Tak cintakan negara ke ?

by - Rabu, Februari 09, 2011

 

Sebenarnya aku nak tidur dah ni.. tapi lepas solat tadi , aku teringat .. Dua hari ni aku pakai baju koperat yang punya lambang kerajaan persekutuan  di bahagian dada ..

Hurm.. ada yang malu nak pakai .. Entah.. aku tak tau kenapa dia nak malu memakai baju yang punya lambang kerajaan di bahagian dadanya .. Erk.. segan tang mana ?

Serius ... aku bangga memakainya .. Bukan kerana aku penjawat awam .. bukan kerana nak bodek kerajaan .. tapi kerana aku bangga menjadi rakyat Malaysia .. Seteruk teruk negara kita ni kan , setiap hari masih mampu aku berjalan ke sana sini dengan tenang tanpa kira waktu .. Setiap kali aku nak makan , aku boleh pilih beraneka jenis lauk .. aku tak perlu pening kepala makan makanan yang dicatu .. Bayar je.. dapat la apa aku nak ..

Aku bangga .. serius .. Aku dan tengok berapa ramai warga asing nak lari dari negara mereka yang kucar kacir.. sanggup buat apa saja untuk berada dalam negara ini ..

Aku harapkan kedamaian negara kita ini terus berkekalan .. Tak kira sapa perintah , asalkan kemakmuran serta kedamaian ini berterusan ..  namun begitu , kita sebagai rakyat kena tau , sapa pilihan kita kelak .. salah pilih ??? Merana kita .. contoh dah ada .. kena bukak mata !

You May Also Like

26 comments

  1. saya pun rasa aman duduk kat Malaysia ni..makanan banyak..cukup lah kiranya nak berhidup..kos sara hidup pn x begitu tinggi.. tidur boleh lena lagi..

    BalasPadam
  2. betul uh cik sophie..HAHA~
    tbe2 sokong sophie :p

    BalasPadam
  3. betul. bersyukur dengan Bumi yang kita pijak ini masih lagi ini, kita mampu merasai keamanan.

    hujan emas di negara orang,
    hujan batu di negara sendiri..
    lebih baik di negara sendiri..

    sayangi negara kita, berkhidmat untuk tanah air kita...jangan tunggu nak dijemput, baru nak balik ke negara sendiri..

    BalasPadam
  4. eyka pon suke malaysia..aman jex..moga2 sampai bila-bila macm ni..amin..:)

    BalasPadam
  5. hai...
    sesetengah daripada kita hanya akan bersyukur jika negara dalam keadaan bermasalah ...kita memang tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada kita seperti saudara kita yang berada di Mesir...tetapi apa yang penting cuba lah bersyukur dengan apa yang kita ada...dengan itu..kita surely akan berjaya...tetapi kena lah pasang cita2 yang mampu dicapai...
    terima kasih...

    BalasPadam
  6. sy pon bangga kalau pakai baju ada lambang2 negara kita ni..

    BalasPadam
  7. kita patut syukur. Malaysia ni negaranya aman damai... masih bole hirup udara yang segar sikit *kat dlm umah la, klu kat luar..hampeh* hehehe... Apa pun, cikrose sangat bangga jadi rakyat Malaysia... againnn.. SANGATT BANGGA OKEHHH!!! :) ter emo lak. sori :)

    BalasPadam
  8. alief pun bersyukur dudok malaysia ni.tak ada lah alief nak dgr bunyi tembak2,bom sana,bom sini...alhamdulillah..harap2 keamanan ni akan kekal..

    BalasPadam
  9. betul tu.Malaysia aman.takde diskriminasi yang keterlaluan. Takde bom sane sini. Yang penting, ramai orang Islam. Seksa jugak batin ni rasenya duk negara orang. Tak sabar nak balik =(

    BalasPadam
  10. saya bangga mnjadi anak m'sia...yeay!

    BalasPadam
  11. Saya Anak Malaysia.Terima Kasih Malaysia.Bangga Menjadi Rakyatmu....

    BalasPadam
  12. syukur Malaysia aman... hm, dah mengundi ke belum untuk sesiapa yang belum. ops, kena daftar dulu. cepat gi daftar, mcm dah nak dekat jer pilihanraya ni. Amy pun dulu malas nak amik kisah pasal undi2 ni. tp mengundi ni hak yg sangat penting untuk rakyat satu negara. kita boleh pilih siapa yg kita nak untuk memerintah. hasil pilihan kita tulah yg menentukan aman atau tak negara kita nanti... cepat vote, tp sorry afundi tak ada ya untuk YB YB kita ni;)

    BalasPadam
  13. mmg ade orang camtu Ben.. tapi saye?
    nak naik opis orang pon siap pakai jaket korporat.. ade name lagi tuh.. :)

    BalasPadam
  14. syukur rasanya dpt hidup di bumi Malaysia, tak terbayang rasa klau negara kita kucar kacir. cukup lah pada waktu dulu, negara kt penah dikejutkan dgn pelbagai demonstrasi..
    waktu tu, sy msh skolah menengah lg kot..serius, masa tu mmg takut tgk news kt tv ..Alhamdulillah, kini semakin pulih..dn biarlah kte yg generasi muda ni sama2 menjaga keamanan negara..eceh, pjg nye komen ^_^

    BalasPadam
  15. betol2..saya pun bangga pakai my company punya baju corporate shirt..walau tak sechantek mana..bangga wehhh..erkk...:)

    BalasPadam
  16. yup.. setuju.. tidur pun lena.. mkn ckup.. untung duduk kat negara yg aman mcm nie.. hurmm.. ckp psl pilih pemerintah/pemimpin, baru igt yg sy still x dftr pemilih ag.. haisshh..

    BalasPadam
  17. betul..kita patut bersyukur duduk kat Malaysia ni..orang asing yang dtg sini pun tak nak balik..kenape??..macam Bangla tu..kat negara dia..taraf macam tu..mana boleh masuk supermarket pun..coz tak mampu nak beli..kena syohh..syoh jer.

    BalasPadam
  18. Ohhh baju koprat.. lama dah tak pakai.. masa d UPSI selalu pakai baju koprat tiap2 rabu.. bangga dgn logo KPM dan logo upsi.. hehe.. masa prktikal d SMK Kubu Gajah selalu pakai baju koprat bangga dgn logo upsi dan logo KPM.. hehe.. so lps ni kena pakai baju koprat yg ada logo KPM di skol.. tp blm siap bajunya hehee

    BalasPadam
  19. Saya juga penjawat awam. Saya juga bangga menjadi rakyat Malaysia. Bukankah cinta pada negara dan berjuang untuk negara merupakan perkara yang dituntut agama!.Ye, saya juga seperti En.Ben tidak kiralah siapa memerintah asalkan negara tidak tergadai.~Undi Adalah Rahasia~ hehehe

    BalasPadam
  20. teringat kata2 mak baru2 ni..kalau tak kerana negara kita yang aman mak tak merasa dapat duduk rumah besar macam ni...abah seorang peneroka..

    BalasPadam
  21. yup... rasa bangga jadi rakyat Malaysia

    BalasPadam
  22. memang kite patut berbangga.lagi-lagi hal keamanan tu masih lagi terjaga.apabila anda ke negara orang,baru anda sedar bertapa kaya negara kita dengan budaya dan adab.1 malaysia.oh rindunye nak balik.

    BalasPadam
  23. ku bangga ku bisa ~ hehe nyanyi jap..
    tu lah tak tahu bersyukur kot.. bila dah sentiasa duduk aman lupa pulak bumi berpijak ~

    BalasPadam
  24. malaysia x leh semaju china tau jepun.tapi x lah seteruk di iran atau di iraq...kite sederhana..semua sederhana...tak exaggerate sampai ada protes yg melampau..saya syg msia..

    BalasPadam
  25. betul apa yg azie ckp tue..negara kita dah cukup kaya dgn budaya semua.
    cuma generasi muda harus di ubah supaya tidak merosakkan nama baik negara kita sendiri. demi kepentingan bersama.

    BalasPadam