GAPS, PERKASA buat laporan polis mengenai ADUN hina Sultan

by - Isnin, Januari 03, 2011

 

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin, berkata Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lalu didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru.

"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 6 sini, hari ini.

Hamizun berkata, GAPS akan mencadangkan pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap Shuhaimi kerana perbuatan mengugut Sultan Selangor.

Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain berkata jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana. - BERNAMA

-BHARIAN-

You May Also Like

8 comments

  1. sesuka hati dia je an ckp cm2 kat sultan... APe la adun nih.. ingt kuasa dia besar daripada sultan kot...

    BalasPadam
  2. wahhh... berani gile dia nak cakap sultan macam tu.. gilee arr

    BalasPadam
  3. wahhh... berani gile dia nak cakap sultan macam tu.. gilee arr

    BalasPadam
  4. blog ni kadang2 diorang slah gunakannya..pakai sembur je..

    BalasPadam
  5. ishk2.... vari nahas tuh..

    BalasPadam
  6. nothing 2 say.....
    dulu aduka hangat diperkatakan...
    sekarang ni... ish2.. macam2 hal lah...

    BalasPadam