Ana Raffali ikon Jabatan Muzium

by - Jumaat, Januari 14, 2011

 

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihak pengurusan Ana Raffali telahpun secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program-program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama bagi memperjelaskan laporan semalam yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara.

Ibrahim berkata, Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dipilih sebagai ikon jabatan itu kerana imej dan penampilannya yang sentiasa berpakaian kebangsaan tanpa kekok dan malu dalam persembahannya tanpa mengira tempat.
Katanya, ini adalah satu penampilan yang baik dari segi budaya terutama di kalangan remaja.

Ana Raffali adalah pendatang baru dalam dunia seni tanah air, bukan sahaja mampu untuk menyanyi dan bermain gitar dengan baik, malah turut mengubah dan menulis lirik.

Pada AJL Ahad lalu, lagu nyanyian dan ciptaan Ana Raffali "Tolong Ingatkan Aku" dipilih sebagai juara. - BERNAMA.

-BHARIAN-

BA : Tahniah Ana ku !! chewahh ..  Cuma harap pasni jangan masuk muzium dan jadi bahan sejarah dah la.. biar lagi 30 tahun baru , jadi bersejarah.. okeh ?

You May Also Like

23 comments

  1. uik..jadi ikon kau ek ana..

    nah kawan2 layan biodata ana

    http://azfar9897.blogspot.com/2011/01/biodata-ana-raffali.html


    budak pandai rupenya ana nie

    BalasPadam
  2. wahhh,,, bertuah badan... beliau dah brpunya lum... lau dah... bf die punye blog mesti mencanak2 traffik... hahahaha

    BalasPadam
  3. x minat ana...x setuju dia menang AJL25...but respect sbb imej bj kurung dia boleh bawa perubahan fesyen wanita moden kembali sopan..hope cewek2 sexy akn terpengaruh dgn imej ni..

    BalasPadam
  4. Entry kita sama le Ben...Saya baru je publishkan..:)

    BalasPadam
  5. penyanyi macam inilah harus jadi kebanggaan dan ikutan anak muda zaman ini yg pakaiannya tak keruan.. tapi kesian dia bila menang ada jer kutukan.. kak ilah malas nak baca komen org.. kak ilah pernah saksikan ana menyanyi di tasik titiwangsa semasa KL muzikal dia mmg cantik manis berbaju kebangsaan.kak ilah mmg kagum dgn ana.. apatah lagi dgn penghargaan muzium dan pos malaysia.. tahniah anak melayu..

    BalasPadam
  6. bagus bagus... menunjukan kemelayuan kite..huhu~ go Ana go!!

    BalasPadam
  7. wahh, dah siap jadi icon muzium.. mantapla...

    BalasPadam
  8. wah..nie makin sayang dgn ana rafali nie..hehe

    BalasPadam
  9. identiti dia tu kot yg buatkan dia terpilih. dia kan lain dari yg lain.

    BalasPadam
  10. macam ni baru best. Cikgu sekolah pun minat Ana Raffali tau tak. ;)


    http://imanmutiara-iera.blogspot.com

    BalasPadam
  11. saya pun suka ana!!!!
    x)

    http://mymedium-tiha.blogspot.com/2011/01/alamak-aku-tersuka-ana-raffali-daaxd.html

    BalasPadam
  12. salam, duta muzium...glamour tu....

    BalasPadam
  13. nampk kemelayuan beliau tu....dgr kata dia dulu Youtuber kan....

    BalasPadam