BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN

by - Isnin, Januari 17, 2011

 

image image     Salinan surat dari UJANG9897

 

Ditulis oleh :

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

www.drmaza.com

You May Also Like

21 comments

  1. owhhh tak boleh pasang kuat2 .. baru tahu tentan benda ni ... huhu byk benda yang tak tahu sebenarnye..tq abg sharing :)

    BalasPadam
  2. masjid kat umah klu da ceramah dia juz guna speaker dalam masjid je...
    Azan dia guna yg luarla

    BalasPadam
  3. tapi jika di penempatan org Islam bagus kan dengar alunan bacaan Al-Quran..itu pn ada juga org Melayu yg bising2..lain lah kalau penempatan tu ada bangsa lain, memang kena jaga sensitiviti lah..

    BalasPadam
  4. masjid ni betol2 kat belakang umah saya..actually tak kuat mana pon speaker tu..laungan azan kalau waktu pagi sunyi memang la kedengaran kuat..tapi hakikatnya tak kuat pon seperti yang orang ni gemburkan..cuba dia dengar kalau waktu zuhur,asar,maghrib dan isyak..kuat tak??kenapa perlu pertikaikan azan subuh..

    BalasPadam
  5. yup betul gak tue..
    tpi rasenyer takde mengganggu sangat kot..
    cuma perlahan kan volume dah cukup rasenyer..

    BalasPadam
  6. wallahu a'lamu bissawab..

    tp bg dya..ade baiknya jemaah surau/masjid psgkan ayat2 alquran atau bacaan2 lain di pembesar suara khusunya sebelum masuk waktu solat fardhu..(i.e lg 10-15 mnt)..

    even kt umah dya (blakang surau)..stiap hr mereka akan pasang(bacaan ayat2 alquran)..sebelum msok waktu solat fardhu..dan xjd masalh bg kami yg rata2 nya org islam..sbb bler dgr bacaan yg dipasang tuh..kter taw da nk msok wktu..mcm tu juga tem bulan puasa..tem sahur n b'buka..syahdu jek dgr ayat2 alquran yg dipasang tu..

    note:depends on surroundings..if majority non muslim..mgkn boley direndahkn volume speaker tuh..tkot m'gGu mereka..=p

    BalasPadam
  7. btol gak ckp ms ayu..rmh sy pn dkt sgt dgn surau+masjid..jln kaki xsmpi 5 mnt pun..bacaan² sebelum azan tu xkuat mana pun...mcm berbisik je..mungkin ada setengh surau kut yg psg speaker luar time bacaan quran...

    neway nice info bro..tq =)

    BalasPadam
  8. kak ilah di dato keramat..corong suara masjid dato keramat ni..mmg tepat ke arah balkoni/tingkat 6 umah kami..kalu ceramah kak selalu dok kat balkoni dan dengar dgn jelas..sebutir2 tak hilang suara ustaz. untung juga utk halwa telinga.. kalu azan dan bacaan sebelum azan..mmg jelas kalu sapa yg tak bangun2 dari tidoqq mmg dia dlm kategori pekak.hehe..dulu semasa merantau di negeri yg jauh masjid dan surau dari umah mmg kak rasa amat terkilan sbb tak dgar langsung org azan.. nak kena tgok jadual waktu kat kalender.. kan susah.. alangkah baik dari tak baik jika dpt mendengar dari masjid yg ada tepi rumah.. ..yg lain tu kak tak berani komen nanti kena hentam susah.. hehehe..

    BalasPadam
  9. yup..setuju dgn komen iniialah aku..,

    btol tue bro..bacaan alquran takleh kuat2..kalo org semayang sblh kita pun kat rumah,kite kene perlahankan bacaan alquran

    BalasPadam
  10. Islam ni mudah. In otherwords, sesapa yang dah terkeliru tu.. senang je.. ikut je apa yang Nabi Muhammad (SAW) buat n tinggalkan apa yang dia tak buat or larang. XD

    BalasPadam
  11. Wallahu alam...
    Tapi, terasa lebih aman hidup bila duduk rumah yang berhampiran dengan surau...Dengar azan + dengar orang ngaji+ dengar orang zikir...Terasa jauh dari kekosongan hati...

    BalasPadam
  12. Wallahu alam...
    Tapi, terasa lebih aman hidup bila duduk rumah yang berhampiran dengan surau...Dengar azan + dengar orang ngaji+ dengar orang zikir...Terasa jauh dari kekosongan hati...

    BalasPadam
  13. wallahualam...tp amoy lebih suka bila dengar suara orang ngaji, zikir. terbit rasa sayu-sayu kat lubuk hati...

    BalasPadam
  14. beri keutamaan yg lebih utama..
    contohnya mengaji dan solat..
    mengaji adalah perkara yg baik..
    namun sekiranya ada yg sedang solat, maka perlu diperlahankan bacaan si pembaca Quran td...takot2 menganggu yg sedang solat..
    bagus Br. Ben..i like this!!entry..

    BalasPadam
  15. nice info..ni yg boleh share ngan kgkwn yg x tw=)

    BalasPadam
  16. suare mengaji/zikir tu ibarat soul terapi bg rina. stakat ni volumnye yg kuat belum lagi mengganggu. masih dpt membezakannye dgn azan^^
    nice sharing bang!

    BalasPadam
  17. I membesar dalam environment
    Melayu, so I dah biasa dengan semua nih. No problemo for me, but it is a problem for a majority of non-Muslims.

    Pernah kat apartment tempat tinggal I, pembesar suara surau nih digantung betul-betul kat luar tingkap unit yang diduduki oleh keluarga non-Muslim. Memang kuat sangat pembesar suara nih. I yang duduk kat blok sebelah pon merasakan yang ianya terlalu kuat.

    Mana kan mungkin penghuni unit tuh tak komplen? Kecoh jugak lah. Last-last persetujuan dicapai untuk memperlahankan sedikit volume pembesar suara tuh. Baru lah aman. Senang jer... berbincang dan bertolak-ansur sikit.

    Kalau sikit-sikit nak melenting menuduh menghina lah itu lah ini lah... lama-kelamaan akan berulanglah Peristiwa 13 Mei.

    BalasPadam