Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 21 Disember 2010

Punca nahas bas di Cameron ?

 

IPOH: Salah seorang pelancong Thai yang terselamat dalam kemalangan maut semalam di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ternampak asap di bahagian luar tepi bas pesiaran sebelum ia terbabas.

"Sewaktu bas menuruni kawasan bukit itu, anak saya menceritakan yang dia nampak asap di bahagian luar tepi bas berkenaan," kata Nasir Ismail, 51, yang anaknya Areena Songserm (nama Islam Areena bt Nasir) antara 10 yang cedera.

IPOH: Salah seorang pelancong Thai yang terselamat dalam kemalangan maut semalam di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ternampak asap di bahagian luar tepi bas pesiaran sebelum ia terbabas.

"Sewaktu bas menuruni kawasan bukit itu, anak saya menceritakan yang dia nampak asap di bahagian luar tepi bas berkenaan," kata Nasir Ismail, 51, yang anaknya Areena Songserm (nama Islam Areena bt Nasir) antara 10 yang cedera.

Nasir berkata, Areena memberitahunya apabila bas merempuh pembahagi jalan dan terus terbalik di dalam longkang besar, dia cuma ingat yang dia cuba merangkak keluar.

Nasir tiba kira-kira 9 pagi tadi di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk melawat Areena yang mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan badan dan kini dirawat di wad biasa hospital.
"Anak saya beritahu, selepas dia merangkak dan dapat keluar dari badan bas, dia kata dia masih dapat melihat asap pada bas berkenaan. Bagaimanapun dia tidak dapat pastikan tahap kelajuan bas terbabit semasa sedang menuruni kawasan bukit itu," katanya kepada pemberita.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana anaknya masih hidup walaupun senarai yang dikeluarkan semalam menunjukkan anaknya yang juga pelajar tahun tiga jurusan Undang-undang di Walailak University, Nakhon Sithamarat terkorban.

Seramai 27 orang, kebanyakannya pelancong Thai, terbunuh apabila bas itu terbalik dalam kejadian 11.40 pagi semalam.

Aida Muhamad, 36, bersyukur emak saudaranya Darunee Songserm (nama Islam Dariah Ismail) berada dalam keadaan stabil walaupun sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya Darunee mempunyai pengalaman sebagai pemandu pelancong sejak 10 tahun lalu.

"Saya rasa ibarat mati hidup semula, apabila polis memberitahu mak saudara saya terselamat dalam kemalangan tersebut...dan syukur alhamdulillah semuanya selamat," katanya.

Sementara itu, anak sulung Darunee, Faisal Ismail, 40, berkata melihat keadaan ibunya yang kini berada di ICU beliau hanya berdoa dan menyerahkan kepada takdir.

"Saya tiba di sini semalam (12 tengah malam) terus ke rumah mayat untuk menuntut mayat (ibu) tetapi tidak dibenarkan sebab bilik mayat dah tutup, tetapi syukur hari ini dapat tahu ibu saya masih hidup," katanya.

Faisal yang bekerja sebagai pemandu pelancong dan guru bahasa Inggeris di Patani menganggap kejadian ini adalah sejarah dalam keluarganya.

Aswadi Abdulullah, 31, yang juga saudara kepada pemandu bas yang maut, Omar Shahidan, berkata Omar pernah bercerita sebelum ini mengenai Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ini tidak selamat dan tidak sedap hati bila melaluinya.

Aswadi berkata, arwah menceritakan tentang minyak yang terdapat di jalan berkenaan dan nyaris menjadi mangsa disebabkan permukaan jalan yang licin.

"Tetapi beliau tidak menuduh terdapat unsur khianat dari perbuatan itu ataupun sebab-sebab lain, melainkan menyatakan perkara buruk akan berlaku sekiranya tiada pemantauan pihak berkuasa.

"Saya juga seorang pemandu bas dan saya minta pihak berwajib memantau perkara ini...dan jangan hanya menuding jari kepada pemandu bas selepas berlakunya kemalangan," katanya.
Aswadi berkata beliau berpendapat Omar tidak memandu secara melulu kerana bas yang dipandunya membawa pelancong dari luar negara.

Katanya, pasaran pelancong dari negara jiran Thailand itu amat memberangsangkan dan pemandu mungkin kehilangan pekerjaan sekiranya tidak menjalankan tugas dengan baik.
"Omar mengambil alih tugas membawa pelancong ini dari sebuah hotel di ibu negara dan membawa mereka ke Cameron Highlands sebelum menghantar mereka pulang ke Kuala Lumpur semalam," katanya.

Jenazah Omar dituntut keluarganya malam tadi dan dibawa pulang untuk disemadikan di Taman Seri Manis, Kangar manakala mayat pemandu pelancong, Soontorn Kian, 38, pula dibawa ke Alor Setar. - BERNAMA

-BHARIAN-

Lagi segmen Menyusun Blog Dengan Pantas ?

 

Sebelum tu , nak abiskan beberapa blog lagi yg lewat antar ( nak kena rotan ni ) segmen Kenangan Blogger ... Okeh.. aku senaraikan yer .. rabiatul , fara_dikri ,lynn angel , Izyanti ....

Petang tadi , dari kul 2 - 5 aku buat satu segmen ringkas tapi berjaya aku 'menghuru-harakan' mereka sebentar .. hehehe.. best best ..  best sbb mereka mengambil bahagian bersama sama .. secara tidak langsung aku rasa , ramai dah blogger dapat kawan baru kan ?

Dalam kepala aku ni ada satu lagi idea .. Waaalahh.. mmg best punya .. adik beradik segmen tadi tu la.. ala ala treasure hunt gitu kan ?

Kalau nak buat malam ni , tak boleh la sbb esok ada projek penting .. Langkah pertama aku sbg seorang blogger .. erk.. kalau nak tau , g baca kat blog kakchik ..

InsyaAllah , projek tu aku untuk malam esok .. adil la kan ? Pagi dah ..malam pulak untuk mereka yang lewat tidur malam .. hehe...

Privasi anda di blog diceroboh ?

 

Apa kata kita belajar membuat aduan .. Tadi aku buat dah satu aduan .. Biasanya jika aduan tu terbukti benar , maka sakitlah mereka yang buat aniaya tu .. hehe.. Aku ? Malas nak layan .. nak marah marah dalam blog dah .. Terus aku bukak SKMM ..

Cari butang 'Aduan' ... terus buat laporan .. senang .. tak payah nak peningkan kepala .. Nak menyorok ? Silalah .. nak menyorok la sangat.. ingat besar la sangat yer Malaysia ni ..

Ala... tak sakit mana pon dok menyakat gitu .. Tapi kita kena gak amik tindakan .. Kalau dibiar , nanti disakat budak lain gak kan ?  Ok la..

Bagi mereka yang kena sakat tu , kalau dibuat dalam bentuk hitam putih , dapatkan bukti .. buat aduan .. Tu je.. tak perlu nak pening pala ..sbb yang dok menyalak tanpa identiti ni dalam dunia intenet ni lebih lagi di malaysia ni semua spesis takde jantina .. Jadi , jangan layan .. okeh ?

Kalau dah rezeki kan ?

 

Lega.. lega pala otak aku dapat menghentak besi besi yang ada kat gym tu... kira lepas gak la tekanan dan geram aku ... hurmm ..

Jumpa owner gym , bro Aie .. settlekan bab projek photo shooting untuk esok .. pastu borak borak ngan otai otai gym kat situ untuk mendapatkan sebarang berita terkini dari rakan rakan .. Maklumlah , skang ni kan aku ada dua gym.. hehe .

Pastu aku g ke papan kenyataan.. Terkejut aku.. Pergh.. bila pulak mamat ni masuk Mangga ? Hahahah... pantas rupanya .. aku ingat aku nak bikin panas dulu.. hahaha.. dia lagi pantas .. tapi tak pe , segmen kita berlainan.. hehe..

Abis workout , aku terus balik rumah .. mandi , solat .. keluar .. Tengok wallet aku .. erm.. semua duit besar.. kalau naik teksi ni ,sah sah kena maki .. nak jalan kaki , tak larat dah .. penat .. nak tak nak .. jalan je la..

Tiba-tiba .. ada bunyi hon motor.. Aku pusing belakang .. uik .. adik member aku ... dia pelawa aku hantar ke stsn LRT ..

" Helmet takde neh.. kang kena saman lak " Aku cakap kat dia ..

" Ala.. saman je.. bayar je la.. pe susah .. bukan kena hukum gantung .. " Dia balas ..

Ya tak ye gak kan .. tapi kalau eksiden ? Mau tak aku mati dalam keadaan mengerikan ? Yelah , kepala takde pelindung ..bahaya la kan ? Mengenangkan perut lapar , nak cepat balik ke Putrajaya ... aku terima pelawaan dia .. hehe.. rezeki ..

Atas motor , pelbagai cerita diborakkan.. antaranya pasal rumah , keluarga dan satu kisah yang benar benar mengejutkan .. hurmm... terkedu aku .. Jangan buat pasal .. mengamuk nanti orang .. Haih.. tak sudah sudah membohong.. Aku tak leh nak cerita dalam ni sbb terlalu rahsia .. haih.. entahlah .. apa nak jadi.. Yang miskin terus miskin.. Yang kaya terus buat harta ...

Akhirnya..sampai gak aku kat destinasi .. dan aku terus menunggu .. huhu.. Berakhirnya satu  hari yang panjang .. macam macam cerita .. macam macam perangai .. macam macam orang ..

Jutaan terima kasih ..

 

Terima kasih .. terima kasih .. Segmen idaman aku akhirnya menjadi kenyataan.. Tak sangka pulak menjadi ..

Aku mmg lama dah teringin nak buat segmen ala ala treasure hunt cam tu .. Dari mula berblog gitu .. Tak sangka tadi dalam masa 5 minit punya idea , dah berjaya menghasilkan satu kejutan..

Aku ingatkan takde la orang nak join atau tak faham langsung permainan tu .. hehehe.. Bayangkan , dalam blog buat treasure hunt walaupun ringkas...

InsyaAllah , aku buat lagi menarik dengan lagi ramai penyertaan .. Jika ada yang terasa hati , atau tak puashati , aku minta maaf yer ..  Ni sekadar hiburan .. Terima kasih .. sangat terhibur petang ni.. 

Segmen : Menyusun BLOG paling pantas

image Ralph Lauren - Girl by Ardini's Treasure

Ini bukan segmen terjah atau nak review mereview.. Ini segmen dipanggil , MENYUSUN BLOG PALING PANTAS

Caranya ... aku akan senaraikan 30 buah blog .. di dalam setiap blog tu , aku akan meninggalkan komen dalam bentuk ANGKA ... Angka bermula dari 1 - 10

Apa yang perlu dilakukan oleh anda ialah , cari blog yang mana aku tinggalkan komen tersebut .. contoh dalam blog A , aku tinggalkan komen = '5' ... kemudian cari lagi dan lagi .. sehingga dapat kesemuanya ( 10 ) ..

Kemudian , susun blog tu mengikut susunan nombor tu ..

  1. BLOG A
  2. BLOG B
  3. BLOG C
  4. BLOG D
  5. BLOG E
  6. BLOG F
  7. BLOG G
  8. BLOG H
  9. BLOG I
  10. BLOG J

Paling pantas dan tepat ... dia menang .. hadiahnya ialah , sticky post = 24 jam .. promosi blognya ...

BERIKUT adalah 30 blog yang dipilih :

  1. Ummi Izzah
  2. Miszy Dian
  3. Hanna Iymeera
  4. Qaseh Dalia
  5. Bro Framestone
  6. Azrinrahim
  7. Zamir
  8. Ayuni
  9. Lydia Miza
  10. Ms Nathirah
  11. Wieda
  12. Hasrul Hassan
  13. Ujang9897
  14. Cikgu Akim
  15. Dauspozi
  16. nama aku lynn
  17. Aku ibu Muda
  18. Si Suraya
  19. Syazana Aziz
  20. Cik Yaya
  21. rabiatul
  22. Tok Esah
  23. Miza Yusof
  24. ratu kebaya
  25. Cik Puan Netty
  26. Lieya
  27. mia lia's profile
  28. Awang Hafiz
  29. Aida Farzana
  30. Cik Tom

Ok... aku akan tinggalkan komen dalam bentuk angka tepat jam 3 petang nanti di dalam ke semua blog ( 30 ) yang telah dipilih itu ...

Untuk menyertai pertandingan ni , sila buat satu entri ... cam biasa la kan

  1. HEADER BLOG BEN ASHAARI
  2. TAJUK dan linkkan ke entri ini
  3. Berikan jawapan anda dalam susunan seperti yang ditunjukkan di atas ...
  4. Tinggalkan url korang kat entri ini

Tu jer ..

Dan pemenangnyaaa....

 

Taraaaaa... hehehe ..sapa yang paling tepattt ye ??? Adoi... bikin hati panas dan jari jemari mengeletar sajaaa ... hehehe

Yang dah hantar jawapan tu .. rileks ok.. aku tak lepaskan lagi jawapan korang tu.. hahaha..nanti diorng tiru .. hahahaha..

Amacam ? Best tak ? Simple tapi kena pantas .. kan kan ? Geledah selagi boleh geledah ...

Korang buat aku terhibur je  dengan komen korang tu.. Sempoi la korang !! suka suka suka.. ilang darah tinggi aku jap ..

Psst.. esok ada cerita lagi best woo... hehehe... InsyaAllah ... doa doakan je la yer ... Tak laaa.. aku tak ngandung lagi.. tunggu je tahun depan ... hehhe .. ops..

Dan pemenangnyaaaa ialaahh ... nanti je la bagitau yer..ramai dok mencari lagi ni ..

10 diantara 30 .. bermula ..

 

Ok.. aku dah pilih 10 blog ... terpulang nak join atau tidak ... hehehe...  Mudah jer ... kutip je mana yang ada dulu.. pastu susun je la...

Hurm.. susah eh ? Rasa aku senang dah ni .. gunakan strategi.. hehehe.. Ala..ni suka suka jer .. tak yah nak tensen tensen.. kalau ada masa join je.. bukan ada hadiah lumayan pon.. Sticky post jer... Rasanya berbaloi ke ? cuba la tanya yang pernah menang tu ..

Tapi tak kisah la.. janji ada yang tersenyum pon dah memadai bagi aku.. Aku tak harapkan kejayaan tapi kegembiraan .. kan kan ...

Ok.. dah mula dah ni..g la godek..

30 blog paling pantas ..

 

Ok... ada yang masih berminat nak berkongsi entri kenangan mereka.. hehe..terima kasih .. Tak pe.. aku masih menerima dengan hati yang terbuka... Terima kasih yer ..

Ok.. untuk segmen baru aku ni.. hehehe.. aku memerlukan 30 buah mana mana blog yang suka sukarela melepaskan komen aku ( kejap lagi ) ... Mesti cepat lepaskan komen aku tu yer ..

Syarat untuk blog tu pula , mudah jer .. blog tak boleh berat , tidak ada widget yang boleh menyesakkan nafas rakan rakan pembaca dan tidak menyilaukan mata .. hehehe .. ok ??

Jika blog anda dalam kategori begitu , makaa... tinggalkan url anda ... SEKARANG !!!! Hanya 30 paling pantas yer ..

Kenangan kita , kenangan mereka ..

 

Cerita mereka seterusnya ...

  1. Syazana Aziz
  2. MiSzy DiaN
  3. nazirulhazwan~
  4. Qaseh dalia adelia
  5. mOoN

Dengan ini , di umumkan .. DITUTUP untuk memberikan laluan pada segmen baru.. hehehe ..

PNB umum agihan pendapatan ASB

 

PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

 

BA : Huih.... kaya kaya ... tolak p tolak mai... hurm.... dpt tukar kereta ni... erm... nak tukar apa lagi eh .. hurm... kereta lama , kasi cat.. kasi dye rambut.. erm.. apa lagi eh ..

Kenangan terindah sebagai blogger ..

 

Masuk entri ke - 3 berkaitan dengan segmen ini .. Bagaimana nak join segmen ni , boleh rujuk pada entri sebelum ini .. Pasni aku nak buat satu segmen menarik punya... Permainan .. hehhe

  1. izzati ismail
  2. Tim Cik KupuKupu Ungu
  3. pengGaris_aDDict
  4. DayangR
  5. Syazana Aziz

Ada lagi yang berminat nak menceritakan kenangan dia selama bergelar blogger ni ?? Cepat cepat seblum ditutup ..

Aku tak suka Cameron tapi suka strawberi ..

 

Camana tu ? Adeh.. berpusing pusing cerita .. Aku tak suka Cameron sbb jalan ke sana amat merbahaya .. tapi aku suka pergi Cameron sbb bestt !! Aku suka tempat yang mendamaikan .. huk huk ..

Seingat aku , dua kali aku g Cameron bila dah dewasa ni .. hehe.. Sekali ngan famili aku dan sekali lagi untuk honeymoon .. hehehe.. Jangan komen ! hahaha ..

DSCN0830 Yang atas tu , kali pertama .. yang bawah tu , kali kedua.. hehe..Nak g lagi ? Tatotttttt dahh ..

Picture 035

Banyak tempat pelancongan kita masih belum mempunyai jalan yang selesa .. Suruh g melancong tapi jalan tak elok.. camana tu ? Diorng lak melancong kat luar negara.. hehe.. larrriik...

Lihat beberapa penumpang terpelanting ke tepi jalan - Lakaran kejadian

 

image

IPOH 20 Dis. - Sungguh mengerikan! Itulah gambaran suasana kemalangan terburuk di negara ini membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini.

Nahas ngeri itu disaksikan oleh seorang penumpang bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat peranginan tersebut.

Penumpang bas berkenaan, Mohd. Shafwan Mohd. Nan , 17, berkata, semasa kemalangan berlaku, bas yang dinaikinya berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya lihat ada beberapa penumpang termasuk seorang kanak-kanak terpelanting ke tepi jalan, selain ada mangsa menjerit kesakitan.

"Tidak lama kemudian pasukan penyelamat sampai dan mengeluarkan mayat penumpang dalam bas itu. Keadaan mayat sangat mengerikan kerana ada yang terputus anggota badan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad ketika ditemui semasa melawat Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, kerajaan negeri akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan rapi terhadap struktur jalan di tempat kemalangan.

Katanya, ini kerana sudah terlalu kerap kemalangan berlaku di tempat sama atau berdekatan.

Sementara itu, seorang penumpang warga Thailand yang terselamat, Iunthapa Chuchart, 53, berkata, kesemua mereka datang dari Bangkok untuk bercuti di Cameron Highlands sejak kelmarin.

Wanita itu yang parah di muka dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan dijadualkan menaiki pesawat pulang petang ini.

Iunthapa adalah antara 10 penumpang lain yang terselamat dan daripada jumlah mereka itu, tujuh dirawat di wad biasa, seorang di Unit Rawatan Rapi manakala dua lagi di zon kuning.

-UTUSAN-

Sapa kata jadi blogger tak best ??

 

Sebuah segmen terbaru dari aku .. KENANGAN BLOGGER ; sepanjang  mereka bergelar blogger dari mula hinggalah semalam .. hehehe.. Dah ada beberapa blogger yang menceritakan kisah  mereka semalam.. dan sangat sangat best baca kisah mereka .. aku sempat masuk beberapa buah blog jer sbb aku kena update lagi mereka yang dah antar entri tu.. antara baca dan update.. adeh.. biol terus semalam dan lena diulit mimpi kemudian .. huhu..

Ok .. Bila aku dah tidur, mereka masih lagi berminat nak menghantarnya.. wah.. terharu aku ... sbb aku tak buat promosi langsung untuk segmen ni.. sekadar update dalam blog dan mereka yang berminat , menghantar cerita mereka

Skang kita lihat senarai yang dah antar semalam dalam entri INI dan jika berminat nak berkongsi cerita , klik INI ..

Berikut adalah cerita yang terkini :

  1. AMMAR YASIR
  2. nuR izyan
  3. Nordin
  4. !!- a.y.u -!!
  5. YAYA AZURA
  6. *cik cilipadi_hafizah*
  7. Lelord
  8. dyba gula-gula

Mereka berkongsi cerita dengan kita .. Apakah kisah mereka sama dengan kita ??

Eh , dia mai lagi ..

 

Hehe.. terbukti ? Ops.. entah .. salah kot.. tapi tak pe.. salah atau betul , aku tau ... aku yakin sbb aku yang nikmatinya .. Alhamdulillah ..

Tak kisah sangat dah sebenarnya sbb alasanya yang diberi oleh tuan punya tu mmg munasabah .. Cukup cukuplah katanya .. selayaknya dikongsikan bersama rakan rakan lain ..

Tapi kena la bijak.. kalau harap kat dia jer , tak berbaloi beb .. pandai pandai la 'usahakan' tanah yang ada tu .. Kalau nak tanam kelapa sawit jer .. susah la kan .. Pe kata tanam sayur sayur organik .. Berbaloi gak kan ?  Dapat $$ sampingan ..

Sbb tu aku punya cara tu ada yang tersirat .. Selain kepuasan , mereka yang masuk pon dapat manafaat .. Bukannya kita makan sorang .. kita buat kenduri besar-besaran !! Semua dapat .. Jangan kedekut.. kan ? Lagi best berkongsi ..

OK la .. nak g kerja .. Setiap kali aku terkena , setiap tu lagi idea aku bercambah !! Yang pasti , kali ni 'dia' datang dan aku bersedia .. baru berapa hari je main main kat tempat aku , dah cukup memuaskan ... hehehe ..

BA : Jom main kat tempat sendiri ...

Lengkap akhirnya !!!

image

Maka , tiada alasan lagi untuk MALAS !! hehehhe .. Segalanya depan mata dah ..

Kenangan Blogger .. menarik !

 

Hurm.. aku sempat masuk beberapa blog .. tapi tak leh nak masuk semua sebab ada je yang antar url mereka .. maka aku terpaksa update dengan segera ...

Mesti ada yang terfikir , kenapa aku tak mintak mereka linkkan ke entri aku tu kan ? Saja jee.. aku nak tutup mulut mereka tu bahawa aku cari trafik murahan .. Maka , lihatlah sendiri ... berapa ramai yang sertai segmen ni untuk tempoh beberapa jam saja ..

Ops.. aku tak promote lagi segmen ni .. aku tak ping lagi di Gengblogger dan paste di FB dan juga Twitt ..

Ini menunjukkan , mereka senantiasa berminat untuk bekerjasama diantara satu sama lain .. tidak ada apa yang perlu ditakutkan  .. malah ada diantara mereka , bakal bersinar tidak lama lagi .. InsyaAllah ..

Ok .. jadi satu harapan aku buat semua blogger tak kira la baru atau lama , kita biarkan mereka dengan labu mereka .. Samada mereka nak tunjuk mereka bagus .. nak tunjuk mereka pandai , biar jer .. Yang penting kita tau apa yang kita buat dan kita buktikan kata kata mereka itu salah ! Maaf.. bukan berniat nak mencari musuh tapi menguatkan lagi semangat mengharungi segala rintangan ..

 

JOM BACA KENANGAN MEREKA  :

    1.  kiwi 
    2.  zaMir 
    3.  iEyLa 
    4. Erin 
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI