Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 11 Disember 2010

Segmen : TOLONGLAH KAMI ..

 

SEGMEN DITUTUP DAH !

Sebuah segmen yang juga kempen yang aku nak buat .. hurm.. aku tak tau nak buat camana dah ..tapi dengan cara begini aku harap ada juga insan yang boleh memahami dan mengubah cara hidup mereka selepas ini ..

Aku tak nak berkempen jangan merokok atau hentikan merokok.. Pelbagai alasan akan diberikan mereka dan akhirnya semua akan menuding jari ke pemerintah ..Mereka patut tahu kesannya pada mereka yang tak merokok itu ..

Dadah .. diharamkan .. Zina , diharamkan dalam agama .. dan banyak lagi .. Kenapa masih ada yang buat ? Iniah maksud aku .. Buat macamana pon , pasti mereka akan tetap lakukan .. Tapi sekurangnya dengan segmen ini , harapnya ada yang bertimbang rasa selepas ini ..

Segmen ini mudah saja .. Segmen ini aku buat untuk menyedarkan mereka yang gemar merokok ditempat tempat terbuka terutama restoran restoran .. Aku harap akan ada pihak amik perhatian ... Jangan butakan mata jer ..

Untuk menyertai segmen / kempen ini , sila buat satu entri :

  1. Letakkan gambar ini image
  2. Tajuk : TOLONGLAH KAMI .. dan linkkan ke entri ini ..
  3. Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok ditempat awam
  4. Pernahkah anda menegur mereka yang merokok ditempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka ?
  5. Rayuan anda pada mereka yang suka merokok ditempat awam ..

Tu jer ... Jangan lupa tinggalkan url entri anda di ruangan komen ... TERIMA KASIH !

P/S : Harap jangan ada yang tersinggung yer..

Mereka yang dah buat :

  1. faizah
  2. miss cloudy
  3. micky eyqa
  4. Ayuni
  5. aref seven
  6. ~hAKim ZaiLAn~
  7. Ujang9897
  8. sekamar rindu
  9. aNa d'sKoDenG
  10. forever love
  11. Pendekar Berkuda
  12. Rockstar Chan
  13. moChaCCino
  14. kay yea
  15. Dauspozi
  16. Scarlett O'Hara
  17. zaMir
  18. Muslimah Optimis
  19. mOoN
  20. roslaini saad
  21. Miss SurferParadise
  22. Syafiq Rosli
  23. Cik SeRoJa
  24. Kuronofu91
  25. iLa SaHaR
  26. Lydia Miza(Aidyl Azim)
  27. Zefa NorAsmara
  28. rabiatul
  29. nur choki choki
  30. ::Cikgu Akim::
  31. Farah Hanim
  32. CEPET
  33. Cik Eka
  34. Nalisa Syahira
  35. cikmimmie
  36. unieylovesherself...
  37. zacky ~786~
  38. misz nana
  39. alexa yussida
  40. Sepatu Hijau
  41. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji
  42. MAT GEBU
  43. Ciki
  44. AROL DSHW
  45. Matika Love
  46. mamaafzal
  47. nur

Pelik Sangat Ke Nama Blog Aku Nih ?

SEGMEN DITUTUP UNTUK MEMBERI LALUAN PADA SEGMEN BARU

Ini segmen baru menggantikan segmen TERIMA KASIH yang dah ditutup tadi .. hehehe..terima kasih kerana sudi join sama ..

Ok .. skang ni aku nak buat satu segmen baru .. segmen khas buat blog tak kira baru atau lama yang penting ialah MINAT .. Minat nak join ler ! ... Caranya , seperti biasa ... buat satu entri khas yang mana dalam entri tu perlu ada :

  1. Header Ben Ashaari Blog
  2. Tajuk : PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..
  4. Apakah maksud disebalik nama blog korang ..
  5. Siapa orang kuat blog korang tu ..
  6. Angan angan terhadap blog tu ..
  7. Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..
  8. Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?
  9. Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..
  10. Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan ..

Tu jer... sila paste entri url korang kat sini .. hehehe ..TERIMA KASIH ...

Pelik ke nama blog diorng ?? :

  1. nazirulhazwan~
  2. Ayuni
  3. unieylovesherself...
  4. Ainismaira
  5. ~hAKim ZaiLAn~
  6. FUZY
  7. nana cHan
  8. dyba
  9. cik aied
  10. atOn
  11. Lydia Miza(Aidyl Azim)
  12. mOoN
  13. micky eyqa
  14. Kuronofu91
  15. n@iem88
  16. nuR izyan
  17. FasiHaH SupiaN
  18. haniz
  19. Joy Norin
  20. akubersamaCahya
  21. Siti Aisyah
  22. iqbalhakimi
  23. Ayeem Jemain
  24. zaMir
  25. Miss Nina
  26. Silent Thinker
  27. WannZ_AzryN
  28. sAkUrA
  29. Siti Wardah
  30. Kalamhati
  31. tHesmUff
  32. cek chun
  33. saya KILA
  34. Encik Luncai
  35. Citarasa Rinduan
  36. Cik Su
  37. Sepatu Hijau
  38. zureen
  39. missbby
  40. LaVeNdrA
  41. Si Gadis Semasa
  42. Awatif Azizi
  43. Solihin Zubir
  44. CEPET
  45. Norhafiza
  46. Syafiq Rosli
  47. Farah Hanim
  48. MiSx MieRa
  49. ijatnuar87
  50. Haris Khairuddin
  51. Emma
  52. amad sarpix
  53. yuyu
  54. Miss SurferParadise
  55. Nur Azila Ismail
  56. Princess Nur
  57. nur choki choki
  58. eiela
  59. Pencari Qurratuaini
  60. shahjiehan
  61. nur 'afifah :)
  62. asyfiqaz
  63. mE
  64. syuwai skr
  65. MIMIE AIZA
  66. saiazuan
  67. Yellow LEOpard
  68. B.E.L.L.A
  69. Ainiaa♥
  70. Putri Lindungan Bulan
  71. Rockstar Chan
  72. ::Cikgu Akim::
  73. Nur Amira Ramli
  74. miss jiey
  75. .ib.
  76. miss jiey
  77. Ikram
  78. Mimie
  79. Amirah Su'aidah
  80. AjimGreen
  81. mia
  82. momochan
  83. Magrib
  84. [ m I e h A ]
  85. Privacy_Resident
  86. misz jue
  87. AiDa
  88. misz nana
  89. Wan85
  90. Amna.Qadeeja
  91. Reiko91
  92. Rabiatul

Masa yang sesuai untuk tambah kenalan ... hehe..

Terima kasih la yer ..

 

Dunia blog bagi aku adalah satu dunia yang sangat bagus .. Dari blog kita boleh tau keperibadian seseorang .. cara pemikirannya .. dan seterusnya boleh menjadi sahabat .. kan kan ?

Aku malas nak gunakan blog sebagai platform kutuk mengutuk ... Aku tak tau la kalau dulu kan .. skang ni mungkin aku semakin mengenali dunia blog ... maka adalah lebih baik kita jadikan blog ni satu medan menyebarkan sesuatu yang positif ... negatif tu kalau boleh elakkan , kita elakkan la kan ... hurm ..

Setiap kali aku buat entri , aku bukanlah harapkan mereka mengangguk tanda setuju atau menyokong ... jauh sekali aku harap mereka mengeji .. cuma kalau benar , amik je la sebagai panduan .. kalau kurang tepat , maka jangan amik .. mudah je kan ?

Malas la nak peningkan kepala.. cukuplah dunia nyata ni kita dah pening dengan karenah manusia sekeliling .. Mungkin kita sendiri pon memeningkan orang lain .. kan kan ? Haaa...  opsss.. sori sori..aku terlari tajuk ..

Sebenarnya entri ni untuk SEGMEN TERIMA KASIH  ... hehehe..Berikut sahabat yang hantar entrinya :

cik senah

TunTeja

Hentikan bicara tentang FOLLOWER ..

 

Sekadar bual kosong dari aku .. Bab FOLLOWER ni mmg senantiasa jadi isu menarik dan panas bagi blogger baru .. Blogger yang dah lama , agak lama .. mungkin malas nak bicara pasal ni dah ..

Aku ? aku suka buat entri pasal Follower sbb ianya semangat bagi aku .. Makin naik bermakna makin ada pembaca baru .. Yelah , seorang boleh daftar sekali je kan ?

OK.. kenapa blog tu diFOLLOW atau memFOLLOW blog tu ? Ramai pertikaikan bab rupa paras menyebabkan blog tu menjadi pilihan .. Aku dulu pon pikir gitu .. tapi setelah lama berblog , akhirnya membuat kesimpulan .. biar je la blog tu .. Dia ramai atau kurang , tu tak penting ! Apa yang penting ialah ... blog kita !!!

Sebelum kita nak mengata blog orang .. sebelum nak 'fire' blog orang .. perhatikan blog kita .. Apakah dengan mengkritik  blog orang itu menjadikan blog kita best ?

Ginilah .. perhatikan blog kita.. apakah kelebihan blog kita berbanding blog orang lain ? Entri kita bagaimana ? Kekerapan update blog ? Promosi ? Dan banyak lagi perkara yang boleh difikirkan dan dikaji untuk mempertingkatkan mutu blog kita .. Tu lebih baik dari g kaji blog orang lain untuk mencari kesalahan dan kekurangan blog tu .. kan kan ?

Kelab Anti Poligami ?

 

Erk .. ada ke ? Aku sedang tonton dramat kat ASTRO .. rasanya dah dua kali aku tertengok drama yang sama .. Hurm... boleh ke tubuh kelab begini ? Kenapa yer perlu ditubuhkan kelab begini ? Apakah akan selesai semua masalah ?

Ramai isteri atau bakal menjadi isteri meletakkan syarat mahupun meminta pasangannya itu yakni lelaki agar jangan menyimpan angan angan untuk bernikah dua .. Hurm ..

Lelaki pulak , dengan tanpa banyak mengangguk kepala supaya 'kes' itu ditutup dengan segera .. Malas nak berbahas atau berbalas komen .. Jawab terus agar si pendengar tu puashati .. Tapi kenapa masih ada yang berlaku yer ? Salah siapa ?

Madu oh madu .. Poligami oh poligami .. Pastinya wanita akan kata , bolehkah lelaki berlaku adil ? Aiseyman .. sedangkan hakim yang terpelajar  pon lom tentu berlaku adil , apatah lagi manusia biasa cam kita ..

Manusia , lelaki atau perempuan .. belum tentu mampu berlaku adil .. Apa yang patut ditanya ialah , boleh ke bertanggungjawab sepenuhnya  atas keluarga yang sedia ada atau yang bakal ada ?  Atas dasar apakah ingin bernikah lagi ? hurm ...

Ada beberapa artikal dari DRMAZA yang sesuai untuk dibaca bab poligami ni .. mungkin sedikit sebanyak mampu mengubah pandangan buruk terhadap 'poligami ' .. aku tak la nak kata 'sila benarkan' suami anda nikah lagi tapi sekadar jangan berprasangka buruk terhadap poligami dalam ISLAM ..

Sila rujuk .. sini dan sana .. sangat bagus untuk dikongsikan bersama .. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga ketepikan hukum Allah ..

Semangat blogging ku dari mana ..

Mula mula aku berblog .. objektif utama aku nak catatkan apa saja yang aku buat .. kemana saja aku pergi.. dengan sapa .. apa yang aku makan .. awek mana aku dating .. ke mana aku bercuti .. apa yang aku mimpi .. haa.. macam macam la.. sampai orang kata macam macam kat aku .. Apakah aku patah semangat ? Yup .. aku patah semangat .. Hurm.. tutup blog ? Apa kes !!

Aku ubah cara blogging aku .. Yelah , kalau cerita pasal aku je , sapa nak baca kan ? Aku bukannya celebriti .. Sesekali tu boleh laa.. sekadar untuk rekod peribadi jer .. Kalau selalu sangat , boring ..

Tapi apa kisahkan ? Ada orang baca atau tak .. pedulik apa kan ? Erk.. kalau gitu la kan , baik aku privatekan blog je memandangkan tak kisah langsung pendapat orang .. kan ? Tak boleh la gitu .. Kalau dh dijadikan bacaan umum maka kena gak ikut selera orang walaupun bukan 100% .. hurmm ..

Ubah cara.. ubah konsep .. Idea datang dari mata ... proses di kepala .. berbicara di hati .. luahkan di jari .. Hurm.. ok gak kan ? Kenapa boleh berfikiran begitu ? Jadi gitu sbb adanya pembaca .. pembaca yang mengalakkan aku mengupdate blog kerna mereka tak puas membaca .. katanya laa .. bukan kata ku ... hehe ..

Jadi , semangat berblog aku datangnya dari pembaca .. termasuk wife aku .. mmg dia wajib bukak baca setiap jam.. Erk..wife aku tak kisah ke aku berblog ? Er... dari aku g main golf atau memancing .yang mana akan membuatkan aku keluar dari rumah . baik aku berblog dalam rumah je yang mana aku hanya berada di samping dia je kan ? hehehe..

Kenapa perlu kedekut ?

 

Macam macam .. bila dengar , kita mmg geleng kepala .. Boleh ke suami isteri berkira pasal duit ? Apatah lagi pasal makanan ? Mmg menyedihkan bila dengar begitu ..

Ada suami berkira dengan isterinya yang kononnya kuat membazir tapi si suami tu membazir tak pulak dia perasan ? Ada pula isteri tak nak berkongsi dengan suami.. Katanya duit dia adalah hak dia .. haiyooo.... nape begini ???

Tahukah kita setiap pemberian Allah tu adalah hak bersama ? Kenapalah kita perlu kedekut ? Aku tak nafikan mmg susah nak cari rezeki tapi sedarkah kita , jika ikhlas kita memberi , Allah membalasnya berlipat kali ganda ?

Rezeki kita , Allah beri dalam dalam pelbagai bentuk .. Kita tak sedar ... kita terlupa .. Hidup melarat dengan anak yang ramai dan hidup mewah tapi tiada anak .. Yang mana kita mahu sebenarnya ? Pastinya ada yang ingin hidup mewah dengan anak yang ramai ..

Kalau kita dapat apa yang kita inginkan .. segalanya .. apakah kita mampu berikan segalanya apa yang Allah arahkan ? Belum tentu bukan .. Belum tentu kita dapat jadi hambaNya yang taat sbb sudah tentu kita terleka menguruskan hal duniawi .. Tapi jika begini , pastinya kita senantiasa ingat padaNYA .. Senantiasa menadah tangan .. memohon segala permintaan kepadaNYA ...

Sesungguhnya , kita patut bersyukur dengan kehidupan kita sekarang kerana ramai lagi yang lebih merana dan susah dari kita namun mereka masih tersenyum dan bahagia ..

Inginkan perubahan ? Berusaha dan berdoalah .. Berdoa dan berusahalah ...

Aku suka copy n paste ...

 

Whoopss.. sabaq sabaq .. baca dulu baru komen tapi lom tentu aku balas .. hehehe ..

Aku antara mereka yang suka copy paste berita dari mdia online atau artikal dari web/blog para cerdik pandai ..  Kenapa aku copy paste ? Kenapa aku tak buat ulasan ?

Hurm.. seperti yang kita tau , ada perkara yang boleh kita buat ulasan kita sendiri dan ada yang tidak .. Bagi aku la kan .. sesuatu yang boleh kita buat ulasan ialah sesuatu perkara atau isu yang kita terlibat sama .. Contoh satu kemalangan yang kita lihat sendiri ... Tapi kalau kita petik dari media kemudian kita buat ulasan sendiri , rasanya tak perlu la .. sama je .. kita ulas atau copy.. Cukuplah bagi aku letak nota kaki atau intro jer .. Ada selamatnya kita copy paste agar pembaca kita tak perlu susah susah nak klik ke web/blog mereka sbb faham faham je la .. nak loading pun satu hal lagi kan ?

Cuma peraturan dalam copy paste ni perlulah ada kredit .. letak kredit dan linkkan ke artikal tersebut .. Ini kerana jika ada pembaca yang tidak pasti akan kesahihan berita atau rencana tersebut , mereka boleh rujuk ke sana terus...

Ingat... jangan memandai menokok tambah di dalam entri tersebut .. Boleh memberi masalah pada korang nanti ..

Ops.. terlupa .. Jangan ingat semua pembaca blog baca cerita yang sama ... Contoh kat blog aku .. Kalau aku tak paparkan berita terkini , apakah semua pembaca aku tau tentang berita tersebut ? Mungkin ada yang tau sbb mereka dah baca di blog lain .. Tapi yang tak tau tu ? Dalam 10 orang , pastinya 1 tak tau.. tapi bila aku paparkan... dalam 10 orang tu .. semua tau dah .. kan kan ?

TERIMA KASIH kerana sudi ..

 

Sudi singgah .. sudi baca .. sudi tinggalkan komen.. sudi tak peningkan kepala aku .. hehe .sudi sudikan la yer ... ops.. sudi menyertai segmen aku ... ada banyak lagi segmen menyusul ..

Segmen TERIMA KASIH diteruskan lagi dengan senarai terkini ... Sapa yang antar lak kali ni ? Jom tengok dan baca .. kenapa mereka mengucapkan terima kasih .. hukhuk...

Senarai blog :

  1. KINA
  2. rabiatul
  3. Nur Mudrikah
  4. Ainiaa♥
  5. NaNaKyu
  6. luna
  7. eszwan
  8. oh; aina
  9. Syafiq Rosli
  10. micky eyqa
  11. cek chun
  12. Cik Dya
  13. haswani
  14. MIRA :)
  15. wie
  16. Ayuni
  17. CEPET

Masih dibuka . hehe.. sbb segmen ni .. penuh dengan kisah kisah tersendiri ..  ;)  .. cepat sebelum aku terfikirkan segmen lain ..TERIMA KASIH !!!

Untuk baca kisah mereka yang lepas .. meh sini ..

Bila terlalu ngantuk ..

 

Salam .. hehehe.. lewat aku update ari ni .. penat sangat badan .. satu hari penuh dengan aktiviti .. Entri semalam , bila aku baca balik , mmg buruk benar ceritanya .. heheh .. Tula .. update dalam  keadaan mengantuk ...

Nasib baik semalam hari Jumaat ... Kalau ari Khamis atau sebelum tu , sah sah aku tak larat g kerja ... hehehe .. dah tua... hehe.. kena ingat yang kita ni tua.. hehe.. kang tak sedar diri lak .. kan kan ? Ada orang suka ingat diri dia muda , sbb tu dia cergas .. Tak pe tak pe.. lain orang lain cara untuk tingkatkan motivasi diri ..

 

Picture 060 Picture 061

Picture 069 Picture 070

Picture 073

Maaf yer .. masih lagi dengan gambar kat konsert online myBSN tu.. Kat sana aku jumpa dua orang blogger popular gitu .. hehehe...  Yang atas tu aku bergambar dengan SIS LIN .. Hehe..thanks sis lin sbb sudi tegur aku .. Aku mmg tak cam blogger .. korang pon tau kan .. aku punya memori .. dalam kepala aku dok berpusing mencari entri entri baru je.. huhu ..

Kiranya malam semalam adalah antara kenangan manis aku sepanjang tahun ini .. Berbaloi sangat JUMAAT semalam .. hehehe.. Alhamdulillah ..

Entah mengapa , sebenarnya aku bukan kaki nak g majlis majlis sosial begini .. Walaupun anjuran kementerian aku sekali pon aku malas nak g .. hahaha... Tapi semalam , aku pergi lak .. Mungkin sbb terharu dijemput khas kot .. Orang jemput baik baik , kita jangan hampakan kan .. hehehe ..

Konsert ONLINE  MYBSN semalam tu adalah tanda penghargaan BSN kepada pelanggan pelanggannya serta salah satu inisiatif BSN untuk mewar-warkan kepada orang ramai akan perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh saluran perbankan internet MyBSN ..

Antara artis yang datang semalam selain SEARCH ialah HUJAN , RESHMONU , TILU , ATILLIA , MONOLOQUE , BEEHA , CHRISTY TAN ..Semalam pon ada live kat TONTON ..

Terima kasih gak buat kawan aku .. EN.PADIL kerana sudi teman aku.. hehehe... dia la jadi jurugambar aku.. lebih beratus keping gambar dia amik .. hehe...

Terima kasih BSN !

 

Konsert Online MyBsn telah berakhir dan aku sangat berpuashati akhirnya .. Mmg otai giler !! Sememangnya layak digelar otai ! Tak leh lawan lagi diorng neh !! Huhuh...

Dan aku ..sangat sangat gembira tengok live persembahan kumpulan SEARCH .. Mana tidaknya , aku mmg dah kat tepi pentas tu.. Kalau Amy datang tu , tak sampai dua jengkal aku jarak aku ngan dia .. huhuh..

image image

Dan akhirnya aku pulang dengan kepuasan .. Ye la.. aku minat SEARCH ni lama giler .. nak tunggu tengok konsert dia , aku mmg susah nak g.. Yelah .. nak dapat tiket , sah sah duduk jauh.. Cam kes tadi tu , aku mmg kat pentas tu dah .. maunya tak puashati .. hehehe...

Mabeles walaupun agak bosan pada mula sebab lagu awal tu bukan citarasa aku .. hehehe... Tak kisah la ... BSN , TERIMA KASIH kerana sudi menjemput aku ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI