Satu pertanyaan yang menarik bagi aku .. Kenapa yer ? Hurm... Kenapa ?? Why ?? Hurm... tah..saja je kot .. hehehe.. Boleh terima alasan tu tak ?
Begini yer.. aku permudahkan .. SEGMEN terbaru aku ini dan akan datang sangatlah mudah caranya .. Aku TANYA MEREKA JAWAB .. Dan biasanya yang menjawab ini adalah blogger blogger yang baru dan sedang naik .. betul ?
Tujuan paling utama ialah ... promosi blog .. Samada blog aku atau blog mereka ! Bagaimana aku buat promosi blog ni ? Ini rahsia aku dan aku dedahkan ... Yang pertama melalui header aku .. aku hanya perlu jual nama BEN ASHAARI yang tertera di header tu ... Seperti yang korang nampak di dinding dinding LRT , bas awam atau sebagainya ... contoh iklan MAS , DIGI dan banyak lagi.. Kalau kita asyik nampak je iklan tu lama kelamaan , kita akan hafal .. bila sekali nampak je dah tau , oh itu .. tu blog dia .. Haa... Sebarkan ..
Kemudian mereka yang berminat .. terutama blogger muda ni .. akan buat entri .. Tajuk yang bakal menarik perhatian pembaca lalu masuk dan baca .. Sapa untung di sini ?? Kemudian dia akan baca dan jika tertarik maka dia akan sertai pula .. Keuntungannya ? Ok.. Setiap dari mereka yang join segmen ini akan aku buat senarai dan masukkan nama blog mereka semua itu didalam entri tersebut.. Ini adalah bahagian aku pula iaitu MEMPROMOSIKAN blog mereka sebagai balasan mereka sudi mempromosikan blog aku ..
Jangan lupa .. semua trafik setiap kali aku update blog , akan ke blog blog yang telah aku senaraikan tadi ... Hurmmm .. Inilah yang aku panggil ... POPULARKAN BLOG MEREKA DAN MEREKA AKAN POPULARKAN BLOG KITA ..
Konsep menang menang yang sangat berbaloi .. Hurm... Mula mula buat blog , bagi paling penting ialah ketengahkan blog kita dulu.. promosi dahulu ... sebarkan nama blog kita dulu .. baru tekankan pada penulisan ... Ada yang kata penulisan dulu baru promosi.. Bagi aku .. orang yang buat blog ni , dah tentu 'bijak' menulis .. masing masing dh ada keunikkan dan tau nak mencorakkan cara penulisan .. camana aku tau ??? Sbb dia berani bukak blog ! Orang yang tak bukak blog dia akan kata , " Aku tak tau nak tulis apa atau Aku takde idea atau Malas laaa atau aku tkde masa ( ye ker ..Najib tu banyak masa ke ) " ..
Ok.. kesimpulan.. SEGMEN yang aku buat adalah semata mata untuk hiburan ringan diantara blogger dan juga cara untuk mempromosi blog tanpa perlu ping di mana mana web ... Promosi secara ' MLM' ... tanpa perlu TAGGED !