Okeh , aku ternganga kali ni !

by - Ahad, Januari 09, 2011

 

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.
Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.
Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.
“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.
“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.

-HMETRO-

BA: Baru nak baca ... hehe

You May Also Like

33 comments

  1. Aaaaaaaa........ macam tu kaa....

    BalasPadam
  2. kagum bila baca.. patut la Mr Ben ternganga..

    BalasPadam
  3. ben..bab jamu tu..jgn tak tahu..lepas nie tokey..kunyit basah..telur kampung..kayo beb

    BalasPadam
  4. gulp.mak cik ade 29 anak?gulp.

    klo org skrg mau da kne uterine prolapse.hebat..hebat..

    BalasPadam
  5. ooo cite nih..ade baca..hahaha....

    mmg terbaek ler makcik tu ben!

    tabik spring kat makcik tuh..hehe

    BalasPadam
  6. http://sweetdyba.blogspot.com/2011/01/doakan-abah-dyba-cepat-sembuh-ea.html

    doakan abah dyba ea kwn2....

    BalasPadam
  7. turut ternganga akibat terlalu kagum..

    BalasPadam
  8. wah en ben hehehe... spechelss ase...;)

    BalasPadam
  9. artikel ni yg hubby saya panggil saya suh baca tadi...hahhahahaa

    boleh ambil iktibar dan pengalaman utk dijadikan panduan kerukunan rumahtangga...

    hepi2 blogging deh...

    BalasPadam
  10. nak nganga jugak.. hehe..
    jom tengok update pasal AJL jom

    BalasPadam
  11. nak nganga jugak.. hehe..
    jom tengok update pasal AJL jom

    BalasPadam
  12. baru ja lps baca
    bahagianya depa !

    bila nak rasa macam tu..
    hehe

    BalasPadam
  13. ok, no komen, nanti org kata saya tak patut plak... hahaha

    BalasPadam
  14. saya ikut nganga....

    BalasPadam
  15. hahaha... rezeki makcik ni. pandai makcik jaga body =)

    BalasPadam
  16. sapa pun ternganga.. orang Sandakan tu.. dari kampung saya nak p sana pun hampir 10 jam.. huhuhu... solute la makcik ni.. nti suh bakal isteri makan jamu n bersenam.. ajak isteri p gym.. hehehehe

    BalasPadam
  17. masyallah rezeki atau nikmat yg tuhan berikan pada hambanya
    tidak ternilai,..mmg ternganga..

    BalasPadam
  18. ermm kagum ngan makcikni.bkn kan 23 anak..3 pun dah pening..huhu.

    BalasPadam
  19. ternganga + terbeliak + terkejut = ntah apa2 ja.....

    BalasPadam
  20. *gasp* bnyk nyer anak...dah tue da pun..pandai makcik tu jaga badan n kesihatan...

    BalasPadam
  21. wahhhhhhh..
    org sandakan mmg hebat..hehehe

    bangga jap..

    BalasPadam
  22. huh?! :O..tabik springla kat makcik ni..hebat jaga body dan kesihatan :D

    BalasPadam
  23. salam, memang hebat mak cik tu, tak de lagi yg berani mcm dia nak buat pengakuan akan kemantapannya itu..

    BalasPadam