Sebelum aku mulakan topik ni .. pe kata kita hayati lirik lagu GADIS MELAYU ni ..
Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh
Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena
Zaman skang ni la kan .. korang rasa la kan ... hurm.. Wanita melayu ni makin sombong dan jual mahal sehinggakan ada lelaki melayu terpaksa mencari jodoh ke negara asing lak .. Yeker gitu ?
Ada yang akan kata , ala .. perempuan pon leh buat gitu .. ingat perempuan tak leh kawin ngan lelaki warga asing keerr .. Ye, tau. kot ye pon jangan la sampai ke LOMBOK ..
Lebih lagi skang ni wanita melayu ramai yang bekerjaya tinggi ... Gaji beribu ribu lemon jauh tinggi dari lelaki sehinggakan ada yang dah berkawin pon tak kisah nak bercerai sbb dia mampu sara dirinya sendiri malah dengan bangga memberitahu , selama ini pon dia yang menguruskan rumahtangga sebab gaji suaminya cukup untuk dia sorang jer .. Hurm..
Camana tu ? Tapi kenapa sombong ngan lelaki melayu jer ? Bila ngan orang asing contoh la kan ... maaf yer .. cam mat salleh ala ala muka keanu reeves gitu .. cair beb ... meleleehhh... sanggup buat apa saja asalkan dapat kawin .. Hurm.. Tak kisah sebenarnya bagi aku.. Kawin dengan apa bangsa sekali pon ok.. asalkan ISLAM .. kan kan ?
Persoalannya disini , benarkah wanita melayu semakin sombong dan jual mahal ? Kenapa dan mengapa ?
Haa.. satu lagi .. benarkah lelaki melayu ni tak romantik ? Nak romantik camana eh ? hahahha...
Whopss.. harap jangan ada yang terasa .. bukan nak memperlekehkan sapa sapa .. memandangkan isu lelaki melayu skang ni dah memandang ke Maghribi untuk mencari pasangannya .. Hurm..
OK..sebuah artikal dari DRMAZA.COM untuk renungan bersama ..
Galakkan Perkahwinan Campur Untuk Keharmonian Kaum
Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;
1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.
2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum.
3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama.
5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain.
Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum. Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.
-DRMAZA-