Pengalaman mematangkan fikiran ..

by - Khamis, Januari 20, 2011

Kita ini manusia .. dari bayi hinggalah ke dewasa .. pendidikan , pengajaran  serta asuhan samada dari seorang ibu , ayah , guru , rakan rakan malah orang  yang lebih dewasa pastinya diperlukan oleh kita untuk menjadi menjadi manusia yang lebih matang fikirannya ..

Sebagai seorang blogger , aku mulakan dari bawah .. pelbagai jenis orang aku dah kenal dalam dunia blog ini .. Pelbagai jenis kecaman dan kritikan dah aku baca ... Segalanya membuatkan aku menjadi 'dewasa' namun itu belum bererti aku sudah boleh dikategorikan 'besar' atau 'senior' apatah lagi 'otai' .

Blog aku ni , seperti mana korang tau bukanlah blog tutorial .. Blog peribadi aku yang aku cerita segala perjalananan hidup aku .. dan juga blog segmen , kata sesetengah blogger .. Kira cari makan dengan buat segmen laa.. kan ? Apa nak buat , kalau itu dah tanggapan mereka , mereka terima je la .. tapi bagi aku , aku cuba ikut contoh mereka dengan 'berkongsi dengan orang lain' ..

Aku pernah terlibat dengan pelbagai isu .. Ada mana mana blogger 'besar' atau 'senior' datang menegur aku ? Takde ... malah apa yang aku dapat ialah , entri entri yang menyindir , memaki hamun atau cuba menjatuhkan semangat aku ..  Apakah aku menyalahkan blogger dewasa atau senior itu ? Sudah pastinya tak boleh kan ? Mereka dah pastinya dengan urusan mereka sendiri .. dan takkan la diorg ada masa nak singgah baca di blog aku tu ..

Apa yang berlaku pada blogger blogger baru sekarang ini , aku dah lalui dulu .. Takkan berulangkali aku nak ceritakan dalam blog ? Contoh, semalam aku dah cerita mengenai nuffnang .. minggu depan ada blogger tanya lagi pasal nuffnang yang mana aku dah ceritakan pada minggu lepas .. Hurm... bulan depan nanti.. ada lagi yang tanya.. camana tu ? Tkkan berulang kali aku nak ceritakan perkara yang sama ? bukan tak boleh , boleh tu boleh.. tapi silent reader aku pasti boring dan kata aku dah takde idea .. camana tu ? Kiri kanan nak kena jaga .. teruk la gini kan ? Aku pon manusia biasa .. bukannya ada syarikat besar cam FACEBOOK tu kan ?

Aa yang perlu kita , sebagai blogger baru buat ialah ... nikmati segala pengalaman yang terhidang itu .. Satu hari nanti , kita pasti mengelengkan kepala dan juga tersenyum bila mengenangkan kembali saat saat bergelar blogger .. Pahit , manis ... segalanya adalah kenangan .. 

Sesungguhnya pengalaman adalah guru terbaik .. Harunginya dengan bijaksana .. Selesaikan dengan kematangan fikiran .. Pastinya kita dapat satu keputusan yang cukup mengagumkan ..

You May Also Like

27 comments

  1. Betul..betul..betul..Jadi BLOGGER ni, mcm2x ragam sy tgk even sy masih new dlm dunia BLOGGER ni..

    BalasPadam
  2. dulik je apa org nak cakap.. teruskan berblog.. chaiyok2..!

    BalasPadam
  3. betol tu abg ben. kita tak boleh nk puaskan hati semua pihak. blog adalah tmpt kita berkongsi apa yg kita rasa dan lalui. bukan on request atau on demand. org perlu hormati dan pandai bezakan mana 1 blog tutorial dan mana 1 blog life sharing.

    BalasPadam
  4. betul tu abg ben.Dalam blogger ni,tak kiralah umur berapa pun,apa yang penting,pengalaman dalam blogger tu yang mematangkan diri blogger tu.tgk mcm redmummy tu,steady je...

    BalasPadam
  5. terima kasih abg.Ben nasihat di atas..

    btul tue.. pengalaman mematangkan fikiran seseorang itu.. sedikit sebanyak baru gua kenal 'ragam2' manusia sekarang..

    BalasPadam
  6. betul juga tu..bila tanya soklan tak di jwp kata sombunk...tp dia owh tak tau letih jwp soalan yg sama...;d

    BalasPadam
  7. Motivasi yang terbaik utk pagi ni... Terima kasih En Ben

    BalasPadam
  8. datang jenguk sini lagi...

    pengalaman tu penting kan sebelum boleh menikmati apa yang kita impikan..

    BalasPadam
  9. pengalaman juger membuatkan kita jadi nyampah...ngeeeeee....

    BalasPadam
  10. abg ben, saya baca dengan teliti. hehe. satu persatu saya baca. ade typo di situ
    Aa-apa

    tetiti kan kan kan hehe

    BalasPadam
  11. HEHEHEH.. SAYE NI BLOGGER YANG TAK MATANG LAGIII.. BARU LAGI KANNNNN

    BalasPadam
  12. Setuju la BA...
    Pengalaman adalah guru terbaik.. .. betoi kata Kasim Selamat tu..

    BalasPadam
  13. En. Ben..


    meh la join GA kita yg tak seberapa

    http://farrafaris.blogspot.com/

    just 4 fun...

    BalasPadam
  14. wuhuu stuju dgn en ben, go en ben go.. eh eh, apekah tiba2 jadik pom2 girls...mmg silent reader pun kalau sempat baru komen, tak boring pun dgn celoteh en ben...

    BalasPadam
  15. hurmmm sedih je bace...
    tak kira dunia blog or dunia realiti pengalaman yg mendewasakan kita.. macam putus cinta jugak lah kan... bila dah lalui nya n putus di tengah jalan .. pengalaman yg lepas tu ajar kita supaya xlakukan kesilapan sama.. blog kita ikut hati kita nak tulis ape..susah nak kehendak hati org.. uhuuu ~ yang penting segenap hidup kita ni kita enjoy..tapi jgn pulak kita lupakan DIA.. yang tahu apa yang tersurat n tersirat ..setuju hehehehe

    BalasPadam
  16. yup..betul 2 abg ben..dulu nazterjah buat blog nazterjah, ramai gak mengkritik pedas2 tapi nazterjah buat xtau je. biasalah, manusia kan...

    BalasPadam
  17. Pengalaman hidup akan menjadi pengajaran yang sangat bermakna. Semakin banyak pengalaman yang berjaya kita lalui, semakin matang kita dapat membuat keputusan.

    Apapun, sokong pandangan bro...jika ada yang mengkritik, jangan jatuh dengan kritikan itu. Jika kritikan itu betul, kita jadikan ia sebagai panduan untuk menjadi lebih baik, atau jika kritikan itu buruk, jangan endahkannya....

    BalasPadam
  18. thanks atas nasihat yg berguna..

    BalasPadam
  19. fuhh pengalaman yg begitu dasyat hehe...kt x dapat nak memuaskan semua ati org n yg dpt kita lakukan adalah cuba sedaya upaya kita

    BalasPadam
  20. pesanan membina dari bro ben... jasamu dikenang....

    BalasPadam
  21. pengalaman untuk naik amat sakit..tp mungkin jadi indah bila kita berjaya suatu hari nnt kan BA..

    BalasPadam
  22. kritikan dan maki hamun itu lah sebenarnya membuatkan kita kuat...:)

    BalasPadam
  23. betul2... pengalaman memantangkan kita...^^

    BalasPadam