BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINA

by - Jumaat, Januari 07, 2011

 

oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dari www.drmaza.com

 

Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

You May Also Like

23 comments

  1. bila lidah lebih laju drp akal...macam itulah jadinya.

    BalasPadam
  2. Memang satu cadangan yang hina. Kalau sultan tu kejam mesti kita kena lawan takkan diam je macam lembu kenyang lepas makan rumput

    BalasPadam
  3. apabila manusia terlalu diagungkan...

    BalasPadam
  4. apa yang dungkapkan oleh Ben memang ada betulnya....ini juga boleh diklassifikasikan penyalahgunaan kuasa yang berlebihan sehinggakan seakan sewenang2nya menggunakan kuasa yang ada. Pada saya, Sultan adalah ketua dan tidak semestinya para penghinanya WAJIB dikenakan hukuman mati,lagi teruk mati mandatori. Ianya seolah2 melebih-lebihkan hukuman itu. perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara yang baik seperti dipenjarakan, ditahan bawah ISA dan sebagainya.

    Jika hukumam mati ini dilaksanakan, bagaimana dengan hukuman yang lain? Berzina? Minum arak oleh orang Islam, Liwat dan lain2....ia hanya akan menambahkan rasa tidakpuashati dari pelbagai pihak jika hukuman ini dilaksanakan...

    Kepada mereka yang bersetuju dengan hukuman ini....lihatlah kembali dan berfikirlah secara waras dan teratur....Guna lah minda dan hati dan AGAMA ISLAM.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  5. Astagaa.. ade jugak orang macam ni.. kipas sultan kottt.. :)

    cetek ilmu agama

    BalasPadam
  6. Pengampu fanatik...yang melampaui batas..betul En Ben..sangatlah betulnya. Mencari publisiti murahan dengan statement yang begitu sedangkan saya pasti pengampu itu juga sedar apa yang diluahkan tu dah over... Mungkin dia mengharapkan habuan kot atas tindakan 'mengipas' nie...

    BalasPadam
  7. pernah turut same mengulas. hee

    http://nazirulhazwanws.blogspot.com/2011/01/bunuh-pengkritik-raja-melayu-cadangan.html

    BalasPadam
  8. hujah bernas dari bro ben...syabas...

    BalasPadam
  9. apa yang abg Ben ulaskan memang betul.. terlampaunya shingga nak hukum bunuh... betul kata abg ben.. sultan tu bukan maksum macam nabi shinggakan tidak boleh di kritik. Aduhhh terlampau singkat betul pemikiran yang mncadangkan hukuman bunuh itu.. Mustahil lah seseorang itu tiada hak tuk mengkritik.. padahal negara ini demokrasi.. hak bersuara tu ada.. Betul-betul mencari publisiti murahan.. lgsung xda fikir dengan otak..
    Hukuman kritik sultan ini pulak di lebih2kan.. padahal hukum yg berzina, minum arak dan yang sewaktu dengannya itu tak pulak mereka support hukum bunuh... Huhuhuhu.. sekiranya negara kita guna Hukum Hudud haaa.. baru la pengampu tu tau bagaimana kesalahan seseorang itu setimpal mendapat hukum yang patut diterimanyaa...

    BalasPadam
  10. setuju bebenor tu ben...ada lagi yang lebih agung dari agong....

    BalasPadam
  11. betu tu en. ben.. saya tak sanggup tengok pengurangan umat islam di dunia... Sedangkan Nabi pun mudah mengampunkan umatnya.. Inikan pula Sultan, yang juga hamba Allah seperti kita di muka bumi yang membezakan diorang ngan kita adalah pangkat dan darjat sahaja...

    BalasPadam
  12. aiseyman .. ni bukan hasil tulisan aku daa.. ni tulisan DR MAZA.. kan ada tulis kat atas tu ... adeh..

    BalasPadam
  13. emmmm pendek akal apa ke org tersebut

    BalasPadam
  14. hmm, mgkn org tu lpe yg sultan tu pn manusia biase..

    BalasPadam
  15. OWH TAK PERRSAN YANG HASIL TULISAN DR. MAZA

    BalasPadam
  16. skarang ni sng2 je nk bunuh sesama manusia kn? ish2 -_-

    BalasPadam
  17. minta izin share di blog saya ye en.ben..

    http://cherubyan.blogspot.com/

    BalasPadam
  18. Tak sepatutnya berlaku :l

    BalasPadam
  19. cdgn tersebut bg sesetengah owg mayb agak keterlaluan..tapi sepengetahuan saya la..hukuman bg penentang pemerintah atau memberontak mmg hukuman mati kan..selagi mana pemerintah tidak melanggar syariat

    BalasPadam
  20. cdgn tersebut bg sesetengah owg mayb agak keterlaluan..tapi sepengetahuan saya la..hukuman bg penentang pemerintah atau memberontak mmg hukuman mati kan..selagi mana pemerintah tidak melanggar syariat

    BalasPadam