHan
    12. iqbalhakimi
    13. missy hucena
    14. FiesyaaChacha
    15. salim harmanain
    16. Farah Hanim Mohd Alwi
    17. Miss Nina
    18. Cik Hasnah
    19. shahrul
    20. dwaty

    Nak cari ide memalam buta ni .. sila la g cari .. pasti ada punya ..

    Bila takde idea , maka idea boleh dicari ...

     

    Aku pon buntu idea kadang kadang .. Erk.. bukan kadang kadang la .. tapi kerap gak .. Tapi maaf la yer , aku bukan jenis g jalan jalan bawak buah tangan yang sama .. Aku jenis suka tukar tukar agar orang tak boring tngok ...

    Tapi nak cari buah baru tu yang agak memeningkan .. Bila takde idea .. aku pon tengok blog blog yang mana tajuk dia mmg mengancam keselamatan aku la..

    Bila aku masuk .. apa yang aku buat ialah baca entri dan komen .. Apakah aku akan tinggalkan komen di situ ? Biasanya tidak .. Tapi aku akan jawab di blog aku .. Aku akan buat satu entri tentang itu .. Kan ? tak pasal pasal aku dapat satu entri yang agak hot gitu ..

    Bukan tak nak komen kat situ tapi tak puas .. boleh cerita skit je .. kang ada yang baca nanti , tak faham .. susah lak .. boleh jadi salah faham.. baik aku jawab kat situ .. Itu antara cara aku cari idea bila kekeringan idea ... okeh ?

    Ops... ni lari tajuk .. ada yang tanya aku bagaimana nak buat STICKY POST ENTRY ( rujuk sini ) dan FAREED dengan idea dia tadi tu.. XPRESS BLOGWALKING .. Menarik idea tu ! Aku tak ingat url dia .. masuk dah tadi tapi tertutup dah window dia .. erm.. kalau baca Fareed , tinggalkan url kat sini yer ..

    Bila takde idea , maka idea boleh dicari ...

     

    Aku pon buntu idea kadang kadang .. Erk.. bukan kadang kadang la .. tapi kerap gak .. Tapi maaf la yer , aku bukan jenis g jalan jalan bawak buah tangan yang sama .. Aku jenis suka tukar tukar agar orang tak boring tngok ...

    Tapi nak cari buah baru tu yang agak memeningkan .. Bila takde idea .. aku pon tengok blog blog yang mana tajuk dia mmg mengancam keselamatan aku la..

    Bila aku masuk .. apa yang aku buat ialah baca entri dan komen .. Apakah aku akan tinggalkan komen di situ ? Biasanya tidak .. Tapi aku akan jawab di blog aku .. Aku akan buat satu entri tentang itu .. Kan ? tak pasal pasal aku dapat satu entri yang agak hot gitu ..

    Bukan tak nak komen kat situ tapi tak puas .. boleh cerita skit je .. kang ada yang baca nanti , tak faham .. susah lak .. boleh jadi salah faham.. baik aku jawab kat situ .. Itu antara cara aku cari idea bila kekeringan idea ... okeh ?

    Ops... ni lari tajuk .. ada yang tanya aku bagaimana nak buat STICKY POST ENTRY ( rujuk sini ) dan FAREED dengan idea dia tadi tu.. XPRESS BLOGWALKING .. Menarik idea tu ! Aku tak ingat url dia .. masuk dah tadi tapi tertutup dah window dia .. erm.. kalau baca Fareed , tinggalkan url kat sini yer ..

    Related Posts with Thumbnails

    Peringatan



    Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

    Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

    Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

    Terima Kasih ..

    BEN ASHAARI