Meninggalkan kenangan ..

by - Isnin, Februari 07, 2011

 

Apakah berakhirnya sesuatu kenangan itu tanda penamatnya suatu kehidupan ? Bukan semua begitu kan ? Bagi aku , ianya satu permulaan cabaran kepada sesuatu yang lebih besar ..

Nampak kecik tapi sebenarnya besar.. Bagi mereka yang dah membeli majalah RAPI keluaran 1hb FEB 2011 , pasti tidak perasan kenapa dan mengapa .. Kenapa aku memilih BIONIC GYM sebagai lokasi pengambaran dan juga sesi temubual ? Dan pastinya kenapa baju jersi LIGA JEPUN itu menjadi pilihan untuk sesi tersebut ?

10 tahun aku di gym tersebut.. Pemiliknya langsung tidak kisah tentang bayaran harian aku .. Samada aku bayar atau tidak , dia tidak kisah ... berapa lama aku dalam tu .. pon tak kisah.. nak terjerit atau nak memekak.. pon dia tak kisah .. Tapi aku sedar.. walaupun kelonggaran yang dia bagi tu terlalu besar bagi aku tapi aku tak ingin sekali amik kesempatan ..

Sebagai tanda penghargaan , aku memiliih gym tersebut .. 10 tahun aku ke situ .. Jika takde gym tu , aku tak tau ke mana aku pergi ..  Di situ aku habiskan masa lapang .. dan juga berkenalan dengan ramai kawan kawan ..

Jersi Liga Jepun yang aku pakai tu .. Adalah pemberian sahabat yang aku kenali hampir 5 tahun melalui dunia maya .. YAHOO MESSENGER .. Waktu aku kenal dia , kami sama sama '0' .. takde apa apa .. menghabiskan masa dengan memekak dalam ruang borak .. berkaraoke lagu jepun , dan lagu lagu rock kapak bersama awek idaman kitorang masa tu.. hahahaha.. lawak bila imbas kembali .. Aku rasa mesti ramai kenal dia .. hurm.. tokey GENGBLOGGER.COM  ..

Dia juga banyak memberi tunjukajar dalam dunia blog ini pada aku .. Kalau jumpa je , mesti ada je info nak ditukar bersama aku.. Dan dia jugak percaya aku boleh maju dalam dunia blog ini cuma tak sangka secepat ini .. hehehe .. kan kan ?

Itu je cara yang boleh aku abadikan dan tanda penghargaan aku kepada mereka berdua !  :)

You May Also Like

11 comments

  1. kenangan manis tuh sweet like candy right... walau dah berzaman, tapi bile diingat balik mampu buat kite tesenyum berhari2.. ^^

    BalasPadam
  2. walaupon bukan saya yang disebut tapi rasa terharu lak dengar kenangan abg ben..hehe ;p

    BalasPadam
  3. sy tak beli pon abg ben! hehehe.. nk pinjam abg ben punya rapi leh tak? hehehe..

    sy perasan gym.. sy tak perasan baju..huhuhu

    BalasPadam
  4. YUYU RASA NAK G GYM TU LAA... NAK BAGI PERUT ADA KOTAK KOTAK MACAM ABANG BEN ASHAARI ^^

    BalasPadam
  5. Nilai persahabatan dan kenangan itu sangat mahal harganya!

    BalasPadam
  6. hurm..macam2 care nak tunjuk kite mnghargai seseorang..

    BalasPadam
  7. kenangan jgn dilupakan sebab kenangan tersebutlah yang akan mematangkan kita untuk mencipta kenangan2 indah di masa akan datang...

    BalasPadam
  8. baguslah macam tu...menghargai pada yang pernah memberi..")

    BalasPadam
  9. kenangan tidak boleh dilupakan..

    BalasPadam
  10. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...pasti kekal dalam ingatan!

    BalasPadam