Kan aku kata dah ..

 

Hurm... isu Mesir dan pelajar serta rakyat kita .. Ada berita terkini menafikan bahawa ada pelajar wanita kita di Mesir dirogol , adalah berita palsu .. Begitu juga dengan khabar angin mengatakan pelajar kita ditembak tetapi hanya dengan peluru getah ..

Mana satu betul ni ? Berita mana yang betul ?  Sumber mana harus kita pandang dan teliti ? Sapa kita nak teliti sedangkan mereka yang berada di Mesir sendiri pon diarahkan berada dalam rumah masing masing .. Malah terputus hubungan telekomunikasi dengan dunia luar ..

Aku amat harapkan berita itu adalah palsu.. Kalau tidak amat mendukacitakan sama sekali kerana pelajar kita yang berada di sana pastinya beragama Islam dan mereka berada di negara Islam .. Dimanakah semangat persaudaraan ? Jika benar hanya krisis politik negara itu kenapa perlu dibabitkan dengan pelajar luar negara ?  Mereka bukan musuh .. mereka cuma datang untuk belajar ..

Hurm.. Bila aku diminta membuat entri berkaitan isu Mesir itu , aku sebenarnya was was .. Kesahihan berita yang kita tak tau dari mana sumber tu.. Ada yang main cakap mulut .. Menurut mereka kononnya dari rakan mereka .. Aku tak nak menafikan semua berita tu cuma sebagai seorang blogger , amatlah bahaya menyebarkan berita yang tak pasti akan kebenarannya .. Silap silap kita boleh dituduh menyebarkan berita palsu.. Tak ke kes naya ..

Ya.. mmg benar berlaku krisis di sana ... darurat .. Ada yang terbunuh .. Ada yang cedera .. Masalah bekalan makanan pulak akan akan terputus sekiranya isu ini berlarutan ..  Tu semua aku tau .. cuma cerita dari mulut ke mulut ni je yang bahaya ..

Namun aku sebagai salah seorang dari umat Muhammad s.a.w , sudah pastinya mendoakan agar keselamatan mereka ( rakyat malaysia khususnya ) berada dalam keadaan selamat ..

28 ulasan:

  1. kita kat sini doakan semoga mereka semua selamat..semoga pihak kerajaan amek langkah sewajarnya...

    BalasPadam
  2. I dengar citer dari opismate hari nih tentang sorang pelajar Malaysia kat Mesir yang tengah bercakap tipon ngan maknya di Malaysia tiba-tiba line putus. Khabarnya pelajar tuh cuma tinggal USD2 dalam tangan dan sehelai sepinggang dan tiada tempat untuk berlindung. Rumah mereka diselongkar. Mereka terpisah ngan rakan-rakan. Menakutkan!

    BalasPadam
  3. semoga mereka semua terselamat. amin,,,,,

    BalasPadam
  4. Let us pray for their safety... InsyaAllah

    BalasPadam
  5. betul la ben.. mulut ke mulut kemudian ditokok tambah manjadikan cerita semakin tak enak didengar... semoga mereka semua selamat di sana..
    ameen~

    BalasPadam
  6. Macam mana yer bang ejaan qefeu?..Macam tue ka?..hihihi..Arahan larangan keluar rumah la senang..Jika berlaku dalam keadaan begitu selalunya akan diarahkan qefeu ini diadakan yang man amembawa maksud hanya boleh kelauar rumah mngikut masa yang ditetapkan..Selalunya sebelum jam 6 ptg dah x ble kuar rumah..Pastue kan bang pada hemat saya setiap kali cerita panas macam nie akan ada berita yang mcm abg ben ckp..Sumber yg perbagai..Menakut2kan penduduk Malaysia..Sumber2 yang diberikan nie seperti menidakkan kredibiliti Wisma Putra yang ada disetiap negara..Spekulasi mcm nie la yang sepatutnya ditidakkan..Kesian la sikit pada ahli-ahli keluarga yang anak-anak @ adik berdik mereka yang ada kt sane..Cuba kalo kita berada dipihak mereka-mereka ini..Mau x rasa nak hempuk aajer org yang bg sumber mcm tue..Dalam keadaan mcm nie bukanlah masa yang sesuai untuk menakutkan..yang lebih baik adalah mendoakan..Ini komen saya tentang sumber2 tue bang..Hihihi..Sorry panjang kali ini ENcik Ben..

    BalasPadam
  7. tu lah..tak dapat bukti sahih,susah nak percaya..
    hasrat nak menolong sebar berita,tapi
    kalau sebarkan berita palsu,nanti kita jugak yang jadi mangsakan..

    BalasPadam
  8. salam, kena berpandukan laporan berita akhbar2 arus perdana sahaja...

    BalasPadam
  9. insyaALLAH... my cousin is there n she's going thru all these...

    BalasPadam
  10. Kalau bro perasan, sejarah menunjukkan bahawa segala mcm bencana yg menimpa kt luar negara kebanyakkannya tidak melibatkan rakyat Malaysia disana. Contohnya bencana letusan gunung merapi kt indon baru2 nie.. sume pelajar malaysia kt sana selamat. Kalo betullah rakyat malaysia kt mesir tue kena tembak dan rogol, sudah tentu menjadi headline kt media masssa?

    BalasPadam
  11. betul tu....
    kalau kes rogol tu, tak tahulah apa status kesahihan...

    tapi,kawan yang sedang belajar dekat cairo dan alex, mereka paling susah dihubungi buat masa sekarang...

    moga2 Allah melindungi mereka....

    BalasPadam
  12. betul juga tu..saya pun was-was nak kongsi berita yang dah merebak kat fb sekarang ni..

    BalasPadam
  13. Sekarang ni banyak berita yang tak betul. Bahaya jugak jadi blogger kalau tak siasat betul2 kesahihan berita kan?

    BalasPadam
  14. tepat sekali. tak boleh cepat menggelabah. nanti diri tergelabah.

    BalasPadam
  15. sanah pun trdengar n yg membimbangkn sanh adalah my frenz was there ermm..hopely mreka slamt amin...http://sanahgurlz@blogspot.com

    BalasPadam
  16. setuju..... cerita dari sumber lisan memang tidak valid utk dibincangkan.

    BalasPadam
  17. as salam..betul tu.
    kerana mulut, badan binasa.
    kerana nafsu, iman binasa.
    risau akan keselamatan mereka.
    mudah-mudahan, semuanya selamat..
    ameen..

    BalasPadam
  18. semoga ALLAH permudahkan segalanya...insyaALLAH.

    BalasPadam
  19. semoga Allah memudahkan urusan orang2 yg beriman..
    salam ukwah dari pak cik.. :)

    BalasPadam
  20. Tentang kena rogol tu memang ada tapi kat London bukan kat Mesir.Tu berita terkini yg saya baca.

    BalasPadam
  21. semoga Allah melindungi diorang !! :)

    BalasPadam
  22. betul tu abg ben.. saya pun was-was nak wat n copy entri yg berkaitan dengan isu mesir tu.. huhuhu... memang merbahaya myebarkan berita tak pasti.. sbb tu saya tak berani nak menyebarkan coz nnti takut kena saman... Haaa rakan-rakan bloggers hati2 dengan entri kalian...

    BalasPadam
  23. Saya ada anak di Mesir. Bayangkan ada berita banduan terlepas. Kemudian malam2 terdengar bunyi tembakan. Bila intai tingkap, nampak orang dgn parang. Anak perempuan saya dalam ketakutan, katanya 'kalau kami tak keluar (rumah), mereka pulak masuk'. Alhamdulillah, rakyat Malaysia dah dikumpulkan beramai2 di tempat2 tertentu. Kita doakan keselamatan mereka semua.

    BalasPadam
  24. Kita duduk dekat Malaysia ni hanya sekadar mendapat maklumat dari pihak media.. Jadi apa yang pihak media tulis atau sampaikan itu sahaja berita yang kita dapat..

    Sebagai pembaca atau penonton, kita jangan buat sebarang spekulasi yang berlebih-lebihan.. Nanti kita akan tercerita sesuatu di "diluar" daripada perkara sebenar.. Dan ianya sememangnya sesuatu yang kurang sihat untuk kita semua..

    Jadi kita yang duduk jauh ni hanya mampu mendoakan yang terbaik buat rakyat-rakyat kita yang berada di sana..

    BalasPadam
  25. abg BEN, yg kene ROGOL tu PALSU.
    yg DITEMBAK tu BETOL.
    dengan peluru getah.
    kena kat kaki die.
    die mintak kite doakan sume org malaysia dekat situ.

    BalasPadam
  26. one of my friends is there. parents dia dpt call dia.rasanya semua pelajar da dikumpulkan and selamat. but ade some of the students yg xdpt info, still ada kat rumah mereka sendiri.alexandria is the worst part.

    http://izzatiliyanasabri.blogspot.com/2011/01/what-happen-at-mesir.html

    BalasPadam
  27. Semoga semuanya selamat. Kepada pihak yang terlibat, janganlah cuba menyebarkan berita palsu. Selamilah perasaan keluarga yang ahli keluarga mereka masih terperangkap di Mesir itu. Jangan kita bebani mereka dengan berita-berita palsu itu.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.