Tanda sokongan pada dunia BLOG ..

by - Ahad, Februari 06, 2011

 

Kalau di tanya pada mereka yang tidak tau mengenai dunia blog , mereka kata blog adalah untuk mereka yang banyak masa .. Bercerita pasal artis , politik atau menyebarkan khabar angin .. Apakah itu saja tujuan blog diwujudkan ? Bagaimana pula dengan kreativiti seperti resepi masakan , seni , cerpen , puisi , novel , atau ada yang siap membuat pelbagai lagi tutorial ..

Blog peribadi paling banyak wujud.. disini kita dapat kumpulkan pelbagai jenis golongan samada dari kecil hingga atasan .. Kita ada blogger bertaraf doktor , pensyarah , guru , pegawai kerajaan , jurubina , jurutera , polis dan paling ramai ialah , pelajar pelajar samada dari IPT , Maktab perguruan , sekolah menengah mahupun rendah.. Mereka semua ini adalah blogger .. Mempunyai suara tetapi tidak tau dimana ingin dilepaskan ...

Blog .. satu satunya tempat mereka bersuara secara halus.. Jika terang terangan , pastinya akan dibangkang .. Lalu dengan menggunakan bijaksanaan akal fikiran , suara dapat dilepaskan dengan penuh berhemah dan tertib.. Sesiapa pun pasti tidak terasa bukan ?

GEGAR 1,000  blog yang baru aku lancarkan petang tadi , sehingga sekarang telah berjaya mengumpulkan lebih 100 buah blog .. Pantas bukan ? Ini menunjukkan bahawa blog memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu berita dengan pantas .. Cuma tepat tu , tak la gak kan.. Kalau ada yang nakal , teringin di tambah 'ajinamoto' kan ? Tapi yang penting .. mesej tu sampai.. kaan ?

GEGAR 1,000 BLOG baru bermula ... Lagi 3 hari akan ditutup.. Selagi belum mencecah 1, 000 selagi itu aku akan berkempen.. Pergh.. kalah ahli politik .. Tak kira !!  Nak kata  aku gila , kata la.. Orang gila la yang cipta kapal terbang.. Orang gilalah buat kereta .. orang gilalah yang mencipta sejarah tersendiri dan aku juga mereka kata gila..  Ada aku kisah ?

Blogger yang dah sertai GEGAR 1,000 BLOG ini , aku senaraikan di BENASHAARI2 .. sedikit demi sedikit .. BUKTIKAN KITA BOLEH BERSATU ! BUKAN KERANA TRAFIK TAPI KERANA KITA INI BLOGGER !!

You May Also Like

15 comments

  1. Thanks ben sebb buat 2 entry for 1page. Harapnya berterusan sampai bila2 lah.

    Mujoq gegar blog 3hari. Sekarang dok harapkan handphone saja untuk BW n apdet entry. Harap2 bleh join segmen gempak kali ni.

    BalasPadam
  2. cayalah ben..hu..hu..lama tak masuk sini..tenet ku sakitttt...

    BalasPadam
  3. yeay semangat semangat . dah macam ketua kampung tuh abg ben .
    hoyeah hoyeah .

    BalasPadam
  4. hurmm..can i ask something..
    hee.. HOW TO JOIN..? just follow blog en.ben II ke.?
    *any respons..thanks (:*

    BalasPadam
  5. gud luck ben!!! tok pun gila!! haha gila blog, ayuh ben.. usah pandang belakang!!! tuju wawasan...

    BalasPadam
  6. @nur 'afifah :) ikut je cara mereka buat atau baca entri ini >http://www.benashaari.com/2011/02/gegar-1000-blog.html

    BalasPadam
  7. tak tahu pulak pasal gegar 1000 blog tu... nak join kat mana?

    BalasPadam
  8. wah ni kata2 semangat tuk menjd seorng blogger hdp a.ben..huhu

    BalasPadam
  9. Hmm..
    Biar la apa orang nak kata..
    Pendirian memasing..
    Nak support gegar 1000 blog la..

    BalasPadam
  10. everything happened for a reason. nak buat blog pun masing2 pasti ada alasan sendiri. support blogger :-)

    BalasPadam