Lupakah kita ini hanya manusia ?

by - Isnin, Januari 17, 2011

 

Robot yang ada butang 'on off' dan dikawal oleh remote .. Bergerak bila di'suruh' dan begitu jua bila berhenti.. Segalanya ditangan pemegang remote tersebut.. Tapi robot tu akan berhenti dengan sendirinya bila baterinya atau kuasanya dah abis ..Tukar bateri , hiduplah semula .. Kesilapan ? Takkan robot tu mampu buat kerana segalanya diprogramkan oleh manusia tu sendiri ..

Kita manusia .. cukup sifat.. lengkap .. sempurna ? Akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t adalah pelengkap manusia .. Malangnya berapa ramai yang gunakan 100% akal kita ? Akhirnya seringkali kita salahkan Pencipta kembali ..

Kita ini manusia .. Ada yang senantiasa merendah diri dan ada yang senantiasa rasakan dirinya tu cukup sempurna .. Hurm... kesilapan sering berlaku.. Tapi lihatlah .. jari yang menunding ..jarang sekali kita nampak akan menuding dirinya .. Untuk mengelakkan kesilapan itu diletakkan di atas bahunya maka sanggup kita bergaduh , berselisih faham semata mata menegakkan kebenaran ..

Kita terlupa... kita cuma hidup seketika.. entah 1 saat akan datang , kita boleh diambil kembali kepadaNya.. Bayangkan saat itu , kita baru menuding jari kepada seseorang dan ditakdirkan dia itu sakit lalu meninggal dunia.. Bagaimanakah dosa kita dengannya ?

Hurm... seronok kan ? Kadang kadang ego menguasai diri.. Menunggu dan menanti siapakah yang menang dan siapakah yang mengaku bersalah .. Tapi sedarkah kita , masa yang ada itu telah dibazirkan begitu saja ...Siapakah yang rugi sebenarnya ??  kita atau mereka ?

Alhamdulillah .. syukur kepada Allah... kita diberi tempoh untuk membetulkan kesilapan semalam dan menambahkan lagi amalan kita untuk dibawa ke akhirat kelak ..

You May Also Like

18 comments

  1. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

    BalasPadam
  2. yeah,
    manusia ini mmg secara naturalnya begitulah.
    bila salah/silap, cari punca dan salahkan punca.
    tapi tak cuba nak selesaikan.

    BalasPadam
  3. Insaf... terima kasih atas peringatan En. Ben..

    BalasPadam
  4. naseb bek sy bukan robot. kalu tak sy dikawal oleh org lain.

    BalasPadam
  5. BA
    Kadang kadang manusia lupa.. ingat mengingatkan antara 1 sama lain adalah jalan terbaik....
    Jemput keALL IN ONE
    Ya.. syukur masih diberi peluang..

    BalasPadam
  6. Betol tu. Byk masa telah dibazirkan. Huhu

    BalasPadam
  7. jadilah diri sendiri dan muhasabah diri

    BalasPadam
  8. naseb baik sy tak pakai bateri! kalau x!jenuh nak p kedai cari bteri!

    BalasPadam
  9. as salam.
    nohfee..bukan takat 'banyak' dah memang tak terhitung.'banyak' mana tu,hanya Allah yang tahu..bayangkan setiap detik saat tu.kitu duduk termenung..tanpa buat apa2.haa..tu baru termenung.bayangkan pula setiap saat tu pula..menzalimi orang lain.lagi berat...

    BalasPadam
  10. sama sama la saling memperingati sesama kita... kadang2 kita terlupa.... siapa kita di bumi Allah

    BalasPadam
  11. sahabat saitan tu...jaga2 tau.

    BalasPadam
  12. manusia lupa kerna dia lupa ttg asal usulnya. kmbali kpd asal usul kita, xperlu nk menongkat ke langit je, kjadian kita sma dr tanah. akhirnya kubur destinasi kita.

    setinggi mna ego mnusia , bila ditimpa musibah reti nk tunduk ke bumi, dan mncari orang sekeliling !

    BalasPadam
  13. bagus untuk muhasabah diri sendiri & orang lain juga...

    BalasPadam
  14. masih ada waktu untuk berubah kepada baik..jln lepaskna peluang

    BalasPadam
  15. tidak di namakan manusia jika sempurna.. tuding sana sini tapi diri sendiri byk khilaf.. ~ tapi tak nampak .. yang nampak di depan mata padahal hati dan jiwa perlu di bersih kan dulu... tak salah untuk menuding tapi bersihkan jiwa tu dan perbaiki diri .. :) hanya insan yg byk kekurangan

    BalasPadam