" Kami diludah " .. Kesian mereka ..

by - Ahad, Januari 02, 2011

 

KUALA LUMPUR: "Kami diludah, dimaki hamun, digelar anjing, dipukul dan dibaling objek keras dan dilayan buruk tetapi itu sebenarnya yang membakar semangat pemain negara untuk menang dan mencipta sejarah negara," kata Datuk Subahan Kamal.

Ketika mendedahkan tekanan dan formula kejayaan negara merangkul Piala Suzuki AFF buat julung kalinya, Subahan berkata, semua tindakan provokasi itu sebenarnya ‘terkena ke muka sendiri’ pasukan lawan.

“Banyak sejarah berlaku. Kita bawa pulang piala selepas 14 tahun, kita catat sejarah naik kereta perisai Baracuda ke stadium, umpama ke medan perang. Belum pernah dalam sejarah bola sepak dunia pasukan bola sepak naik kereta perisai.

“Bayangkan betapa panasnya berada di dalam Baracuda selama setengah jam sebab kenderaan perang tidak ada penghawa dingin. Itu semua dugaan yang menguatkan lagi semangat pemain untuk buktikan bahawa kita boleh menjadi juara walaupun menghadapi pelbagai tekanan,” katanya.

Tidak cukup dengan layanan teruk, Ketua Jurulatih, K Rajagobal sendiri diludah peminat Indonesia ketika keluar dari hotel penginapan bahkan, Subahan turut dipukul di kepalanya manakala pegawai perubatan dibaling objek keras ketika sesi latihan.

Rajagobal sendiri mengakui terkejut apabila dimaklumkan pasukan negara akan menaiki Baracuda kerana cuma dimaklumkan beberapa minit sebelum berlepas ke stadium.

“Saya langsung tidak menyangka sehingga ke tahap itu dan cuma dimaklumkan apabila turun ke lobi hotel dan berkumpul di sana. Kita anggap Baracuda itu macam burung Garuda. Saya sendiri tak pernah naik kereta perisai, ini pengalaman baru.

“Mungkin masa kecil dulu ibu saya pernah belikan kereta perisai mainan, tetapi sekarang sudah ada peluang dan pengalaman sendiri bagaimana rasanya duduk di dalam Baracuda,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tekanan ke atas pasukan negara, Subahan berkata, semua masalah itu bermula sebaik saja pasukan negara tiba di Jakarta apabila bas pasukan langsung tidak diiringi polis pengiring sepanjang perjalanan ke hotel.

Situasi itu jauh berbeza ketika pasukan Garuda itu tiba di Malaysia di mana mereka diiringi polis dan menginap di hotel lima bintang di Seri Kembangan pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil.

“Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan. Mereka bawa ke tempat lain dan ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan tempat itu jauhnya dua jam perjalanan.

“Saya terus batalkan latihan di sana dan arah bas berpatah balik ke hotel dan kami buat latihan ringan di tepi kolam renang.

“Itupun masih berisiko kerana kawalan keselamatan sangat teruk. Mereka biarkan penyokong Indonesia bebas keluar masuk hotel dan menghampiri tempat latihan,” katanya.

Apa yang paling menyentuh hatinya ialah kesungguhan, keikhlasan pemain untuk menaikkan nama negara melalui beberapa sesi dialog yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain meluahkan perasaan dan tekanan.

Setiap kali sesi dialog, pemain akan diberikan motivasi berterusan supaya melupakan segala ancaman dan provokasi yang bertujuan melemahkan semangat pemain.

“Ada pemain yang menangis kerana kecewa kita kalah 1-5 dalam perlawanan pertama menentang Indonesia. Rasa kecewa itulah yang membakar semangat mereka, apatah lagi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah juga hadir dalam sesi dialog bersama pemain.

“Sebenarnya kami yakin bergelar juara apabila menang ke atas juara bertahan Vietnam kerana itulah pencabar paling kuat. Indonesia tidak sekuat Vietnam, sebab itu kita yakin boleh menang. Cuma perlu ikut percaturan dan kuatkan mental pemain,” katanya.

Secara peribadi, Subahan menganggap kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu yang jatuh pada tarikh hari lahirnya sebagai hadiah paling berharga dan kenangan paling manis.

Katanya, ikatan persaudaraan berlandaskan semangat kekeluargaan Malaysia Boleh adalah antara faktor penentu kejayaan pasukan.

“Pemain datang dari pelbagai latar belakang berbeza, tetapi boleh hidup bersama. Itulah konsep 1Malaysia, mereka mencontohi bagaimana barisan jurulatih dibentuk dan bekerjasama berteraskan konsep satu keluarga.

“Gabungan Rajagobal, Tan Cheng Hoe (penolong jurulatih) dan Mohd Faozi Mukhlas (jurulatih penjaga gol) itu melambangkan 1Malaysia. Ditambah pula sokongan padu Tengku Abdullah (Timbalan Presiden FAM) yang kerap datang ke tempat latihan dan hadir semua perlawanan hingga pada peringkat akhir,” katanya.

-BHARIAN-

You May Also Like

32 comments

  1. bro...gua pun terkejut..tgk team malaysia naik kete perisai

    BalasPadam
  2. selalu nya semua kemenangan hasil dari keperitan dan penuh kepahitan itulah yg lebih manis ..ia akan dikenang sehingga hujung nyawa..
    kalau laluan hidup ini penuh dgn kesenangan mana pergi nikmatnya nanti... itulah namanya kesyukuran dgn nikmat ALLAH SWT DIDUNIA YG AMAN INI.. terutama dimalaysia... marilah kita kekalkan keamanan dari segi perilaku dan sbagainya demi maruah dan harga diri.. jgn dituruti perilaku org lain kita punya harga diri dan hidup penuh dgn adap dan sopan.. sbb itu negra kita aman tiada sebarang bencana.. krn rakyatnya ikhlas dlm semua hal... ALLAH beri ganjaran yg baik.. tapi sebaliknya apa yg mereka alami..mari kita kaji... maaf en ben kak ilah byk membebel.. sbb akak simpati dgn pasukan kita..t.kasih..

    BalasPadam
  3. En. Ben..selamat pagi...
    Kesian pasukan bola kita menerima layanan begitu..

    BalasPadam
  4. over fanatik cmtu la. but rmmber, hnya segelintir yg camtu. ramai gak yg baik2 kat sana.

    BalasPadam
  5. ntah bila la aku nak rasa naik kereta perisai tu aah.. teringin pula..

    BalasPadam
  6. sampaicamtu skali kena.... teruknya. papepon syabas pasukan malaysia

    BalasPadam
  7. sampai macam tu sekalii...

    terukk aa indon neh !!

    BalasPadam
  8. ni la akan terjadi bila orang tak dapat terima kekalahan.

    ape susah.. anggap je la ni semua adat game. ada menang ade kalah. hmm..

    patut la dorang tak maju. bila otak terkongkong pada amarah sendiri.

    (woaaa.. macam professor arr)

    BalasPadam
  9. ada hikmah di sebalik semua itu..biar kita hadapi kesusahan dulu,sebelum mencipta kemenangan..

    BalasPadam
  10. masih terngiang di fikiran saat kemenangan malaysia

    BalasPadam
  11. sanggup naik kete perisai n kena hina sebab nak harumkan nama malaysia. semangat dorang mmg patut dicontohi.

    BalasPadam
  12. tu lah, betapa dasyat dan teruknya layanan rakyat Indon kat kita kan? Ntah apelah yang dorang benci sangat tu....

    BalasPadam
  13. truk btul la indonesia ni.. layan truk2 kt team kita.. apa2pun, tahniah la malaysia menang!

    BalasPadam
  14. semua yang mereka alamai berbaloi dengan kejuaraan yang kita perolehi... :)

    BalasPadam
  15. rase semangat lak bace entri ni..
    Malaysia boleh !

    BalasPadam
  16. salam (^__^)
    smpai mcm tu skali...tp takpe..bnda2 mcm ni la yg slalunya leh naikkan semangat seseorang..ada hikmah disebalik apa yg berlaku...


    p/s: ello abg ben...ni 1st time jenguk..sy bdk baru belajar..rajin2 singgah la kat blog sy yg tak seberapa tu erk...hihihi

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah...pasukan kita kuat semangat hadapi semua benda buruk tu.Hanya Allah yang mampu balas perbuatan buruk rakyat Indonesia.

    BalasPadam
  18. Kesiannya....sungguh mahal harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemenangan..
    Apa-apa pun im soo damn proud of them..

    BalasPadam
  19. Kesiannya....sungguh mahal harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemenangan..
    Apa-apa pun im soo damn proud of them..

    BalasPadam
  20. salam, begitu sekali teruk layanan pihak berkuasa dan rakyat Indon, tetapi mrk di sini sebaliknya...negara2 bukan Islam spt Vietnam pun tak de mcm tu. Tp mmg dah budaya org kita ni mudah mesra dan senang menerima orang luar.

    BalasPadam
  21. Biar diorang layan kita tak elok asal kita layan diorang elok. Supaya diorang akan termalu sendiri.

    BalasPadam
  22. kita selalu menjaga orang luar bagaikan raja tanpa mengambil peduli pandangan & layanan mereka bila kita di tempat mereka.
    apa pun tahniah buat skuad Malaysia.
    satu cabaran & tekanan utk mereka mengekalkan kedudukan ini pd masa akan datang.

    BalasPadam
  23. ape pun halangan semangat tetap membara....hidup harimau M****** ape yekkk malaya x boleh...

    BalasPadam
  24. indonesia patut malu sbb blom pnah dlm sejarah pasukan yg nak bertanding acara sukan dtg stadium dlm kete kebal mcm nak berperang. shame on 'em!

    BalasPadam
  25. syabas dan memang tabik untuk pasukan bola sepak malaysia...
    memang sakit hati lihat sikap indonesia ....geramm sangat...

    BalasPadam
  26. hmm...bkn stakat pemain yg nangis, peminat pon nangis jgk. but we still redeem ourselves! x sia2 diorang naik baracuda tu..

    BalasPadam
  27. Keperitan yang mereka alami diberi ganjaran kemenangan oleh Allah.. Orang yang teraniaya ni doanya termakbul.. tu sebagai bukti.. Malaysia menang sebab berjuta rakyat Malaysia doakan kemenangan pasukan kita

    BalasPadam
  28. sebak plak. mcm bace cite sedih plak.
    no gain, no pain!

    BalasPadam
  29. ah,diaorg tu hati busuk...dah kalah tu time je la..nak kutuk mesia kalau kalah pemain dan penyokong mesia bunuh diri lak! itu korg la indonesial! bkn mesia! faham! paling sakit hati bila diaorg kata org melayu x maju utk saingi cina dan india dlm ekonomi mesia! apa hak diaorg tu nak kutuk2 negara2 aku! dah kena bala negara diaorg masih x sedar2 lagi ke!

    BalasPadam