Bukan tiru tapi contohi ..

by - Jumaat, Februari 11, 2011

 

Aku tahu tahap geram yang dialami bro Eq dalam entri aku tadi tu .. Selepas turun dari ERL , aku terus call dia .. mesti dia nak luah sesuatu tu.. Geram terpendam boleh memusnahkan.. Kena  luahkan baru rasa lega.. kalau tidak , si pendengki tu berjaya merosakkan emosi kita ..  maksud aku tu , kita yang diserang itu .. haa..

Bro EQ , cerita kat aku segalanya .. Walaupun tak la selengkap mana tapi aku dah boleh memahami.. Hurm.. Pelik... Yang menyerangnya adalah orang yang dikenali dalam FACEBOOK dan juga blog .. Er , tak pelik sebenarnya sbb kita tak kenal pon orang yang add kita selama ni kecuali teman rapat atau adik beradik .. Malah adik beradik atau teman sekali pon boleh jadi musuh jika syaitan dah berjaya membisik segala hasutan di hatinya ... Hurm..

Bagaimana nak 'uruskan' hal begini ? Dia tanya aku boleh percayakan dengan orang orang dalam dunia maya ni .. Jawapan aku mudah ... Aku tak percayakan sesiapa pun.. Hari ini mereka adalah kawan.. Siapa tau esok lusa dia boleh jadi lawan kita ? Bayangkan jika mereka tau segala tentang peribadi kita ? Mereka adalah kawan terbaik tp jika menjadi lawan , merekalah lawan yang paling ketat !

Percaya boleh..tapi berpada pada .. Terus terang , dalam blog aku ni pon.. Maaf aku katakan , ramai yang komen.. Terima kasih... Tapi aku menilai setiap komen yang masuk tu.. Yang mana benar benar komen.. yang mana sekadar menjaga hati.. yang mana membodek .. yang mana punya 'niat tersembunyi' dan sebagainya .. Sebab tu aku amat jarang membalas komen.. Nak komen , silakan .. aku tak larang.. nak tinggalkan backlink pon , silakan .. aku tak kisah ..

Mmg terjadi pada aku... yang dulunya kawan rapat dalam blog sekarang inilah mereka pengkritik utama aku.. tapi aku tak layan.. Nak kritik ke apa , lantak .. jangan jangan usik aku.. Jangan main kasar .. tu jer aku mintak .. Sbb bagi aku , jika mereka kritik dalam blog mereka , nampak sangat mereka selalu masuk blog aku ni.. WOW .. i like.. mereka suka baca blog aku rupanya sedangkan aku tak masuk pon blog mereka.. Camana aku tau ? Aku pon ada 'mata-mata' ..

Hurm... sepatutnya kita contohi blogger blogger yang berjaya cam bro EQ tu.. aku kenal dia dari mula dia tensen amik master dan skang dah amik phd .. macam macam dah dia alami.. Sama gak aku .. Jadi apa yang dia dapat semalam adalah hak dia .. Tak perlu nak pertikaikan .. Baca kalau sudi , tak suka jgn tengok .. Mudah kan ? Kenapa nak berhasad dengki ? Kalau irihati dengan kejayaan dia , usaha la sendiri... majukan blog tu.. buktikan la kalau termampu ... bukan susah kan ?

You May Also Like

20 comments

  1. ahahhah..part komen tu bagi FF kalau FF nak komen FF komen..kalau x sekadar baca jer..x der makna nak sedapkan hati ker apa..komen biar ikhlas..kan kan kan...hehe

    BalasPadam
  2. bukan tiru tapi contohi... hmm.. sound better.. ;)

    BalasPadam
  3. You are right..and this situasi same goes to me..buat baik berpada-pada. Jaga hati kekawan pun berpada-pada. Kalau kawan main tektik kotor ngan kita takkan nak diam kot? Setiap dari kita punya cara tersendiri utk menghadapi pelbagai karenah manusia yang bernama KAWAN..

    BalasPadam
  4. muehee kite ttp kawan kan bro..mmg kagum ngan bro eq..mude2 lagi dah wat phd..hadoi..

    BalasPadam
  5. muehee kite ttp kawan kan bro..mmg kagum ngan bro eq..mude2 lagi dah wat phd..hadoi..

    BalasPadam
  6. ohh, tu lumrah.. musuh dalam selimut mn2 je ade
    encik ben ckp leh tingaal backlink, so i nk tinggal lah.. hehehe

    Jom tempah ceklat

    BalasPadam
  7. huhu..takotnye..dah berjaya pun kene hati-hati..mesti ada yang tak suka kat kita...

    BalasPadam
  8. kena hati hati bila pilih kawan sebab ada kawan yang jenis suka tikam kita dari belakang.

    BalasPadam
  9. " Baca kalau sudi , tak suka jgn tengok " aku suka ayat neh.... kita wat blog neh just nak enjoy n dapat kawan ramai..so sapa yg nak sudi nak tgk tgk jela.. yg xsuka nak tgk lantak la....

    BalasPadam
  10. Ben.. aku ingin luahkan ketidak puashatian aku kepada mu..

    1- awat Heliza call mu semata nak kirim salam kat ko

    2- awat ko xde no tepon aku, sedangkan Heliza ada no ko

    3- sikit2 heliza sikit2 heliza.. seperti mu mendoakan aku dengan dia... eh amin,

    thank Ben

    anyway.. aku suka kawan dengan ko..

    no hearth feeling... meh layan satu pantun dari aku

    2-3 kucing berlari
    mana nk sama Heliza sorang
    2-3 kouta boleh di isi
    bagi perluang kat teman sorang

    p/s- pantun apakah ini

    BalasPadam
  11. Kesian Abg Eq.. gila glamour lah orang yang dengki tu

    BalasPadam
  12. itulah..lulu tak dengki pun En Ben / En Eqbal, msk paper...berbanggalah kita semua sbb nampaknya dunia blogger ni pun dunia yg serba serbi warna warni....boleh menempah kejayaan...
    ambik yg baik buang yang tak baik...apalah..itupun nak dengki...weh sesama org mesia..adeh

    BalasPadam
  13. Yezza, exactly. Hidup mesti sentiasa berwaspada. Ada jer orang nak jatuhkan orang lain. Sentiasalah beringat. Rambut sama hitam, hati Tuhan saja yg tahu. Kalau mengagumi kejayaan seseorang tu. Contohi dan tiru cara dia. Tak salah bagi saya kalau nak tiru. As long as you credit kan orang tu. Mentioned their name. Itulah tanda berterima kasih. Kalau tak nak tiru exactly the same, contohi dan improvise/edit2 apa yg patut. Ye tak? Rilex Bro Eq, jika anda di pihak yang benar, Tuhan akan bantu anda.

    BalasPadam
  14. sori ben, out of topic. aritu ko ader kasi satu link blogger cum photographer yg amik gambo cun giler tu leh kasi link dia tak? lupe nak bookmark la page dia dah tak tau ape nama blog dia tu.

    BalasPadam
  15. Bila dah terkena virus 'dengki, iri hati' di hati, sebab tulah seseorang tu sanggup buat kerja bodoh macam semua tu. Mereka ni lupa, rezeki adalah kerja AllahSWT.

    Kalau nak berjaya, kalau nak jadi blogger 'otai', USAHALAH. Em..tapi kan En. Ben, mana tahu tu tektik mereka nak cepat terkenal kot?!! Sebab orang konfem tertanya-tanya, siapalah si pendengki tu?

    BalasPadam
  16. salam...
    haha...2nd entry from Ben...thanks bro...
    tak kisah, budak blogger hingusan tu bukan lawan aku pun. aku dah maafkan.
    research PhD aku lagi penting drp layan kerenah manusia ni...
    aku buat PhD sebab nak menyumbang sesuatu pada Malaysia/Dunia...
    dia? dok berlegar2 tak tau hala tuju...

    BalasPadam
  17. Tak sangka kerana blog pun ade sikap dengki mendengki..hmm memang perangai dengki mendengki ni kite tak boleh nak hilangkan dari sesape pun tak kire kaum,agama,bangsa dan negara, Namun apa yang boleh dibuat hanya dengan berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada semua kejahatan yang diciptakanNya. Bacalah surah An-Nas banyak2..;)

    BalasPadam
  18. oppss!sorry menyampuk,tak kisah kan nk komen?mcm best!err...sy pun lebih kurang ngn FF yg kat atas tu.nk,komen..kalau tak,takde makne laa..heee!(nmpak zalim,tp tu yg sebenarnyee)+_+

    BalasPadam
  19. agree. kenapa perlu dengki ek.haiyaa. ape dah jadi ngn dunia ni. benda cmni pon perlu dengki.

    BalasPadam
  20. tak paham laa.. apesal beria nak dengki dengan blog org?? seryes tak paham.. arghhh! tak paham! org kita mmg suka dengki-dengki ea?

    BalasPadam