Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 5 Disember 2010

Mencari Keberkatan Masa

 

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (www.drmaza.com)

 

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.

Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.

Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.

Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.

Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.

Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.

Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.

Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.

Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)

“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.

Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).

Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)

“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).

Kata Nabi Isa: (maksudnya)

“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).

Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).

Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.

Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

Sehari 5 minit senyum ..

 

Hurm.. dok tengok LOVE HAPPENS kat ASTRO .. tak pernah tengok lagi citer neh .. hehehe .. Ada satu dialog dia kata lebih kurang beginilah .. Berlatih senyum selama 5 minit sehari lama lama kita biasa dengannya ..

Hurm.. aku mmg spesis susah nak senyum .. tapi mudah tersenyum... haa.. berbeza tu.. hahaha .. Ramai gak tanya aku .. aku mmg tak leh senyum ke bila amik gambar ?? Ye la kot..

Kenapa ye aku susah nak senyum ? Kalau tak tengok kamera .. aku akan tersenyum.. bila tengok je kamera , automatik ilang terus senyuman.. Aku pon pelik... ke nak ikut style model CK kot ???? Hahahha.. guwau jeeee...

Tapi aku nak praktikkan la.. 5 minit sehari senyum depan cermin.. 5 minit seyum dalam ERL .. 5 minit lagi dalam lrt .. hari hari.. aku rasa pasti aku akan disenaraihitamkan kot dari naik pengangkutan awam nanti sbb ingat tak waras .... adeh...

Isu Air : Kerajaan Selangor serah memorandum kepada Istana Negara

 

image

UNIT Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa meleraikan peserta demonstrasi yang berada berdekatan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan mula berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air SYABAS, hari ini. - Foto Osman Adnan ( Berita Harian)

 

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid

Ibrahim hari ini mengemukakan Memorandum Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor kepada Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu itu.

Memorandum itu diserahkannya kepada Pegawai Akhbar Istana Negara Khairi Abdul Rahman di perkarangan istana kira-kira 2.15 petang.
Beliau diiringi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS Khalid Samad.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Abdul Khalid berkata antara kandungan memorandum itu memohon Tuanku Mizan menitahkan hak air, yang kini dikendali Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), dikembalikan kepada kerajaan negeri Selangor.

"Saya akan membuat offer-document menawarkan pembelian tersebut yang bernilai melebihi RM6 bilion kepada konsesi-konsesi yang menguruskan air," katanya

Selain itu, memorandum berkenaan turut memohon Tuanku Mizan meneliti semula matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi memahami keperluan untuk penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air secara holistik.


Terdahulu, seramai 4,350 anggota PAS, mahasiswa dari Lembah Klang dan Gabungan AntiPenyelewengan Selangor (GAPS) berhimpun tanpa permit di Masjid Negara dan Stadium Negara sebelum berarak serentak menuju ke Istana Negara.

Namun, pergerakan mereka dapat disekat anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Trafik menyebabkan hanya sebahagian yang dapat berarak ke Istana Negara.

Perhimpunan di Masjid Negara bermula kira-kira 12 tengah hari sebelum disuraikan polis kira-kira empat jam kemudian setelah melepaskan air dan gas pemedih mata.

Terdapat beberapa orang yang turut bertindak ganas terhadap anggota polis ketika cuba melepasi kawalan pihak keselamatan.

-Bharian-

Kes haru ...

 

Semalam ... plan jumpa Joegrimjow.blogspot.com kat restoran mamak dan sama sama balik ke rumah aku untuk parking kereta aku tu seterusnya ke Shah Alam dengan kereta dia ..

Hujan turun dengan agak lebat menyebabkan aku yang rabun ini agak sukar melihat keadaan sekeliling dan seterusnya boleh membahayakan kepada bot bot kecil ...

Aku tunggu dia kat satu restoran mamak ni.. Bila dia sampai kat belakang kereta aku , dia memfollow aku ( dia dah klik follow lama dah ) dengan kelajuan yang agak sederhana ..

Bila sampai ke kawasan rumah aku .. aku terus masuk ke parking rumah aku.. tapi aku pelik .. bila pulak bini aku beli pasu bunga besar ni ? Eh.. biar benar.. aku tengok betul betul..

Aiseyman .. salah rumah.. aku undurkan kereta dan sengih je kat Joe.. hahahaha... malu weh.. rumah sendiri pon tak cam !

SEGMEN : Andai aku ...

image Segmen menguji daya imaginasi blogger ... hehehe ... Suka suka... Segmen ni memerlukan anda meletakkan diri anda sebagai seorang pengarah filem ... Bab budget , jangan risau.. dh disediakan .. Cuma sekarang ni anda kena fikirkan dari A-Z .. segalanya ...

OK.. skang mari kita mulakan ... Seperti biasa .. sila buat satu entri :

  1. Wajib ada .. header blog BEN ASHAARI sebagai trademark ..
  2. TAJUK : ANDAI AKU ... dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila salin dan jawab soalan ini ..
    • Nyatakan pengarah filem malaysia dan luar negara yang anda minat ...
    • Nyatakan filem malaysia dan luar negara yang telah anda tonton berkali kali ..
    • Kenapa mereka menjadi pilihan anda ?
    • Jika anda seorang pengarah filem dan diberi budget yg besar untuk mengarahkan sebuah filem , filem yang bagaimanakah yang ingin anda bikin ..
    • Ceritakan serba sedikit (sinopsisi ) filem anda itu ..
    • Ok... siapakah yang bakal anda pilih untuk menjadi hero dan heroin serta penjahat dalam filem anda itu ..
    • Lokasi pengambaraan filem anda tersebu ...
    • Sasaran kutipan ..
    • APakah anda perlukan pelakon antarabangsa dalam filem anda itu ? Jika ya , siapa ?
    • Tajuk FILEM anda tu ..
    • Pendapat anda , apakah filem negara kita semakin menunjukkan peningkatan atau sebaliknya ? Jelaskan tidak lebih 100 patah perkataan ..

TU je la... simple je .. kan ? Tutup bila dapat 20 filem.. hehe..

Mereka yang tertinggal ...

Ok.. ni aku nak listkan mereka yang tercicir .. sian.. maaf yer..

  1. amad sarpix
  2. Mar
  3. nuR izyan
  4. ♥ azura wif lurvee ♥♥
  5. Bloodberry
  6. Miss SurferParadise

Ada lagi takk ??

Spongebob sebenar telah ditemui pengsan di kaki lima jalan :)
siapakah dia yang sebenarnya? real spongebob ke? > sini

Lagi lagi blog ..

 

Hurm... lepak rumah je... malas nak keluar.. bila keluar je duit abis .. Maka ada baiknya aku duduk diam diam dalam rumah .. hayati tv .. hayati sofa.. belek belek sofa.. kot kot nampak idea kat situ.. leh update blog kan ? hehehe..

Okeh.. aku nak sambung lagi senaraikan mereka yang dah bagi jawapan untuk soalan di segmen aku tu ... :

Ok... abis dah.. aku nak mula segmen baru .... untuk hari ni dan esok .. Yang mana aku tak listkan lagi .. tinggalkan url korang kat ruangan komen sini.. ok ? TQQQQQ ..

  1.  

Pelangi itu ..

 

image

Pelangi itu .. Hadir sekali lagi ..

Mata ini terpaku ...Tiada berkelip ..

Keindahannya bersama matahari ..

membuaikan aku ...

 

Pelangi itu .. Hadir sekali lagi ..

Janganlah kau  pergi ...

Kekallah  disitu .. ku merayu...

Sayangnya hanyalah sementara ..

 

Pelangi itu .. Tanda kebesaranNya ..

untuk hamba-hambanya ..

sesungguhnya yang cantik itu sementara ..

Tiada yang kekal abadi..

Hanyalah DIA ..

 

Pelangi itu ..

Menyedarkan aku ..

Cantiknya menyejukkan mata ..

Biarpun seketika ..

Aku menikmati dan menghayati  ...

Dengan syukur nikmatNya  ..

 

Ya Allah ...

Sesungguhnya hambamu ini ..

leka dan lalai dengan duniawi ..

Ampunilah aku .. ampunilah aku ..

 

Pelangi itu ..

Aku lepaskan pergi..

Cukuplah ... sampai disini ..

Jika kau rezeki mata ku ini ..

Dengan izinNya .. kita bersua lagi ..

Aku jatuh cinta buat kali pertamanya ...

 

Kali pertama aku dengar lagu ni .. sewaktu darjah 6 .. terus aku beli kaset Mega Hits 1 .. dok ulang dengar lagu tu sampai aku hafal lirik dia dah ... hahahha... Yelah , zaman aku tu mana ada internet nak google cari lagu RIGHT HERE WAITING - RICHARD MARKS ni ..

Masih lagi gile ngan lagu ni ... huhu...

Blogger di perantauan ... Suka blog dia ..

 

Hurm.. ciannn dia .. tapi tak pe.. demi untuk mengejar cita cita .. dia akan redah apa jua rintangan yang datang .. Bagus bagus...

Lama dah aku perasan blogger ni dalam blog aku .. tunggu masa je nak g 'serbu' kembali.. tapi bila dah serbu .. maka inilah hasilnya .. Huhu .. i like !!!

Ok.. aku tamo la nak ulas panjang panjang .. Buat blogger kita ni.. semoga berjaya mengejar cita cita .. Jangan pandang belakang .. Nanti balik Malaysia , bawak balik baju sehelai untuk ben yer .. hehehe...

Nak tau sapa blog pilihan aku ni ? Jom... sini > blog best

Cinta Kristal - Lirik dan Lagu...

 

Walaah.. Hantu Mak Limah balik rumah eh.. best best.. Nak tengok nanti.. hehehe.. Antara lagu yang ada dalam filem tu , Cinta Kristal nyanyian Awie .. Aku mmg suka suara awie sejak dari bangku sekolah lagi .. hurmm .. Penyanyi asal lagu ni , Rahim Maarof ..suara dia ? Pergh... mabeless...

Ok... aku saja nak simpan dalam blog aku ni lirik dan link untuk download lagu Cinta Kristal ...

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal
Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu

Hangat membakar panas membara
Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan
Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu

Terus memancar terus membara
Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang

Download lagu > Cinta Kristal ( link )

Penat kadang kadang ...

 

Macam macam.. penat kadang kadang baca tah hapa hapa bentuk bunyinya ... tapi tulah dia .. itulah yang membezakan kita semua .. Ada yang A++ atau A je ... paling tidak pon D atau D-  .... kalau dah E tu .. mmg tak perlu dah nak approve komen ..

Geleng kepala jer bila gitu ? Jangan layan ? Biar jer ? Mmg pon .. cuma kesian je la gitu .. Kalau gitu cara komennya pada blog orang lain , entah bila nak maju ke hadapan ..

Sat .. bukan ada sapa sapa 'usik' aku ... tapi tu la.. ada komen yang aku rasa dia perlu fikirkan kembali sebelum melepaskan ke blog orang .. Bukanlah kasar atau mengutuk atau mengeji tapi ... hurmm .. ops.. aku bukan nak dipuji .. tapi fikirkan cara nak bagi komen .. Nanti kalau orang masuk bantai balik blog dia , camana ?

Sebagai blogger , baca 3-4x sebelum send komen tu haa... aku ? Aku tak kisah pon diorng nak komen apa pon cuma jangan memaki hamun jer .. Cuma penat je nak baca ..

Andai aku ini PENGARAH FILEM !

HARAP MAAF

(CUKUP 20 BLOG DAH ..DITUTUP PADA 5/12/2010 , JAM 10:50 MALAM)


image

Ditaja oleh ALINAC SHOPPE

Segmen seterusnya ni mmg mencabar imaginasi blogger .. Sememangnya mencabar ... dan juga memerlukan keberanian untuk meluahkan imaginasi mereka itu .. Ok.. beberapa orang dah hantar... kita tengok apa cerita mereka nak buat .. hehehe .. rujuk sini untuk tau segmen apa

Senarai blogger :

  1. mOoN
  2. Miss Layaleya
  3. Dauspozi
  4. Syafiq Rosli
  5. Matika Love
  6. Shaofie
  7. DayangR
  8. luna
  9. Ayuni
  10. syamimi
  11. Norfa Lyana
  12. THE LEKAT LEKIT STORY
  13. Atiqah ab.Samad
  14. Kuronofu91
  15. magrib
  16. Tok Esah
  17. Lady Shana Sweet
  18. Cik Hasnah
  19. Gen Fujita
  20. *cilipadi=hafizah*
Yang bestnya nanti .. aku nak buat undian.. filem manakah yang akan meletop nanti... hehehe... Hanya 20 filem terawal akan layak yer ...5 yang menjadi pilihan aku ...

Lagi lagi oh blog ..

Salam .. selamat pagi... pagi pagiii .. sudah tengok blog... huhu .. sihat ? Hehehe... tentu la tak .. hahaha .. adoi...kaki seliuh sudah .. dua dua lak tu .. haih .. tak pe tak pe... kita gagahi juga mengupdate blog .. Hurm.. apa kaitannya yer ? hehehe..

image Blogger lelaki : EELOBOR dan SHAHARIN

image Dan JOEGRIMJOW

image tetap update di mana mana ..

Lupa lak... gambar dari HANIZ-EYCANDY

Segmen Hujung Minggu akan berakhir malam ini... kemudian esok dengan soalan soalan yang baru... walahhh ...Terima kasih bagi mereka yang berminat dan terus menyokong segmen ini ...

Sekarang kita tngk jawapan jawapan rakan kita ni yer :

  1. AiDa
  2. norh
  3. haswani
  4. Cik Azizah
  5. n@iem88
  6. Hanim Mahali
  7. Cik Azizah
  8. Amirah Su'aidah
  9. mien
  10. aien
  11. auzz
  12. aienzcruzzle
  13. Miela Tahril
  14. Siti Aisyah
  15. eszwan

Ok.. nak sambung buat kerja rumah sat.. hehehe ..bagus kan... huwaaaaaaaaaaaaaaa.....

Pemberitahuan ..

 

image

Mulai hari ni .. aku tukar gambar kat blog aku dan juga FACEBOOK memandangkan ramai kata... " Nape gambar dalam blog ngan real tak sama " ... nak kata apa kan .. Sofea Jane masa muda pon aku tergila tgk.. skang ? Awat lain ? hahaha.. dah tentu la dah semakin berusia.. Tapi tak pe.. itulah hakikat yang perlu kita terima .. Maka dengan ini aku letak je la pic tahun lepas ni je kat sini .. Kira sama la kan .. Tq tq ..

Ni awat tak tidur lagi ni ????

Terima kasih ...

 

image Geng budak kaca mata yang turun ke gathering blogger ( GENGBLOGGER)  .. hehehe.. sori geng .. aku tak tau blog korang lagi.. kalau korang baca , tinggalkan link kat sini yer .. thanks bro !

Ok.. bab BPM tu .. jutaan terima kasih pada semua kawan kawan kerana sudi mengundi blog aku dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA .. Kalah ke menang ke.. sama je.. asalkan tau ada sokongan dari rakan rakan ! Tu yang paling penting ..

TERIMA KASIH ! ANDA YANG TERBAIK !!

Ko punya blog apa ?

 

Hahaha... cara suai kenal terkini.. " Nama blog ko apa ? " Lebih kurang gitulah bunyinya.. tak tanya nama sbb kalau tau blog orang tu , sah sah kenal dah orangnya .. hahaha...

image Skang ni dok rehat 5 minit.. erk.. lebih kot.. hahaha.. terasa siutt.. fancettt... 2 tahun lebih tak usik bola.. haih.. hilang segala skill mengekill.. hehehe ..

Kat sini aku baru kenal 2 orang ... ZackEntry ngan Tuan Din .. Yang lain hanya sengih n tegur gitu gitu.. Belum beramah mesra lagi.. Ada sorang awek ni tapi dia takde blog.. hehe.. Dok pomot Twitter dia je.. hahaha.. Tapi peramah la..bagus gitu ..

Aktiviti beramah mesra gini bagi aku amat bagus sekali.. sbb semua yang datang pon sekadar bermain ala kadar je.. takde yang tunjuk skill atau tunjuk bagus gitu.. Mmg blogger sungguh.. Membuktikan bahawa blogger sebenarnya adalah peramah n mesra orangnya .. kan kan ?

Lagi belog belog ..

 

Salah tekaan... bukan Belog oh Belog tapi lagi belog belog .. hehehe ...

Saja mengupdatekan blog ditengah khalayak ramai iaitu di gelanggang futsal.. dari dok melopong tngok orang baik aku tengok blog .. berfaedah skit kan kan... hehe

OK.. segmen diteruskan lagi .. dengan 10 blog disenaraihitamkan .. hehe..takla.. disenaraiputihkan... Ok.. jom tengok mereka yang terlibat ...

  1. ciK waNi
  2. syafiqah khadiron
  3. Azza Firza
  4. misz nana
  5. miss ladies
  6. salim harmanain
  7. Green Apel
  8. rabiatul
  9. paradoks hati
  10. Shahazrin

Hujan .. best tidur kan ... huhu..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI