Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 10 Disember 2010

MAT GEBU dah pilih calonnya ...

Maaf .. aku terpaksa settlekan hutang piutang dengan blogger .. hehhe... Janji tetap janji .. Maka sekarang , aku umumkan siapakah pilihan MAT GEBU ..

Korang rasa rasa la kan.. sapakah blogger yang telah berjaya memenangi hati MAT GEBU tu ? Hurm... aku pon tak sangka gak sebenarnya inilah rupa calon yang dia berkenan .. hehe..

Kalau sapa sapa ada anak sedara gini , sila silalah kenalkan dengan CMG kita yer .. hehe.. Ops.. terlebih berleter eh .. sori sori ... Apa kata kita g tengok sendiri yer ... > sini

Hadiahnya... entri ni , kekal di sini sampai tengah malam karang... okeh ?

TERIMA KASIH live @ myBSN concert

 

Wahh .. dari aku membuang masa dengan lagu yang bukan citarasa ku ini , ada baiknya aku mengupdate entri segmen TERIMA KASIH .. ahakss ..

Ok... yang senarai pertama tadi korang tengok dah ? Belum ? Meh sini .. layan kat sini dulu.. best best woooo... klik sini

Untuk senarai terkini .. meh sini.. aku listkan .. ni aku duduk atas tiang besi ni .. birat wooo... huhu..tapi dah ada yang tanya .. maka aku pon update je ler ...

ok ok ..10 dulu.. birat dah punggong aku neh... jap.. boleh sambung lagi .. jumpa cara best skit .. berdiri sambil pegang laptop.. hehe .. Sebelum tu .. aku terjumpa dua orang kawan sekolah aku.. hahaha.. haram ! Tak kenal aku !!! Hahahaha.. Aku cam diorng .. diorng cam aku .. Ada ke kata aku nampak putih skang .. hahhaha.. nampak sangat aku gelap dulu ..

erk.. sambung nanti la.. lengoh kaki neh.. apa pon .. selamat membaca dan menghayati kisah mereka.. TERIMA KASIH !!

Adeh.. lambat lagi laa ..

image

Lama betul nak tunggu SEARCH ni... sementara nak tunggu dia .. maka .. aku pon menghabiskan malam aku dengan ..

imageAmik gambar tah hapa hapa.. kamera aku kat kawan aku.. dia jadi jurukamera khas untuk aku .. hehehe ...

image  Huarghhhh ... ngantuk ... Lupa lak.. SIS LIN pon ada sini .. hehehe...

Live @ KONSERT BSN ONLINE

 

 image BEST ? Best laa... pas media .. boleh merayau mana mana jer .. hehehe.. takat nak bergambar ngan artis tu , boleh je.. tapi hehehe.. lom teringin .. Kalau jumpa bro Amy Search .. yearghhhh .. Baru best !!!

Uik.. terkantoi juga aku disini .. Ingatkan takde orang cam aku .. hehehe.. kantoi ... Tu nanti cerita eh .. hehehe.. nak kena masukkan gambar sekali ..

Hurm... Aku sebenarnya tak gemar g konsert sebab bising.. aku lebih rela dengar mp3 jer .. hehe.. Bukan apa .. aku tak reti nak enjoy.. Nak jerit .. nak hangguk kepala .. Segan.. hahaha.. Tah .. dari dulu ..

Skang HUJAN dok main kat pentas .. tunggu SEARCH ni... lapar pon satu hal lagi .. hehee...

Gym dan konsert ?

 

Weewittt..

DSC_0434

Kali ni aku ada alasan kukuh untuk g gym .. untuk buat balik badan aku .. hahaha... adeh.. Apakah alasan itu ? InsyaAllah , kalau jadi .. kalau jadi la .. aku bagitau yer ..

Skang ni aku dalam perjalanan ke konsert yang aku bagitau semalam tu haa... hurmm ... Lama giler dah aku tak g .. Last aku g dulu , sewaktu bertugas sebagai security kat DUNHILL punya konsert ..masa tu artis dia Zainal Abidin .. best gilesss.. hehehe..

Ok ok.. nanti aku update lagi ek..

Bila si isteri cuba menduga ..

 

"Bang, ahad ni kena g kursus kat Sabah .. 4 hari "  .. wife memulakan bicara

Aik..baru je ari tu aku kena tinggal.. ni nak tinggal lagi ? Apakah perlu aku beli stok maggie untuk seminggu lagi ?

" Cerita betul ke ni ? Ke Magika je  ? " Aku tanya ..

"Betul la ni "  dia menjawab ..

" Dah tu kata semalam nak g pejabat peguam Isnin ni .. Kensel g ? " Aku saja memanjangkan perbualan ..

" Lepas sign tu , terus g la .. " wife menerangkan ..

Elee.. dia ingat aku tak tau dia nak menduga aku .. hahaha.. Yelah.. ada lelaki seronok jadi bujang bila si isterinya kena outstation .. huhuh.. Aku ? Boring siut..nanti penuh satu kertas kajang dia tinggalkan nota .. suruh itu ini .. Belum lagi ada anak.. kalau ada , silap silap satu buku pesanan penaja dari dia ..

Dialog diteruskan ..

" Hurm .. " Aku saja test power ..

" Nape ? Tak suka ke ? Biasa suka " wife menduga lagi ..

" ala.. henti hentikan la.. ingat tak tau ke nak test abang ni ? Eee.. tak menjadi punya laa.. Awak tu tak de bakat jadi penipu .. " Aku terus terang ..

" Camana leh tau saya tipu yer ? " wife kepelikan..

Mana la tidaknya aku tak tu dia tipu .. Baru jap tadi dia cakap dia ada meeting penting petang Isnin nanti .. dah tu , suka suka lak nak g kursus.. hahaha.. adoi.. aku mungkin pelupa ..tapi bab fakta ni aku ingat .. hahaha.. udah udah ler ... hahaha... sila cuba lagi yer ..

Cantik pun salah...

 

Ginilah nasib ku .. wooo ..wooo .. Lagu NICO .. Tau tak ? Aisey .. takkan tak tau kot ? Cuba google .. mesti jumpa punya .. hehehe..

Aku tak pelik.. dulu aku pelik .. skang tak dah .. Mmg dah perangai manusia ni bercampur baur .. Yang bagus tu , alhamdulillah .. Yang kurang bagus tu , InsyaAllah .. Yang tak bagus tu .. Piiraahhh ...

Nape suka kutuk rupa paras mahupun fizikal orang ? Apakah rupa kita yang mengutuk orang lain tu bagus sangat ? Rasa dah cukup anggun ke ? Dah cukup kacak ke ? Kalau kacak dan anggun , sampai bila sangat weh ? Esok lupa kecut gak muka tu haa..

Biar la.. kalau tak suka sekali pon , conteng je kat meja korang tu .. tak payah nak g bagitau "  ko tu buruk .. blog ko tak best .. " atau apa sahaja la.. pastu bila bagitau gitu , sembunyi lak identiti.. apa kess ??  Takde bola api ??

Tu kalau kes blogger yang biasa biasa .. Yang cun melecun cam aku ni .. eh .. silap.. cam diorng diorang tu .. kata jual muka lak.. sakit hati jugak ! Aku rasa la kan .. baik rawat hati tu .. jangan dibiarkan lama lama ... kelak hitam legam , susah .. Segala menda depan mata jadi salah !

TERIMA KASIH sahabat ..

 

Wah.. sekali lagi aku nak terjatuh walaupun kaki ku ini kukuh dipacakkan ke muka bumi .. Cewah.. Tak de la .. Bukan pe, terharu je.. Aku ingat segmen biasa ni takde orang berminat nak join .. Sekali... tup tup... Korang tengok sendiri ..

Korang rasa rasa la kan.. nape kawan kawan kita ni buat entri TERIMA KASIH nih ? Kalau nak tau jawapannya .. silalah masuk n baca .. apakah akan ada yang mengalirkan air mata ??

Segmen : TERIMA KASIH


image

SEGMEN DAH DITUTUP TEPAT JAM 8 MALAM , PADA 11/12/2010

Salam ..

Ok ... Segmen Calon Mat Gebu tu , dah ada jawapan cuma aku tak nak keluarkan lagi sbb menghormati Mat Gebu yang masih dalam keadaan berduka .. Al-Fatihah buat arwah abangnya ..

Segmen baru aku ni dipanggil TERIMA KASIH ... sangat mudah je.. korang tak payah jadi kreatif pon .. hehe.. cuma apa yang perlu korang buat ialah , mengingati kembali ..

Jika korang berminat nak join , seperti biasa buat satu entri dan di dalam entri tu mesti ada :

  1. Header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : TERIMA KASIH dan linkkan ke entri ini ;
  3. Ceritakan satu peristiwa yang korang tak dapat lupakan berkaitan TERIMA KASIH .. Contoh Aku belanja kawan makan tapi terima kasih pon tidak ..
  4. Bagaimanakah nak menyemai sikap berterima kasih di kalangan kita ?
  5. Ucapan terima kasih yang paling ikhlas korang pernah terima dari siapa dan apakah cerita disebalik itu ?
  6. Secara jujur , adakah anda terlupa mengucapkan terima kasih pada seseorang , hari ini ?

Tu je .. hehe.. TERIMA KASIH .... jangan lupa , tinggalkan url entri korang untuk kita berkongsi cerita dengan blogger dan pembaca lain ...

image

Berminat menempah kek untuk harijadi anak anda? > Jom sini

Transformers: Dark of the Moon

 

Trailer Transformers: Dark of the Moon ... Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... tak sabarrr ..

Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah

 

dari DRMAZA.COM

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

 

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Dua beranak rentung

 

KUALA TERENGGANU 10 Dis. — Seorang ibu dan anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur maut apabila rumah kedai sewa mereka di Kampung Batu Enam, Manir, terbakar malam tadi.

Mayat Nor Laila Yaacob, 41 dan anaknya Nor Hidayu Kauzi, 19, dari Kubang Kerian, Kelantan, ditemui dalam keadaan rentung dalam kebakaran pada 11.30 malam tadi.

Kebakaran di sebelah sebuah stesen minyak itu memusnahkan kedai dobi milik Nor Laila selain turut memusnahkan dua lagi premis perniagaan iaitu kedai menjual perisian komputer dan kedai kosmetik.

Nor Laila dan anaknya dipercayai terperangkap dalam bilik tidur dan kedua-dua mayat ditemui berdekatan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Mohd Fauzi Muda berkata pihaknya mendapat panggilan pada 11.32 malam tetapi ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, api sudahpun memusnahkan sebahagian rumah kedai berkenaan.

"Punca kebakaran masih disiasat,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. — Bernama

 

-UTUSAN-

Aku buntu ..

 

Serius ... aku saja nak baca pagi pagi untuk mencari entri manakah yang paling kreatif .. Hadoi.. buntu..takde jawapan !! Semua kreatif .. Nama pon kreatif kan ? Hurm...

 

image IKLAN - COMPLETE MAKE-UP PALLETE SET > ALINAC SHOPPE

 

Maka aku buat keputusan ... aku bagi semua sekali la... Tapi nak masukkan dalam blog list tak yah la sebab majoritinya dah dalam blog list tu kan ? Kecuali yang mana antar entri segmen kreatif ni belum di masukkan dalam blog list , sila tinggalkan url korang yer .. TQ !

TERIMA KASIH SEMUA ...

Takkan kot

 

Ah.. sedap giler tidur semalam .. dengan sejuknya ... dengan abis semua selimut dikebas dek wife .. aku gak mengigil kesejukkan namun aku merelakan semua itu demi .. haaa.. korang sambung sendiri.. hehe..kang ada yang tak caya lak BEN ASHAARI jiwang karat.. hahaha.. rock rock gak .. sesekali layan zapin kan ?

Rasa cam tidur lama giler .. Terjaga .. cari jam .. ahh.. baru 5.30 pagi.. leh tidur lagi setengah jam... Sempat la gak mimpi si LISA SURIHANI jadi hantu memandangkan semalam sebelum aku tidur , aku layan cerita MATA AKU NAMPAK HANTU .. er... ye ke tajuk dia gitu ..

Hurm.. Tersedar sekali lagi dan kali ni tau tau dah kul 630... waaahh.. lewaaatt ... wake upppppppppppppppp.... lewat lewat .. Mandi .. kemas baju untuk malam ni .. hehehe.. macam jadi nak g konsert tu .. Ye la.. orang dah bagi jemputan khas.. pergi.. jangan tak g kan ..

Dan skang aku kat ERL .. hehe.. kepelikan mungkin orang tengok aku dok menaip kat laptop di waktu muka masing masing dok blur lagi .. hahaha... Berblog di mana mana .. Hurm... malam kang aku g ngan sapa eh ... hehehe.. wife aku tak minat konsert konsert gini .. bukan jenis sosial gitu ... ok la kan ..

Perhatikan wajah si dia ..

 

Malam .. Sepi ... Segala kenangan sepanjang hari bermain di mata .. Mengingati segalanya yang masih segar di ingatan ... Hurm ... Apakah kita ada melakukan sesuatu yang menghiris hati si dia ? Teman kita ? Orang tua kita hari ini ?

Malam ... Tak tau apa yang bakal berlaku esok .. apakah hari ini hari terakhir kita bersua ? Apakah hari ini hari terakhir kita berbicara ? Mungkinkah tiada esok bagi kita ? Atau mungkin juga umur kita masih lagi panjang ..

Malam .. perhatikan wajah si dia .. Wajah anak kecik kita .. Wajah orang tua kita .. Wajah teman sehidup semati kita ... Pandanglah seolah inilah malam terakhir kita .. Sejukkan hati kita .. Pintalah segala kemaafan .. Ampunilah segala dosa mereka .. Entah bernyawa lagi kita esok atau tidak , pastinya bukan hak kita ..

Malam .. tidurlah ... lafazkanlah kalimah suci syahadah sebelum lena .. agar mati kita dalam iman .. agar sedar kita penuh keinsafan .. 

Selamat malam sahabat .. semoga kita bertemu lagi .. InsyaAllah .. Ampun maaf dari ku ..

Mendamaikan ..

 

image

Pada sesiapa yang tinggal di Putrajaya / Cyberjaya atau yang berhampiran dengannya pastinya perasan , awan awan  di langit selalunya sangat cantik ..

Setiap pagi , tengahari , petang kalau cerah cuacanya , Subhanallah.. sangat sangat indah dan mendamaikan .. Ada la beberapa kali aku nak terbabas sbb asyik tengok awan di langit ..

Tu belum lagi bila matahari terbit atau matahari dilindungi awan di waktu pagi .. Perghhh. .. sangat sangat indah .. Nasib baik la kamera aku tak canggih ..

Mmg aku berminat nak tangkap gambar segala bentuk awan setiap pagi kerana awan takkan sama bentuknya .. Sesungguhnya ciptaan Allah yang didepan mata kita ini sangat indah dan tak perlu pergi cari binatang yang bertulis ALLAH atau pokok mahupun tumbuhan aneh..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI